JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Memaparkan catatan dengan label Realiti Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Realiti Hidup. Papar semua catatan

Warga Asing Rampas Berbilion Ringgit?

Terbaca perkongsian brother yang bekerja di Hospital. Menurut perkongsian beliau, warga asing mengambil kesempatan dengan mendapatkan khidmat perubatan bersubsidi milik rakyat Malaysia. Ramai juga enggan bayar selepas mendapatkan rawatan. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?

Komen Minggu ke-2 Gegar Vaganza 10

GV10 week 2: 

(1) Pembukaan by Liza Hanim (Shima - Setelah Aku Kau Miliki)... nice opening.. cuma chorus tu mcm serabut sikit. But Dinamiknya masih ada. Overall bgus..

(2) Alif aziz (Sampai Mati - Hazama)... napa nada rendah start2 tu off sgt... masa high pun ada sikit2 off.. But Tone Alif ni enak cuma kawalan dia malam dia kurang sikit.

(3) Jaclyn Victor - Mantap giler dia tapau lagu sepi sekuntum mawar merah. Nada tinggi memang makanan Jac.

(4) Nikki Palikat (Bersama Akhirnya - Ziana Zain) - Bagi saya OK OK sedap aje.. tapi, kurang sikit impact.. Mungkin penghayatan nikki untuk lagu ni masih xcukup.

(5) Cliff Umar (Laskar Cinta - Dewa 19) - Ada flat yang cukup banyak dan cukup mengganggu pendengaran penonton.. Dan attitude dia untuk lagu ni tidak cukup. calon tersingkir awal nih.

(6) Tomok (Malam - Kembara) - Basically aku jarang minat dengan nyanyian tomok dalam pertandingan. Tapi, malam ni, tomok nyanyi sangat stabil. Secukup rasa, feel pun sampai. Masalah pitching pun xkedengaran sangat. Well done Tomok!

(7) Suki Low (Tak Ingin Usai - Keisya Levronka) - Lagu Suki dapat sedap. awal-awal suki bawa dengan feel yang baik. Cuma part chorus Suki macam dah kat dinding sangat jadi vokal dia kedengaran tidak selesa.

(8 ) Dato' Aishah (Flashdance What a Feeling) - Irene Cara) - Persembahan jauh lebih baik dari minggu lepas. Ok lah. xde dengar sgt kesilapan. tp hampir langgar limit tu masih kedengaran.

(9) Zamani (Sambutlah Kasih - LoveHunters) - Zamani ni memang Legend!! Walaupun nada rendah dia mcm nafas pendek, tapi tiba high note dia tapau. Sedap giler nyanyian dia walaupun dia simple2 je. Pure talent.

(10) Ezad Lazim (Potret - Akim & The Magistrate) - Ezad ni memang artis bervokal telan kaset. Tapi, untuk lagu ni Ezad agak sederhana. Mungkin nyanyian dia kurang masuk sikit. But overall bagus.

(11) Noryn Aziz (Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak) - Aku suka Noryn minggu ni. Sangat versatile. Arrangement yang lebih fresh. love terukkkk.

(12) Ayai Illusi (Bunga Pujaan - Jamal Abdillah) - Otai masih berbisa.. mantap beb Vokal Ayai. Pitch and tone xde masalah. Juara GV1. Bagi aku dia mampu bagi saingan sengit buat yang lain.

(13) Siti Nordiana (Sepi - Aina Abdul) - Overall OK nana. Vokal rendah sedap. Bila tiba tinggi tu ada satu part tu dia cuba ikut aina namun xmampu. Sebab aina part tu agak jerit dan Nana xmampu buat seperti aina jd dia dengar mcm xsampai dan tercekik. Overall, aku masih suka persembahan Nana untuk lagu Sepi. Sebab mostly dia buat versi dia kecuali sikit je.

(14) Hady Mirza (I am supposed to live Without you - Michael Bolton) - Hady Mirza ni ada tone yang lembut dan sedap. Juga cukup Kormersial. Aku suka dengar suara dia. Dia nyanyi pun sedap je lagu ni. Vocal Projection dan Nada shifted dia cantik.

