JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

HOOI: Berita Gempar: Perkahwinan Gay Melayu?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

Rasanya Malaysia digemparkan dengan satu berita yang mana fenomena ini julung-julung kalinya berlaku. Hal ini lebih panas daripada isu SBPA di kalangan kakitangan awam kerana isu ini mencetus perhatian seluruh pelusuk warga negara kita tak kira kakitangan kerajaan atau swasta, tua atau muda. Apakah kisah tersebut? Kisah yang dimaksudkan ialah berhubung "perkahwinan sejenis" diantara seorang jejaka Melayu, kelahiran Malaysia dengan seorang jejaka Gay daripada Dublin. Kalau anda baca surat khabar harini ada terpampang gambar dan berita tentang itu.

Saya malas nak sebut namanya dan saya tau korang akan tau sendiri nanti apabila ramai yang membincangkan tentang hal ini. Jejaka Melayu tersebut dikatakan pelajar jurusan perubatan yang dikatakan hilang beberapa ketika yang lalu. Dengan tersebarnya berita perkahwinan sejenis ini yang dikatakan berlangsung di Dublin, misteri kehilangan pelajar Tajaan Petronas ini diketahui.

Saya rasa sangat malu dan sedih membaca berita ini. Hal ini bukan sahaja memalukan keluarga si pelaku, malahan rakan taulandan  sanak saudara malahan ia cukup memalukan Agama Islam yang jelas menentang amalan hubungan sejenis dan juga Negara Malaysia yang jelas mengharamkan perkahwinan sejenis dilangsungkan di negara ini.

Saya dah lihat gambar-gambar beliau. tak sanggup saya nak letak disini. Yang tak tahannya siap mengenakan pakaian tradisi melayu yang lengkap bertanjak! Saya harap hal ini dijadikan pengajaran. Dan saya harap ada pihak yang mengambil tindakan terhadap beliau dan cuba kembalikan beliau ke keadaan sepatutnya.

Sekian sahaja...

5 ulasan:

  1. sedih kan...??

    mcm tak tau kan ape motif dia pakai pakaian mcam tu sbnrnye...

    BalasPadam
  2. nak menunjukkan dia anak malaysia? ermm.. there is no turn back.. mengapa akal pendek sgt? nak kata xbijak pelajar perubatan di luar negara.. erm.. mungkin didikan agama tidak cukup.. atau terlalu menurutkan nafsu sahaja

    BalasPadam
  3. saya rasa apa yg dia boleh buat ialah membubarkan perkahwinan yang tak sah itu dan kempali ke pangkal jalan.. semoga diberi hidayah..

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^