JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Vaksin Denggi bakal dikeluarkan

nyamuk eades

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan vaksin pencegahan denggi yang pertama dunia tidak lama lagi, kata Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Beliau berkata, vaksin pencegahan yang masih pada peringkat percubaan klinikal itu, dihasilkan rentetan kebimbangan semua pihak berkaitan penularan wabak denggi yang semakin serius di negara ini.
“Walaupun berlaku penurunan sebanyak 1,867 kes denggi dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding 17,532 kes tahun lalu, angka kematian akibat penyakit ini meningkat.


“Seramai 54 orang dilaporkan mati sehingga 24 April lalu, berbanding 41 orang sepanjang 2009,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen antidenggi anjuran Reckitt Benkiser bersama kementeriannya yang bertemakan 1Malaysia Bersama Kita Menghapuskan Denggi, di sini, semalam.

Beliau berkata Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi sebanyak 7,477 kes, diikuti Sarawak (1,801) manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 1,779 kes.

Katanya, kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang ramai menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes dan pihaknya menjalankan pemantauan rapi di kawasan ‘hot spot’ itu.

Rosnah berkata, Jawatankuasa Program Mengubah Sikap (Combi) Antidenggi akan diperhebatkan ke seluruh negara bagi menghapuskan denggi kerana wabak itu tidak mengenal mangsa dan boleh menyerang sesiapa saja pada bila-bila masa.
“Masyarakat perlu bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pencegahan denggi yang memerlukan pembabitan semua pihak dan secara berterusan kerana kita khuatir semakin ramai rakyat Malaysia mati disebabkan penyakit ini yang tidak mengenal mangsanya,” katanya.

Sementara itu, pengacara, Sasha Bashir, yang juga bekas pesakit demam denggi berkata, masyarakat perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat untuk melawan penyakit itu.

“Saya ditahan di hospital selama tiga hari akibat demam denggi yang menyebabkan platlet saya turun di bawah paras normal. Namun amalan hidup sihat yang saya amalkan seperti pemakanan yang seimbang dan bersenam, menyebabkan antibodi saya menjadi kuat dan berjaya melawan penyakit yang boleh membawa maut itu,” katanya.


PINGU: dulu abg sy kena demam denggi.. nasiblah sempat ubati sbb peringkat awal.. Teringat Allahyarham Din Beramboi.. dia xcepat2 pi klinik.. ingatkan demam biasa.. sampailah terlambat dan membawa maut,.,.. huhu sedey sgt2