Guna Filter pun kena kecam? Sedih la Netizen nih!~
JoM! "LIKE"
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++
Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gosip. Papar semua catatan
Ryzal Duriankimchi terlanjur kata, anak dalam kandungan pula dikata-kata
Boleh kata sepanjang PKP ada je isu hangat yang akan jadi Viral. Salah satunya isu Ryzal Duriankimchi ni. Beliau terlanjur berkata sesuatu yang kurang enak berkenaan pakaian traditional kaum tertentu di Sarawak. Mungkin niat asal hanya bergurau senda namun isu ini agak sensitif bagi mereka yang mendengarnya.
Disebabkan itu, netizen marah siap ada yang buat laporan polis. Tapi, yang kasihannya ialah isteri beliau yang juga berbangsa Korea mendapat tempiasnya. Maki hamun netizen tidak terhenti disitu, malahan anak dalam kandungan juga mendapat maki hamun.
Bagi saya, marah macam mana pun jangan sampai libatkan insan yang tidak berdosa. Kalau marah pada ryzal jangan libatkan orang lain. Tidak elok. Saya pun tak pasti kenapa netizen dewasa ini terlalu kejam dalam memberikab komen di media sosial. Kecaman hinaan bagai sudah menjadi makanan harian.. hal ini sangat membimbangkan.
Buat semua; berhati-hati sebelum berbuat sesuatu perkara terutamanya melibatkan isu-isu sensitif. Sekarang ini netiZEn memang laparkan isu panas. Bagai harimau yang ingin menerkam mangsanya. 😏
Neelofa Dihadapkan Ke Mahkamah atas tuduhan Melanggar SOP?
Dari pemerhatian saya, netizen dah lama bengang dengan insan bernama Neelofa. Walaupun saya yakin Neelofa ada sebab merentas negeri dan mungkin dapat kebenaran, namun aktiviti sampingan beliau seperti membeli Karpet di Nilai 3 dan berkongsi aktiviti di media sosial sangat menggeramkan hati Netizen. Maklumlah netizen ramai tengah mental kerana SOP yang ketat disebabkan pandemik Covid-19.
Atas desakan netizen dan isu viral "perlanggaran SOP" berulang-ulang kali, akhirnya pasangan ini di hadapkan ke Mahkamah. Maka, bersoraklah netizen kerana mereka mahu sesuatu yang boleh memberi peringatan buat beliau.
Kini, perbicaraan berjalan dan Neelofa dikatakan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar SOP. Kita lihat kesudahannya.
Syafeek IKhwan Juara Dunia I-Sing
Sapa kata penyanyi belum begitu popular tidak berbakat dan tidak boleh menempa kejayaan? Syafeek Ikhwan membuktikan keazaman dan usaha membuahkan hasil. Sekarang mungkin ramai yang sudah membuka mata akan bakat hebat yang dimiliki oleh Penyanyi cilik bersuara lantang ini. Bukan sahaja bersuara lantang malahan beliau cukup pandai mengolah lagu menjadi versi beliau tersendiri. dengan lagu popular Dato Seri Siti Nurhaliza berjudul Kau Kekasihku, Beliau menggenggam gelaran Juara Is-Sing peringkat Dunia mengalahkan berpuluh peserta darti pelbagai negara lain. Sayabas diucapkan!
Kereta Ferrari 1.8 Juta Meletop
Terkejut. Bila Datuk Aliff Syukri upload instastory bahawa kereta beliau meletop. Bukan kereta cikai tapi ferrari berharga 1.8 juta. Puncanya tidak diketahui dan katanya masih disiasat. Beliau mendakwa kereta tersebut tidak pernah ada masalah dan berada dalam keadaan baik. Semoga beliau tabah.
KHAI BAHAR - Saya Lelaki Normal
Semoga pengakuan beliau ini dapat menutup mulut-mulut orang yang cuba memfitnah beliau. Cukup-cukuplah rakyat Malaysia oii nak sebar keaiban orang walaupun korang rasa korang betul.
Ulasan Datuk Khalid Jiwa berhubung Keguguran anak sulongnya bersama Dato Siti Nurhaliza
Berikut merupakan kenyataan Datuk K berhubung kes keguguran kandungan DCT beberapa hari lepas. Info daripada Facebook Rizal Hakim:
Datuk K"Ketika doktor memberitahu berita berkenaan, reaksi wajah Siti nampak sedih, namun beliau tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung itu sudah tiada. Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut."“Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.“Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,”“Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti,”
Jawapan Hebat Dato Siti Nurhaliza untuk Haters
Biasalah kalau jadi artis, pasti ada orang yang tidak suka dan akan sentiasa mencari salah orang atau membuat isu. Cemburu mungkin atau tidak senang dengan kejayaan / kebahagiaan orang. Perkara ini turut dirasai oleh dato Siti Nurhaliza. Disebabkan beliau memang dididik dengan sifat lemah lembut dan berbudi bahasa, kita tak pernah lihat beliau berkasar walaupun seteruk mana kecaman buat beliau. Di bawah ni contoh jawapan paling win lah untuk salah seorang haters beliau. Bravo!
