Mr. Bean a.k.a Rowan Atkinson akan bawa watak pocong? Kelakar bukan? Anda percaya atau tidak? Kalau tanya saya memang saya pun macam susah nak percaya. Maklumat ni pun saya dapat masa skodeng blog abang benashaari.com.
Saya dah menonton satu video di youtube yang cukup menyentuh hati. Mula-mula saya tak begitu faham tema video ini akhirnya baru saya tahu bahawa video ini dibuat khas untuk perayaan Tahun baharu Cina 2012 yang akan menjelang tak lama lagi.
Masih lagi mood untuk mengomel tentang Filem KL gengstar yang pecah panggung dengan kutipan sangat luar biasa. Bukan 5-6 juta kutipan yang diperolehi malah telah menjangkau 11 juta menjadikan filem ini paling tinggi mendapat kutipan dalam sejarah penayangan Filem di Malaysia. Cukup membanggakan apabila Filem tempatan mampu menewaskan Filem daripada luar negara yang selama ini menjadi dambaan dan pilihan daripada penonton.
Baru dapat tahu bahawa KL gangster telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem pertama tempatan meraih kutipan tertinggi iaitu sebanyak 11 juta sepanjang dua minggu ditayangkan di pawagam! Melalui kutipan sebanyak ini, ia juga telah memecahkan rekod kutipan untuk filem-filem antarabangsa juga! Amazing! Ini menunjukkan Filem tempatan juga akan mendapat sambutan yang baik daripada peminat jika ia dihasilkan dengan kualiti yang tinggi dan menepati citarasa penonton. Berita penuh dibawah:
Baca kat akbar tadi dengar-dengarnya Filem ini merupakan filem terbaik Shamsul Yusof. Tengok Triller dia pun macam best je. Rasa nak tengok juga la. tadi cedok-cedok akbar cari artikel. Hehe.. Baguslah bila filem melayu mula menunjukkan peningkatan yang baik. Rasa lebih puas untuk menonton.
Tadi masa duk belek-belek youtube terjumpa video ni. Persembahan menarik daripada Sarah dan Shuib, pasangan suami isteri sedang hangat masa kini. Khabarnya juga Sarah sudahpun hamil anak pertama. Tahniah.
Tertanya-tanya juga bestkah cerita Khurafat ni? memang saya tidak tengok sebab rakan-rakan kata filem ini mengecewakan. Namun berita yang mengatakan filem ini mendapat kutipan tinggi dalam 4 hari tempoh tayangan menjadi tanda tanya kepada diri saya. Namun disebabkan saya bukan kaki wayang maka saya tidak tertarik untuk menonton kerana sayangkan wang saya. hehe.. Saya akan menonton Filem bila benar-benar rasa mahu menonton..
Bagi peminat-peminat Filem tanahair, anda pasti ingin tahu apakah filem-filem yang paling berjaya setakat 4 januari 2011 ini? baiklah disini saya ingin membincangkan sedikit.
1) Ngangkung
Filem ini merupakan satu filem yang paling berjaya setakat ini. Menggunakan RM 1.82 juta sebagai kos pembikinan, Filem ini mendapat keuntungan yang besar apabila meraih kutipan sebanyak 8.12 Juta selepas ditayangkan di 59 pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini berbentuk filem seram tetapi terselit banyak eleman Komedi. Syabas diucapkan!
2) Adnan Sempit
Filem ini berjaya meraih tempat kedua sebagai filem yang mempunyai kutipan tertinggi iaitu sebanyak 7.66 juta. Filem ini hanya menggunakan kos pembikinan sebanyak RM 1.50 juta. Filem ini ditayangkan di 61 Pawagam seluruh Malaysia. Genre Filem ini ialah Komedi / Drama
3) Hantu Kak Limah Balik Rumah
Ha.. ini satu Filem yang agak menarik. Menggunakan elemen Seram dan Misteri sebagai tarikan, namun filem ini penuh dengan unsur Komedi yang menghiburkan. Menggunakan 1.42 juta sebagai kos pembikinan, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak 6.89 juta. cukup hebat kerana ia hanya ditayangkan di 39 Pawagam sahaja di seluruh tanahair. Saya terfikir kenapa tidak banyak pawagam mahu menyiarkan filem ini dan saya yakin ia boleh mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari ini jika banyak pawagam lain menyiarkanya.
