JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam. Papar semua catatan

Adakah sebelum peristiwa Israk dan Mikraj, tiada solat?

Ada yang tanya adakah sebelum israk mikraj tiada solat? Sebenarnya ada bahkan umat-umat sebelum Nabi Muhammad juga solat.

Namun, apa yang berlaku pada israk mikraj? Sedikit info untuk anda fahami.

Hukum Menyanyi dan Menghadiri Konsert

 Hukum wanita menyanyi memang ada khilaf ulama, bukan semua sepakat haram.

Ringkasnya:

✅ Harus (dibolehkan) – Majoriti ulama membenarkan jika:


Lirik baik, tidak lucah / menggoda

Cara nyanyian tidak merangsang syahwat

Tiada unsur maksiat (arak, pergaulan bebas, tarian melampau)

Aurat terjaga dan tidak menimbulkan fitnah

Tujuan baik: dakwah, pendidikan, hiburan terkawal


❌ Haram – Jika:


Suara sengaja digoda untuk tarik nafsu

Lirik maksiat atau melalaikan dari ibadah

Persembahan membuka aurat atau campur bebas

Menimbulkan fitnah kepada pendengar

Kesimpulan: Bukan totally haram, tetapi bergantung kepada cara, niat dan kesan.


Islam tidak melarang hiburan secara mutlak. Yang dilarang ialah hiburan yang melalaikan, membuka maksiat atau membawa fitnah.


Dalam kes konsert artis yang berpakaian Sopan:

✅ Penonton duduk tertib

✅ Pakaian sopan

✅ Lirik baik dan tidak lucah

✅ Artis menjaga adab

✅ Tiada unsur arak, pergaulan bebas, atau rangsangan


→ Majoriti ulama kontemporari menganggap ini HARUS sebagai hiburan terkawal.


Nabi ﷺ sendiri membenarkan hiburan seperti nyanyian dan rebana dalam situasi tertentu (hari raya, majlis gembira).


Yang sering dikecam ialah konsert yang:

❌ Melampau (free-mixing, aurat, lirik liar)

❌ Melalaikan hingga tinggal solat

❌ Membangkitkan syahwat

Amalan Untuk Menjadi Kaya Menurut Islam

Daripada Ceramah Ustaz Syeikh Zainul Asri - Tips Nak Jadi Kaya (LINK), Berikut merupakan amalan yang boleh dilakukan untuk mengharapkan Allah mengurniakan kekayaan kepada kita. Sesungguhnya, Allah itu jua yang Maha Kaya pemilik Sekelian Alam.


Amalan Perlu dibuat setiap hari:

1) Solat Dhuha 4 Rakaat.

2) Membaca Surah Al-Waqiah (2x sehari) - Waktu Pagi dan Malam.

3) Banyakkan Berselawat... 1000x 2000x 3000x mengikut kemampuan:

          Allahumma Salli Alaa' Saiyidina Muhammad

4) Wajib hafal dan dibaca 10x lepas solat subuh dan 10x lepas seolat asar (wajib hafal tak boleh dibaca dr buku / tulisan):

          Bismillahirahmanirrahim.

          Allahumma Salli Wasallim Alaa' Saiyidina Muhammad

          Karimil a'ba 

          Wal ummahat.


Tambahan: Nak rezeki banyak melimpah ruah, Baca 3 Surah ini yang tidak mengandungi Huruf Kaf:

1) Surah "Al-Asr"

2) Surah "Liilafi Quraisy"

3) Surah "Al-Falaq"


Selamat beramal.



Bersedekah tidak mengurangkan Harta


Dari Jabir bin Abdullah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu."
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Bersedekalah kerana sesungguhnya apa kita sedekah akan kekal di sisi Allah SWT...

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ ۖ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ 

"(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal".
(An-Nahl: 96)

Justeru, ayuh bersifat rahmah dengan menyediakan diri untuk bekalan di akhirat dengan memiliki sifat dermawan. Infaqlah walaupun harta yang kita miliki sedikit. Perbanyakkan sedekah dan infaq, pelajari ilmu untuk di amalkan dan disampaikan kepada orang lain. Didiklah anak agar menjadi anak yang soleh...

