JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

INSAF: Atas nama Allah: Kambing Pasrah untuk Disembelih

Assalamualaikum w.b.t.. Aku kagum dengan ciptaan Allah yang bernama kambing ini. Kambing adalah sejenis haiwan. Tidak dikurniakan akal namun hakikatnya haiwan ini dilihat lebih patuh kepada perintah Allah. Mereka dilihat lebih redha daripada sebahagian manusia yang dikurniakan akal namun tidak mahu taat kepada perintah Allah.


Sekarang, saya akan tunjukkan anda bagaimana seekor kambing yang liar dan dilihat meronta-ronta akhirnya menjadi tenang dan merelakan dirinya untuk disembelih. Caranya, hanya dengan menyebutkan kalimah Allah iaitu Bismillah.. Allahu Akbar. Beberapa ekor kambing menunjukkan reaksi yang sama. Sungguh mengagumkan.

Ini adalah satu Hikmah. Islam mengajar cara penyembelihan yang paling baik yang tidak menyakiti haiwan. Dengan cara penyembelihan yang betul mengikut  syariat Islam, Haiwan tidak akan merasai kesakitan yang banyak. Seperti yang kita tahu, kesakitan dirasai oleh kulit dan ditafsirkan oleh otak melalui isyarat yang dihantar oleh kulit. Jika sembelihan yang dilakukan betul, darah akan memancut dengan deras dan isyarat kesakitan tidak sempat dihantar ke otak. Justeru, haiwan akan mati dengan keadaan yang tidak menyiksakan.

Cuba banding dengan cara menghilangkan nyawa haiwan yang dilakukan oleh orang bukan islam. Sebenarnya lebih kejam. Haiwan dicucuk-cucuk, diketuk dan sebagainya sehingga mati. Haiwan tersebut sebenarnya mengalami penyiksaan yang sangat dasyat sebelum mati. Ini menunjukkan hikmat Allah mengatur manusia sungguhpun dalam hal penyembelihan binatang.

Disini saya lampirkan dua video yang harus anda lihat. Subhanallah






2 ulasan:

  1. subhanallah..setiap kejadian dan suruhan allah ada hikmah yg tersembunyi kan..nice post

    BalasPadam
  2. @Kumbang Jingga

    itulah Allah dah tetapkan segalanya yang terbaik utk keperluan manusia.. tetapi manusia sebahagiannya angkuh dan menetapkan sesuatu yang lain yang mereka fikir lebh baik drpd aturan Tuhan mereka. Sungguh sombong manusia ini..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^