JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Ada apa dengan mata?


Hai apa khabar semua? Diharap sihat-sihat hendaknya. Baiklah pada entry kali ini Pingu nak berborak mengenai mata. Mata? Adakah topik yang menarik pasalnya? Jawapanya pastinya ada. Pingu tak berhasrat nak menceritakan bagaimana mata berfungsi atau menerangkan satu persatu tentang elemen-elemen pada mata seperti retina bebola mata dan seumpamanya. Kali ini Pingu hanya nak sentuh sedikit tentang anak mata.

Rahsia kebolehan katak panggil Hujan

Hai! Salam sejahtera buat semua pembaca. Pingu nak buka topik berkenaan “katak panggil hujan.” Al Maklumlah lately asyik hujan lebat sahaja. Itu yang terbuka untuk membuka topic ini. Mungkin kita sudah biasa mendengar bait-bait lagu ini:

Oh! gula-gula


Salam sejahtera.. topik kali ini adalah berkenaan gula-gula. Gula-gula? Wooow… sweet… manis…. Macam-macam lagilah. Kalau beri kepada kanak-kanak memang mereka suka. Orang dewasa pun ramai gemarkan gula-gula begitu jugak Pingu. Gula-gula boleh dihasilkan dengan pelbagai jenis, bungkusan, dan juga perasa. Ada manis, masam, masin, dan juga pahit. Gula-gula terhasil dalam pelbagai jenis warna yang menarik. Namun begitu, baguskah gula-gula ini dimakan?

Fakta: Anuar Zain 2011

Anuar Zain, seperti yang anda tahu masih lagi menjadi penyanyi solo terulung negara. Berimej bersih dan dirinya cukup exclusive. Pingu minat giler kat lagu-lagu nyanyian Anuar Zain lebih-lebih lagi untuk album-album latest. Banyak lagu sedap-sedap. Kini Anuar Zain telah melepasi usia 40 tahun dan masih sendiri. Ikuti rumusan dari ulasan Anuar Zain tentang persoalan yang ditanyakan kepadanya:

Tomok bakal tamatkan zaman bujang Julai 2011



Tomok nak kawin? Iye ker? Nape tak percaye? Itulah yang dikhabarkan oleh tuan punya body sendiri. Dalam satu lama gosip tu Pingu baca Tomok mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini, iaitu dirancang pada bulan Julan ini.

Robert Nay (14 tahun) mencipta Aplikasi Bubble Ball


Salam sejahtera. Pingu nak memperkenalkan dengan seorang remaja yang baru sahaja berusia 14 tahun, namun berjaya mencipta salah satu aplikasi permainan untuk iPhone iaitu Bubble Ball.

Jom Check Page Rank website anda

Salam semua. Petang ni pingu nak bercerita pasal page Rank. Apa dia page Rank ni? Baiklah secara ringkasnya, page rank ini merupakan rate yang diberi oleh google terhadap website anda terhadap engine carian seperti google.com.

Ahmad Dhani bakal Pengetua AF9?


Benarkah Ahmad Dhani bakal menjadi pengetua AF9?? Mengapa perlu melantik artis daripada negara seberang sebagai Pengetua? Adakah Malaysia telah ketandusan insan-insan seni yang berwibawa?

Ibu tikam bayi yang baru dilahirkan??

Gambar Hiasan
Pagi tadi Pingu mendengar Radio, duk ulang-ulang benda ni. Negara digemparkan dengan kes seorang bayi ditikam lebih dari 5 kali oleh ibu kandungnya hanya selepas 3 jam selepas dilahirkan.

Azwan Ali Terkam Hyundai Sonata warna Kunyit?

Selamat petang. Saje nak berkongsi dengan peminat-peminat Azwan Ali (Ada ke? hehe).. Ini berita sahih yang Pingu baca sendiri dari Twitter Azwan Ali. WOww... Beliau teruja nampaknya dengan kereta terbarunya Hyundai Sonata. Dari segi warna, beliau memaklumkan warna Kunyit. Uik Kunyit? Orenkah? haha.. Apa-Apa tunggu dia keluarkan gambar kereta terbarunya itu. Gambar I letak tu gambar hiasan je bukan kereta beliau. Kepada sesiapa nak tumpang tu silalah kontek-kontek Azwan Ali @ AzwanNur.. hehe...