Bagaimana Kriteria penampakan anak bulan Hari Raya?


"Saudi dah umum raya Isnin. Indonesia dah ucap salam lebaran. Negara kita macam mana?"

✳1. Seperti yang dijangka, polemik tarikh Hari Raya sudah pun timbul. Punca utama pada tahun ini adalah kerana kriteria kebolehnampakan anak bulan Malaysia telah berubah hasil keputusan autoriti agama di negara kita.

✳2. Sebelum netizen menjadi mufti, perlu faham dulu tentang falak serba sedikit. 

[Pertama], perbezaan Hari Raya antara negara tidak hanya bergantung kepada perbezaan matla' sahaja. Ada tiga pembolehubah yang membuatkan pengisytiharan Hari Raya berbeza antara negara iautu:

💠1. Matla': Mengikut negara kita berada. Masing-masing menerima kedatangan bulan dan matahari pada masa yang berbeza. 

Duduk di Malaysia, kena ikut matla' Malaysia. Tak boleh ikut Saudi. Sama seperti waktu solat. Duduk di Malaysia, tak boleh berbuka ikut waktu Jepun.

💠2. Kaedah: yang popular ada tiga tapi yang lebih ditil ada empat iaitu:

🔶️a. RUKYAH HAKIKI: Cara paling old school. Nampak anak bulan ketika tenggelam matahari 29hb, terus isytihar Raya esoknya. Tak nampak, cukupkan 30hb dan isytihar Raya lusanya.

🔶️b. HISAB HAKIKI: Bergantung penuh pada perkiraan matematik dalam membaca peredaran bulan dan matahari. Tak tengok bulan langsung. Cara ini digunakan untuk penentuan bulan yang tidak berkait dengan ibadah fardu. Sebab tu kita dah ada taqwim setahun terus.

🔶️c. RUKYAH MAAL HISAB: Kaedah hybrid antara a dan b. Kalau nampak anak bulan, terus isytihar. Kalau tak nampak, pakai kaedah hisab pula.

🔶️d. IMKANUL RUKYAH MAAL HISAB: Lebih kurang kaedah c. Cuma kalau anak bulan tidak memenuhi kriteria kebolehnampakan, mereka tak akan buat cerapan. Terus guna kaedah hisab.

💠3. Kriteria kebolehnampakan anak bulan: Ini bahagian yang orang susah sikit nak faham. Ia berbeza mengikut matla'. Ia ditentukan dengan mengambilkira kedudukan matahari dan bulan. 

Bulan terima cahaya dari matahari. Jika kedudukan matahari di matla' Malaysia tidak memungkinkan cahayanya dipantul oleh permukaan bulan, maka tak akan nampak anak bulan.

✳3. [Kedua], Matla' adalah perkara qat'iy/thabit. Takkan berubah kecuali kalau daratan bumi beralih, putaran bumi atas paksi berubah atau peredaran bumi, matahari dan bulan lari dari orbitnya. Agak mustahil.

Kaedah dan kriteria pula adalah perkara ijtihadiy. Terpulang kepada autoriti agama di negara masing-masing dalam menentukan kaedah dan kriteria mana yang mereka patut gunapakai.

Bab kaedah dan kriteria inilah yang banyak timbul khilaf di kalangan pakar. Mana satu kaedah paling menepati ajaran Islam. Mana satu kriteria yang paling menepati bacaan saintifik.

✳4. [Ketiga], Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab. Kriteria pula adalah jarak tegak 5.5° dan jarak sendeng 6.4°. Tiada lagi kriteria usia anak bulan.

✳5. Ini merupakan kriteria terbaru yang dipersetujui oleh autoriti agama di semua negeri dalam Malaysia sebagaimana dicadangkan oleh MAPIM. Kalau ikut kriteria dulu; ketika matahari terbenam, ketinggian anak Bulan di atas ufuk, tidak kurang dari 2° dan jarak lengkungannya (antara Bulan dan Matahari) tidak kurang dari 3°. Atau ketika bulan terbenam, umur anak Bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Kriteria lama ini adalah kriteria lapuk yang dicadangkan oleh Istanbul hampir 100 tahun dahulu.

