JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Cara membuat semakan Pusat mengundi pilihanraya Johor 2026

 

Cara Semak Pusat Mengundi Melalui MySPR (Online)

Kaedah paling mudah ialah melalui portal MySPR semak 2026. Ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web mysprsemak.spr.gov.my melalui pelayar telefon atau komputer
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan
  3. Tekan butang semak untuk paparan maklumat
  4. Lihat maklumat pengundian anda — termasuk DUN, pusat mengundi, dan saluran
  5. Catat atau screenshot maklumat untuk rujukan pada hari mengundi

Semakan pusat dan saluran mengundi dibuka mulai 23 Jun 2026.



kereta menjunam di lubang pembentungan, lelaki maut

Lelaki maut, pacuan empat roda jatuh dalam lubang pembentungan

Seorang lelaki maut manakala rakannya patah tangan selepas pacuan empat roda yang mereka naiki mereka terjunam masuk ke lubang pembentungan.

Baca berita penuh di ruangan komen.

Foto: JBPM Sabah

Umur 6 tahun sudah masuk Darjah 1?

Baru-baru ini kecoh bahawa umur 6 tahun perlu masuk darjah 1 dan UPSR akan diadakan pada tahun 4. Pendapat anda?

Alam Maya semakin Toxic

Aku yang dah lama berada di alam media sosial ni perasan sesuatu, alam media sosial semakin toxic!

Tak tahu di mana silapnya, masyarakat semakin tidak berbudi bahasa dan mengutamakan kecaman, cacian dan lain-lain daripada membincangkan isu dengan berhemah.

Tidak paati mengapa ini terjadi? Sedangkan dahulu saya lebih seronok nak layan facebook ig dll sebab komen komen biasanya lebih rasional  

Jadi, kita perlu bersabar. Jika ada prrkara melampau tu lebih baik kita tak masuk campur bagi menjaga mental kita.

Itu saya lakukan jika mendapat komen komen jahat. Saya akan delete atau abaikan sahaja.

OPR Naik Lagi May 2023

Dengan ini, kita perlu berjimat cermat dan elakkan menambah hutang!

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik COVID-19 iaitu pada 7 Mei 2019.



 

Rakyat Sedang Memerhati Perdana Menteri ke-10

Tahun ini menyaksikan Satu Sejarah telah Tercipta. Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang selama ini dipanggil PM tepi telah berjaya mendapat tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri ke-10. Dalam pemerintahan yang masih  baru, banyak perkara perlu beliau lakukan untuk negara kita Malaysia.

Pada masa ini, banyak mata yang memerhati kepada beliau. Segala tindak tanduk perbuatan dan apa jua perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke-10 menjadi perhatian oleh masyarakat negara kita di mana ramai rakyat Malaysia menantikan bahawa PM ke-10 boleh membawa satu pembaharuan yang baik kepada Senario politik negara.

PM ke-10 banyak membuat janji-janji sebelum ini. Rakyat melihat janji-janji yang pernah dibuat akan dilaksanakan terutamanya hal berkaitan dengan kebajikan Rakyat

Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu bekerja keras dan membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan walaupun secara perlahan dan berperingkat kerana kita percaya dan kita yakin bahawa jika pemimpin menggalas amanah dengan baik, negara kita akan menjadi lebih Makmur lebih maju dan  aman sentosa.

Cuti Khas Berkenaan Pilihan Raya Umum - Ismail Sabri

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa 18 dan 19 haribulan 11 adalah cuti khas sempena Pilihan Raya tahun ini. Dengan pengumuman cuti khas ini, diharaokan lebih ramai membuat persiapan untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab terhadap Negara Malaysia dalam memilih pemimpin yang akan menerajui tampuk Kerajaan untuk Penggal yang akan datang.

Kepada Rakyat Malaysia, tunaikan tanggungjawab anda dan keluar mengundi. Undi adalah rahsia dan hak anda. Jadilah Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.



Whatsapp bermasalah, lebih 100 juta pengguna download Telegram

 


Semalam, tiba-tiba kita tak dapat akses whatsapp. Pada mulanya saya berfikir internet bermasalah. Kemudian apabila saya akses kepada laman web dan apps lain ia berfungsi seperti biasa. Maka, tahulah kita bahawa Whatsapp sedang mengalami gangguan.

