JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

RTS LINK FACADE DESIGN IDEA COMPETITION FINALISTS

Senibina yang indah sering menjadi perhatian. Namun, ia perlukan kreativiti yang tinggi untuk direalisasikan. Untuk mendapatkan rekaaan terbaik, Pertandingan Idea Reka Bentuk Façade dianjurkan dengan kerjasama antara Pertubuhan Akitek Malaysia (Institut Arkitek PAM -Malaysian) dan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. Dan disahkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia (Lembaga Arkitek Malaysia).

Berikut merupakan finalist untuk pertandingan tersebut.

RTS LINK FACADE DESIGN IDEA COMPETITION FINALISTS 
(Gambar 1st adalah pemenang)

Kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak berbanding negara lain dunia

Terlihat satu graf perbandingan kes covid-19 baru di Malaysia dan beberapa negara lain. Berdasarkan graf, kes baru covid-19 per juta untuk negara Malaysia menunjukkan peningkatan mendadak berbanding negara lain yang menunjukkan penurunan kes. Hal ini sangat membimbangkan kerana kita takut satu masa petugas kesihatan sudah tidak mampu untuk merawat pesakit.

Apa yang kita perlu buat adalah patuhi SOP dan elakkan keluar. Kuarantin diri sendiri jangan nak tunggu kerajaan umum baru kita nak patuh. Kita perlu meningkatkan disiplin diri sendiri. Perkara ini memerlukan kerjasama semua pihak dan jangan pandang ringan. Anda boleh! Buktikan.

Ryzal Duriankimchi terlanjur kata, anak dalam kandungan pula dikata-kata


Boleh kata sepanjang PKP ada je isu hangat yang akan jadi Viral. Salah satunya isu Ryzal Duriankimchi ni. Beliau terlanjur berkata sesuatu yang kurang enak berkenaan pakaian traditional kaum tertentu di Sarawak. Mungkin niat asal hanya bergurau senda namun isu ini agak sensitif bagi mereka yang mendengarnya.

Disebabkan itu, netizen marah siap ada yang buat laporan polis. Tapi, yang kasihannya ialah isteri beliau yang juga berbangsa Korea mendapat tempiasnya. Maki hamun netizen tidak terhenti disitu, malahan anak dalam kandungan juga mendapat maki hamun. 

Bagi saya, marah macam mana pun jangan sampai libatkan insan yang tidak berdosa. Kalau marah pada ryzal jangan libatkan orang lain. Tidak elok. Saya pun tak pasti kenapa netizen dewasa ini terlalu kejam dalam memberikab  komen di media sosial. Kecaman hinaan bagai sudah menjadi makanan harian.. hal ini sangat membimbangkan.

Buat semua; berhati-hati sebelum berbuat sesuatu perkara terutamanya melibatkan isu-isu sensitif. Sekarang ini netiZEn memang laparkan isu panas. Bagai harimau yang ingin menerkam mangsanya. 😏

Netizen Gembira - Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Dilucutkan jawatan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd

Nama Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman viral selepas beliau mengadakan sidang media selepas kemalangan melibatkan 2 buah LRT di KLCC. 

Yang tak sedapnya apabila beliau telah mengendalikan sidang media tersebut secara tidak profesional. Dikala rakyat sedang bersedih, marah dan segala macam perasaan dengan isu kemalangan tersebut, beliau dilihat ada sedikit bergurau dalam sesi tersebut. Akibatnya, rakyat berang dan membidas sesi tersebut.

Tidak lama selepas sidang media tersebut, keluar info bahawa perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd telah ditamatkan. Mungkin, ini adalah berita gembira buat rakyat yang sedang marah.

Apa-apapun, kita doqkan semua mangsa yang mengalami kemalangan selamat dan pulih seperti sedia kala.

anjing dapat mengesan Covid-19 bagi pesakit tidak bergejala?

Antara keratan berita akbar berita harian harini. Dirumuskan bahawa anjing boleh dilatih untuk mengesan pesakit covid-19 walaupun tidak menunjukkan simptom. 

Anjing diketahui memiliki deria bau yang tiada tolok bandingannya. Anjing banyak digunakan untuk mengesan bahan-bahan terlarang seperti dadah dengan syarat ia dilatih. 

Semoga dengan penemuan ini dapat membantu saringan pesakit dengan lebih baik terutamanya di lapangan terbang yang menerima ketibaan pelbagai manusia dari pelusuk dunia.