✳6. Perubahan kriteria inilah yang menimbulkan polemik bagi mereka yang tak faham. Tetapi jika kita melihat secara ilmu, kriteria terbaru ini lebih tepat berbanding sebelum ini. Persatuan Falak Syar'ie telah mencadangkan umur anak bulan mestilah tidak kurang dari 15 jam. Rekod terpendek anak bulan pernah kelihatan pada tarikh cerapan di langit Malaysia adalah 14 jam manakala rekod terpendek dunia adalah 12 jam. 

8 jam adalah sangat mustahil dan sangat tidak saintifik.

✳7. Apa yang menyedihkan, terlalu ramai Ruwaibidhoh yang mula bercakap bagi menimbulkan polemik dikalangan masyarakat awam. Mereka menimbulkan keraguan yang tidak patut sehingga orang awam mula bertelagah dalam perkara yang mereka tidak tahu.

✳8. Lebih menyedihkan, agamawan turut terlibat menimbulkan polemik ini termasuk golongan berprofil tinggi seperti mufti. Padahal, tentu dia sendiri yang terlibat dalam mengendorse kriteria baru ini di peringkat negeri masing-masing. Kenapa tiba-tiba pertikai di media sosial pula?

✳9. Polemik yang ditimbulkan ini adalah amat bahaya kerana ia melibatkan soal ibadah fardu umat Islam. Kalau ada pentaasub mereka terud anggap autoriti agama kita salah, maka mereka cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Isnin 2 Mei kerana anggap sudah 1 Syawal. Mereka juga cenderung untuk berpuasa 6 pada 3 Mei nanti. 

Golongan yang sengaja timbulkan fitnah ini akan tanggung dosa orang awam jahil yang meninggalkan puasa Ramadhan dan melakukan puasa pada Idulfitri, kalau orang awam buat kerana percaya pada mereka. 

✳10. Jangan terlalu prejudis terhadap autoriti agama. Bukan nak kata mereka selalu betul. Tetapi kalau nak kritik, kritiklah dengan ilmu. Tegurlah dengan manhaj teguran yang betul. Ambil kira fitnah yang mungkin timbul. 

Bukan main sentimen yang mengelirukan orang awam. Tak perlu bandingkan dengan negara-negara lain kerana mereka punya matla', kaedah dan kriteria tersendiri. Respon agamawan yang tidak matang hanya mendedahkan kejahilan kalian. Level mufti pun masih nak populis.

✳11. Saya dahulupun ada kritik mengenai kriteria lapuk dulu. Tetapi selepas mengambil kira kesan ibadah orang awam. Tahun 2019 saya komen mengenai penentuan anak bulan Zulhijjah, itupun selepas Raya Haji supaya tak beri kesan kepada ibadah puasa Arafah dan pengharaman puasa Aidil Adha dan Hari Tasyrik. 

Ikutkan ada lagi nak kritik, tapi perubahan terbaru ini sudah cukup baik untuk diterima. Saya sokong dan ucapkan syabas!

✳12. Saya harap autoriti agama kita tidak goyang dengan tekanan yang cuba diberikan. Berpegang teguh atas asas ilmu yang betul. Jangan pedulikan celaan orang mencela. Inilah dunia akhir zaman, berpegang pada amanah ilmu akan dianggap pengkhianat. Pengkhianat agama pula dianggap benar. Menggenggam agama ibarat menggenggam bara api. Ruwaibidhoh di mana-mana.

✳13. Bagi orang awam, sepatutnya mereka beriman dan beramal sahaja dengan firman Allah SWT:
وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا﴿ ٨٣ ﴾
Apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya. Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (autoriti) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. Jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, pasti kamu menurut Syaitan, kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
[An-Nisa':83]

(Alang Ibn Shukrimun)

🔷️Artikel lain di Telegram: https://t.me/alangibnshukrimun

Solat Jenazah Ghaib untuk Siti Sarah di Masjidil Haram, Makkah

Apakah amalan mulia Siti Sarah sehingga kematian beliau di doakan seluruh pelusuk Malaysia dan juga negara lain yang mengenali beliau. Pemergiannya ditangisi dan menyentuh hati sangat ramai orang.. Bacaan Yassin dibuat oleh ramai pihak khas utk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Sekali lagi kita melihat Arwah Siti Sarah dimuliakan dengan di solatkan di Masjidil Haram Makkah (Solah Jenazah Ghaib) dengan di sertai oleh sekitar 300 orang jamaah. Mungkin ada banyak amalan Siti Sarah Raisuddin yang kita tidak tahu. Yang pasti, kita tahu di akhir hayatnya, Siti Sarah cukup disenangi dan banyak bersedekah secara diam-diam. Beliau juga seorang isteri yang sangat taat pada suami dan memuliakan suaminya. 

