JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Malaysia di Ranking Ke-2, Cyber bully di Asia

Malaysia telah diiktiraf sebagai negara yang berada di tempat kedua sebagai negara yang mempunyai kadar siberbuli paling tinggi di Asia. 

Sebenarnya, saya tidak terkejut dengan berita ini kerana jika kita lihat di laman-laman sosial tentang pelbagai berita yang dikemaskini di pelbagai laman Facebook, terlalu ramai   pengguna yang membuat komen yang tidak baik terhadap artikel tersebut.

Baiklah saya ambil satu contoh artikel berkenaan Dato Seri Siti Nurhaliza yang membuat majlis tahniq anak keduanya.  ramai yang mengkeji, membidas, tidak kurang juga memaki hamun di laman sosial dan beliau dituduh tidak mengikut SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia. ini terjadi kerana terdapat beberapa orang Ustaz yang dijemput ke majlis tersebut. Dikhabarkan, salah seorang Ustaz tersebut berasal dari luar Kuala Lumpur.  hakikat nya, Ustaz tersebut memang berada di Kuala Lumpur kerana isterinya berada di sana dan beliau ke majlis tersebut atas jemputan daripada Dato Khalid Mohamed Jiwa yang merupakan sahabat beliau sendiri.

Jika ada isu lain yang telah diketengahkan, setiap isu pasti akan ada yang mencela lebih ramai yang berfikiran negatif dan lebih ramai yang suka memberikan komen yang sangat tidak baik dan menyakitkan hati. Justeru perkara ini perlu diberi perhatian. Masyarakat perlu dididik untuk komen-komen yang lebih MURNI terhadap artikel yang ditulis. Setiap orang ada pendapat masing-masing, namun begitu jika ada perkara tidak baik untuk ditulis lebih baik pendamkan untuk diri sendiri. Kerana jika kita menulis sesuatu yang negatif dan tidak baik, ia memberikan suasana yang tidak baik terhadap masyarakat.

Saya berharap bahawa generasi terkini di Malaysia dididik dengan kata-kata yang lebih sopan dan juga bertoleransi dalam setiap perkara agar keharmonian dalam dunia cyber akan terpelihara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^