JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Memaparkan catatan dengan label ISU SERIUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU SERIUS. Papar semua catatan

Alam Maya semakin Toxic

Aku yang dah lama berada di alam media sosial ni perasan sesuatu, alam media sosial semakin toxic!

Tak tahu di mana silapnya, masyarakat semakin tidak berbudi bahasa dan mengutamakan kecaman, cacian dan lain-lain daripada membincangkan isu dengan berhemah.

Tidak paati mengapa ini terjadi? Sedangkan dahulu saya lebih seronok nak layan facebook ig dll sebab komen komen biasanya lebih rasional  

Jadi, kita perlu bersabar. Jika ada prrkara melampau tu lebih baik kita tak masuk campur bagi menjaga mental kita.

Itu saya lakukan jika mendapat komen komen jahat. Saya akan delete atau abaikan sahaja.

Amaran Serangan cyber lSRAEL dan cara mengatasinya

Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia memaklumkan kemungkinan berlaku serangan siber Israel terhadap sistem dalam talian Malaysia.

Selaras dengan cadangan keselamatan CDOC, Jabatan Perkhidmatan Digital(UTMDigital) menggesa semua staf mempraktikkan 7 langkah keselamatan tambahan mengenai kesedaran keselamatan siber bagi membendung serangan ini.


7 langkah keselamatan tambahan bagi kesedaran keselamatan siber:

1.      Berwaspada dengan spear phishing email atau mesej yang mengandungi URL dengan/tanpa lampiran fail dari pihak yang tidak diketahui;

2.      Memastikan semua sistem pengoperasian sentiasa dikemaskini dengan security patches yang terkini;

3.      Memastikan perisian anti-virus dikemaskini dengan fail virus pattern yang terkini;

4.      Elakkan melayari laman web atau menekan pautan yang mencurigakan dari sumber yang diragui, yang mungkin mengakibatkan serangan keselamatan, jangkitan virus komputer atau kecurian maklumat identiti atau akaun;

5.      Elakkan memuat turun archive/pdf file yang dihantar melalui emel, Facebook atau WhatsApp  sekiranya fail tersebut dihantar oleh pihak yang tidak dikenali;

6.      Pastikan kata laluan yang digunakan adalah kukuh dan selamat. Tukar kata laluan dengan kadar segera jika perlu;

7.      Putuskan sambungan komputer dari Internet jika komputer tidak digunakan (idle).


Nota:

Spear phishing emails:

Cara berfungsi: Emel diterima seolah-olah dari sumber yang boleh dipercayai, tetapi sebaliknya membawa penerima ke laman web palsu yang penuh dengan malware.

Keterangan lanjut berkaitan dengan keselamatan siber boleh diperolehi di https://www.nacsa.gov.my/doc/10LangkahMudah-v8.pdf

kes Harian COVID-19 masih mencecah 4000+ di musim Perayaan Aidilfitri

Sampai bila harus begini? Rakyat ramai sudah malas patuh SOP. Jika terus begini, kes tidak akan turun. Kita berperang dengan sesuatu yang tidak nampak maka ia lebih berbahaya! Jadi, sentiasa berwaspada dan patuhi SOP sentiasa. Jika tiada keperluan elakkan keluar ke tempat awam. Elakkan juga berkumpul atau berjumpa dengan sesiapa sahaja kerana kita tidak tahu mereka bersih dari COVID19 atau tidak.

Berita penuh:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan 4,140 kes Covid-19baru.

Selangor menyumbang jangkitan baru tertinggi iaitu sebanyak 1,507, diikutiJohor (433), Kuala Lumpur (398) dan Pulau Pinang (338).

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullahdi Twitter.

Laporan ini akan dikemas kini dengan perincian lanjut sebaik kenyataan penuhKKM dikeluarkan.

Kes berdasarkan negeri:

Selangor (1,507)
Johor (433)
Kuala Lumpur (398)
Pulau Pinang (338)
Sarawak (324)
Kedah (239)
Negeri Sembilan (190)
Perak (182)
Terengganu (119)
Pahang (116)
Kelantan (109)
Melaka (97)
Sabah (60)
Putrajaya (23)
Labuan (3)
Perlis (2)


Kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Assalamualaikum..