(15) Naqiu (Bertahun sudah Berlalu - Alleycat) - Naqiu ni memang banyak idea. Lagu simple pun dia boleh mampu tarik orang nak tengok persembahan dia sampai akhir. A true performer.

(16) Azharina (Ayah) - Azharina ni salah seorang peserta yang aku memang tunggu2 persembahan dia setiap minggu. Sebab dia ni bervokal padu ada husky2 sikit dan juga selalu membawakan sesuatu yang baru dalam persembahan dia. Untuk malam ini, not bad. Cuma lagu ni bagi aku agak simple muziknya. Justeru memerlukan kekuatan Vokal untuk memberi impact. Dan Azharina.. You are OK.. bagus.

perkongsian Bekas Pesakit Covid-19 level 5 yang selamat

Perkongsian Bekas Pesakit Covid-19 level 5 (level terakhir) yang Survive. Korang baca kronologi dan fikir-fikirkanlah. Korang nak sakit atau nk ikut SOP ketat bagi mengekang penularan wabak ini. Guys please jaga diri sendiri dan kekuarga. Saling mengambil berat. Jika ada yang sambil lewa sila nasihatkan mereka. Kita jaga kita! 

Jawapan Padu Ahmad Fedry Yahya berkenaan Isu Palestin yang Dibangkitkan oleh pengikutnya

Macam yang saya ulas sebelum ini, ramai orang Islam sendiri tidak faham isu Palestin mungkin kerana malas membaca atau memang tidak ambil tahu sejarah. Dibawah merupakan contoh soalan yang dikemukakan keatas personaliti popular; Ahmad Fedry Yahya. Jawapan yang diberikan adalah tepat dan padu. Semoga masyarakat mengambil iktibar dan mengambil tahu isu Palestin dengan sebenar-benarnya. Wallahualam.

gambar burung pemakan Daging menanti Kanak-kanak Mati

Foto ini telah menang anugerah Pulitzer Prize oleh jurufoto terkenal iaitu Kevin Carter. Ini antara pencapaian tertinggi oleh seorang jurufoto.

Foto ini dirakam sewaktu krisis di Sudan pada tahun 1994, dan foto anak kecil ini adalah dalam perjalanan menuju ke kem makanan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang terletak beberapa kilometer dari situ. 

Tiada siapa tahu apa yang berlaku pada kanak kanak kecil ini selepas itu, Kevin Carter yang merakamkan foto ini terus berlalu setelah foto ini dirakam. 

Dibelakang kanak kanak kanak ini ada burung yang sedang menanti dia meninggal untuk dijadikan santapan

Foto ini tersenarai antara 100 foto terpenting dalam sejarah oleh majalah Time.

Tiga bulan selepas memenangi anugerah ini, Kevin Carter membunuh diri dan menyesal kerana tidak membantu kanak kanak ini sebaliknya meninggalkan begitu sahaja.

Beliau meninggalkan catatan dalam diarinya dengan penuh penyesalan.

Kawan kawan, 

Kejayaan bukan untuk kita nikmati secara sendiri sahaja. Kejayaan selain untuk kita ia juga untuk dinikmati oleh keluarga kita dan umat kita.

Bila kita senang, kita tak boleh biarkan masyarakat kekal susah. Mereka akan buatkan kita tidak dapat tidur lena. 

Lihat saudara jiran kita siapa yang masih susah raya ini.  Bantu mereka, pastinya mereka malu untuk meminta bantuan. 

Kredit artikel: Azizul Azli Ahmad.

Gambar: Suasana Sebelum Pengebumian Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Melihatkan gambar ini, dapat dirasakan betapa mulianya beliau disisi masyarakat umum. Tidak kira latar belakang politik, beliau dihormati kerana tingginya Ilmu yang dimiliki oleh beliau. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan dijanjikan ganjaran syurga..






Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia: Perginya Pejuang Islam Sebenar



[Cerita Sebenar oleh: Hasrizal]

PERGINYA MUROBBI YANG SETIA DENGAN KEBENARAN
“Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira.
Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah. Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah sangat yang kami faham tentang politik. Tetapi mentaliti saya yang ketika itu di Tingkatan 3, menafsirkan keputusan pilihanraya umum itu sebagai sebuah kemenangan Islam.
Kebangkitan Islam!
1990 adalah tahun pertama, saya mengenal nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu. Saya mengenalinya melalui akhbar Harakah, bahawa beliau adalah seorang ulama’, yang memimpin secara Islam. Islamnya bukan sekadar pada parti yang diwakili. Tetapi Islam pada cara hidupnya. Biar pun sudah bergelar Menteri Besar, beliau masih mengekalkan keadaan hidupnya yang serba sederhana.
Keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz, membawa saya kepada pengembaraan seorang diri pada tahun berikutnya semasa di Tingkatan 4. Perancangan asal adalah untuk mengaji Tasawwuf dengan seorang Tuan Guru di Kuang bersama rakan karib saya Zaharuddin Abdul Rahman. Abah bekalkan saya RM100 untuk perjalanan tersebut dan berpesan agar berjimat cermat dan berhati-hati. Setibanya di Puduraya dari Ipoh, Zaharuddin memberitahu saya bahawa Tuan Guru berkenaan sakit dan membatalkan kelasnya. Saya yang sudah bersemangat dalam kembara ilmu, berat hati untuk pulang ke Ipoh begitu sahaja.
“Kalau macam tu, ana pergi Kelantan. Ana nak tengok rupa Kelantan selepas kemenangan Islam. Anta nak ikut?” saya mengusik Zaharuddin.
“Tak apalah akhi. Anta pergilah” Zaharuddin menolak pelawaan saya.
“Anta tak suka politik ya?” saya mengusiknya.
Beliau tersenyum, dan kami berpisah.
KUNJUNGAN KE KOTA BHARU
Saya nekad memberanikan diri ke Kota Bharu untuk meninjau bagaimanakah rupanya sebuah bandar yang diperintah dengan pemerintahan Islam. Perjalanan jauh bas ekspres ketika itu berbaloi. Selain terkejut apabila bas berhenti untuk solat Subuh (ini sudah luar biasa), saya tambah terkejut kerana sebaik tiba di stesyen bas Kota Bharu, saya nampak orang berpusu-pusu ke sebuah bangunan bertulis Dewan Zulkifli Muhammad.
“Ramai-ramai ini, pergi ke mana, bang?” saya menyapa seorang lelaki di jalanan.
“Nak pergi dengar kuliah Tuan Guru. Sikit lagi akan bermula” katanya.
“Tuan Guru Nik Abdul Aziz?” saya teruja.
“Yo lah!” katanya dalam loghat Kelantan yang pekat.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya pun mengikut arus orang ramai. Hebatnya Kelantan. Menteri Besar mengajar agama kepada rakyatnya. Orang berpusu-pusu mengejar ilmu. Saya tumpang bersila di atas surat khabar di kaki lima kedai buku Syarikat Jaffar Rawas. Berbunga-bunga hati mendengar secara ‘live’ suara Tuan Guru Nik Abdul Aziz, walaupun saya tidak faham mana. Asyik mendengar hingga terlupa perut yang kelaparan. Biar pun tidak dapat melihat kelibatnya, dapat dengar suara pun jadilah.
Saya duduk di sekitar Masjid Muhammadi sehingga Maghrib sebelum mengambil bas Rasima Ekspres untuk kembali ke Ipoh malam tersebut. Puas hati. Kelantan memang Serambi Mekah. Era ini era kebangkitan Islam!
SEBELUM BERKELANA
1993, selepas mendapat keputusan SPM, saya dan sahabat seperjuangan tahu, kami semua akan berpisah membawa haluan masing-masing. Saya bakal ke Jordan, rakan-rakan yang lain pun akan ke destinasi pengajian yang tersendiri.
