JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

OPS: The Biggest Room in the World


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!

Hai! Kali ini Mr.PiNGu nak berkongsi info berbentuk motivasi. Sebenarnya, masih terngiang-ngiang lagi di telinga saya tentang pesanan pensyarah bahasa Inggeris ketika saya masih menuntut di Tahun Pertama Ijazah Sarjana Muda, Kira-kira 7 tahun lalu. Beliau bertanya kepada semua pelajarnya tentang soalan ini:

"What is the biggest Room in The World?"

Daripada soalan tersebut, pelbagai jawapanlah yang diberikan. Saya sendiri tak ingat apakah jawapan yang telah saya berikan kepada beliau. Namun semua jawapan tersebut masih tidak betul kerana menurut beliau, "There are still a room bigger than that!". Makin peninglah pelajar masing-masing. Setelah lama memerah otak akhirnya beliau pun memberikan jawapan yang sebenar.

"Actually, the Biggest Room in the world is 'IMPROVEMENT'!

Apakah maksud IMPROVEMENT disini? Improvement bermaksud penambahbaikan. Justeru, dalam diri kita ini terkandung satu "ruang" yang besar yang tersedia untuk penambahbaikan. Penambahbaikan adalah menyeluruh sama ada dari segi ilmu dunia, ilmu agama, akhlak, ketrampilan, kesihatan, dan sebagainya. Setiap manusia perlu mencari jalan untuk memperbaiki diri mereka dari hari ke hari.

"I am always better than who I am yesterday"

Untuk mencapai perkara tersebut, kita perlulah sentiasa membuka minda, bersedia untuk belajar setiap hari, mencari sesuatu ilmu baru yang berguna dan juga memperbaiki hubungan kita kepada Tuhan  dan sesama manusia lainnya. manusia yang menjadi lebih teruk berbanding dirinya pada hari semalam merupakan manusia yang penuh kerugian.

Justeru, kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita setiap hari, bermuhasabah dan sentiasa berfikiran positive. Sekian sahaja untuk kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^