Semoga arwah siti sarah damai di alam sana dan ditempatkan Syurga dengan Izin-Nya.



Suatu Hari Nanti Umat Islam Palestin akan Menang dan Yahudi akan dibinasakan

Antara perkara yang paling menakutkan ialah penumpang yang diberi perlindungan di rumah telah dengan tidak tahu malunya merampas rumah yang mereka tumpang. Itulah yang berlaku ke atas Negara Palestin.

Kita tidak mahu perkara ini berlaku di mana-mana negara lain. Bertimbangrasa, saling mendokong, saling bekerjasama antara bangsa dan agama perlu diterapkan; lebih-lebih lagi di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.

Untuk kes Negara Palestin (saya xmengiktiraf negara haram l$RaeL), Palestin sudi memberi perlindungan kepada bangsa lSraeI atas dasar kemanusiaan mungkin. Namun, lsraeI ada agenda lain. Mereka mahu menakluki BaitulMaqdis yang dipercayai adalah tanah yang dijanjikan untuk mereka.. kita tahu, Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Makkah. Namun, Al-Aqsa perlu dipertahankan sebagai hak mutlak umat Islam.

Kita tidak pasti sampai bila isu ini akan berakhir. Pembunuhan rakyat Palestin sudah berlaku puluhan tahun tanpa kesudahan. Namun, sebagai orang Islam yang beriman, kita percaya pada janji Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran bahawasanya kaum Yahudi akan dibinasakan dan kemenangan akan berpihak pada umat Islam. 

Bantulah Madrasah Darul Mumtaz



Assalamualaikum

JANGAN BIAR KAN ILMU AGAMA TERKUBUR

Bantulah anak-anak(yatim miskin) menuntut ilmu walaupun hanya RM1

Didoakan semoga Allah merahmati dan memberkati anda sekeluarga...ameen...!

SUMBANGAN ANDA SAHAM AKHIRAT ANDA SEKELUARGA....!

Alhamdulillah,
untuk sumbangan..derma..!
Salurkan ke

Bank muamalat
(waqaf /kekal)
020 300 024 167 12(14agka)

RHB Bank
(elaun guru/bil elekrik air/barangan ,peralatan)
252 103 000 035 40(14agka)

My Bank
(Pelbagai *trmasuk anak yatim miskin)
557 447 502 678(12agka)

Atas nama "madrasah darul mumtaz"

T.kasih membantu mghidupkan sek agama tel 0125737799(Azrin)

Saudara Baru (Adam Corrie) berjaya tarik 15 orang bukan Islam memeluk Islam

Malu saya dengan saudara baru ni kerana beliau lebih berjaya dalam dakwahnya berbanding saya yang sudah sedia Islam sejak dahulu. Mungkin kita sebagai umat Islam tidak memperdulikan akan dakwah. Sedangkan Dakwah amat ditekankan dalam Islam untuk mengajak seberapa ramai bukan Islam mengenali Ajaran Ad-din daripada Tuhan pencipta sekalian alam. Semoga kisah Adam Corrie yang merupakan seorang pelakon terkenal ini memberikan inspirasi kepada kita untuk menjalankan aktiviti dakwah.





PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.

“Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram”.

“Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah”.

“Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk agama Islam.

“Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.

“Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej.

“Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan,” ujarnya.


Gambar: Suasana Sebelum Pengebumian Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Melihatkan gambar ini, dapat dirasakan betapa mulianya beliau disisi masyarakat umum. Tidak kira latar belakang politik, beliau dihormati kerana tingginya Ilmu yang dimiliki oleh beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan dijanjikan ganjaran syurga..






Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia: Perginya Pejuang Islam Sebenar



[Cerita Sebenar oleh: Hasrizal]

PERGINYA MUROBBI YANG SETIA DENGAN KEBENARAN
“Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira.
Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah. Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah sangat yang kami faham tentang politik. Tetapi mentaliti saya yang ketika itu di Tingkatan 3, menafsirkan keputusan pilihanraya umum itu sebagai sebuah kemenangan Islam.
Kebangkitan Islam!
1990 adalah tahun pertama, saya mengenal nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu. Saya mengenalinya melalui akhbar Harakah, bahawa beliau adalah seorang ulama’, yang memimpin secara Islam. Islamnya bukan sekadar pada parti yang diwakili. Tetapi Islam pada cara hidupnya. Biar pun sudah bergelar Menteri Besar, beliau masih mengekalkan keadaan hidupnya yang serba sederhana.
Keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz, membawa saya kepada pengembaraan seorang diri pada tahun berikutnya semasa di Tingkatan 4. Perancangan asal adalah untuk mengaji Tasawwuf dengan seorang Tuan Guru di Kuang bersama rakan karib saya Zaharuddin Abdul Rahman. Abah bekalkan saya RM100 untuk perjalanan tersebut dan berpesan agar berjimat cermat dan berhati-hati. Setibanya di Puduraya dari Ipoh, Zaharuddin memberitahu saya bahawa Tuan Guru berkenaan sakit dan membatalkan kelasnya. Saya yang sudah bersemangat dalam kembara ilmu, berat hati untuk pulang ke Ipoh begitu sahaja.
“Kalau macam tu, ana pergi Kelantan. Ana nak tengok rupa Kelantan selepas kemenangan Islam. Anta nak ikut?” saya mengusik Zaharuddin.
“Tak apalah akhi. Anta pergilah” Zaharuddin menolak pelawaan saya.
“Anta tak suka politik ya?” saya mengusiknya.
Beliau tersenyum, dan kami berpisah.
KUNJUNGAN KE KOTA BHARU
Saya nekad memberanikan diri ke Kota Bharu untuk meninjau bagaimanakah rupanya sebuah bandar yang diperintah dengan pemerintahan Islam. Perjalanan jauh bas ekspres ketika itu berbaloi. Selain terkejut apabila bas berhenti untuk solat Subuh (ini sudah luar biasa), saya tambah terkejut kerana sebaik tiba di stesyen bas Kota Bharu, saya nampak orang berpusu-pusu ke sebuah bangunan bertulis Dewan Zulkifli Muhammad.
“Ramai-ramai ini, pergi ke mana, bang?” saya menyapa seorang lelaki di jalanan.
“Nak pergi dengar kuliah Tuan Guru. Sikit lagi akan bermula” katanya.
“Tuan Guru Nik Abdul Aziz?” saya teruja.
“Yo lah!” katanya dalam loghat Kelantan yang pekat.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya pun mengikut arus orang ramai. Hebatnya Kelantan. Menteri Besar mengajar agama kepada rakyatnya. Orang berpusu-pusu mengejar ilmu. Saya tumpang bersila di atas surat khabar di kaki lima kedai buku Syarikat Jaffar Rawas. Berbunga-bunga hati mendengar secara ‘live’ suara Tuan Guru Nik Abdul Aziz, walaupun saya tidak faham mana. Asyik mendengar hingga terlupa perut yang kelaparan. Biar pun tidak dapat melihat kelibatnya, dapat dengar suara pun jadilah.
Saya duduk di sekitar Masjid Muhammadi sehingga Maghrib sebelum mengambil bas Rasima Ekspres untuk kembali ke Ipoh malam tersebut. Puas hati. Kelantan memang Serambi Mekah. Era ini era kebangkitan Islam!
SEBELUM BERKELANA
1993, selepas mendapat keputusan SPM, saya dan sahabat seperjuangan tahu, kami semua akan berpisah membawa haluan masing-masing. Saya bakal ke Jordan, rakan-rakan yang lain pun akan ke destinasi pengajian yang tersendiri.