Sebelum berpisah, kami mahu mengadakan satu pengalaman yang akan menjadi azimat bekalan musafir kami menuntut ilmu. Selepas berpakat, kami memandu van sewa untuk menjelajah seluruh Malaysia bertemu dengan alim ulama, meminta nasihat mereka buat kami anak muda yang sedang menjejak perjalanan yang pernah mereka tempuhi.
Salah satu destinasi kami adalah Pulau Melaka, di Kelantan.
Petang itu kami tiba di kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Entahlah ada rezeki atau tidak untuk bertemu. Siapalah kami.
Setibanya kami di perkarangan rumah Tuan Guru, kami ternampak seorang lelaki berketayap berbaju Pagoda berada di atas bumbung rumah. Seorang lelaki datang kepada kami memaklumkan yang Tuan Guru Nik Aziz sedang bertukang membetulkan bumbung rumahnya. Jika kami berhajat untuk bertemu dengan beliau, datanglah ke Masjid Pulau Melaka subuh nanti dan jumpa Tuan Guru selepas beliau habis berkuliah, mengupas kitab Ihya’ Ulum al-Din.
“Subhanallah, seorang Menteri Besar sedang bertukang di bumbung rumahnya!” saya mengomel sendirian.
Tidak ada contoh sebegini yang pernah kami saksikan dalam hidup zaman ini.
Kami mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di Masjid Pulau Melaka. Masjid itu masih dalam proses pembinaan. Dengan beberapa ringgit yang ada di dalam dompet, kami bersedekah seadanya mengharapkan agar projek masjid tersebut siap dan berfungsi sepenuhnya.
Keesokan pagi, seperti yang dijanji, kami mendengar kuliah Tuan Guru, usai beliau mengimamkan solat subuh. Saya masih ingat butiran kuliah itu.
“Istighfar kita hari ini, berhajatkan satu istighfar yang lain. Kita beristighfar meminta ampun kepada Allah, tetapi kita tidak memaksudkannya. Kita tidak menyesali dosa yang kita lakukan. Kita minta ampun yang kita tidak minta. Maka beristighfarlah atas istighfar yang cacat itu” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Saya hiba mendengarnya. Kuliahnya bersahaja, tetapi hati anak muda ini amat tersentuh.
Selepas subuh, kami merapati Tuan Guru, memperkenalkan diri dan menyatakan hajat kami sebagai penuntut ilmu. Tuan Guru berpesan, “ikhlaskan hati belajar lillahi Ta’ala, kuatkan semangat, bersungguh mengaji, dan jauhkan diri daripada maksiat.”
Nasihatnya ringkas. Namun kami sungguh menghargainya.
Kami kepingin untuk bergambar dengan Tuan Guru. Tetapi pada zaman itu, rasanya seperti tidak beradab meminta bergambar. Terasa malu yang amat sangat. Biarlah semuanya tersemat di ingatan. Cukup sekadar bergambar di hadapan Masjid Pulau Melaka, tidak dengan Tuan Guru di sebaliknya. Tuan Guru, di hati dan memori, sudah memadai.
Kami bakal menyusulimu. Asim Saleh yang mengambil foto ini telah kembali ke rahmatullah mendahului kami semua
Selepas terbang ke Jordan, pernahlah beberapa kali Tuan Guru Nik Abdul Aziz singgah. Kami mengambil peluang hadir mendengar nasihat-nasihat beliau selaku pemimpin PAS, dan terlebih utamanya sebagai Tok Guru.
Nasyid “Kemenangan Kita” yang saya hasilkan untuk membantu kempen Pilihanraya 1995
KENANGAN DI UK
1999, Hizbi UK dan Eire menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sebagai tetamu undangan. Jika Menteri Besar negeri lain, tentu sahaja pihak Kedutaan menyambut VVIP ini di Lapangan Terbang Heathrow. Tetapi tidak bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kami para pelajar yang menyambutnya di Heathrow.
