| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Khamis, 27 November 2014

Pinjaman Peribadi Kewangan yang Mudah Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nak buat pinjaman peribadi kadangkala cukup payah dan leceh. Pelbagai dokumen diperlukan dan adakalanya tetap kena reject kerana tidak menepati kriteria yang dimahukan, sedangkan anda kesuntukan masa dan inginkan pembiayaan yang segera untuk hal-hal peribadi anda. Jangan risau, jika anda Kakitangan Kerajaan atau Badan Berkanun, anda boleh cuba membuat permohonan.

Jika anda ingin membuat pinjaman peribadi secara mudah, pantas, dan berkesan? Admin ada kawan yang boleh membantu anda. Untuk maklumat lanjut, boleh baca Quote dibawah.
Pinjaman peribadi untuk kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun. Koperasi RCE (Ambank), interest tetap 6.88%, Pinjaman sehingga RM150,000 (Kelayakan 60%), Lulus dalam masa 5 hari sahaja. Dokumen minima, tidak ambil kira komitmen luar. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Iman (018-3225608). Terima Kasih

 = Iman =

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 26 November 2014

Pelajar Sekolah Makin Biadap


Oklah..

Artikel ni dah lama.. tapi saja aku nak ulas juga sebab isu ini adalah satu isu yang terus berlaku dewasa ini. Sedarkah kita bahawasanya generasi yang sedang kita lahirkan dewasa ini ramai yang memiliki tahap akhlak yang cukup membimbangkan. 

Dimanakah silapnya?

Adakah didikan ibu bapa? Guru-guru? Pengaruh rakan sebaya?

Disini saya nak ulas isu pelajar sekolah. Teringat zaman kita dahulu.. Kalau disekolah kita cukup takut dan hormat dengan guru kita. Setakat dirotan, dijentik tu takde masalah sebab kita tahu memang salah kita dan untuk mendisiplinkan diri kita. Namun, dewasa ini anak-anak sudah tidak boleh disentuh. Cubit sikit ibu bapa melenting. Jadi bagaimanakah kita mahu melihat generasi yang berdisiplin, patuh kepada arahan dan juga rajin dilahirkan. Selain itu, anak-anak kita dewasa ini tidak segan silu melakukan perkara-perkara yang jelas melanggar moral dan juga undang-undang, melawan guru, dan sebagainya.

Ini bertitik tolak dengan sistem pendidikan negara yang semakin memanjakan pelajar dan mengurangkan kuasa guru untuk mendisiplinkan pelajar. Kalau anak-anak dah tak boleh dijentik kalau buat salah maka apa yang tinggal pada guru? Sekadar mengajar dan tidak menghiraukan sama ada pelajar itu mahu belajar atau tidak?

Tanyalah diri kita sendiri. Jika sayalah mempunya anak yang nakal, saya akan berikan sepenuh kebebasan kepada guru untuk menghukum anak saya asalkan tidak membawa kecederaan fizikal yang tidak munasabah. Ini demi untuk mendidik anak-anak menjadi generasi yang cemerlang pada masa akan datang.

tepuk dada tanya selera.

sekian sahaja..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 23 November 2014

Gambar Beruang Panda

Err... Sebenarnya tiada nak cerita apa-apa. Just nak tunjuk gambar beruang panda.. Panda. Ye la beruang panda.. Ada apa-apa masalah ker? hehe...




^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Lukisan Menarik Pokok Terapung

Kalaulah aku berada di suatu tempat kemudiannya terlihat pokok terapung. Maunya nak gugur jantung aku. Namun, mamat ni cukup kreatif dengan membuat lukisan pada pokok yang menampakkan seolah-olah pokok tersebut terapung.. hehee.. lihat gambar dibawah:


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jumaat, 21 November 2014

Kesalahan Dalam Solat

Assalamualaikum..

Solat merupakan tiang agama Islam. Melakukan solat membawa maksud anda menegakkan agama maka meninggalkannya bermaksud meruntuhkan agama. Ramai umat Islam dewasa ini yang tidak rasa bersalah dengan meninggalkan solat dan sebilangan kita masih menjaga solat dengan baik. 

Namun, walaupun ramai yang bersolat, seringkali saya melihat kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh para jamaah solat tidak kira tua atau muda. Mungkin mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna dalam solat dan hanya mengikut-mengikut sahaja.

Jika saya nak cerita banyaklah. Antaranya ialah dengan tidak duduk antara dua sujud, tidak melentikkan jari kaki, menggerakkan anggota lebih daripada tiga kali berturut-turut, terbuka aurat terutamanya lelaki yang memakai seluar jeans dan berbaju singkat dan sebagainya.

Maka, untuk melakukan solat dengan sempurna, maka pelajarilah cara-caranya dengan betul dan ketahui 13 rukun solat yang wajib anda lakukan. Sekian sahaja.


