JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Memaparkan catatan dengan label Sains - Kajian Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sains - Kajian Alam. Papar semua catatan

Gerhana Bulan Penuh Super Flower Blood Moon 26 May 2021


*Gerhana bulan penuh Rabu depan 26 Mei*

Oleh NUR HUDA MUSA
23 Mei 2021, 1:13 pm

PETALING JAYA – Gerhana bulan penuh akan berlaku pada 26 Mei ini bermula pukul 4.47 petang dan berakhir pada pukul 9.50 malam waktu tempatan.

Menerusi makluman yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika fasa gerhana separa (Sabah dan Sarawak) serta fasa gerhana maksimum (Semenanjung).

“Fenomena Gerhana Bulan pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km.

“Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii,” katanya.

Katanya fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Dalam pada itu katanya, orang ramai boleh menyaksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada Rabu nanti.

Bagaimanapun, kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

#IUCNorthernNews https://t.co/CUfPu9WPgL

GULP! Jangan simpan air berkarbonat dalam kereta

Dengar-dengar-dengar! Air tin berkarbonat pun ada masalah! masakan tidak, letak dalam kereta pun dia boleh meletop. Habis kereta ni. Dikatakan air tin berkarbonat ini disimpan dalam kereta pada suhu sejuk. Apa tindakan alam semulajadi yang bertindak keatas air tin ni saya tak berapa pasti. Pikir sendiri la.. ahaahaa.. guna ilmu sains anda

Omak Meletopss


WOW: Bentuk Awan yang menarik

Awan.. Semua orang tahu kan. Awan berada di angkasa yang terbentuk daripada wap-wap air yang naik ke udara. Awan nano pula adalah lagu popular Hafiz Af. Hehe. Mr.PiNGu suka tengok awan. Malaysia memang terkenal dengan negara yang panas dan lembab sepanjang tahun dimana ia memiliki awan yang banyak. Kalau memandang awan di angkasa, saya seringkali terbayang akan wajah-wajah atau bentuk makhluk yang pelbagai yang terhasil daripada imaginasi saya terhadap bentuk awan tersebut. Jika anda bernasib baik, anda akan berpeluang melihat bentuk awan yang cukup indah. So, disini saya kongsi sikit pelbagai bentuk awan yang menarik yang terdapat di pelbagai negara di dunia.

Kepler-22b, planet yang mirip Bumi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

hi! Actually Mr.PiNGu memang peminat Astronomi sejak kecil lagi. Akan tetapi, tak pula pergi ke bidang ini apabila dewasa. Still ambil tahu perkembangan bidang kaji angkasa ni. Ok lately Saintis NASA telah mengumumkan kejayaannya menemukan sebuah planet yang sangat mirip dengan bumi, mempunyai saiz yang hampir sama dan juga permukaannya meliputi air, iaitu sumber yang paling penting untuk hidupan seperti manusia.

ERM: Esok Gerhana Bulan Penuh (10 december 2011)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Dengar kata esok malam akan berlaku gerhana Bulan Penuh di Malaysia. Mr.PiNGu rasa macam baru sekejap je melihat gerhana bulan. Dalam 3-4 bulan lepas rasanya. Sepanjang hidup Mr.PiNGu ni pun dah banyak kali berpeluang melihat gerhana matahari dan bulan. Mengapalah kerap sangat berlaku kejadian gerhana ini.

Malam ini ada Gerhana Bulan

Salam Kawan-kawan. Hari ini 16 Jun akan berlaku gerhana bulan. Jam Mr.PiNGu menunjukkan pukul 12.30 am. lebih kurang setengah jam lagi gerhana bulan akan bermula. Gerhana bulan kali ini dikatakan akan berlangsung selama kira-kira 5 jam iaitu bermula pukul 1 pagi sehingga 6 pagi. Bagi mereka yang mungkin belum pernah melihat gerhana bulan bolehlah pergi luar melihat-lihat. Pingu dah pernah lihat gerhana bulan ini. So malam ni takdelah nak tengok lagi. Sebab nak tidur. Esok perlu bangun awal.


Ok. Nak cerita sedikit tentang gerhana bulan. Gerhana bulan berlaku apabila bulan melintasi kawasan bayang-bayang bumi yang gelap menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya permukaan bulan akan tidak kelihatan. Keadaan ini berlaku kerana bumi berada antara matahari dan bulan dalam keadan lurus. Jika dibandingkan dengan gerhana matahari, gerhana bulan berlaku pada masa yang lebih panjang. Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada diantara bumi dan matahari dalam keadan lurus.

Gerhana bulan boleh berlaku secara separa atau penuh. Jika keseluruhan bulan terlindung daripada cahaya matahari kerana bumi, maka akan berlaku gerhana penuh. Sama juga dengan gerhana matahari, jika matahari terlindung penuh daripada bumi maka berlaku gerhana penuh.
Sekian sahaja info pendek kali ini~

Ada apa dengan mata?


Hai apa khabar semua? Diharap sihat-sihat hendaknya. Baiklah pada entry kali ini Pingu nak berborak mengenai mata. Mata? Adakah topik yang menarik pasalnya? Jawapanya pastinya ada. Pingu tak berhasrat nak menceritakan bagaimana mata berfungsi atau menerangkan satu persatu tentang elemen-elemen pada mata seperti retina bebola mata dan seumpamanya. Kali ini Pingu hanya nak sentuh sedikit tentang anak mata.

Cipta Hujan Ditengah Gurun?


Bila Manusia dah dikurniakan kebijaksana macam-macam mereka nak buat. terkini nak cipta hujan pulak ditengah gurun.. Possiblekah? ok Baca berita penuh dibawah:

Tiga unsur api


Pertama sekali, cuba kita lihat kenapa munculnya api. Sains mennjelaskan bahawa, api akan terjadi apabila wujudnya 3 unsur iaitu oksigen, bahan bakar dan suhu.Ia juga dikenali dengan istilah segitiga api. Apabila ketiga-tiga tersebut wujud dan bergabung serentak, maka wujudlah apa yang kita namakan nyalaan api. Oleh yang demikian, untuk memadamkan api salah satu daripada ke tiga unsur itu harus dipisahkan atau dihilangkan. Dengan kata lain, rantaian segitiga api perlu diputuskan.

Tasik Terpanas sejak 1500 tahun


GAMBAR menunjukkan beberapa ekor badak sumbu berendam di Tasik Tanganyika di Burundi pada 12 Mei lalu.



PARIS – Tasik Tanganyika yang merupakan tasik kedua paling dalam di dunia kini mengalami suhu panas buat kali pertama dalam tempoh 1,500 tahun, kata beberapa saintis semalam.

Reed Flute Cave: Pelangi di Dasar Bumi

Flute Cave (Lu Di Yan dalam bhs Chinese), terletak sekitar 5km barat utara pusat kota Guilin, China. Guilin bukan kota besar. Gua Reed Flute ini terletak di tengah bukit Guangming. Gua ini ini mendapat namanya dari alang-alang yang tumbuh di luar pintu masuk. Karena batu yang unik dan penuh warna di dalam gua tersebut, Reed Flute Cave merupakan salah satu tempat wisata paling populer di Guilin

Daun Gergasi

20 spesies endemik flora hanya boleh ditemui di hutan ini, tiada di tempat lain di dunia

SEKIRANYA wujud senarai keajaiban dunia bagi kategori flora dan fauna, rasanya Malaysia cukup layak untuk tersenarai kerana bumi hutan hujan tropika negara sememangnya kaya dengan khazanah alam semula jadi, mengandungi lebih 1,001 macam penemuan mengagumkan bagi dunia saintis dan pencinta alam.