Kisa sedia maklum bahawa Whatsapp adalah medium perhubngan paling popular dan sangat mudah digunakan. Ia juga memiliki layout yang simple dan baik. Berbanding telegram, fungsi whatsapp sebenarnya lebih kurang tetapi ramai yang tidak menggunakan telegram dengan aktif, termasuk saya (Guna untuk kerja sahaja).

Difahamkan, atas sebab whatsapp yang tidak dapat diakses selama beberapa jam, Aplikasi telegram telah dimuat turun sehingga hampir 100 juta kali. Ialah, apabila bermasalah, orang akan mencari pilihan kedua. 

Aplikasi whatsapp telah berfungsi seperti sediakala beberapa jam selepas itu. Bagi kebanyakkan kita, whatsapp adalah sangat penting! Justeru, saya yakin ramai yang susah hati dan tidak dapat meneruskan aktiviti tertentu kerana gangguan tersebut.

Zul Ariffin Mengaku Salah dan Didenda 30 ribu ringgit

 


Gempar semalam berita mengenai Zul Ariffin didenda 30 ribu kerana mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan jelik di laman Instagramnya tular.

Pada pendapat saya, bagus dia mengaku salah dan semoga ia tidak diulangi oleh beliau dan orang lain.

Selain itu, ada pendapat yang menyatakan beliau tahu akan kesan dan akibat berbuat demikian. Dan mungkin sebab mahu marketing. Wallahualam. itu dari apa saya baca je.

Semoga perkara ini tidak lagi berlaku. Kerana beliau selibriti maka beliau mendapat perhatian. Namun begitu, ramai sahaja netizen yang melakukan perkara sama tanpa rasa bersalah. Semoga ia tidak menjadi budaya masyarakat kita yang mementingkan adab ketimuran dan sebahagiannya beragama Islam.

SEPANG: Pelakon lelaki popular, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memuat naik klip video bersifat sumbang di akaun Instagramnya Mac lalu.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul, 36, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin didakwa memuat teaser klip ‘babak panas’ itu untuk siri yang akan ditayangkan di televisyen bertajuk “Perempuan Itu” pada 18 Mac.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang memperuntukan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum itu zul tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pada pukul 8.10 pagi dengan memakai sut berwarna kelabu gelap dengan diiringi beberapa individu dipercayai peguam dan pengurusannya.

Terdahulu, hantaran pelakon itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai apabila klip video yang dimuat naiknya dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang.

Susulan itu, pelakon dan juga model itu menerima kecaman daripada netizen dengan rata-rata daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan memuat naik video itu. 

Kredit: Utusan Malaysia 


Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2022

Admin letak sini jadual pembayaran Gaji Kakitangan awam tahun 2022 untuk rujukan diri sendiri dan pembaca. ☺😁




Ketidaktentuan Ekonomi Malaysia: Kejatuhan Nilai Ringgit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita tentang kejatuhan nilai ringgit berbanding USD.  Hal ini menyebabkan harga barang-barang keperluan harian di Malaysia telah meningkat.

Rakyat telah diingatkan untuk sentiasa merancang kewangan dan berjimat-cermat dalam perbelanjaan. Dahulukan keperluan bukan kemahuan.

Kejatuhan nilai ringgit pasti  menyebabkan kadar inflasi di negara kita meningkat. Jika nilai ringgit terus jatuh, ia akan memberikan kesan sangat buruk terhadap perkembangan ekonomi di Malaysia sekaligus menyebabkan kuasa membeli penduduk Malaysia berkurang. 

Justeru rakyat Malaysia perlu sentiasa beringat dan menyediakan payung sebelum hujan bagi menghadapi segala kemungkinan terhadap ketidaktentuan ekonomi di negara kita.

Bagaimana Kriteria penampakan anak bulan Hari Raya?


"Saudi dah umum raya Isnin. Indonesia dah ucap salam lebaran. Negara kita macam mana?"

✳1. Seperti yang dijangka, polemik tarikh Hari Raya sudah pun timbul. Punca utama pada tahun ini adalah kerana kriteria kebolehnampakan anak bulan Malaysia telah berubah hasil keputusan autoriti agama di negara kita.