Dato Siti Nurhaliza hamil 6-8 minggu
Sejak beberapa tahun lepas kecoh dah berita Dato Siti Nurhaliza hamil. Namun, semuanya tidak benar. Kemudian berita berkenaan kehamilan beliau sepi beberapa ketika. Kini, muncul lagi berita bahawa Dato Siti Hamil 6-8 minggu. Entah betul entah tidak namun diharap berita kali ini betul. Saya yakin seluruh peminat Dato Siti menantikan kemunculan putera / puteri sulong penyanyi No-1 Negara ini. Semoga berita baik akan menanti kita tunggu sahaja ya!
Piala AFF 2014: Malaysia vs Thailand (Pemain Thailand jadi Famous?)
Charyl Chappuis >> Tiba-tiba menjadi sebutan di segenap ceruk laman sosial hari ini!
Hai semua! Malam tadi berlangsungnya Piala AFF 2014 yang menyaksikan Malaysia menentang Thailand. Saya yang tidak meminati Bola sepak juga terjebak untuk menyaksikan perlawanan ini kerana memenuhi permintaan rakan-rakan. Apa yang sedihnya, Malaysia gagal membawa kemenangan pada malam tersebut.
Malaysia tewas dengan Agriget 0-2
Malaysia pada awalnya dibelakang dengan kejayaan sepakan penalti pemain Thailand yang memakai Jersey nombor 7. Namun, ada yang menarik disebalik perlawanan ini.
Kali ini bukanlah Matyo yang disebut-sebut, akan tetapi, pemain pihak lawan yang tiba-tiba mendapat sebutan ramai yang kelakarnya gosip mengenainya tersebar dengan pantas. Disini saya lampirkan beberapa artikel yang sempat saya baca mengenai pemain Thai tersebut yang dikenali sebagai Charyl Chappuis:
Kacakkah? hehe not bad..
Ok! Gambar ni memang nampak beliau sangat kacak kerana menjaringkan gol kemenangan bagi pihak Thailand
Oooo... anak kacokan rupanya.. kacokan Mat saleh gitu ala ala Zain Saidin. Hehehe
Ha.. inilah gambar paling panas yang sibuk disebarkan sejak malam tadi. Yang aku peliknya, sekejap benar gambar ini tersebar tatkala habis sahaja perlawanan bola malam tadi. Dan aku dapat melihat melalui wechat juga facebook. Gigih betul rakyat Malaysia. Busy body betul. Suka sangat sebar gosip yang entah betul dan entah tidak. Boleh mengundang fitnah je. Ok nak dijadikan cerita, beliau dituduh sebagai GAY! Ok lah Ok lah.. Gambar kat atas tu dah back-up diorang.. kata dia orang adik beradik la so takpe la kan. Ntahla. Tapi mengikut mata aku ni yang masih terang tak pakai spek mata, muka diorang tiada persamaan. Itu satu hal. Satu hal lagi, aku sendiri tak akan memeluk dan mencium adik lelaki aku macam tu. Itu aku lah. Korang aku tak tahulah.
Pasal ni, no wonder lah. Kalau kecik-kecik tak dilatih takkan lah dah besar tetiber terer kan? Mestilah beliau telah melalui latihan yang keras sejak zaman kecil lagi untuk menjadi pemain handalan.
Haha.. kalau dah handsome and terkenal, mestilah ada orang minat kan? Macam Khairul Fahmi pemain Kelantan tu sekejap sahaja terkenal sebab wajah kacak. Tapi tak tahu follower beliau seramai ini atau tidak.
Ok.. FB fan Club ni tak ada yang nak dihairankan. Sesiapa boleh buka Fan Page mereka sendiri ataupun dibuka oleh peminat-peminat yang gigih atau fanatik.
Hahah ini lawak. tang mana ntah samanya dengan Cristiano Ronaldo. Kalau persamaan dari segi kacak tu mungkin bolehla kot. Sama-sama kacak.
Terbaik pencapaian beliau. Kalau dah dijadikan kerjaya apa yang nak dihairankan hehe.. Semoga beliau terus cemerlang.
Setiap orang ada impian. So ini adalah impian beliau semoga suatu hari nanti beliau berjaya mencapai impian beliau. Impian perlu disertakan dengan usaha!
Note: Aku masih teringat sepakan lipat ala-ala bermain sepak takraw oleh pemain Malaysia malam tadi. Malangnya, yang berjaya disepak bukanlah bola tetapi muka pemain Thai! er.... pitam!!
Sekian sahaja!