Jom Usha-Usha Azwan Ali di Twitter


Hai semua! Selamat Pagi. Ok la dah beberapa hari tak updates topik baru. Today, Pingu nak bercerita pasal seorang "jejaka" yang penuh Kontrobesi. Bukan Kontrobesi apa pun sebab dia nyer attitude yang pelik sket. Hehe.. Insan yang dimaksudkan ialah Azwan Ali. Pingu ikuti perkembangan pengacara sorang ni dah lama. sejak dia hostkan rancangan Muzik-muzik satu masa dahulu. Dia ni memang macho / hensem. Tapi itu dulu la. Now Pingu sangat terkejut sebab dia nyer perwatakan dan tutur bicara yang sudah berubah 100%. Huhuu mengapa apa sebabnya Pingu tak tahu. Dunia kan macam-macam benda pelik.

Jom sertai pengiklanan Online

Salam sejahtera semua. Bagi mereka yang ada website dan juga blog sendiri serta pada masa sama mempunyai bilangan unik visitor yang ramai, alangkah ruginya jika anda tidak memasang iklan untuk menjana pendapatan. Dewasa ini, sudah terdapat banyak syarikat pengiklanan yang menawarkan pengiklanan mereka melalui internet kerana menyedari bahawa internet merupakan satu medium pengiklanan yang berkesan disamping mempunyai kos lebih murah.

TIPS nak dapatkan banyak komen dalam setiap entry


Salam sejahtera semua. Kebanyakkan Blogger yang menulis entry mesti suka dan bersemangat jika entry mereka dibaca dan dikomen oleh ramai Pelawat Blog. Ini akan menaikkan semangat anda untuk menulis lebih banyak cerita di blog anda. Namun begitu, bagaimanakah cara untuk menarik para pembaca untuk menghantarkan komen?

Sejarah Komuniti gempakZ


Salam Sejahtera. Hari ini saya nak memberi satu contoh cara mempromosikan Blog disini. Ok. saya nak berceritakan tentang Blog saya yang diberi nama "Komuniti gempakZ" yang mana layoutnya ditunjukkan seperti dalam gambar diatas.

Fenomena meletak lagu, MP3, radio online pada BLOG


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Just nak bagi komen untuk entry kali ni. Rasanya korang yang biasa berblogging perasan atau ada juga yang buat iaitu meletakkan sebarang jenis lagu, mp3, radio dan sebagainya di dalam blog korang. Apakah reasonnya ya?

Perbandingan Kehidupan di Malaysia dan United Kingdom

Salam sejahtera semua. Kalau kita tanya kepada pelajar-pelajar kita di malaysia, mesti ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Baguskah disana? Baiklah. Pada kali ini, saya akan berkongsi sedikit info yang saya dapat daripada seorang rakan saya yang pernah 3 kali menetap di United Kingdom atas urusan pembelajaran. Dan saya cukup tertarik apabila dia membuat perbandingan antara kehidupan malaysia dan United Kingdon dimana pada hemat saya memang sangat banyak berbeza. Anda baca, anda nilaikan sendiri~

Jom Follow: Blog Cikgu Shidah - Ratu Miming Malaysia


Hai semua.. Salam sejahtera. Hari ni Pingu nak pomot satu blog... Blog yang dijangka laris. Disini saya nak memperkenalkan seorang insan yang istimewa yang merupakan seorang guru. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Shida. Tentu ramai diantara anda yang dah kenal Cikgu Shida ni kan?

Mari berkenalan dengan JOOMLA


Joomla. ADakah anda pernah mendengar tentang perkara ini? Saya rasa ramai antara anda pernah mendengar tentang Joomla ini, namun begitu tidak begitu mengerti apakah yang diberikan oleh aplikasi ini. Kalau kita sebut pasal JOM, seperti nak mengajak someone mengikuti kita. hehe tapi adakah Joomla ini begitu? haha. OK untuk entry kali ini saya akan menceritakan sedikit berhubung aplikasi joomla ini.

Cemerlang di Shout Awards, Yuna mahu menjadi seperti Datuk Siti Nurhaliza


Tahniah buat Yuna yang cemerlang dalam Shout Awards dengan membawa pulang 3 anugerah. Bukan calang-calang insan yang bertanding dengannya iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Zee Avi dan Mizz Nina. Yuna memang satu bakat yang perlu diambil perhatian. Dia memang Unik dan mempunyai identiti tersendiri. Katanya, beliau sangat mengagumi Datuk Siti Nurhaliza dan ingin menjadi sepertinya.

GOSIP LANJUT:

Syamsul Yusof Cemerlang dengan Filem Khurafat?