Sebelum berpisah, kami mahu mengadakan satu pengalaman yang akan menjadi azimat bekalan musafir kami menuntut ilmu. Selepas berpakat, kami memandu van sewa untuk menjelajah seluruh Malaysia bertemu dengan alim ulama, meminta nasihat mereka buat kami anak muda yang sedang menjejak perjalanan yang pernah mereka tempuhi.
Salah satu destinasi kami adalah Pulau Melaka, di Kelantan.
Petang itu kami tiba di kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Entahlah ada rezeki atau tidak untuk bertemu. Siapalah kami.
Setibanya kami di perkarangan rumah Tuan Guru, kami ternampak seorang lelaki berketayap berbaju Pagoda berada di atas bumbung rumah. Seorang lelaki datang kepada kami memaklumkan yang Tuan Guru Nik Aziz sedang bertukang membetulkan bumbung rumahnya. Jika kami berhajat untuk bertemu dengan beliau, datanglah ke Masjid Pulau Melaka subuh nanti dan jumpa Tuan Guru selepas beliau habis berkuliah, mengupas kitab Ihya’ Ulum al-Din.
“Subhanallah, seorang Menteri Besar sedang bertukang di bumbung rumahnya!” saya mengomel sendirian.
Tidak ada contoh sebegini yang pernah kami saksikan dalam hidup zaman ini.
Kami mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di Masjid Pulau Melaka. Masjid itu masih dalam proses pembinaan. Dengan beberapa ringgit yang ada di dalam dompet, kami bersedekah seadanya mengharapkan agar projek masjid tersebut siap dan berfungsi sepenuhnya.
Keesokan pagi, seperti yang dijanji, kami mendengar kuliah Tuan Guru, usai beliau mengimamkan solat subuh. Saya masih ingat butiran kuliah itu.
“Istighfar kita hari ini, berhajatkan satu istighfar yang lain. Kita beristighfar meminta ampun kepada Allah, tetapi kita tidak memaksudkannya. Kita tidak menyesali dosa yang kita lakukan. Kita minta ampun yang kita tidak minta. Maka beristighfarlah atas istighfar yang cacat itu” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Saya hiba mendengarnya. Kuliahnya bersahaja, tetapi hati anak muda ini amat tersentuh.
Selepas subuh, kami merapati Tuan Guru, memperkenalkan diri dan menyatakan hajat kami sebagai penuntut ilmu. Tuan Guru berpesan, “ikhlaskan hati belajar lillahi Ta’ala, kuatkan semangat, bersungguh mengaji, dan jauhkan diri daripada maksiat.”
Nasihatnya ringkas. Namun kami sungguh menghargainya.
Kami kepingin untuk bergambar dengan Tuan Guru. Tetapi pada zaman itu, rasanya seperti tidak beradab meminta bergambar. Terasa malu yang amat sangat. Biarlah semuanya tersemat di ingatan. Cukup sekadar bergambar di hadapan Masjid Pulau Melaka, tidak dengan Tuan Guru di sebaliknya. Tuan Guru, di hati dan memori, sudah memadai.
Kami bakal menyusulimu. Asim Saleh yang mengambil foto ini telah kembali ke rahmatullah mendahului kami semua
Selepas terbang ke Jordan, pernahlah beberapa kali Tuan Guru Nik Abdul Aziz singgah. Kami mengambil peluang hadir mendengar nasihat-nasihat beliau selaku pemimpin PAS, dan terlebih utamanya sebagai Tok Guru.
Nasyid “Kemenangan Kita” yang saya hasilkan untuk membantu kempen Pilihanraya 1995
KENANGAN DI UK
1999, Hizbi UK dan Eire menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagai tetamu undangan. Jika Menteri Besar negeri lain, tentu sahaja pihak Kedutaan menyambut VVIP ini di Lapangan Terbang Heathrow. Tetapi tidak bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kami para pelajar yang menyambutnya di Heathrow.