4) KL Drift 2
Umumnya saya tidak begitu mengetahui tentang filem ini kerana tidak berminat menontonya. Namun filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 5.67 juta ringgit apabila ditayangkan di 65 panggung seluruh malaysia. Kos pembikinan filem ini hanya sebanyak RM 1.92 juta. Filem ini dikategorikan dibawah filem Aksi
5) Lagenda budak setan
Khabarnya, filem ini merupakan satu filem yang cukup menyentuh hati dan perasaan. Menggunakan genre Drama dan Cinta, filem ini berjaya meraih kutipan 4.28 juta dengan kos pembikinan 1.36 juta. Filem ini ditayangkan di 51 pawagam di negara kita.
6) Jangan Pandang Belakang Congkak
Filem ini merupakan adaptasi dari filem pertama yang mempunyai judul yang sama. disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk siri pertama maka ia diterbitkan lagi untuk kali kedua. Filem ini menggunakan kos sebanyak 1.80 juta tetapi berjaya meraih 4.23 juta ringgit apabila ditayangkan di 56 panggung di seluruh Malaysia. Filem ini dikategorikan dibawah filem Komedi dan seram.
7) Magika
Merupakan satu filem dibawah KRU production yang memberikan satu dimensi baru kepada dunia perfileman negara kita. Filem ini menggunakan Konsep Muzikal dan Fantasi telah menggunakan kos yang agak besar, iaitu sebanyak 2.40 juta. Namun, filem ini mendapat kutipan yang tidak begitu tinggi iaitu sekitar 3.14 juta sahaja. Ia telah ditayangkan di 60 pawagam di seluruh Malaysia
Wow.... Satu Citer seram bakal lagi menghantui pawagam berhampiran anda! Filem dibawah KRU Production ini akan memaparkan satu cerita yang dikatakan menceritakan kisah benar (sebahagianya ditambah untuk menambah perisa). Seperti yang kita tahu lebuh raya karak merupakan kawasan yang sangat kerap berlaku kemalangan maut even tanpa sebab yang pasti. So, kalau anda berani jomla terjah wayang nanti..
antara pelakon:
-shira aiyob -shahir -syakila -sorang gi x tau sape...
Wow.. Kungfu Panda kembali.. mesti syokk kalau pergi tengok nanti.. Ok disini disertakan sedikit preview tentang rancangan ini ~
Po (Jack Black) is currently living his dream after becoming The Dragon Warrior, guarding the Valley of Peace together with his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five – Tigress (Angelina Jolie), Crane (David Cross), Mantis (Seth Rogen), Viper (Lucy Liu) and Monkey (Jackie Chan). But Po’s new lifestyle is endangered by the introduction of a formidable villain, that plans try using a mysterious, unstoppable weapon to crush China as well as Kung Fu. It’s up to Po and The Furious Five to travel throughout China to handle this danger and take care of it. But exactly how could Po get rid of a weapon that may prevent kung fu? He has to search his past and reveal the secrets of his mysterious origins; only after that is he going to have the ability to uncover the power that he needs to be successful.
The release date of Kung Fu Panda 2: Kaboom of Doom has been arranged for May 26, 2011( MAS) ,MAY 27 ( USA)
Here is the list of the characters and their voice actors. - Jack Black as Master Po, a Giant Panda - Jackie Chan as Master Monkey, a Golden Langur - David Cross as Master Crane, a Red-crowned Crane - Angelina Jolie as Master Tigress, a South China Tiger - Lucy Liu as Master Viper, a Green Tree Viper - Seth Rogen as Master Mantis, a Chinese Mantis - Dustin Hoffman as Master Shifu, a Red Panda - Jean-Claude Van Damme as Master Croc, a Crocodile - Victor Garber as Master Thundering Rhino, a Rhinoceros - James Woods as Master Skunkman, a Skunk - Gary Oldman as Lord Shen, a Peacock - Michelle Yeoh as the Soothsayer, a Goat
Kung Fu Panda 2 is a forthcoming animation movie and the sequel to the 2008 movie, Kung Fu Panda. It is planned to be in 3-D and is going to be directed by Jennifer Yuh Nelson, along with the majority of the main cast coming back, together with several fresh characters. The movie is planned to be released on May 26, 2011 and was at first intended to be called Kung Fu Panda 2: Pandamonium. Kung Fu Panda 2 The Kaboom of Doom is Jennifer Yuh Nelson’s first major film as director, but she is absolutely no newbie. Her years experience of creating animations guarantees the sequel’s quality, apart from she was the head of story on the first Kung Fu Panda film.