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Berhijab Namun Hakikatnya Bukan Seperti Dituntut oleh Islam

Assalamualaikum..


Isu berhijab atau bertudung ini selalu menjadi kupasan oleh ramai orang. Namun, hakikatnya walaupun ramai mengenakan tudung, ia tidaklah mengikut Syariat Islam yang sebenar. Maka ia tetap dihukum berdosa. Maka buat wanita, renungkanlah dan cubalah berhijab dan berpakaian seperti yang dituntut oleh Islam supaya anda lebih mulia disisi Tuhan yang satu.. Insya-Allah.



^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Cara Menyembuhkan Rabun Mata

Assalamualaikum..

Rabun mata merupakan satu keadaan dimana kita kehilangan keupayaan untuk melihat sesuatu objek dengan focus sama ada objek jauh atau dekat disebabkan perubahan mata elemen-elemen mata anda. Untuk membetulkan kedudukan pemfokusan objek, anda boleh memakai cermin mata namun begitu, kos untuk membeli cermin mata adalah mahal dan tahap rabun anda akan semakin parah jika tidak diubati.

Namun, ada kaedah tertentu yang boleh dicuba untuk mengurangkan atau memulihkan rabun mata. Kaedah dibawah yang dibuat secara Islam boleh dicuba. Dengan izin Allah akan berjaya. 


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Kempen Jom Tutup Aurat oleh Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau bercakap tentang aurat ni ramai yang sedia maklum akan batasannya. Dan mungkin juga ada yang tak faham atau sengaja tidak faham. Aurat lelaki adalah daripada pusat ke lutut manakala aurat wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Akan tetapi, ramai yang masih tak faham. Ramai juga yang semakin tidak mahu menutup aurat. 

Ramai wanita berpakaian seksi, tidak bertudung dan ada juga bertudung tetapi memakai pakaian terlalu ketat sehingga menampakan susuk tubuh. Lelaki pula macam sudah jadi trend memakai seluar pendek yang menampakkan lutut. Ini juga salah. Jadi, kita perlulah sedar akan kesalahan ini dan jangan biarkan berpanjangan. Tutuplah aurat anda untuk kehomatan diri dan juga mengelakkan diri daripada terus mendapat dosa. Renungkanlah Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dibawah:


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Khamis, 20 November 2014

Beza antara Burung Punai dan Punai Tanah

Burung Punai ni mudah ditemui di kawasan kampung yang mempunyai hutan-hutan kecil. Semasa kecil pun saya pernah memelihara burung punai dan burung punai tersebut jinak. Ia akan kembali kerumah walaupun selepas dilepaskan.

Tapi saya taknak cerita lanjut tentang itu sebab rasanya saya dah ceritakan dalam artikel saya sebelum ini. Ok saya nak cerita bahawa burung punai sebenarnya ada dua jenis. Satu burung punai biasa dan satu lagi burung punai tanah. Bezanya adalah dari segi warnanya. Fizikalnya lebih kurang sahaja. Burung punai biasa yang berwarna hijau muda berbelang hitam dan kuning biasanya akan bergerak dalam kumpulan. Mereka akan menghasilkan bunyi kepak yang kuat semasa terbang. Burung punai biasa juga mempunyai bunyi yang agak tersendiri.

Burung punai tanah sebenarnya lebih sukar ditemui. Ia selalu bergerak sendirian dan di kawasan sunyi. Burung punai tanah memiliki kepak berwarna hijau gelap dan badan berwarna coklat. Salah satu kehebatan burung punai tanah ialah kebolehannya terbang dengan sangat pantas. Saya sendiri merasakan tiada burung lain boleh terbang sepantas burung punai tanah selain burung layang-layang. Burung punai tanah akan terbang pada satu laluan lurus yang jauh tetapi dengan kepantasan mengagumkan.

Burung Punai (Biasa)

Burung Punai Tanah

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Burung Kelicap Hisap Madu

Hai! Masa aku keluar dari rumah, aku terpandang bunga-bunga jiran aku yang memerah. Sungguh cantik. Kemudian terpandang burung kelicap yang kecil dan sedang hinggap di bunga-bungaan tersebut seolah-olah sedang menghisap madu. Jum lihat gambar yang sempat saya snap.




^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Bunga Pokok Lidah Buaya

Hai! Aku rasa agak Rare lah gambar ni. Bukan apa, sepanjang aku jumpa pokok lidah buaya, aku tak pernah nampak dia berbunga. Ni pun bunga pertama yang aku jumpa selepas lebih 3 tahun aku tanam pokok lidah buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera. Saksikan..



Cantik Juga sebenarnya. excited la tengok bunga pokok ni. Tinggi dari bawah.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search