✳2. Sebelum netizen menjadi mufti, perlu faham dulu tentang falak serba sedikit. 

[Pertama], perbezaan Hari Raya antara negara tidak hanya bergantung kepada perbezaan matla' sahaja. Ada tiga pembolehubah yang membuatkan pengisytiharan Hari Raya berbeza antara negara iautu:

💠1. Matla': Mengikut negara kita berada. Masing-masing menerima kedatangan bulan dan matahari pada masa yang berbeza. 

Duduk di Malaysia, kena ikut matla' Malaysia. Tak boleh ikut Saudi. Sama seperti waktu solat. Duduk di Malaysia, tak boleh berbuka ikut waktu Jepun.

💠2. Kaedah: yang popular ada tiga tapi yang lebih ditil ada empat iaitu:

🔶️a. RUKYAH HAKIKI: Cara paling old school. Nampak anak bulan ketika tenggelam matahari 29hb, terus isytihar Raya esoknya. Tak nampak, cukupkan 30hb dan isytihar Raya lusanya.

🔶️b. HISAB HAKIKI: Bergantung penuh pada perkiraan matematik dalam membaca peredaran bulan dan matahari. Tak tengok bulan langsung. Cara ini digunakan untuk penentuan bulan yang tidak berkait dengan ibadah fardu. Sebab tu kita dah ada taqwim setahun terus.

🔶️c. RUKYAH MAAL HISAB: Kaedah hybrid antara a dan b. Kalau nampak anak bulan, terus isytihar. Kalau tak nampak, pakai kaedah hisab pula.

🔶️d. IMKANUL RUKYAH MAAL HISAB: Lebih kurang kaedah c. Cuma kalau anak bulan tidak memenuhi kriteria kebolehnampakan, mereka tak akan buat cerapan. Terus guna kaedah hisab.

💠3. Kriteria kebolehnampakan anak bulan: Ini bahagian yang orang susah sikit nak faham. Ia berbeza mengikut matla'. Ia ditentukan dengan mengambilkira kedudukan matahari dan bulan. 

Bulan terima cahaya dari matahari. Jika kedudukan matahari di matla' Malaysia tidak memungkinkan cahayanya dipantul oleh permukaan bulan, maka tak akan nampak anak bulan.

✳3. [Kedua], Matla' adalah perkara qat'iy/thabit. Takkan berubah kecuali kalau daratan bumi beralih, putaran bumi atas paksi berubah atau peredaran bumi, matahari dan bulan lari dari orbitnya. Agak mustahil.

Kaedah dan kriteria pula adalah perkara ijtihadiy. Terpulang kepada autoriti agama di negara masing-masing dalam menentukan kaedah dan kriteria mana yang mereka patut gunapakai.

Bab kaedah dan kriteria inilah yang banyak timbul khilaf di kalangan pakar. Mana satu kaedah paling menepati ajaran Islam. Mana satu kriteria yang paling menepati bacaan saintifik.

✳4. [Ketiga], Malaysia menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab. Kriteria pula adalah jarak tegak 5.5° dan jarak sendeng 6.4°. Tiada lagi kriteria usia anak bulan.

✳5. Ini merupakan kriteria terbaru yang dipersetujui oleh autoriti agama di semua negeri dalam Malaysia sebagaimana dicadangkan oleh MAPIM. Kalau ikut kriteria dulu; ketika matahari terbenam, ketinggian anak Bulan di atas ufuk, tidak kurang dari 2° dan jarak lengkungannya (antara Bulan dan Matahari) tidak kurang dari 3°. Atau ketika bulan terbenam, umur anak Bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.

Kriteria lama ini adalah kriteria lapuk yang dicadangkan oleh Istanbul hampir 100 tahun dahulu.

✳6. Perubahan kriteria inilah yang menimbulkan polemik bagi mereka yang tak faham. Tetapi jika kita melihat secara ilmu, kriteria terbaru ini lebih tepat berbanding sebelum ini. Persatuan Falak Syar'ie telah mencadangkan umur anak bulan mestilah tidak kurang dari 15 jam. Rekod terpendek anak bulan pernah kelihatan pada tarikh cerapan di langit Malaysia adalah 14 jam manakala rekod terpendek dunia adalah 12 jam. 