Mengucap panjang apabila saya difahamkan kebakaran berlaku di wad ICU hospital sultanah Aminah Johor Bahru. Saya baru sahaja ke wad terbabit beberapa minggu lepas yang menyaksikan kehilangan kawan baik saya akibat serangan kuman di paru-paru. Hari ini, saya dikejutkan dengan kebakaran disana berpunca daripada letupan tangki oksigen.

Banyak maklumat dikongsikan oleh rakan-rakan daripada whatsapp, wechat dan juga facebook. Namun, apa yang dapat saya pastikan ialah 6 orang pesakit ICU disahkan meninggal dunia. dan 2 orang juru rawat mengalami kecederaan parah.

Doakan bahawa insiden ini dapat dikawal sepenuhnya dan tidak lagi berlaku. 




GEMPAKZ JIJIK: Air Zam-Zam Tipu

jijik la tengok gambar ni, Macam-macam cara orang guna untuk kaya. Dikhabarkan pihak yg menipu ini menggunakan air paip dari tandas dan menjual air ini dengan harga RM140/Bottle!!! Awas jika anda melihat label seperti ini.






Dr Maza digesa masuk politik jika mahu terus kritik kerajaan

Print screen berita...


Antara komen daripada artikel



Peraturan Buat Penumpang Mas


Sila baca dan fahami undang-undang yang ditulis disini. Semoga kejadian PENUMPANG YANG MENGHINA MEMAKI MEMARAHI MENGGUNAKAN KATA KATA KESAT ke atas staf Penerbangan MAS dapat dielakkan daripada berlaku lagi pada masa-masa akan datang.

Pemandu Myvi Nahas Jalan Duke diberkas



Ok yang bersalah dah diberkas. Tapi tak mengaku bersalah. Takpa biar mahkamah dengar penjelasan masing-masing. Apa-apapun ia menjadi satu nahas yang sangat menggemparkan seluruh Malaysia sehingga menjadi Viral di laman sosial.

Marahkan Nyamuk, habis kelambu terbakar

Memanglah kes Myvi berlanggar di Jalan Duke tu teruk. Tapi, bukan semua pemandu Myvi macam tu. Tak perlu nak hukum semua pengguna Myvi lain. Wake up Malaysia jangan jadi bodoh! 

Dikhabarkan, Myvi yang dimiliki oleh wanita hamil 8 bulan ini dihimpit 4 biji kereta hampir membahayakan nyawanya dan... ada yang mengetuk keretanya sehingga terdapat kerosakan.. erm.. 



Kemalangan Myvi Jalan Duke dengan Pajero

Menggemparkan Malaysia dan Menyayat hati, juga menaikkan api kemarahan rakyat Malaysia, itulah yang mampu saya gambarkan berhubung peristiwa kereta Myvi yang melanggar Pajero menyebabkan 3 sekeluarga maut di tempat kejadian. Myvi tersebut dikatakan berlumba berdasarkan bukti litar tertutup CCTV. Lebih daripada 6 buah Myvi dikhabarkan berlumba. Ya atau tidak ia masih dalam siasatan polis dan kita tunggu laporannya. Berikut merupakan gambar sekitar lokasi nahas di Jalan Duke.





Lelaki Dirogol Lelaki??

Banyak dah member share benda ni. Dah macam Viral di Facebook. Katanya lelaki juga perlu jaga pakaian agar tidak terlalu seksi.. Terdapat kes dimana lelaki juga telah menjadi mangsa rogol lelaki berbadan Sado secara bergilir-gilir. Seram siot!


Dimana Kapal MAS MH370?

Semakin lama semakin senyap. Masih tidak diketahui akan status kapal terbang MAS MH 370. banyak USAHA telah dilakukan namun hasilnya masih hampa dan menemui jalan buntu.Sekali lagi Pesawat MAS ditimpa bencana yang iaitu MH17.. Yang pasti MH17 diketahui statusnya sebagai pesawat yang diserang namun MH370 masih tidak diketahui.. Dan ramai yang mendoakan Pesawat MAS selamat.. walaupun mungkin tipis.. Sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk MH370..


