JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Remy Ishak Sah menjadi Suami Ezza Yusof


Sama cantik sama padan, pelakon Remy Ishak telah sah bernikah dengan pilihan hatinya iaitu Ezza Yusof dengan sekali lafaz di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 1:00 tengah hari. Pernikahan pasangan ini disaksikan oleh kedua-dua ahli keluarga terdekat dengan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Semoga pasangan ini kekal sehingga ke akhirnya. Sebelum ini, Remy sempat update di twitter tentang kebimbangannya untuk "Akad Nikah Sebenar" kelakar pon ada.



Ajak Shiro dan Isteri Menangis kerana Pemergian Arwah Siti Sarah

Kalau seseorang itu terlalu baik dan telah dianggap seperti kakak sendiri, pemergiannya pasti sangat dirasai dan ditangisi. Inilah yang terjadi kepada palawak popular, Ajak Shiro dan Isterinya. Mereka tak dapat menahan air mata melihat video berkaitan Siti Sarah. Apa-apa pun semoga mereka tabah. 



Siti Nordiana Live Nyanyi Lagu-Lagu Popular

Juara Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana sering menyantuni peminat-peminatnya di sesi IG live juga facebook. Beliau sering menyanyi jika diminta oleh peminat-peminatnya. Jum layan live Siti Nordiana mempromosikan produknya sambil menyanyi lagu-lagu popular secara acapella:




Halen Yap buka cerita peribadi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin

Komposer terkenal yang merupakan komposer yang sama-sama terlibat dalam pembikinan album pertama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, membuka cerita akan kebaikan Arwah.

Setelah kemenangan besar Arwah semasa anugerah Industri Muzik 2003, beliau ada membuat majlis kesyukuran dan menghadiahkan sesuatu kepada semua insan yang terlibat dalam pembikinan album tersebut.

"Ketika usia masih muda, Sarah dah menunjukkan rasa bersyukur, berterima kasih, serta mengenang budi - Halen Yap"

Shima - Setelah Aku Kau MIliki (Live: Mydin Mutiara Rini Johor Bahru)

Kalau bercerita tentang artis seorang ini pasti kita yang hidup zaman 90 an pasti mengenali sosok yang memiliki suara serak-serak mantap ini. Shima, satu nama yang tidak asing lagi. Beliau memiliki sangat banyak single hit popular. Baru-baru ini (Sebelum Covid19), Shima ada membuat persembahan di Mydin Mutiara Rini yang baru dibuka. Beliau mempersembahkan lagu-lagu popular beliau. Walaupun sudah berusia, beliau masih boleh menyanyi. Jum layan nyanyian Shima untuk lagu popular beliau, Setelah Aku Kau Miliki.



Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak tidak dapat meneruskan Nyanyian kerana Pemergian Siti Sarah Raisuddin

Rakyat Malaysia, Para selibriti ramai yang mengemaskini laman sosial masing-masing dan memberi ucapan takziah buat Arwah Siti Sarah Raisuddin. Pemergiannya cukup dirasai dan mendapat liputan cukup meluas. Bagaikan mimpi bahawa Sarah sudah tiada, sedangkan tidak sampai seminggu lepas beliau masih aktif mengemaskini laman instagram beliau dengan aktiviti memasak. Celoteh beliau sangat mencuit hati sesiapa yang menonton.

Terbaru, Dato Seri Siti Nurhaliza perlu membuat rakaman untuk konsert Korporat secara Virtual. Lagu yang diminta adalah "Aku Bidadari Syurgamu" yang diketahui mengisahkan cerita sangat sedih pemergian insan yang tersayang. Atas sebab semangat setiakawan dan Dato Seri Siti telah menganggap Sarah seperti adiknya, beliau tidak dapat menahan sebak ketika menyanyikan lagu tersebut dan gagal meneruskan nyanyian lagu tersebut kerana terlalu sedih. Beliau meminta menukar ke lagu lain.

Begitu besarnya kesan kehilangan Arwah buat penggiat seni dan para peminat yang tidak putus-putus mendoakannya dan ramai yang menangis kehilangannya. Semoga kita mengambil iktibar dengan bahaya Covid19 dan mencontohi akhlak dan kebaikan Siti Sarah dalam hidupnya yang banyak bersedekah dan membantu orang lain.



Solat Jenazah Ghaib untuk Siti Sarah di Masjidil Haram, Makkah

Apakah amalan mulia Siti Sarah sehingga kematian beliau di doakan seluruh pelusuk Malaysia dan juga negara lain yang mengenali beliau. Pemergiannya ditangisi dan menyentuh hati sangat ramai orang.. Bacaan Yassin dibuat oleh ramai pihak khas utk Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Sekali lagi kita melihat Arwah Siti Sarah dimuliakan dengan di solatkan di Masjidil Haram Makkah (Solah Jenazah Ghaib) dengan di sertai oleh sekitar 300 orang jamaah. Mungkin ada banyak amalan Siti Sarah Raisuddin yang kita tidak tahu. Yang pasti, kita tahu di akhir hayatnya, Siti Sarah cukup disenangi dan banyak bersedekah secara diam-diam. Beliau juga seorang isteri yang sangat taat pada suami dan memuliakan suaminya. 

Semoga arwah siti sarah damai di alam sana dan ditempatkan Syurga dengan Izin-Nya.



Pak Nil Niaga Masakan, Anuar Zain cuba masakan Pak Nil?

Wah, PKP ni menyebabkan ramai memanfaatkan masa di rumah sahaja. Ada yang pandai membuat business online untuk kelangsungan hidup. Begitu dengan pengacara seorang ini, Pak Nil yang cukup dikenali sebagai pengacara hebat berpengalaman. Beliau telah membuah business masakan. Katanya banyak slof full ditempah. Hebat!