Hai semua. Pada petang yang cukup indah ini, tiba-tiba je kepala ini terlintas untuk menulis pasal Dr Rozmey dan Filemnyer yang dipanggil "Dua Alam" tu. To be Honest, siyes I tak tengok pun filem tu. haha.. tapi sana - sini duk memperkatakan tentang Filem dua alam. Akan tetapi yang diperkatakan bukanlah tentang kehebatan Filem dua alam tetapi akan penerbit rancangan tersebut yang mengatakan Filem dua alam mampu raih 40 juta!! What a statement! aku tergelak guling-guling mendengarnya even sebelum itu filem tersebut belum lagi ditayangkan dipawagam. Apa kes nak declare camtu? Tak juga cakap Insya-Allah... Confident je dia kan? ~_~
Apa yang pasti, dia ada alasan tersendiri untuk mengumumkan perkara tersebut. Mungkin itu strategi dia untuk membawa Dua Alam "Hangat" sebelum masuk panggung dengan harapan peminat-peminat filem teruja untuk menontonya.. Pingu sendiri yakin bahawa Dr Rozmey ni tau Filem dia xmungkin capai 40 juta ataupun 10 juta sekalipun. tetapi pingu rasa dia berharap akan dapat tarik penonton seramai mungkin dengan "so call Acting of confident" yang ditonjolkannya.
Filem terbaru Sentuhan Syamsul Yusof, KL Gangster rancak jalani penggambaran untuk papar dunia kongsi gelap
KEJAYAAN filem box-office seperti Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2 yang menampilkan sedikit elemen gangsterism, mendorong pengarahnya, Syamsul Datuk Yusof Haslam untuk menghasilkan sebuah karya terbaru mengenengahkan 100 peratus kegiatan gangster, lalu terhasillah KL Gangster, buah tangan kelima daripada sutradara muda berbakat besar ini.
Bagi Syamsul, dia sebenarnya sudah lama menanti peluang dan merencana untuk menghasilkan karya yang berkisar gangsterism atau kegiatan kongsi gelap, namun hanya menjadi kenyataan selepas mengutip pengalaman daripada tiga filem aksi yang dihasilkannya sebelum ini. Kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar kepadanya apabila menerima maklum balas peminat, ramai yang menggemari watak Aaron Aziz sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar!
“Akhirnya hajat saya untuk menghasilkan sebuah filem yang menampilkan 100 peratus elemen gangsterisme tercapai juga. Menerusi KL Gangster, saya cuba mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam. Namun, tidak dinafikan, idea pembikinan KL Gangster dipengaruhi filem aksi dari Hong Kong seperti Young & Dangerous.
“Pun begitu, pengalaman menghasilkan tiga filem aksi sebelum ini banyak membantu mengembangkan idea supaya KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. Lagipun belum ada filem kita yang memaparkan genre aksi yang berkonsepkan gangsterisme atau kongsi gelap 100 peratus, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk memberi lebih variasi kepada penghasilan karya tempatan.
“Sebelum ini Evolusi KL Drift memaparkan aksi perlumbaan dan kejar mengejar menggunakan kereta drift, sebaliknya KL Gangster lebih memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter. Filem ini memberi penekanan kepada gejala negatif seperti kongsi gelap, pengedaran dadah dan pil khayal, aktiviti pelacuran serta perebutan kawasan jajahan samseng yang menjadi tanda aras dunia gangsterisme di negara ini,” kata Syamsul ketika ditemui di sebuah pusat hiburan di Ampang Park, Kuala Lumpur, yang dijadikan lokasi penggambaran KL Gangster, Selasa lalu.
Namun, Syamsul mengakui pihaknya sudah bersedia sekiranya KL Gangster diklasifikasikan sebagai 18PL oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) apabila filem berkenaan menemui penonton selewat-lewatnya awal 2011. Dia menambah, hanya berdasarkan tajuk filemnya saja, ia berkemungkinan tidak sesuai untuk tontonan umum.
Katanya lagi, dia sekurang-kurangnya mampu menghela nafas lega apabila skrip KL Gangster mendapat kelulusan daripada pihak polis apabila mereka turut memberi khidmat nasihat supaya penghasilan filem yang berteraskan kongsi gelap itu tidak keterlaluan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat tempatan.
