JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Ryzal Duriankimchi terlanjur kata, anak dalam kandungan pula dikata-kata


Boleh kata sepanjang PKP ada je isu hangat yang akan jadi Viral. Salah satunya isu Ryzal Duriankimchi ni. Beliau terlanjur berkata sesuatu yang kurang enak berkenaan pakaian traditional kaum tertentu di Sarawak. Mungkin niat asal hanya bergurau senda namun isu ini agak sensitif bagi mereka yang mendengarnya.

Disebabkan itu, netizen marah siap ada yang buat laporan polis. Tapi, yang kasihannya ialah isteri beliau yang juga berbangsa Korea mendapat tempiasnya. Maki hamun netizen tidak terhenti disitu, malahan anak dalam kandungan juga mendapat maki hamun. 

Bagi saya, marah macam mana pun jangan sampai libatkan insan yang tidak berdosa. Kalau marah pada ryzal jangan libatkan orang lain. Tidak elok. Saya pun tak pasti kenapa netizen dewasa ini terlalu kejam dalam memberikab  komen di media sosial. Kecaman hinaan bagai sudah menjadi makanan harian.. hal ini sangat membimbangkan.

Buat semua; berhati-hati sebelum berbuat sesuatu perkara terutamanya melibatkan isu-isu sensitif. Sekarang ini netiZEn memang laparkan isu panas. Bagai harimau yang ingin menerkam mangsanya. 😏

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^