Saya yang ketika itu bermastautin di London menyertai rombongan mengiringi Tuan Guru untuk ke Birmingham. Dalam perjalanan ke sana, kami bermalam di Coventry. Malam itu semua orang tidur dalam keadaan letih. Tanpa diduga, tidak lama menjelang subuh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggerak kami, memaklumkan yang beliau berqiamullail dan jika ada yang mahu bersama, beliau alu-alukan.
Saya menggosok-gosok mata. Terkejut, kehairanan, dan malu-malu alah lalu bangun menyertai qiamullail Tuan Guru.
Semasa bersarapan, saya bertanya kepada Tuan Guru, bagaimana beliau boleh bangun berqiamullail walaupun berbeza waktu antara Malaysia dan UK. Adakah kerana jetlag, atau beliau tidak tidur sepanjang malam? Tuan Guru menjawab dengan lebih kurang maksudnya, “satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita”
Kehadiran Tuan Guru di Birmingham disambut secara besar-besaran oleh komuniti Malaysia di seluruh UK dan Ireland. Tambahan pula Malaysia di tahun itu sedang panas dengan Reformasi. Mata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebam dalam tahanan, membakar kemarahan rakyat Malaysia di seluruh dunia.
“Kalau boleh, ana nak merasa salji. Kali terakhir ana merasa salji adalah semasa belajar di Kashmir” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, menyuarakan hajatnya.
Aduh, bagaimana kami hendak mencari salji. Kini sudah menghampiri Krismas tetapi salji belum turun. Ramailah pemimpin pelajar merancang untuk membawa Tuan Guru ke Scotland usai program di Birmingham, demi memenuhi hajatnya. Tetapi, hadiah daripada Allah barangkali, semasa giliran Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di pentas, salji turun selebat-lebatnya di Birmingham. Ceramah Tuan Guru ditangguhkan, dan kami semua ke luar dewan bermain salji. Bukan tidak biasa dengan salji. Tetapi salji kali ini adalah salji harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Semasa beliau singgah di London, saya bertanya kepada Tuan Guru satu soalan yang sensitif. Saya tanya, “kalau Tuan Guru tidak menjadi Menteri Besar atau ahli politik, apakah yang akan Tuan Guru lakukan barangkali?”
Tuan Guru menjawab, “ambo suka mengaji. Jika tidak berpolitik ambo nak sambung mengaji. Tetapi mengaji dan politik payah nak buat bersama. Sepertinya kena memilih satu antara dua.”
Itulah jawapan ringkas beliau.
Dan itulah juga secebis kenangan saya bersamanya.
Saya tidak banyak mengingati Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang ahli politik. Mungkin sebab saya sendiri bukan orang politik. Tetapi saya akan sentiasa mengenang beliau sebagai seorang tokoh ummah, yang dalam puluhan tahun menempuh badai memperjuangkan Islam di dalam PAS dan di negeri Kelantan, beliau akan saya kenang sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang SETIA DENGAN KEBENARAN.
Pergilah ayahanda Tuan Guru kembali kepada Tuhanmu yang Maha Tinggi. Berehatlah engkau dari segala kebejatan dunia. Malam ini engkau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Meninggalkan kami yang masih tidak keruan dalam mencari sinar di hujung perjalanan.
Pada detik engkau pergi buat selamanya, hatiku tertanya-tanya, adakah kami engkau tinggalkan masih dalam rentak kebangkitan Islam? Jawapan itu kembali kepada kami, untuk melakukannya.
Moga ada pertemuan kembali kita dalam perhimpunan Akhilla’, ameen.
اللهم اغفر له، وارحمه، وعافه، واعف عنه، وأكرم نُزُله، ووسع مُدخلهُ، واغسله بالماء والثلج والبرد، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله، وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنة، وأعذه من عذاب القبر
HASRIZAL
43000 BSP
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

