Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua~ ;)
Bagi muslim, kita diwajibkan menunaikan solat fardu lima kali sehari. Dewasa ini saya lihat ramai yang mengabaikan solat dan kalau yang bersolat pun tidak seberapa tertib. Salah satunya ialah ketika duduk antara dua sujud. Kekadang saya hairan bagaimana seseorang itu boleh duduk dengan sekejap sahaja sebelum sujud semula. Bagaimana bacaan dilakukan? macam pelesit? entah betul entah tidak sebutan yang dilafazkan. Disini saya nak kongsi maksud sebutan duduk antara dua sujud. semoga anda melakukannya dengan hati yang lebih tenang dan tidak tergesa-gesa.
TAHUKAH KAMU.....
Doa duduk antara Sujud..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
justeru, bacalah dengan tenang, lafazkannya dengan berhati-hati semoga Allah mengampuni kita dan merahmati hidup kita. Wasaalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^