JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Datuk Hj. Aznil Hj. Nawawi masih kelihatan muda dan kacak menjelang usia hampir 60 | Celoteh promo periuk serbaguna | Kelakar

Terhibur betul tengok celoteh Pak Nil sambil mempromosikan periuk serbaguna di laman instagram beliau. Celoteh beliau sungguh menghiburkan. Beliau juga masih kelihatan muda dan kacak pada usia hampir 60 tahun! Mesti beliau menjaga kesihatan luaran dan dalaman sebaiknya. Boleh minta tips beliau jika mahu kekal muda dan bersemangat ye.



Ismail Izzani mengaku sedang bercinta

Artis BBNU berbakat, Ismail Izzani mengakui sedang bercinta dan tidak menyorokkan status tersebut. Menurut beliau, Muzik dan bakatnya yang ingin dihargai oleh peminat bukan kisah peribadi. Ismail bagaimanapun bersyukur akan penerimaan peminatnya.

Berikut merupakan sedutan bual-bicara Ismail Izzani menerusi radio era di instagram live:



Serangan Jutaan Serangga

Serangga jenis ini suka akan cahaya lampu. Pada masa-masa tertentu mereka keluar dan mencari cahaya lampu. Namun, kali ini Admin sendiri mengalami pengalaman menghadapi jutaan serangga ini pada satu malam. Lihat video dibawah:



Ulasan Bodo-bodo (Prof Muhaya), fahami bahasa

Isu Dr Muhaya ni, sebenarnya bukanlah isu mesej yang nak disampaikan, sebaliknya ia menjadi polemik sebab salah faham terhadap laras bahasa yang digunakan. Bahasa Melayu ni ada banyak level, dari bahasa istana sampailah bahasa pasar. Bahasa yang Dr Muhaya guna ni bahasa Melayu marhaen, yang mungkin dia rasa sesuai dengan penerimaan audience dia, cuma ramai yang triggered sebab tak faham laras bahasa yang digunakan.

Perkataan 'bodoh' ni boleh digunakan dalam pelbagai cara yang tidak membawa maksud 'bodoh' secara absolute. Tapi tergantung pada bagaimana ia dipadankan. Tak semua ada dalam kamus Dewan Bahasa. Sebaliknya bergantung pada keadaan dan pemahaman seseorang. Contoh :

'Bodoh' (sebagai perkataan tunggal)
Maksud : Bangang, bingai, bebal
Contoh : "Bodoh la kau ni, tu pun tak tau!"

'Buat bodoh' 
Maksud : Buat tak tahu, buat dek
Contoh : "Abang ni, orang ajak gi kedai emas dia buat bodoh je!"

'Buat-buat bodoh'
Maksud : Dah tau, tapi buat-buat tak tau
Contoh : "Dah tau PKP, pergi merayap. Bila Polis tanya buat-buat bodoh macam tak tau SOP!"

'Buat bodoh-bodoh'
Maksud : Buat biasa-biasa je
Contoh : "Mak masak bodoh-bodoh je harini nak, mak tak larat".

Jadi, 'buat bodoh-bodoh' tu maksudnya, buat biasa-biasa je. Dalam bahasa omputih, 'lower your ego'. Dalam bahasa arab, 'tawadduk'. 

Saya pun biasa guna perkataan bodoh-bodoh ni bila nampak seseorang yang hebat tapi gayanya biasa² je, low profile omputih kata. "Tengok brader tu, nampak bodoh-bodoh je, tapi CEO tu!" Contoh.

Sebenarnya, ramai yang tahu maksud Dr Muhaya tu. Kalau Dr Soo Winci dan Dr Amalina tak faham boleh lagi la terima. Sorang bukan Melayu, sorang lagi tak duduk dalam komuniti Melayu. Tapi kita yang faham ni, jangan 'buat-buat bodoh'. Lama-lama boleh jadi bodoh absolute.

Kita abaikan sahaja perbalahan mereka. Lama² senyaplah tu macam kes laksa Utara dgn laksa Johor.

