Honestly aku tak paham. Malaysia berpendirian mengutuk segala kekejaman Israel terhadap Rakyat Palestin dan pendirian ini sejak dahulu tidak pernah berubah. Namun begitu, saya perhatikan ramai antara masyarakat dan anak-anak muda masa kini yang tidak ambil peduli malahan menyokong pula Israel. Hal ini sangat mendukacitakan.
Rakyat Malaysia tidak kira apa pun agama perlu mempelajari sejarah. Mengapa perkara ini berlaku. Bukan hanya membaca daripada media massa yang mungkin berat sebelah. Pokok pangkal masalah perlu diketahui.
Semenjak tahun 1947, Rakyat Israel yang dibuang dan ditolak oleh semua pelusuk dunia meminta simpati kepada Palestin. Apabila telah diberi peluang duduk di Palestin, mereka bagai melepaskan anjing tersepit. Telah dibantu malahan menggigit mereka yang membantu.
Tanah palestin dirompak / dirampas sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang hampir kesemua tanah Palestin telah menjadi milik Israel. Israel mendirikan Negara Haram yang asalnya milik Palestin.
Jika kita melihat keadaan ini, dan jika kita melihat generasi kini terutamanya XXXX yang memberi sokongan keatas Israel, kita tidak mahu perkara yang berlaku di Palestin akan berlaku di Malaysia yang kini berbilang bangsa. Tolonglah belajar sejarah! Ketahui kedudukan dan hak masing-masing dan jangan melampaui batas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^