“Apa yang dipaparkan menerusi KL Gangster hanyalah sebahagian daripada realiti gangsterism, bukannya 100 peratus aktiviti sebenar kongsi gelap.
“Namun, risikonya tetap ada. Apabila saya menggunakan judul KL Gangster, khuatir juga ada pihak yang mungkin beranggapan bandaraya seperti Kuala Lumpur dipenuhi dengan gangster dan tidak selamat dikunjungi.
“Namun, pembikinan KL Gangster hanya sebuah karya rekaan semata-mata untuk tujuan hiburan, justeru saya amat berharap orang ramai akan berfikiran terbuka,” katanya lagi.
Akui Syamsul, kesukaran pembikinan filem ini lebih menjurus kepada penggunaan dialog kerana kebanyakan pelakon melontarkan kata bual menerusi slanga orang Cina, selain watak dibawakan Aaron dan Adi yang sering bergaduh, kerap mengundang kecederaan seperti bengkak badan, terseliuh dan luka kecil. Namun, penggambaran terpaksa diteruskan juga apabila mereka terpaksa diurut di lokasi sekiranya berlaku kecederaan.
INFO: KL Gangster GENRE: Aksi drama TERBITAN: Skop Productions Sdn Bhd PENGARAH: Syamsul Datuk Yusof Haslam (filem kelima arahannya) PENOLONG PENGARAH: Rizal Ashreff SKRIP: Syamsul dan Rizal PENGARAH FOTOGRAFI: Omar Ismail PENGURUS PRODUKSI: Isma Reza dan Nasrul Afifi Mohd Nayan KAREOGRAFI AKSI: Mohd Razif Salimin TEMPOH PENGGAMBARAN: 9 Jun 2010 hingga 15 Julai 2010 LOKASI: Sekitar Kuala Lumpur & Melaka Bandaraya Bersejarah PELAKON: Aaron Aziz sebagai Malik, Syamsul (Shark), Adi Putra (Jai), Soffi Jikan (Ajib), Adam Corrie (Dragon), Ridzuan Hashim (King), Zizan Raja Lawak (Fadil) dan Sheera Iskandar (Zati) KOS PRODUKSI: sekitar RM1.8 juta JANGKA TAYANG: Awal 2011.
Azizi Chunk dakwa penonton kita masih prejudis filem tempatan
WALAUPUN diberikan ulasan yang baik oleh media, tetapi sambutan terhadap filem Kapoww sangat mengecewakan apabila kutipan kasarnya selepas dua minggu ditayangkan tidak seperti yang diharapkan oleh pengarahnya, Azizi Adnan.
Kapoww adalah filem terakhir kerana selepas ini saya akan beralih bidang. Mungkin menjadi pensyarah, siapa tahu mungkin juga menjual burger. Saya tidak mahu lagi ada kena mengena dengan dunia seni tanah air. Lebih baik jadi orang biasa, jiwa lebih tenang, katanya.
Azizi atau dikenali juga sebagai Azizi Chunk berkata demikian sebagai meluahkan rasa terlalu kecewa dengan kutipan filem bercorak adiwira itu yang hanya memperoleh kutipan kasar kira-kira RM240,000 sejak mula ditayangkan pada 17 Jun lalu.
Katanya, dia bersusah payah menghasilkan filem menggunakan teknologi dan animasi terkini bagi menyuntik kelainan kepada filem tempatan, tetapi sayangnya masyarakat tidak pandai menghargai kerana mereka belum bersedia dengan filem bercorak abstrak.
Sebaliknya penonton kita lebih menggemari filem yang cinta, seram dan rempit. Selain bersikap prejudis, penonton juga lebih cenderung memuja filem antarabangsa.
Saya tidak akan melanggar prinsip menghasilkan filem untuk keuntungan semata-mata. Saya mahu hasilkan filem yang dapat menaikkan minda masyarakat, saya tak mahu lemahkan mereka dengan cerita-cerita yang tiada unsur ilmiah.
Saya terlalu kecewa. Selama 13 tahun dalam bidang ini, saya berasakan perjuangan ini sia-sia. Saya bukan budak filem, saya bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menceburi bidang perfileman disebabkan minat. Saya bukan orang yang mudah putus asa, kerana sudah berada dalam industri ini lebih satu dekad. Saya rasa masa yang saya peruntukan dalam industri ini sudah terlalu lama.