Disebabkan Neelofa, Nilai 3 jadi perebutan 2 Negeri / Nilai 3 terletak di Selangor?

Umum mengetahui bahawa Nilai terletak di Negeri Sembilan. Namun, disebabkan isu membeli karpet di Nilai 3 dan Neelofa tidak dikenakan kompoun atas rentas negeri, maka ramai yang troll dengan mangatakan bahawa Nilai 3 sebenarnya terletak di Selangor. Maka meletopla isu ini seluruh Malaysia.

Saya rasa dalam keadaan PKP ni ramai rakyat tertekan dengan pelbagai isu, dan rakyat juga perlu hiburan. Dengan membuat troll bahawa Nilai 3 terletak di Selangor sedikit sebanyak membahagiakan netizen dikala mereka marah dengan isu double standard golongan kayangan.

Apa kata anda?

Menara Berkembar Petronas Indah memancar bendera Malaysia dan Palestin

Cantiknya menara KLCC bermandi cahaya yang membentuk bendera Malaysia dan bendera Palestin.

Seperti yang kita tahu, pendirian Malaysia sejak dahulu lagi mengutuk kekejaman Regin Zionis keatas penduduk Palestin. lsrael merampas tanah penduduk Palestin sedikit demi sedikit lalu membentuk kerajaan Haram lsrael. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Isu terbaru serangan lsrael ke atas meruntun kemarahan penduduk dunia. Semoga kemenangan akan berpihak kepada Palestin suatu hari nanti.

Gerhana Bulan Penuh Super Flower Blood Moon 26 May 2021


*Gerhana bulan penuh Rabu depan 26 Mei*

Oleh NUR HUDA MUSA
23 Mei 2021, 1:13 pm

PETALING JAYA – Gerhana bulan penuh akan berlaku pada 26 Mei ini bermula pukul 4.47 petang dan berakhir pada pukul 9.50 malam waktu tempatan.

Menerusi makluman yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena tersebut ketika fasa gerhana separa (Sabah dan Sarawak) serta fasa gerhana maksimum (Semenanjung).

“Fenomena Gerhana Bulan pada 26 Mei 2021 (Rabu) akan berlaku selepas Bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan Bumi (perigee) dengan jarak 357,309km.

“Fenomena ini dapat dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik, termasuk Hawaii,” katanya.

Katanya fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum.

Dalam pada itu katanya, orang ramai boleh menyaksikan penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh “Super Flower Blood Moon” di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada Rabu nanti.

Bagaimanapun, kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang awam di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE

#IUCNorthernNews https://t.co/CUfPu9WPgL

Jom tanam Strawberi

Saya suka menanam pokok. Kalau di rumah, pokok sayur-sayuran antara yang wajib saya tanam untuk digunakan dalam masakan dan juga ulam-ulaman. Dengan ruang yang kecil, saya mampu tanam pokok-pokok yang bersaiz kecil sahaja.

Satu pokok yang saya teringin nak tanam adalah strawberi. Mengikit perkongsian di page facebook peminat strawberi, pokok strawberi mampu ditanam di tanah rendah dan menghasilkan buah. Ia juga mampu hidup subur meskipun tidak mempunyai suhu sekitar yang sejuk. Pendek kata, kena tahu cara penjagaan yang betul. Jum tanam strawberi!

perkongsian Bekas Pesakit Covid-19 level 5 yang selamat

Perkongsian Bekas Pesakit Covid-19 level 5 (level terakhir) yang Survive. Korang baca kronologi dan fikir-fikirkanlah. Korang nak sakit atau nk ikut SOP ketat bagi mengekang penularan wabak ini. Guys please jaga diri sendiri dan kekuarga. Saling mengambil berat. Jika ada yang sambil lewa sila nasihatkan mereka. Kita jaga kita! 

Eh! tak sampai 24 jam gencatan senjata, Zionis buat kacau lagi?

Zionis is always zionis. Mereka tidak akan berdiam diri dan terus buat kacau dan provokasi. Terbaru, walaupun telah mengumumkan gencatan senjata, tidak sampai 24 jam mereka mula melakukan huru-hara di sekitar Kawasan Al-Aqsa. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada Islam seberapa segera.

