Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!
Tentu ramai yang menyaksikan ketiga-tiga saringan separuh akhir muzik muzik 2011 yang berakhir minggu lalu. Melalui persembahan hebat daripada 30 lagu yang bertanding, 12 lagu telah dipilih untuk layak ke Final AJL 26. Salah satunya ialah lagu berjudul Sedetik Lebih, yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor. Adakah Jaclyn Victor akan mengulangi kejayaan lagu Gemilang yang memenangi Anugerah juara lagu beberapa tahun lalu? Sama-sama kita nantikan.
Sedetik lebih merupakan sebuah lagu yang kuat untuk dipertandingkan. lagu ini mempunyai melodi yang cukup hebat, sedap didengar dan vokal penyanyi asal yang lunak dan berkarisma sebagai bonus. Apabila lagu ini bertukar tangan kepada penyanyi lain iaitu Jaclyn Victor, ramai yang sedih dan sangat risau akan kemampuan Jaclyn Victor untuk membawakan lagu ini dengan baik.
Melalui pengamatan saya pada persembahan saringan Ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik 2011 yang lalu, saya boleh katakan Jaclyn Victor berjaya membawakan lagu ini dengan baik. Vokalnya yang lantang dan bertenaga benar-benar meremangkan bulu roma. Kalau ada kekurangan pun mungkin dari segi penghayatan Jac melalui lagu tersebut. Saya rasa jika Jac melembutkan suaranya lagi mungkin feel lagu itu akan lebih sampai. Akan tetapi Jac memang sudah ada trademark tersendiri.
Mempunyai aset Vokal yang lantang dan bertenaga adakah memberi harapan cerah buat Jac memenangi Anugerah Vokal terbaik? Itu saya tidak pasti. Dah terbukti beberapa tahun dahulu di mana beliau gagal mendapat anugerah tersebut kerana beliau agak overdo. So, Anugerah Vokal Terbaik disandang oleh Hazami. Mungkin melalui pengalaman tersebut jac akan lebih berhati-hati dalam melontarkan Vokalnya dengan cara yang lebih baik. Kekalahan Jac dalam Ikon Asean juga memberi satu pengajaran buat Jac.
So, kita nantikan sama-sama AJL 26 yang bakal berlangsung pada tarikh ini: 29 Januari 2012~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^