8 jam adalah sangat mustahil dan sangat tidak saintifik.

✳7. Apa yang menyedihkan, terlalu ramai Ruwaibidhoh yang mula bercakap bagi menimbulkan polemik dikalangan masyarakat awam. Mereka menimbulkan keraguan yang tidak patut sehingga orang awam mula bertelagah dalam perkara yang mereka tidak tahu.

✳8. Lebih menyedihkan, agamawan turut terlibat menimbulkan polemik ini termasuk golongan berprofil tinggi seperti mufti. Padahal, tentu dia sendiri yang terlibat dalam mengendorse kriteria baru ini di peringkat negeri masing-masing. Kenapa tiba-tiba pertikai di media sosial pula?

✳9. Polemik yang ditimbulkan ini adalah amat bahaya kerana ia melibatkan soal ibadah fardu umat Islam. Kalau ada pentaasub mereka terud anggap autoriti agama kita salah, maka mereka cenderung untuk tidak berpuasa pada hari Isnin 2 Mei kerana anggap sudah 1 Syawal. Mereka juga cenderung untuk berpuasa 6 pada 3 Mei nanti. 

Golongan yang sengaja timbulkan fitnah ini akan tanggung dosa orang awam jahil yang meninggalkan puasa Ramadhan dan melakukan puasa pada Idulfitri, kalau orang awam buat kerana percaya pada mereka. 

✳10. Jangan terlalu prejudis terhadap autoriti agama. Bukan nak kata mereka selalu betul. Tetapi kalau nak kritik, kritiklah dengan ilmu. Tegurlah dengan manhaj teguran yang betul. Ambil kira fitnah yang mungkin timbul. 

Bukan main sentimen yang mengelirukan orang awam. Tak perlu bandingkan dengan negara-negara lain kerana mereka punya matla', kaedah dan kriteria tersendiri. Respon agamawan yang tidak matang hanya mendedahkan kejahilan kalian. Level mufti pun masih nak populis.

✳11. Saya dahulupun ada kritik mengenai kriteria lapuk dulu. Tetapi selepas mengambil kira kesan ibadah orang awam. Tahun 2019 saya komen mengenai penentuan anak bulan Zulhijjah, itupun selepas Raya Haji supaya tak beri kesan kepada ibadah puasa Arafah dan pengharaman puasa Aidil Adha dan Hari Tasyrik. 

Ikutkan ada lagi nak kritik, tapi perubahan terbaru ini sudah cukup baik untuk diterima. Saya sokong dan ucapkan syabas!

✳12. Saya harap autoriti agama kita tidak goyang dengan tekanan yang cuba diberikan. Berpegang teguh atas asas ilmu yang betul. Jangan pedulikan celaan orang mencela. Inilah dunia akhir zaman, berpegang pada amanah ilmu akan dianggap pengkhianat. Pengkhianat agama pula dianggap benar. Menggenggam agama ibarat menggenggam bara api. Ruwaibidhoh di mana-mana.

✳13. Bagi orang awam, sepatutnya mereka beriman dan beramal sahaja dengan firman Allah SWT:
وَإِذَا جَاۤءَهُمۡ أَمۡرࣱ مِّنَ ٱلۡأَمۡنِ أَوِ ٱلۡخَوۡفِ أَذَاعُوا۟ بِهِۦۖ وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰۤ أُو۟لِی ٱلۡأَمۡرِ مِنۡهُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِینَ یَسۡتَنۢبِطُونَهُۥ مِنۡهُمۡۗ وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَیۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُۥ لَٱتَّبَعۡتُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنَ إِلَّا قَلِیلࣰا﴿ ٨٣ ﴾
Apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya. Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (autoriti) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka. Jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, pasti kamu menurut Syaitan, kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).
[An-Nisa':83]

(Alang Ibn Shukrimun)

🔷️Artikel lain di Telegram: https://t.me/alangibnshukrimun

Covid-19 SOP Status starting 1 May 2022

 Refer to KKM announced new relax Covid-19 SOP starting 1 May 2022, here is a short summary on the relaxed SOPs:

1. Covid-19 patients need to be isolated for seven days but may be released on the fourth day if a professionally administered RTK-Antigen test comes back negative.