3 Orang Berjubah Putih Solat Di Puncak Bukit

Gambar ini sudah lama, tapi ada sesuatu yang pelik dalam gambar ini. Kelihatan ada 3 kelibat manusia sedang bersolat di atas punck sebuah bukit. Semua memakai jubah berwarna putih. Adakah benar-benar manusia? Atau makhluk bunian atau jin? Wallahualam. Kebesaran Allah..


Kesalahan Dalam Solat

Assalamualaikum..

Solat merupakan tiang agama Islam. Melakukan solat membawa maksud anda menegakkan agama maka meninggalkannya bermaksud meruntuhkan agama. Ramai umat Islam dewasa ini yang tidak rasa bersalah dengan meninggalkan solat dan sebilangan kita masih menjaga solat dengan baik. 

Namun, walaupun ramai yang bersolat, seringkali saya melihat kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh para jamaah solat tidak kira tua atau muda. Mungkin mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna dalam solat dan hanya mengikut-mengikut sahaja.

Jika saya nak cerita banyaklah. Antaranya ialah dengan tidak duduk antara dua sujud, tidak melentikkan jari kaki, menggerakkan anggota lebih daripada tiga kali berturut-turut, terbuka aurat terutamanya lelaki yang memakai seluar jeans dan berbaju singkat dan sebagainya.

Maka, untuk melakukan solat dengan sempurna, maka pelajarilah cara-caranya dengan betul dan ketahui 13 rukun solat yang wajib anda lakukan. Sekian sahaja.


Berhijab Namun Hakikatnya Bukan Seperti Dituntut oleh Islam

Assalamualaikum..


Isu berhijab atau bertudung ini selalu menjadi kupasan oleh ramai orang. Namun, hakikatnya walaupun ramai mengenakan tudung, ia tidaklah mengikut Syariat Islam yang sebenar. Maka ia tetap dihukum berdosa. Maka buat wanita, renungkanlah dan cubalah berhijab dan berpakaian seperti yang dituntut oleh Islam supaya anda lebih mulia disisi Tuhan yang satu.. Insya-Allah.



Cara Menyembuhkan Rabun Mata

Assalamualaikum..

Rabun mata merupakan satu keadaan dimana kita kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu objek dengan focus sama ada objek jauh atau dekat disebabkan perubahan mata elemen-elemen mata anda. Untuk membetulkan kedudukan pemfokusan objek, anda boleh memakai cermin mata namun begitu, kos untuk membeli cermin mata adalah mahal dan tahap rabun anda akan semakin parah jika tidak diubati.

Namun, ada kaedah tertentu yang boleh dicuba untuk mengurangkan atau memulihkan rabun mata. Kaedah dibawah yang dibuat secara Islam boleh dicuba. Dengan izin Allah akan berjaya. 


Kempen Jom Tutup Aurat oleh Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau bercakap tentang aurat ni ramai yang sedia maklum akan batasannya. Dan mungkin juga ada yang tak faham atau sengaja tidak faham. Aurat lelaki adalah daripada pusat ke lutut manakala aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Akan tetapi, ramai yang masih tak faham. Ramai juga yang semakin tidak mahu menutup aurat. 

Ramai wanita berpakaian seksi, tidak bertudung dan ada juga bertudung tetapi memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakan susuk tubuh. Lelaki pula macam sudah jadi trend memakai seluar pendek yang menampakkan lutut. Ini juga salah. Jadi, kita perlulah sedar akan kesalahan ini dan jangan biarkan berpanjangan. Tutuplah aurat anda untuk kehomatan diri dan juga mengelakkan diri daripada terus mendapat dosa. Renungkanlah Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dibawah:


Doa menghilangkan Stress atau Tekanan

Biasalah dalam kehidupan seharian, kita menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang selalunya mengundang tekanan atau stress yang melampau. Apa-apapun kita diajar untuk mengawal stress dengan baik. Salah satunya adalah dengan Doa..


Cara Mengesan Jin Dalam Tubuh Badan Manusia


CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA 


Assalamualaikum,,disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.

sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

Berdoalah di bulan Ramadan


Assalamualaikum..

Dikala bulan ramadan yang mulia ini, kita panjatkanlah doa sebanyak mungkin agar Allah makbulkan doa kita. Tambahkanlah jua amalan-amalan baik di bulan yang mujlia ini seperti membaca Al-Quran, solat sunat, bersedekah, berzikir dan sebagainya. Semoga kita mendapat pahala yang tidak terkira banyaknya =)

Waktu Berhenti makan Sahur



Assalamualaikum..

Just nak berkongsi tentang makan sahur. Ada yang keliru akan waktu kita perlu berhenti makan. Jika kita bersahur, kita boleh makan melewati waktu imsak. Waktu kita perlu berhenti makan ialah pada waktu mula azan subuh, iaitu kira-kira 10 minit selepas waktu imsak. Sekian sahaja perkongsian ringkas ini.