Tertanya-tanya juga bestkah cerita Khurafat ni? memang saya tidak tengok sebab rakan-rakan kata filem ini mengecewakan. Namun berita yang mengatakan filem ini mendapat kutipan tinggi dalam 4 hari tempoh tayangan menjadi tanda tanya kepada diri saya. Namun disebabkan saya bukan kaki wayang maka saya tidak tertarik untuk menonton kerana sayangkan wang saya. hehe.. Saya akan menonton Filem bila benar-benar rasa mahu menonton..

GOSIP LANJUT:

Buta hanya kerna sekeping biskut?



Tak Faham aku.. Hanya kerana sekeping biskut, sanggup dia membelasah kawan dia dengan teruk sehingga cedera parah mata kirinya. Dikatakan mereka berebut sekeping biskut untuk bersarapan. Mengapalah salah seorang tidak boleh mengalah? Dan yang paling pelik, mengapa ada sekeping biskut aje? apa Tuan rumah tak mampu beli biskut ke? erm.. ikuti kisah selanjutnya....

Remaja Malaysia semakin kejam: Ekoran pembunuhan remaja 15 Tahun

Remaja masakini sudah mula menunjukkan perangai samseng dan kejam. Walaupun isu ini bukanlah isu baru, namun, ia dilihat sebagai satu isu yang cukup besar dan membawa satu impak yang besar kepada kehidupan masyarakat kita. dimanakah silapnya? adakah ibubapa gagal mendidik anak mereka? Beberapa hari lepas, negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam seorang remaja berusia 15-Tahun di Kota Samarahan. Ikuti berita lanjut dibawah...

PM tidak lawat Jenazah?

Perdana Menteri tidak melawat Jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61 yang meninggal dunia kerana sakit jantung dan darah tinggi semata-mata risau dengan persiapan kedatangan PM kita disitu? Dikatakan Perdana Menteri Dato Seri Najib berada di padang yang terletak kira-kira 50 meter je dari Masjid dimana jenazah diletakkan.. Adakah beliau tidak tahu atau terlupa? Ikuti Berita Penuh..

GEMPAR: UFO mengintip Kuala Lumpur!

OBJEK terbang yang tidak dikenali atau UFO (dalam bulatan) dirakam di ruang udara Menara Kuala Lumpur pada Selasa lalu.


Wah wah.. Benarkah UFO telah mengintip Kuala Lumpur? really? Lihat lah gambar tersebut. Akan tetapi gambar tersebut tidak begitu jelas kerana diambil menggunakan Handphone oleh seseorang yang kebetulan sedang merakam gambar pemandangan. Ikuti berita penuh....

GULP: Datuk Seri Anwar Ibrahim cabar Perdana Menteri untuk Berdebat


Datuk Seri Anwar sekali lagi mengajak Perdana Menteri kita untuk berdebat. Namun begitu, permintaan tersebut tidak menarik minat datuk Seri Najib untuk menyertainya. Beliau beranggapan Debat tersebut hanya membuang masa dan tidak akan ada hasilnya. Namun, apakah pendapat kita sebagai Rakyat jelata? Secara peribadi, saya rasakan debat tersebut sebagai satu platform yang baik untuk Rakyat sama-sama menilai berdasarkan fakta yang akan didebatkan nanti. Namun, nampaknya Debat ini tidak akan menjadi kenyatan jika pihak yang dijemput tidak mahu terlibat. Saksikan berita penuh:

Blogwalking List 2011 bersama AbgferOz


AbgFeroZ



Hye... kehkeh.. Aku terjoin lak benda nih. Kehkeh... Just nak berikan sepatah dua kata. First of all, aku nak bagitau aku pun tak pasti sapa yang add aku kat group "Port Blogger" kat facebook tu. Tapi tak kesahlah. Layan ajerr.. Satu yang aku pasan, insan bernama FerOz Othman selalu je memeriahkan group tu. Haha. kelakar baca post-post dia. Ramai jugak melayannya. Tadi tibe-tibe masa aku duk usha group tu aku ternampak link yang abang FerOz ni bagi. Oh! Link Blog dia rupanya so aku datang untuk Usha-Usha. Dan..

Jeng.. jeng.. jeng...

Ternampak la entry pasal Blogwalking yang dia jemput join tu. Haha dia janji nak follow Blog and sesambil blogwalking so aku terima untuk join benda nih. Haha.. Kira Win-Win situation la. Aku tolong pomot Blog FerOz dari Banner dan dia tolong Blogwalking and Promote link aku.. Best kan? hehehe...