Saya yang ketika itu bermastautin di London menyertai rombongan mengiringi Tuan Guru untuk ke Birmingham. Dalam perjalanan ke sana, kami bermalam di Coventry. Malam itu semua orang tidur dalam keadaan letih. Tanpa diduga, tidak lama menjelang subuh, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggerak kami, memaklumkan yang beliau berqiamullail dan jika ada yang mahu bersama, beliau alu-alukan.
Saya menggosok-gosok mata. Terkejut, kehairanan, dan malu-malu alah lalu bangun menyertai qiamullail Tuan Guru.
Semasa bersarapan, saya bertanya kepada Tuan Guru, bagaimana beliau boleh bangun berqiamullail walaupun berbeza waktu antara Malaysia dan UK. Adakah kerana jetlag, atau beliau tidak tidur sepanjang malam? Tuan Guru menjawab dengan lebih kurang maksudnya, “satu-satu benda tu, apabila kita dah suka, kita pergi mana pun dia ikut kita”
Kehadiran Tuan Guru di Birmingham disambut secara besar-besaran oleh komuniti Malaysia di seluruh UK dan Ireland. Tambahan pula Malaysia di tahun itu sedang panas dengan Reformasi. Mata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebam dalam tahanan, membakar kemarahan rakyat Malaysia di seluruh dunia.
“Kalau boleh, ana nak merasa salji. Kali terakhir ana merasa salji adalah semasa belajar di Kashmir” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, menyuarakan hajatnya.
Aduh, bagaimana kami hendak mencari salji. Kini sudah menghampiri Krismas tetapi salji belum turun. Ramailah pemimpin pelajar merancang untuk membawa Tuan Guru ke Scotland usai program di Birmingham, demi memenuhi hajatnya. Tetapi, hadiah daripada Allah barangkali, semasa giliran Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di pentas, salji turun selebat-lebatnya di Birmingham. Ceramah Tuan Guru ditangguhkan, dan kami semua ke luar dewan bermain salji. Bukan tidak biasa dengan salji. Tetapi salji kali ini adalah salji harapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Semasa beliau singgah di London, saya bertanya kepada Tuan Guru satu soalan yang sensitif. Saya tanya, “kalau Tuan Guru tidak menjadi Menteri Besar atau ahli politik, apakah yang akan Tuan Guru lakukan barangkali?”
Tuan Guru menjawab, “ambo suka mengaji. Jika tidak berpolitik ambo nak sambung mengaji. Tetapi mengaji dan politik payah nak buat bersama. Sepertinya kena memilih satu antara dua.”
Itulah jawapan ringkas beliau.
Dan itulah juga secebis kenangan saya bersamanya.
Saya tidak banyak mengingati Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang ahli politik. Mungkin sebab saya sendiri bukan orang politik. Tetapi saya akan sentiasa mengenang beliau sebagai seorang tokoh ummah, yang dalam puluhan tahun menempuh badai memperjuangkan Islam di dalam PAS dan di negeri Kelantan, beliau akan saya kenang sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang SETIA DENGAN KEBENARAN.
Pergilah ayahanda Tuan Guru kembali kepada Tuhanmu yang Maha Tinggi. Berehatlah engkau dari segala kebejatan dunia. Malam ini engkau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Meninggalkan kami yang masih tidak keruan dalam mencari sinar di hujung perjalanan.
Pada detik engkau pergi buat selamanya, hatiku tertanya-tanya, adakah kami engkau tinggalkan masih dalam rentak kebangkitan Islam? Jawapan itu kembali kepada kami, untuk melakukannya.
Moga ada pertemuan kembali kita dalam perhimpunan Akhilla’, ameen.
اللهم اغفر له، وارحمه، وعافه، واعف عنه، وأكرم نُزُله، ووسع مُدخلهُ، واغسله بالماء والثلج والبرد، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله، وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنة، وأعذه من عذاب القبر
HASRIZAL
43000 BSP
12 Februari 2015/23 Rabiul Akhir 1436H