Tuan Guru Nik Aziz Masih sihat

Assalamualaikum.. Khabar angin bahawa Bekas Mursyidul Am Pas meninggal dunia memang memeranjatkan saya dan juga rakan-rakan. Namun, pagi ini melalui page facebook beliau dapat kita lihat beliau masih lagi bernafas dan lebih sihat. Syukur. Beliau sempat membaca dan memberi ulasan tentang tragedi yang menimpa pesawat MAS MH17 Boeing 777. ini adalah sedikit update daripada beliau:


Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat MAS yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia dari lebih dua ratus penumpang. Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat, semoga Allah SWT merahmati roh saudara seagama kita yang dipanggil mengadapNya di bulan yang mulia ini. Saya berkongsi rasa dukacita di atas tragedi berkenaan.
Di satu segi yang lain, saya mengharapkan agar satu siasatan terperinci dilakukan ekoran tragedi berkenaan khususnya dari aspek prestasi keselamatan laluan berkenaan yang dikatakan telah bergolak sekian lama. Masyarakat antarabangsa juga wajib mengambil peranan untuk memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik agar tidak melibatkan orang awan yang tidak berdosa di dalam pertikaian mereka.
Jika benar ia merupakan serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan.

Pesawat Mas MH17 Boeing 777 Tehempas

Berita yang cukup sedih ini telah disahkan benar. Saya simpati dengan nasib mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat. Selain itu, saya terkilan kerana kejadian ini berlaku lagi atas pesawat rasmi negara yang sebelum ini melibatkan MH370. Ya Allah.. Berilah kami rakyat Malaysia keselamatan dan tabah menghadapi dugaan yang melanda. saya sendiri pernah menaiki Boeing 777 untuk pesawat MAS di laluan MH17 ini. Pesawat yang cukup selesa ditambah dengan kemesraan pramugari pramugara yang bertugas. Disini saya lampirkan gambar-gambar yang telah saya printscreen daripada video berita daripada media Ukraine.

Antara Passport yang dijumpai

 Passport Malaysia antara yang dikenalpasti

Serpihan pesawat yang ditemui di ladang jagung

Sekitar tempat kejadian

Abang meninggal dunia kerana dibelasah ayah


Kisahnya Begini, 

Seorang abang yang berhati mulia tak sanggup melihat adik-adiknya sebanyak sembilan orang hanya makan bubur dan air kosong ketika berbuka puasa. Kemudian beliau menyatakan hasrat untuk mencari kerja sambilan untuk membantu keluarga.

Akibatnya, ayahnya naik angin dan membelasah anaknya dengan objek keras sehingga remaja itu rebah tidak sedarkan diri. Ibunya sangka dia tidur tetapi rupanya telah meninggal dunia kerana kecederaan dalaman.

Ayah jenis apa ini? Pandai membuat anak ramai, tapi tak mampu nak beri yang sebaiknya untuk anak-anaknya. Malahan hasrat murni anak sulong yang patutnya dia hormati membawa kemarahan kerana sifat ego-nya tercabar. Bulan Ramadan ini patutnya lebih berfikiran waras namun berfikir bukan guna akal tetapi nafsu beginilah jadinya.. wallahualam.. Sedih

Tanda Rumah Bakal dirompak dengan Cara sihir


INFO]
Perhatikan bhg bawah pagar tu!
ada tali bentuk 3 segi

[09:11, 6/28/2014] Ust. Zamri:

Tanda Tiga Segi tali yang diikat kat pagar atau mana2 tempat dalan taman kita adalah tanda sihir/ilmu perompak sebelum depa masuk ke sesuatu rumah.
Bakar trus tali tu klu ada.sebelum dia ambil blk tali tu.

Mohon share pd org yg anda sayang supaya dapat dielakkan perkara yg tak diingini.

Gambar Budak Kurang Upaya yang dikurung sehingga kering

Bagi aku walau apa pun alasan ibu kepada budak ini, alasan tersebut tidak boleh diterima. Budak ni berhak mendapat kehidupan lebih baik, bukan dikurung dan entah diberi makan atau tidak sehingga uzur begitu dan bilik sangat kotor bergelimpangan najis. Ibu jenis apa ini?




Salji Turun di Mesir Betul atau Tidak

Tak dapat aku pastikan akan kebenarannya. Namun daripada cerita-cerita aku baca perkara ini adalah benar. Namun, sekeping gambar yang aku pernah dapat ni tak tahu akan kebenarannya. Agak tebal salji dalam gambar tersebut. Wallahualam.. Kuasa Allah.