Villa Nabila vs Nabila AF2013
Nama Nabila jadi Trending di twitter dan facebook. Bukan sahaj kerana konsert AF2013 malahan disebabkan kisah 30 remaja yang melakukan aktiviti berani ala seekers di Villa Nabila Danga Bay Johor Bahru. Dikatakan hanya 7 orang selamat keluar tetapi 23 yang lain hilang. Apa tak ke haru seluruh Malalysia dengan berita ini. Apa-apapun saya harap semuanya selamat!
p/s: Saya suka Nabila tak menang AF dan Faizul yang menang. At least Faizul better than her. Hahaha
VS
Teguran Datuk Siti Nurhaliza buat YB Khairy Jamaludin
Harini memang kecoh sana sini terutamanya di laman sosial tentang kenyataan berbaur teguran Datuk Siti Nurhaliza kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin. Ada yang salahkan Datuk Siti tak kurang juga ada yang menyokong tindakan Datuk Siti.
Personally, saya tak mahu komen sangat (saya memang tak tahu hujung pangkal masalah). Bagi saya Datuk Siti mungkin tidak bersalah sebab dia menyuarakan teguran yang difikirkan beliau berasas. Dalam masa yang sama, media sosial yang digunakan dilihat tidak sesuai kerana ada yang berpendapat baik ditegur secara terus kepada tuan punya badan.
Namun, dalam situasi sekarang ni memang tak dinafikan even saya sendiri kadangkala meluahkan tidak puashati di laman sosial.
Bagi KJ, saya mungkin faham tugasnya yang besar yang beliau galas. Mungkin kita tak tahu tekanan yang beliau alami dan mungkin beliau hanya menjalankan tugas. Bagi saya dua-dua pihak pun tak salah - tak betul. Apa-apa sahajalah..
Gambar: Azim 3VOD in Berjaya Got Talent
Kenal Azim? Beliau salah seorang ahli kumpulan 3VOD. Semalam baru memenangi pertandingan Berjaya Got talent, first Runner up. Tahniah. Ni gambar beliau yg saya ambil dari Facebook beliau,
Video Klip Ainan Tasneem - Aku sahaja
Lagu ni best la layan je. bagi aku Ainan Tasneem ni kategori Penyanyi yang memiliki Vokal Ability yang biasa tetapi mesra di halwa telinga. Kelebihan beliau kerana pandai compose lagu sendiri dan kena dengan suara beliau. Beliau tak perlukan Vokal Ability sehebat jaclyn Victor untuk berjaya dalam Industri seni. bagi aku sekarang ramai yang memilih artis yang mampu membuat lagu sendiri dengan baik dan menyanyikan dengan santai. Itu sebab beliau diminati selain najwa Latif. Jika diasah, Ainan Tasneem ni boleh pergi jauh sebab aku pernah dengar dia nyanyi live and suara dia sedap.
layan Lagu yang memiliki Video Klip menarik ini.. She is cute and Hero dia hensem sesuai la.. hehe..
Al-fatihah. Kuswadinata Meninggal Dunia
Al-Fatihah Buat Pelakon Vateran, Kuswadinata yang meninggal Dunia akibat Penyakit Usus.. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin..
>> Suka tengok lakonan beliau masa zaman P.Ramlee dulu. Beliau boleh dikategorikan pelakon ada rupa juga masa muda-muda dulu.
NICE! Fizz Fairuz Bertunang dengan Nor Azreen
Hey You! Listen Listen Listen!! Bertunang pun ada masalah! haha saja nak bikin panas. Already few days since pelakon popular Fizz Fairuz bertunang. Tahniah buat beliau. yang jadi masalahnya apabila adalah molot-molot Cik Kiah yang cerita sana sini tentang hal lain. Ye la umum mengetahui Fizz Fairuz sebelum ni bercinta dengan orang lain namun bertunang dengan orang lain. Ala.. biasalah kan. Jodoh pertemuan tu kan di ketentuan Allah. Cinta tak semestinya bersatu. By the way, comel gak tunang Fizz Fairuz ni yang diberi nama Nor Azreen. Ni gambar beliau. Semoga perhubungan berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat.
NICE: Pelakon Remaja Elfira Loy bertudung penuh
Hey You! Listen Listen Listen!! Bertudung tiada masalah. Ramai pelakon penyanyi yang dah berhijrah mengenakan tudung dengan elok. tapi jangan hanya tudung sebab aurat itu bukan hanya menutup kepala tapi melibatkan anggota lain. Kini, pelakon remaja terkenal, adik Elfira Loy telah mengenakan tudung setelah mengalami mimpi yang ngeri. Kepada yang belum tutup aurat tu bila lagi? Jangan tunggu sampai nyawa terhenti baru aurat ditutupi (Guna kain Kafan). Sekian sahaja..
NICE: Gambar Kahwin Zimi Sofaz
Hey You! Listen Listen Listen!! Jum layan gambar kahwin Zimi Sofaz. Eh! gambar ni amek dr facebook kawan. Ada masalah ke? takde copy right xpela ye hehe... Gambar sekeping tu ada Tomok la... Haha nampak macam gambar bermasalah tapi aku saje kerat gambar bini tomok dari masuk Blog aku hehe.. ganaz tak.. layan..
Langgan:
Catatan (Atom)










