Menganiaya Kucing

Rasanya beberapa orang mamat ni memang takde keje. Adeka dia sumbat kucing tu dalam kelapa.. erm.. hope kucing tersebut tak mengalami apa-apa kecederaan mahupun trauma melampau sehingga membawa kemurungan.. Hope so.. =p


Rayuan Sumbangan Derma Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Geng Karoks (GK) dengan kerjasama Kelab Apirasi Gema Nyanyian (AGN) akan menganjurkan aktiviti sehari bersama warga emas Nur Ehsan, Kempas Johor bahru. Program ini akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti gotong royong, memasak bubur lambuk, berbuka puasa dan bertarawikh bersama.

Saya selaku Pengerusi Geng Karoks dengan ini merayu sedikit sumbangan ikhlas daripada sesiapa sahaja yang sudi membantu. Sumbangan anda akan diserahkan sepenuhnya kepada Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan untuk membantu mereka dalam mengurus warga emas disana.

Disini saya lampirkan surat Rayuan Sumbangan tersebut:


Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR EHSAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Geng Karoks adalah merupakan kelab NGO yang telah banyak membantu dalam kerja-kerja amal serta melibatkan diri secara langsung dalam banyak Persatuan-Persatuan dan masyarakat yang berada di sekitar Johor.

Tujuan Utama program ini adalah sebagai tanda prihatin dan simpati dengan nasib golongan warga emas Nur Ehsan. Maklumat lanjut tentang warga emas ini ada dilampirkan pada lampiran seterusnya.

Kami akan menjalankan Program aktiviti kebajikan di rumah orang tua Warga Emas Nur Ehsan Kempas pada 19hb Julai 2014 (Sabtu). Diantara aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan sempena bulan Ramadan ialah gotong royong, Program bubur Lambok, Berbuka bersama Warga Emas Nur Ehsan dan lain-lain lagi.

            Tarikh :           19 hb  Julai 2014 (Sabtu)
            Masa  :           3.00 Petang  hingga 10.00 Malam
           Tempat:           Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas

Diharap dengan adanya sumbangan yang bakal diserahkan dapat meringankan beban dan memberikan sinar kegembiraan yang dapat dinikmati oleh warga Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Kempas. Keperhatian dan kerjasama dari pihak Y.Bhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, untuk menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Bagi matlumat lanjut atau  butiran terperinci boleh menghubungi:

Urusetia Program,
Kelab Geng Karoks
No, 1344  Jalan Rajawali 4, Bandar Putra, 81000 KulaiJaya, Johor Darul Takzim

up:                   Mohd Salleh Bin Mokhtar      - 0177892799
                     Adie Rayyan                   - 0137711214
                     Osman Ayop                 - 0136707480

Sekian, terima kasih.

“SEDEKAH ITU ADALAH SATU BARAKAH”    

Sekian,

Kartun yang bisa buat hati anda menangis

Pengguguran bayi luar nikah. Sebenarnya kita biasa dengar namun realitinya adakah kita pernah kasihankan bayi tidak berdosa yang dibunoh itu? Sebenarnya, aktiviti pengguguran bayi adalah satu perbuatan yang sangat kejam kerana boleh disamakan dengan membunuh nyawa tidak berdosa.. Itu yang saya fikirkan.. Kamu yang berdosa mengapa bayi tak bersalah jadi mangsa? Fikir-fikirkanlah..


HUHU: Mengapa Manusia Semakin Kejam?

Assalamualaikum semua..

Nurul Nadhirah Abdullah.. itulah nama seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang dibunuh kejam tanpa peri kemanusiaan. Kanak-kanak ini hilang ketika turun ke bawah rumah pangsanya untuk membeli megi dan makanan ringan. Yang saya pelik mengapalah kanak-kanak sekecil ini dibenarkan keluar sesuka hati ke bawah blok seorang diri??

HAAH: Bunuh Anak Hanya Kerna Gincu

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".