Yahudi: Kedatanganmu tidak diundang, pemergianmu tidak ditahan - Ulasan Berkenaan Temubual Caprice dengan Personaliti MEDSO Yahudi


Merujuk kepada catatan Historian dan pengkaji tentang Yahudi dan Zionist daripada tahun 1996 sehingga kini, MN Iman Ramli. Dia ada bgtau pasal tanah utk YAHUDI :

“Saya menonton video rapper Malaysia, Tuan Caprice dengan Cik Puan Shiraz, seorang influencer medsos dari Israel. Pertama sekali saya harus ucapkan syabas kepada Caprice kerana hujahan beliau disandarkan kepada fakta-fakta sejarah dan logik yang mudah difahami. Beliau tidak beremosi dan tenang, walau kadang-kadang memberi wajah stres kepada Shiraz - itu adalah teknik yang bijak.

Apa juga hujah atau fakta sejarah bagaimana pun ‘sukar difahami’ Zionis. Mereka merekacipta sejarah sendiri dan mereka percaya kepada kepalsuan ciptaan sendiri. Yang menyokong Zionis pula bukan tidak tahu sejarah versi Zionis itu tipu-tipu saja.

Ringkas cerita, setelah beremosi menjawab (dan tidak menjawab) soalan Tuan Caprice, pada minit ke 31 dan 49, Shiraz mengatakan bangsa Yahudi tidak punya negara atau tanah untuk bangsa mereka, berbanding Muslim yang punya lebih 50 negara di muka bumi ini, dan mereka tidak tahu hendak ke mana lagi kerana mereka akan dibenci dan dibunuh. Justeru mereka harus tetap bertahan di Israel. 

Tiba-tiba saya rasa kasihan. Kasihan sebab Shiraz barangkali tak pernah tahu atau tak pernah dengar mengenai Birobidzhan atau Jewish Autonomous Oblast (JAO) di timur Rusia.

Kalau ada lagi rakyat Israel yang meratap dan mengeluh sebab tak tahu nak ke mana lagi selain ‘mempertahankan diri’ di Israel, suruh mereka pindah ke JAO. Contohnya, sekarang juga.

JAO 14,000 km persegi lebih besar dari Israel, jauh dari negara-negara Arab atau Islam yang benci Zionis. Di situ Yahudi tidak perlu berkonflik dengan siapa-siapa kerana Yahudi dialu-alukan untuk tinggal di sana. Bahkan presiden Rusia pada Januari 2016 pun mengalu-alukan kepulangan Yahudi ke Rusia setelah lama keluar dari negara tersebut semasa era Soviet Union.

Wilayah JAO memang dibina Lenin dan Stalin untuk kaum Yahudi. Dulu mungkin JAO tidak berapa menarik didiami, tetapi sekarang semuanya sudah berubah. JAO sedang berkembang, alam sekitarnya bersih, indah dan permai. Di JAO, masyarakat Yahudinya hanya 1% daripada hampir 200,000 keseluruhan populasinya. Boleh sangat kalau mahu tambah lagi. Dalam wilayah hampir sebesar negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang Darul Makmur, kaum Yahudi, Kristian, Muslim dan atheis hidup aman sentosa.

Di Birobidzhan itu ada bangunan-bangunan dan arca-arca yang begitu indah, kuil-kuil, sekolah-sekolah dan kolej-kolej Yahudi bebas mengajar ajaran Judaisme dan bahasa Yiddish. Ramai juga penduduk JAO yang pernah pindah ke Israel, memilih untuk pulang ke JAO kerana merasakan Israel tidak selamat dan tidak mampu menjamin masa depan mereka. 

Sememangnya wilayah JAO itu memang dibina untuk Yahudi. Masih lagi Yahudi macam Cik Puan Shiraz mahu berdolak-dalih menyabung nyawa duduk di Israel? Di Palestin, datangmu tak diundang, keluarmu tak ditahan.

Jangan berlebihan terhadap Sahabat atau Musuh kamu

"Jangan ceritakan rahsiamu kepada kawan. Apakah tidak kamu tahu yang suatu hari nanti dia ‘kan menjadi musuhmu? Jangan pukul musuhmu habis-habisan, kerana suatu hari nanti mungkin dia ‘kan menjadi kawan."


Betul tak? Kita mungkin ada rakan baik dan rapat dengan kita. Maka segala-galanya kita nak kongsi dengan mereka termasuk benda-benda yang membawa aib. Suatu masa mungkin akan berlaku perselisihan faham sehingga kita jauh dari mereka. Adakah anda yakin bahawa mereka akan pegang segala rahsia kamu kemas-kemas? Kemungkinan juga mereka akan menggunakan kesempatan ini untuk menyerangmu.

