JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Memaparkan catatan dengan label Food - Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food - Resepi. Papar semua catatan

Nama Kuih kuih pelik di Kelantan

Di Malaysia terdapat banyak negeri dan setiap negeri ada keunikan masing-masing, termasuk dari segi penyediaan makanan.

Harini saya nak kongsi sikit nama-nama kuih yang pelik dari Kelantan. Ada yang pernah makan ada yang tak. Mengapakah kuih kuih ini dinamakan sebahagian rupa? Jum kita lihat:

Pasal Laksa pun nak gaduh ke?

Alaahh... Pasal laksa pun satu negara nak berbalah. Tu sebabnya kita kalau nak komen apa-apa tu fikir dahulu. Kita berhak untuk mempunyai pendirian sendiri tentang sesuatu perkara namun itu tidak bermaksud kita mempunyai lesen untuk menghina orang atau komuniti lain.

Kecoh dengan komen seorang Makcik Bawang tentang Laksa Johor yang dikatakan wajib menggunakan ikan "kayangan" dan mencela laksa negeri lain yang dikatakan menggunakan ikan murah.

Sebagai orang Johor aku malu dengan komen bersifat dungu dan kebudak-budakan macam ini. Bikin gaduh, bikin malu diri sendiri dan komuniti yang kamu wakili dan kamu hina.

Tengok Brother ni Rileks je share masak laksa utara penuh sekawah. Personally, aku orang johor tapi aku lebih suka makan laksa Utara sebab kena dengan tekak aku. Bukan laksa lain tak sedap tapi bergantung kepada kepakaran tukang masak masing-masing. 

Semua jenis laksa aku dah pernah makan dan ada laksa yang sedap ada yang tak sedap bukanlah salah laksa negeri mana tapi tukang masak tu yang punya skill. Jadi, rileks2 sudah ye.

Kredit: Brother azwan Carrera melalui group masak apa tak jadi hari ni official.

Restoran Tandas. Korang selera ke?

 


Aku jujur lah cakap. Walau sebersih mana pun bekas makanan tu, aku tetap tak sudi nak makan disini. Terasa jijik la pula. KOMEN PENUH admin disini >> KLIK <<

Sup Corona Virus

Ada berani ke nak makan sup ni? Seram ye. Tetapi, ia hanyalah bebola daging yang disaluti dengan cendawan kecil. haha.. nampak macam Corona Virus yang sedang hangat diperkatakan masa kini.






Menu Sihat di Luar Negara

Belek-belek laptop terpandang gambar lama, masa pergi attachment study di Sweden. Masih teringat keenakan masakan disana yang sihat. tak macam menu di Malaysia yang banyak sangat mengundang kegemukan. Hehe.. apapapun saya masih mencari cara untuk menghasilkan menu yang enak dan menyihatkan.. kalau ikutkan menu-menu kita memang enak cuma kurang menyihatkan. Masak rendang daging tanpa minyak? boleh? tentu tidak bukan. 

Walau apapun, kita kena balancekan kita punya menu harian untuk kekal sihat. Memang benar sesetengah menu memang tidak berapa baik untuk kesihatan kita tapi boleh ambil dalam kuantiti tidak banyak. Kalau di Sweden, mereka banyak menggunakan kaedah merebus dan memasak menggunakan  minyak zaitun.

Di Malaysia, kadar obesiti berada pada tahap sangat membimbangkan. saya juga salah seorang yang menderita obesiti saban hari. ahaha silap diri sendiri yang ambil makanan tidak seimbang. Dan kurangnya bersenam. Kita perlu ubah tabiat hidup kita untuk kekal sihat. Saya pun akan mulakan azam secepat mungkin untuk lebih sihat.

Menu: Ikan Salmon dengan pelbagai sayuran

Resepi: Masak Lempeng

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Last time aku ada la share gambar aku menghasilkan lempeng di wechat. Ada pula orang tanya macamana nak menghasilkan lempeng. Kuhhh semangat. Aku rasa tak boleh terima la orang yang tanya soalan ni. Bukan apa ni mesti jenis tak pernah langsung masuk dapur or at least tengok orang memasak. Nak hasilkan lempeng ni senang je la. Ni aku ajar satu-satu.

1- Sediakan tepung gandum. Kalau tak tahu pegi kedai tanya la tuan kedai runcit camne rupa tepung tu. Ni tepung yang aku guna. Ada banyak jenama lagi tu aku tak kisah la korang nak guna jenama apa janji korang jangan beli bedak buat lempeng sudah.


2- Masukkan Tepung gandum dalam bekas. Kalau korang nak sedap korang boleh campurkan tepung tersebut dengan udang, ikan bilis, bawang dan sayuran lain yang munasabah. Dan paling penting tambahkan sedikit garam ke dalam tepung tersebut.


3- Kemudian nak buat apa? Campurkan air sedikit dan kacaulah sehingga sebati. Bergantung pada citarasa korang nak tepung tu pekat atau cair. Dua-dua pun boleh.


