JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Pelajar UNISEL gantung diri dalam bilik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

"Pelajar UNISEL ditemui mati menggantungkan diri dalam bilik asramanya dalam keadaan bertuala" Itulah yang berlaku baru-baru ini. Pelajar india, lelaki berusia 19 tahun itu ditemui mati di dalam bilik asramanya. Hal ini disedari apabila seorang pelajar yang baru mendaftar masuk ke asrama terbabit tercium bau yang amat busuk. kerana tidak tahan dengan bau tersebut akhirnya beliau ambil tindakan untuk menyiasat.

Mahasiswa bunuh diri menggunakan kaedah menggantung diri di kalangan bukanlah sesuatu yang baru. Di Universiti saya juga pernah berlaku semasa saya ambil degree dulu. Malah, kejadian tersebut hanya berlaku selang dua blok daripada blok asrama saya. Kunca kejadian kerana kecewa tidak mendapat "A" dalam satu subjek yang diambilnya. Alahai.. pendeknya akal! Tak dapat A dalam satu subjek pun perlukah dibayar dengan menamatkan riwayat hidup? saya pun tak faham pemikiran mereka ini.

Dalam kes terbaru ini, punca kejadian masih tidak diketahui namun pihak penyiasat tidak menolak bahawa punca kejadian adalah disebabkan putus cinta. Erm... tak sangka lelaki pun boleh emo sesangat hal cinta ni? Takkan la pasal bunga sekuntum nak bunuh diri? banyak lagi bunga2 di luar sana yang boleh disunting yang mungkin lebih baik daripada bunga yang terlepas itu.

Gambar mayat mahasiswa tersebut menggantung diri dalam bilik telah tersebar secara meluas di internet. Saya dah melihatnya dan tak sampai hati nak letak kat sini. Lagipun tekak saya loya apabila melihat gambar tersebut. Ni ngah makan nasi goreng pun rasa xselera sangat tapi telan sajelah sebab dah lapar sangat.

Berbalik kepada persoalan mahasiswa membunuh diri saya berpendapat bahawa hal ini bukan boleh dipandang remeh dan satu tindakan drastik perlu diambil. Xadangan saya bahawa ketika hari pertama berada di Universiti, iaitu semasa minggu Orientasi pelajar baru, pelajar perlu diberi motivasi agar bertindak lebih bijak dalam mengendalikan masalah dan emosi masing-masing. Semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi di kalangan mahasiswa.

Sekian sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^