JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

kes Covid-19 cecah 6000 lebih 2 hari berturut-turut

Korang tengok kes covid-19 dua hari ini. Angka mencecah 6 ribu kes sehari. Kalau berterusan macam ini sistem perubatan kita akan lumpuh!!! Tolongla masyarakat Malaysia patuh SOP yang ditetapkan. Ambil serius jangan sambil lewa. Anda semua tak sayang nyawa anda ke? Sungguhpun anda mampu sihat lepas kena covid anda rasa sistem badan anda akan sama macam sebelum ini? 

Bak kata dr Mala di facebook beliau, badan tidak akan sama macam sebelum kena covid since covid akan merosakkan sebahagian sistem badan. Korang akan rasa kesan sampingan dia untuk satu jangka masa panjang. Dr mala juga ada meramal bahawa kes mampu cecah 10 ribu sehari jika situasi semasa berlarutan.

Kita tahu rakyat dah penat. Tapi, tolong bersabar. Jangan ikutkan perasaan. Kita mesti lawan. Sabar dan patuh SOP ni adalah sama dengan perang. Kita sedang melawan musuh bernama Covid-19 dan caranya ialah perlu memutuskan rantaian covid19 ini. Covid-19 ni macam api yang membakar sekam. Selqgi sekam tu ada dia akan bakar dan terus bakar sehingga merebak besar. Jika kita putuskan sekam dr api lambat laun api akan padam..

Justeru, saya merayu rakyat jelata dan sesiapa sahaja patuh SOP walau siapapun anda. Kita perlu menang untuk kembalikan hidup normal seperti dahulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^