4- Next, sediakan kuali untuk memasak. Masukkan sedikit minyak masak dan panaskan kuali.


5 - Ok ambil senduk dan mula masukkan acuan tepung yang korang buat tadi pada kadar yang munasabah dan mula meleperkan akan ia atas kuali. Kena selalu diterbalikkan untuk masak secara sekata dan mengelakkan terlalu hangus. Macam yang aku tunjuk dalam gambar dibawah:


6- Ok.. Kalau dah siap bolehlah korang hidangkan dalam pinggan.



7- Kalau takde kuah tak sedap la kan. At least kena ada kuah kari. Kalau takde kuah kari, korang boleh guna kuah sardin. Tak pun kalau malas sangat makan je dengan gula pasir. hahaha.. Masa ni ada orang sedekah kuah kari pada aku so aku tinggal panaskan je. Nyum-nyum


Ok! Siap sudah. Selamat mencuba!







Gluta King Advanced: Kulit Gebu Putih Sihat


Ramai yang inginkan Kulit yang cantik gebu dan Sihat. Aku pun macam tu juga. Aku sebelum ni banyak nampak orang mempromosikan kehebatan Gluta King ni. Lama-kelamaan aku tergerak nak mencuba. So, aku pun orderlah daripada seorang rakan facebook aku. Harga sebotol masa tu RM 130.

Aku pun start ambil gluta king ni 1-2 biji sehari bergantung kepada aku sempat ambil atau tidak. Sometimes aku tak ambil langsung dalam sehari. Walaupun tidak berapa konsisten mengambil produk ni, namun aku sangat terkejut kerana ia sangat berhasil.

Aku dapat rasakan kulit pipi aku lebih gebu daripada biasa sehinggalah aku suka nak usap-uspa pipi aku sendiri. Haha. AKu tak tipu namun ini hakikatnya. Kalau tak percaya cubalah ambil sebotol. Mungkin disebabkan produk ini selain mengandungi Glutatione, ia mengandungi pelbagai bahan lain termasuk kologen.

So, aku syorkan korang ambil produk ini kalau korang mampu kerana ia baik untuk kulit anda.

Sekian sahaja testimoni saya tentang produk GlutaKing Advanced.

Gambar Kek Hari Lahir Cantik


Hi! Sambutan Hari Jadi atau hari Ulang Tahun Kelahiran adalah tidak lengkap tanpa disertakan dengan sebiji kek. Disini saya kongsi gambar kek yang dibuat oleh seorang rakan facebook saya. Yang pasti kek yang dihasilkan sangat cantik dan harganya berpatutan. Percaya tak yang kek ini dibuat oleh seorang lelaki yang hensem lagi macho. Beliau bernama Isaac Olswen. Nama ala-ala mat saleh ni merupakan nama sebenar beliau. Dan beliau seorang jejaka melayu kacukan berasal dari Kelantan =)

Gambar Ketupat Daun Palas

Assalamualaikum.. Menjelang hari Raya tak lama lagi, salah satu makanan wajib bagi masyarakat melayu adalah ketupat. Namun ketupat umumnya ada dua jenis iaitu ketupat biasa yang menggunakan beras di dalamnya dan dianyam menggunakan daun kepala dan yang kedua adalah ketupat palas yang dibuat menggunakan daun palas dan diisi dengan pulut. Disini saya kongsikan gambar ketupat palas yang umumnya berbentuk segitiga. Ketupata pasa sedap dimakan dengan rendang daging.





gambar Buah Kuini dan bacang

Boleh anda bezakan antara buah kuini dan bacang? bacang lebih besar bulat kurang cantik berbanding kuini yang lebih licin cantik sedap =)










OH! NO! Burger Buaya

hey You! Listen Listen Listen!! Buaya pun ada masalah! Ingat Ikan Jaws je ada masalah? Why ha haiwan seganas jaws and Buaya pun berdepan masalah ini? Kalau jaws sirip diambil dan mereka dibuang dalam laut untuk MATI, ni Buaya memang sah la di BUNOOOH sampai mati.. haha bunoh sampai mati.. erk.. whateverla.. Yang penting gambar ni tunjukla bukan ayam dengan lembu je layak jadi daging burger, buaya pun boleh ye.. layan..

Kita angkat ini Buaya
Kita potong ini Buaya
Kita lenyek2 dan .. siap... Burger buaya

GULP: Update Roti Manis

Aku kalau nampak update dari Roti Manis ni memang aku terliur la. Masakan tidak sebab aku pernah makan roti home made mereka ni memang sedap giler. Sapa yang duduk area JB leh la order. Area dia dekat-dekat angsana nun. Nak tau lebih lanjut korang terjah facebook Roti Manis ni disini: ROTI MANIS


NYUM2: Roti manis yang enak

Roti manis ni memang betul-betul sedap. Housemade ni area Angsana Johor bahru. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, masuk ke dalam Facebook " ROTI MANIS