Saya ada melihat update telatah Pak Nil memasak sambil mengomel dengan para peminat. Saya juga dapat melihat Penyanyi hebat, Anuar Zain juga dapat merasa masakan dari Pak Nil. wow untungla mesti sedap kan. ~



Shuib maklumkan tentang pemergian isteri Tersayang: Reaksi anak-anak Shuib.. Heartbroken moment..

Shuib seperti telah memaklumkan Redha dengan pemergian isteri tercinta. Beliau gembira arwah isterinya pergi dalam keadaan baik sekali diiringi doa dan kasih sayang dari pelbagai lapisan masyarakat. Namun, cabaran terbesar shuib adalah untuk memaklumkan kepada anak-anak akan pemergian ibu/isteri tersayang selama-lamanya. Moement ini Shuib janji nak rakam dan saya juga menunggu penuh debaran. Akhirnya, ini yang berlaku... Cukup menyentuh hati. Semoga keluarga ini tabah dan terus maju kedepan.

..


Siti Sarah Raisuddin meninggal Dunia


Penyanyi paling saya minati pergi buat selamanya. Inilah berita paling menyedihkan saya tahun ini.. 😭

Datuk Azizul Hasni Awang bawa pulang Perak di Sukan Olimpik Tokyo

Walaupun gagal membawa pulang emas seperti yang diimpikan, namun kejayaan membawa pingat perak untuk Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2021 tetap membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Syabas Datuk Azizul!

Lebih menggembirakan dan mengharukan, beliau mendapat berita akan kehamilan isterinya. Rezeki berganda. Semoga terus berjaya pada masa akan datang.

Sarah di tiarapkan, paru-paru ada pendarahan

Semoga sarah segera sembuh... 🥲
(Klik gambar jika tidak jelas)

Datuk Azizul Hasni Awang Tempat-1 Pusingan Pertama Heat 3

Selepas kegagalan acara terdahulu, Datuk Azizul Hasni Awang memang mensasarkan untuk memfokuskan usaha kepada acara berikutnya iaitu acara Keirin. 

Untuk pusingan pertama, beliau tampil cemerlang dengan menduduki tempat pertama dan mara ke suku akhir. Semoga beliau beroleh piala untuk Malaysia nanti.

Oksigen ada peningkatan, Terus doakan Siti Sarah Raisuddin

Update terbaru Shuib, paras oksigen Siti Sarah telah drop sehingga ke paras 40% sahaja. Kemudian naik semula ke 70% dan seterusnya 80%. Teruskan doakan kesembuhan dan kesedaran buat Siti Sarah Raisuddin. 

Berebut Durian di Rembau sampai Kapakkan Kepala???

Guys, kejadian berlaku di Mexico ye.. bukan rembau... tapi tak sangka la "Durian" pun sampai ke mexico...😅

(Klik gambar jika tidak jelas)

Doakan Sarah, Maafkan Sarah, Halalkan Makan minumnya.

Dikala Siti Sarah Raisuddin ditidurkan bagi melawan covid19, ramai rakan-rakan artis dan netizen segenap pelusuk mendoakan akan keajaiban untuk Siti Sarah kembali sihat. Ramai sayang Sarah. 

Antara yang paling terkesan sudah tentu suami tersayang, dan anak-anak yang masih kecil. Berikut merupakan kata-kata menyentuh hati daripada syuib sepahtu [klik gambar jika tidak jelas]

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki

Berita baik diterima, anak Sarah selamat dilahirkan melalui kaedah pembedahan. Namun begitu, Sarah masih lagi tidak sedarkan diri. Harap ibu nya juga selamat. Ini berita ringkas yang dapat saya kongsikan dari update sumber dibawah:

Covid Tahap-4, Siti Sarah Raisuddin telah ditidurkan

Bila baca berita tentang penyanyi kesayangan ramai dan sedang pregnant 8 bulan, Siti Sarah Raisuddin telah ditidurkan selepas tahap oksigen jatuh terkena covid19, saya terus rasa ngeri. Saya harap kita sama-sama berdoa agar Siti Sarah selamat dan juga pesakit covid lain. Tak sanggup rasanya baca kisah-kisah sedih orang yang kehilangan orang tersayang sebab penyakit covid19.

[update] Sekitar jam 2 ptg ini, jumaat 6 ogos, Siti Sarah akan dibedah untuk mengeluarkan bayinya. Semoga semua selamat.

Ikuti berita penuh dibawah [klik gambar jika tidak jelas]

Aina Abdul Cover Lagu Misteri (Erni Zakri) Padu Beb!

Lagu Misteri nyanyian erni zakri merupakan sebuah lagu yang susah untuk dinyanyikan kerana Range yang besar dan juga nada yang sangat tinggi. Namun, ia bukan halangan buat penyanyi berbakat besar, Aina Abdul untuk membuktikan kemampuannya menyanyikan lagu ini dengan cara beliau sendiri. Memang padu beb! Layan..




15 Minit Live Bersama Siti Nordiana

Korang mungkin tahu yang Siti Nordiana atau Nana sedang dilanda isu bersama bekas 5 orang rakan baiknya. Kita tak nak sentuh isu itu. Sekarang, kita nak share sesi live Nana bersama para peminatnya id IG beliau. Ada beberapa lagu yang Nana belanja khas untuk anda. Mana yang terlepas tu boleh layan disini:



Pelawak Terlibat Aktiviti Pemerdagangan Manusia?

Zaman Covid19 ni macam-macam isu timbul. Sekarang, isu pelawak ditangkap kerana terlibat aktiviti pemerdagangan manusia? Ramai berteka teki namun kita masih menunggu info rasmi. Ramai dapat mengagak siapa insan dimaksudkan.. (klik gambar untuk lebih jelas)