Tapi saya bangga dengan cerita yang saya buat. Kapoww mempunyai tanggungjawab sosial mengenai kisah derhaka terhadap ibu bapa. Oleh kerana masyarakat tidak sukakan filem seperti ini, saya berasakan mengundur diri (dari mengarah filem) adalah jalan terbaik, katanya.
Azizi juga tidak menolak kemungkinan drama bersiri Kapoww yang terlebih dulu menemui penonton sedikit sebanyak mempengaruhi keinginan mereka untuk ke pawagam. Bagaimanapun, maklum balas dari penonton drama bersiri itu adalah baik.
Selain itu, dia juga mendakwa kekurangan publisiti turut menjadi faktor filem arahannya itu tidak mendapat sambutan yang baik.
Namun begitu, dia enggan menyalahkan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) sebagai penerbit walaupun soal publisiti sepatutnya menjadi tanggungjawab syarikat itu, kerana dia (TUSB) juga mempunyai banyak filem lain yang perlu diberi perhatian.
Kalau nak menyalahkan barisan pelakon, saya rasa tiada sebarang masalah. Mungkin promosi untuk filem ini tak banyak. Kisah pembikinan juga tidak ada, jadi penonton tak berapa tahu sangat mengenai filem ini. Jika disiarkan kisah di belakang tabir, sedikit sebanyak dapat menarik penonton ke pawagam.
Kemungkinan juga waktu tayangan tak sesuai kerana ketika itu ada beberapa filem Hollywood yang ditayangkan serentak antaranya Karate Kid dan Toy Story, katanya. Azizi berkata, tidak ada guna menghasilkan filem yang sukar hingga memakan hampir dua tahun untuk disiapkan kerana di akhirnya ia akan mengecewakan pengarah itu sendiri.
Saya teringat kata seorang penerbit, katanya jangan hasilkan filem pandai nanti rugi. Nampaknya kenyataan itu benar. Saya juga kecewa kerana kalau kita berkarya, ada orang cuba bawa minda kita ke satu hiburan yang lain.
Selain itu ada juga yang cenderung menghina tanpa terlebih dulu menonton filem saya. Orang mengutuk dan menghina filem saya dengan cara yang melampau, seolah-olah tujuan mereka itu mahu merosakkan industri. Jadi saya rasa lebih baik saya tarik diri dan beri peluang kepada pengarah lain pula, katanya.
2 hari lepas berkesempatan menonton movie berjudul Twilight nie di pawagam dekat je dengan rumah I ni. walaupun dekat, sy jenis malas nak tgok wayang melainkan ada member rapat ajak.. kalau pi sorang-sorang takde maknenyer. hehe..
Ok lah nak komen sikit pasal movie yang satu nih. Jalan ceritanya Not bad.. ok la.. cerita ini merupakan sambungan kepada rancangan Twilight the new moon. rasanya xlama sebelum ni kot. heronya boleh tahan la.. tp aku rimas tol tengok cinta tiga segi nie between sang serigala and sang pontianak kepada seorang gadis suci ni. huhu sabar je.
Pasal heroinnya, nak ikutkan xderla cantik mana sampaikan jadi rebutan 2 orang jejaka.. mmm.. jejaka tu pun masing-masing ada kelebihan. Kalau sang serigala ada Body yang mantap, tetapi wajahnya kurang kacak berbanding sang Pontianak.. tapi sang Pontianak ni aku rasa kurus kedengking je.. haha..
Overall aku rasa cerita ni biasa-biasa je.. takde la umpp mana.. aku rimas gak terlalu banyak babak cium.. Koser sgt.. huhu
Michael Douglas and Shia LaBeouf star in Oliver Stone’s "Wall Street 2." Douglas is back in his Oscar®-winning role as Gordon Gekko, whose iconic "Greed is good" mantra and daring corporate raids made him a rock star of financial titans. Emerging from a lengthy prison stint, Gekko finds himself on the outside of a world he once dominated. He now has to play catch-up and redefine himself in a different era. He has to become relevant again. But a young, idealistic investment banker (LaBeouf) learns the hard way that Gekko is still a master manipulator – and if there’s one place where you can redefine yourself, one place where your relevance is a deal away, it’s Wall Street.