Kredit - Dauuf Alejandro

Note: Prof Muhaya ni tau dia betul, tapi dia merendahkan ego dia dqn meminta maaf secara terbuka. Ni namanya orang betul2 berilmu dan berakhlak. Bukan sekadar pqndqi tapi angkuh macam sebilangan orang.

Nama Kuih kuih pelik di Kelantan

Di Malaysia terdapat banyak negeri dan setiap negeri ada keunikan masing-masing, termasuk dari segi penyediaan makanan.

Harini saya nak kongsi sikit nama-nama kuih yang pelik dari Kelantan. Ada yang pernah makan ada yang tak. Mengapakah kuih kuih ini dinamakan sebahagian rupa? Jum kita lihat:

Varian Afrika Selatan sudah menembusi Negara Malaysia

Penjujukan genom yang dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan mendapati peningkatan varian Covid-19 B.1.351 Afrika Selatan di negara ini.

Penjujukan terbaru itu mendapati satu pertiga daripadanya berasal dari varian Afrika Selatan, yang boleh menyebabkan vaksin Astra Zeneca Covid-19 secara signifikan kurang berkesan.

"Kita telah kenal pasti tindakan kita. Penjujukan rujukan genom telah pun perincikan bahawa varian South Africa telah tembusi negara kita dan berada dibeberapa negeri," kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pada sidang media di Putrajaya.

Menurut data dari Institut Kesihatan Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan, sebanyak 36 sampel penjujukan berkenaan merupakan kumpulan terbaru antara 17 Mei dan 23 Mei.

Daripada jumlah tersebut, 12 daripadanya didapati berasal dari varian Afrika Selatan.

Salah satunya adalah dari varian India B.1617 manakala selebihnya adalah varian tempatan.

Adham berkata, setakat ini, sebanyak 448 sampel telah diambil dalam 28 kumpulan.

Secara kumulatif, Adham berkata 78 daripada 448 sampel jujukan didapati dari varian Afrika Selatan.

Varian berkenaan kini terdapat di semua negeri di Semenanjung kecuali Melaka, Terengganu, Pahang dan wilayah persekutuan Putrajaya.

Daripada 78 kes varian Afrika Selatan, kebanyakannya terdapat di Selangor dan Kelantan.

Sebanyak 31 daripadanya ditemui di Selangor, diikuti 18 di Kelantan, 10 di Perak, tujuh di Kedah, empat di Kuala Lumpur, tiga di Pulau Pinang, dua di Perlis, dua di Negeri Sembilan dan satu di Johor.

Lapan daripada 448 sampel jujukan adalah dari varian UK B.1.17 sementara enam daripada varian India B.1617.

Selebihnya tidak dikategorikan sebagai "varian yang menjadi perhatian" (variant of concerns).

Varian yang menjadi perhatian adalah strain Covid-19 yang boleh membunuh atau lebih berbahaya.

Kelantan tunjuk kadar positif tertinggi

Dalam perkembangan berkaitan, Adham berkata Kelantan mempunyai kadar positif tertinggi di negara ini iaitu 11.48 peratus.

Ini bermakna 11.48 peratus daripada semua individu yang diuji positif dengan Covid-19.

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan (10.03 peratus), Labuan (8.78 peratus), Putrajaya (8.61 peratus), Selangor (7.9 peratus), Kedah (7 peratus), Terengganu

(5.8 peratus), Sarawak (5.7 peratus), Johor (5.79 peratus), Kuala Lumpur (5.7peratus), Pulau Pinang (5.6 peratus), Pahang (5 peratus), Perak (4.7 peratus), Sabah (3.8 peratus), Perlis (3.76 peratus).

Kadar ini adalah untuk tempoh 23 hingga 29 Mei. Bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa kadar positif yang tinggi juga disebabkan oleh ujian yang rendah.

Bilangan ujian untuk tempoh yang sama adalah seperti berikut: Kelantan (38,516), Negeri Sembilan (33,055), Labuan (8,526), ​​Putrajaya (2,404), Selangor (212,197), Melaka (24,906), Kedah (40,253), Terengganu (28,467), Sarawak (78,471), Johor (69,944), Kuala Lumpur (77,949), Pulau Pinang (47,467), Pahang (29,616), Perak (39,623) dan Sabah (41,862).