JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Banjir terburuk Kajang semenjak tahun 1971

Assalamualaikum dan salam Sejahtera..

Semalam saya tengok berita tentang banjir di kajang. Cukup seram kerana air naik pada paras yang cukup tinggi. Banyak kenderaan yang tenggelam dan tersangkut di jalan raya.

Dikatakan, banjir ini adalah yang terburuk pernah berlaku semenjak tahun 1971 yang mana telah mengorbankan empat orang pada tahun tersebut. Pada kali ini belum dengar kemalangan jiwa dilaporkan.

Saya fikir, pastinya banyak kenderaan yang telah rosak kerana ditenggelami air. Pasar raya juga nampaknya banyak terjejas dan mengakibatkan kerosakan barang-barang kerana kenaikan air. malanglah bagi mereka yang berniaga dia aras bawah pasaraya tersebut.

Lebih memeranjatkan, saya difahamkan ada buaya yang tersesat berenang sehingga ke tengah bandar. Seramnya! Kalaulah ada orang kene ngap tak ke naya.

Banjir besar ini berlaku dengan pantas akibat hujan lebat yang turun tanpa henti selama beberapa jam. Mungkin sistem saliran dan perparitan tidak beberapa baik atau ada yang tersumbat dengan sampah sarap. Semoga hal ini diambil pengajaran untuk memperbaiki sistem saliran yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^