2. Entry to all premises will be allowed regardless of vaccination status.

3. Wearing face masks is still mandatory indoors and in public transport, including e-hailing services.

4. The wearing of face masks is not required outdoors but is “strongly encouraged”

5. MySejahtera check-ins are no longer required for entering premises and public areas.

6. Covid-19 patients and those under quarantine are barred from entering all premises.

7. Physical distancing is encouraged but no longer mandatory.

8. Shaking hands is allowed but one is advised to use a hand sanitizer or wash their hands immediately after.

9. Fully vaccinated travellers aged 13 and above as well as those who have contracted Covid-19 in the past 60 days can enter the country without taking Covid-19 tests before and after arrival.

10. Travellers aged 12 and below do not have to undergo Covid-19 tests upon arrival regardless of their vaccination status.

11. Travellers who have not been fully vaccinated will still need to be tested before and 24 hours after their arrival.

12. Non-Malaysian travellers will no longer need to have Covid-19 insurance to enter the country.


Kes Basikal Lajak: Siapa yang Salah?

Kita telah dimaklumkan akan keputusan mahkamah baru-baru ini tentang kemalangan melibatkan pemandu wanita berbangsa Cina dan 8 orang penunggang basikal lajak di Johor Bahru, iaitu beliau dipenjara selama 6 tahun dan lesen memandu digantung.

Pertamanya, saya bersimpati kepada mangsa keluarga mangsa namun pada masa sama geram, gagal memahami bagaimana remaja-remaja usia sedemikian bermain basikal lajak pada pukul 3 pagi, sedangkan sepatutnya itu adalah masa tidur bagi kanak-kanak seusia mereka. Adakah keluarga tidak pernah menghalang anak anak mereka keluar malam? Jika dahulu, saya tidak pernah keluar malam sesuka hati kerana ayah akan merotan saya. Tapi, mengapa ibu bapa sekarang tidak tegas? Tidak sayangkah mereka pada anak-anak remaja mereka?

Saya sering menggunakan laluan kemalangan maut tersebut dan sangat memahami keadaan jalan tersebut. Jika saya memandu di kawasan tersebut biasanya memang akan memandu dengan kelajuan sederhana. Bayangkan jika kita sedang memandu tiba-tiba ada segerombolan remaja di tengah jalan. Adakah kita pernah terfikir perkara tersebut? Dan mampukah kita mengelak daripada kemalangan itu?

Pemandu wanita tersebut sesungguhnya tiada niat membunuh. Beliau menjadi mangsa keadaan. Keadaan yang sukar diterima akal. Ya tiada sesiapapun inginkan kemalangan. Namun, ia berlaku juga. Beliau mungkin terkejut dan tidak menyangka wujud kumpulan remaja melepak di jalan tersebut di waktu yang mana sepatutnya semua remaja seusianya sedang tidur dirumah.

Adakah remaja tersebut bermain basikal lajak tanpa pengetahuan ibu bapa? Ataupun ibu bapa tidak pernah melarang anak-anak mereka bermain basikal lajak? Amat mustahil untuk ibu bapa tidak tahu anak mereka bemain basikal lajak. Siapakah yang membelikan basikal tersebut? Dimana basika itu disimpan? Biasanya dimana ia dimainkan? Saya hairan.

Saya berharap kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku. Semoga menjadi pengajaran buat semua.

Ulasan Kisah Viral Prof Uitm dan B40

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Isu ni memang tengah panas. Dengan Viralnya video tersebut maka berbondong-bondonglah netizen yang tak tahu pucuk pangkal menyerang profesor tersebut dengan pelbagai makian dan hinaan sedangkan ini isu tertutup yang lebih kepada mendidik.

Iya, bahasa digunakan agak keras dan saya rasa ia adalah hak individu. Tapi, hal ini sepatutnya hanya habis di kelas kenapa sibuk nak diviralkan keluar??

