JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Sembang2: Pekeliling baru Gaji SBPA 2012


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sari info dari iGLoO Mr.PiNGu

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini! Ura-ura la atau gosip yang katanya sangat pasti (ke dah confirm). Wah wah.. korang yang penjawat awam tu kemain tak sabar-sabar and senyum lebar je kan. Bak kata orang, setiap yang ada kelebihan pasti ada kekurangan. Ada yang cantik so adalah yang buruknya tapi semua dah rambang mata dengan Gaji naik Gaji naik!

Dikatakan kenaikan gaji pasti berlaku. Ya, ia berlaku untuk kebanyakkan posisi pekerjaan dalam jabatan kerajaan. Namun begitu tahukah anda bahawa "kekebalan" kakitangan kerajaan sekarang semakin berkurang? I mean, mudahla kakitangan awam selepas ini dipecat atau diminta melepaskan jawatan secara terhormat kalau tak perform.. atau perform sekalipun. Saya difahamkan tentang perkara ini. Jika dahulu susah nak pecat kakitangan awam (banyak proses) akan tetapi selepas ini lebih mudah.

Hati-hati dengan SKT anda (Sasaran kerja tahunan). kalau markah anda 85 keatas anda selamat. Tapi, jika bawah 80%, anda kemungkinan diberikan galakan untuk meletakkan jawatan. So, nak dapat SKT tinggi kene perform plus bodek-bodek bos (maybe). Lepas ini bagi sesetengah kakitangan awam yang tak berapa nak cekap tu kenalah take note supaya mempertingkatkan kecekapan anda dan menggunakan masa anda sebaiknya dalam masa bertugas.

Saya sebagai kakitangan kerajaan juga cukup bimbang dengan posisi saya. Sebab ada ura-ura jawatan yang saya sandang ini bakal dihapuskan dari skim JPA. So, lepasni saya nak jadi apa? Tapi just ura-ura saya tak tahu kesahihannya sehinggalah satu masa yang pasti nanti..

Justeru bagi kakitangan kerajaan yang bakal menikmati kenaikan gaji saya ucapkan syabas kepada anda. Akan tetapi saya risau bahawa peruncit atau sesiapa sahaja yang berniaga akan ambil alasan ini untuk naikkan lagi kos barangan runcit! saya kuatir.

Sampai disini sahaja. Kalau nak tengok apa skim kenaikan yang ada saya rasa banyak blog lain dah bincangkan. Kan.. Ok salam semua~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^