Begitu juga dengan seseorang yang tidak kamu sukai dan kamu benci. Mungkin suatu masa dia akan jadi seaeorang yang rapat dengan kamu dan baik. Jadi, janganlah berlebihan bermusuhan kerana kita tidak tahu apa akan berlaku kelak. Mungkin kita yang akan malu. 

Sekian sahaja sedikit nasihat untuk kali ini.

Gencatan Senjata: Palestin Menang Perang Al-Quds

Mungkin ada yang confuse lagi, macam mana palestine boleh menang.. meh Min explain sikit 👇

Secara rasminya, israel umum gencatan senjata tanpa syarat pagi tadi jam 0700 waktu malaysia, 0200 waktu gaza.

Jadi officially palestine menang perang Al-Quds ni.. tetapi cuma terhadap isu Sheikh Jarrah je la, mereka membuat gencatan senjata. Bukannya secara total actually.

Disebabkan itu, Hammas mesti terus bersedia, terus dengan teknologi dan ketenteraan, walaupun dah dapat kemenangan kecil ni..

Jangan PUTUS berdoa kepada saudara-saudara kita di sana.
Perjuangan ini belum selesai🙏

#MyAqsaDefenders
I don't want to #visitisrael
I don't #supportisrael
I don't #loveisrael forever
#israeloftheday koyak

Tip-tip berguna dari Dr. Mala berhubung aktiviti melawan Pandemik Covid-19

Nama Dr. Malar tiba-tiba meletup selepas beliau membuat beberapa perkongsian mengenai Covid-19, Vaksin dan tips-tips berguna untuk diamalkan. Berikut merupakan rumusan daripada facebook live yang dibuat oleh Dr Mala berhubung tip berdepan dengan pandemik Covid-19

Tips daripada Dr Malar:
1. Simpan termometer and blood pressure monitoring device kt rumah
2. Tingkatkan immune system - makanan tinggi serat e.g. buah-buahan (kurma, tembikai, betik, oat etc.) dan sayur.
3. Minum banyak air masak - 3 liter sehari. 
4. Vitamin C - ambilan optional. bukan satu jaminan untuk elakkan jangkitan COVID-19
5. Kurangkan minuman manis. Gula yg tinggi dlm badan akan memburukkan jangkitan jika dijangkiti.
6. Masakan ditambah dengan halia, bawang putih, bawang merah, kunyit, halia etc. - takde halangan. ok sahaja.
7. Daily exercise - buat at least 10 - 15 minit stretching exercise etc.
8. Stay positive. Jgn stress. Kalau stress, cortisol level dlm bdn akan trigger. Cortisol level tnggi akan halang ion Zn kurang dan sebabkn insulin resistance. Insulin resistance happening in body is bad.. 

Berhenti memikirkan apa pendapat orang tentang kamu - Kunci Bahagia

Berhenti menjadi "people-pleaser" untuk perkara yang tidak bermanfaat. Fokus pada yang membahgiakan diri dan keluarga.

Yang perlu kita hiraukan pendapat mereka hanyalah kedua Ibu dan Bapa kita, kerana tanpa mereka :

❤️Kita tak ada di dunia ini
❤️Keberkatan mereka membahgiakan kita.
❤️Doa mereka membawa ke syurga.
.
.
.
Why you should Stop Caring What People Think ?

When you stop caring what other people think, magical things will happen and your life will drastically change. Living life your way instead of trying to people-please well give you the following benefits.

👨‍👩‍👧‍👦It will allow you to develop opinions and perspective on life.

👨‍👩‍👧‍👦You will focus more attention on yourself where you will find out what drives and motivates you.

👨‍👩‍👧‍👦Your thinking will be your own instead of being influenced by other people around you.

👨‍👩‍👧‍👦Allows you to see other people’s real intentions.

👨‍👩‍👧‍👦Allows you to escape negative energy and toxic people.

👨‍👩‍👧‍👦Makes you realize the important things in life and what actually matters.

👨‍👩‍👧‍👦You will learn to carve your own path in life instead of trying to create one that’s going to please others.

👨‍👩‍👧‍👦You will experience complete freedom

credit : Krishna Saini
#SalamJumaatTerindah
#SebarkanKebaikan 
#SSEmpire

Dr Noor Hisham Abdullah bukan Calang-calang Individu

Bukan calang-calang Dr Noor Hisham bin Abdullah ni ye. Menerima Felloship daripada Royal College of Surgeons of Edinburgh. Pencapaian beliau boleh dibanggakan. Semoga KKM akan berjaya akhirnya melawan Covid-19.