Kalau ibu ayah kita geram sangat kat kita pun kadang terkeluar perkataan-perkataan tak elok kepada kita tapi selepas ini, mereka OK. Mereka tetap bagi kita makan minum cukupkann keperluan kita sayang kita. Kita tak perlu nak hebohkan ke umum kerana ia hal yang hanya patut berlaku dan habis di dalam rumah.

Saya harap netizen ubah sikap, ubah mentaliliti jangan sikit-sikit nak di Viral. Tak banyak benda elok akan berlaku dengan kuasa Viral ni. Kalau nak viral, viral benda baik-baik, yang boleh memberi keharmonian dalam hidup bermasyarakat.

Saya tumpang simpati atas apa yang berlaku.

Kepada yang Viral tu tahniah. Anda dan kumpul banyak saham dosa ye. Dah viral pandai delete akaun. Baling batu sembunyi tangan. Baguslah tu.

IKAN SIAKAP LANGKAWI MAHAL, Siapa yang Bersalah?

Isu panas berkenaan harga ikan siakap di langkawi tular seluruh negara kerana harga yang tidak masuk akal. Namun, tinjauan saya melalui youtube Channel untuk mengetahui siapa yang bersalah dalam hal ini menurut pandangan netizen adalah mengejutkan.

Tidak sampai 50% netizen menyalahkan Tuan Kedai manakala ikan siakap juga dipersalahkan apabila menduduki tempat kedua. Sekian 🤣

Ikan Siakap Langkawi Terlalu Mahal?


Kecoh beberapa hari ini apabila seorang pelanggan sebuah Restoran terapung telah mendedahkan tentang harga ikan siakap sangat tidak masuk akal di Langkawi. Seekor ikan siakap seberat 7 Kilogram telah dijual dengan harga lebih RM1100! Memang terkedu lah mendengarnya.

Hal ini telah menggemparkan seluruh negara. Masyarakat mempersoalkan harga yang sangat tidak masuk akal tersebut. Selain itu, beberapa individu juga tampil mendedahkan pernah terkena harga ikan siakap terlalu mahal di Restoran yang sama.

Namun begitu, menurut pemilik restoran tersebut, ikan tersebut telah dipelihara lebih 11 tahun dan diberi makan anak ikan. Maka, ia tidak mungkin dijual dengan kadar biasa.

Tentang perkara ini, admin berpendapat mungkin berlaku misscommunication antara penjual dan pembeli. Kalaulah ikan keli perhiasan tersebut diberi makanan yang mahal, ia tidak sepatutnya dijual walau atas alasan apa sekalipun. Namun, jika pelanggan dimaklumkan harga terlebih dahulu saya berpendapat tidak timbul isu ini. Pendek kata akad dan ketelusan sangat penting.

Semoga isu ini dapat diambil iktibar oleh pengusaha restoran agar tidak terlalu cekik darah. Selain itu, pengguna perlu bijak merancang. Jangan terlalu cepat meminta pesanan tanpa mengetahui harga sebenar.

Sekian.

Shuib maklumkan tentang pemergian isteri Tersayang: Reaksi anak-anak Shuib.. Heartbroken moment..

Shuib seperti telah memaklumkan Redha dengan pemergian isteri tercinta. Beliau gembira arwah isterinya pergi dalam keadaan baik sekali diiringi doa dan kasih sayang dari pelbagai lapisan masyarakat. Namun, cabaran terbesar shuib adalah untuk memaklumkan kepada anak-anak akan pemergian ibu/isteri tersayang selama-lamanya. Moement ini Shuib janji nak rakam dan saya juga menunggu penuh debaran. Akhirnya, ini yang berlaku... Cukup menyentuh hati. Semoga keluarga ini tabah dan terus maju kedepan.

..


Siti Sarah Raisuddin meninggal Dunia


Penyanyi paling saya minati pergi buat selamanya. Inilah berita paling menyedihkan saya tahun ini.. 😭

Datuk Azizul Hasni Awang bawa pulang Perak di Sukan Olimpik Tokyo

Walaupun gagal membawa pulang emas seperti yang diimpikan, namun kejayaan membawa pingat perak untuk Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2021 tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Syabas Datuk Azizul!

Lebih menggembirakan dan mengharukan, beliau mendapat berita akan kehamilan isterinya. Rezeki berganda. Semoga terus berjaya pada masa akan datang.