Ok lah Sampai disini sahaja. memandangkan Line Internet yang slow pepetang nih aku pun tiadalah mood sangat nak menaip. Semoga semua pembaca Blog ini sihat-sihat sahaja dan ceria selalu.. Wassalam~

Buaya menghuni Tasik Buatan di Kuantan Pahang

INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam.

Seramnya bila buaya dah mula bersepah sana-sini. Tempat yang sepatutnya tiada buaya pun dah mula kelihatan berbuaya.. Eh! Betul ke ayat aku nih? hehe.. Apa ya Punca Buaya Boleh duduk di Tasik Buatan? bagaimana Buaya boleh sampai situ? Saya fikir mungkin kesan dari Banjir menyebabkan Buaya tersebut berenang dari kawasan habitatnya. Hal ini boleh membahayakan orang awam yang tidak tahu akan hadirnya buaya disitu.

Pocong di Kulim Hi-Tech


Ramai yang pernah mengadu mengalami pelbagai kejadian aneh dan misteri di sekitar Kulim Hi-Tech. Ad yang jumpe wanita berbaju putih rambut panjang, pontianak naik kereta, wanita cantik misteri dan macam-macam lagi. Bagi yang mengalaminya pasti akan mengalami satu pengalaman yang mungkin tidak akan dapat dilupakannya. Disebabkan perkara ini, ia dapat menarik perhatian seorang wartawan untuk menyiasat sekitar tempat terbabit dan inilah keratan berita yang telah dilaporkan:

Kes Saman Petronas: Kerajaan Pusat mohon jadi Defendan


Kerajaan Kelantan telah memfailkan saman kepada syarikat minyak Petronas kerana gagal menepati perjanjian pemberian Royalti minyak kepada kerajan negeri. Yang menjadi pokok persoalan dan tanda tanya ialah tentang langkah kerajaan Persekutuan yang mahu mencelah dan seterusnya menjadi defendan kedua dalam kes saman tersebut.

Datuk Siti Nurhaliza dihadiahkan Kondo Belasan Juta?


Salam semua. 11 Jan lalu baru berlalu ulangtahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza yang ke-32. Sedar tidak sedar sudah separuh dari usianya telah digunakan untuk menceburi diri dalam bidang seni yang sangat dicintainya iaitu bermula pada usia 16 tahun.

SERAM: Gambar-Gambar Penampakan Hantu Indonesia

Hye.. malam2 yang dingin dan seram ni eloklah kiranya dilayan gambar-gambar penampakan hantu yang dipaparkan ini.. heheh.. barulah best.. ahakss... kalu lemah semangat sila beralih dr melihat paparan ini.. Sebarang kemalangan atau kecederaan pada fizikal dan mental selepas tengok gambar ini adalah atas tanggungjawab masing-masing. Sekian sahaja.


Kisah Qarun berlaku di Negeri Johor?

Mungkin, ini adalah jawapan mengapa Albert Baker, Ibrahim dan keturunan mereka kaya raya..tak perlu pakai duit rakyat untuk joli sana sini.. 'cluenya' ada ditulis.. Pada pagi hari.. 6th February 1887.. 140 tahun yang dulu.. Jeng jeng jengg....

Senarai Calon Anugerah Bintang Popular 2010


Tidak lama lagi akan berlangsung sekali lagi anugerah tahunan gilang-gemilang iaitu anugerah Bintang Popular 2010. Seperti yang ramai sedia maklum, dan ada juga yang masih tidak tahu bahawa penyanyi terulung Negara, Datuk Siti Nurhaliza menarik diri dari dicalonkan dalam sebarang kategori. Hal ini atas permintaan beliau sendiri kerana ingin memberi laluan kepada artis lain untuk memenangi kategori yang beliau menangi selama ini, terutamanya kategori artis wanita paling popular yang digenggamnya lebih dari 10 tahun berturut-turut tanpa mampu digugat oleh sesiapapun. Now, saya listkan semua calon untuk Anugerah tersebut. Dengar-dengar Ana Rafali mendapat undi yang sangat tinggi sekarang diikuti Raja Azura. Betul atau tidak sama-sama kita nantikan.

Bagaimana nak berhenti merokok?


meRokok? Rasanya ia merupakan satu isu yang sudah lapuk dan sudah berulangkali diutarakan. Pastinya ramai juga sudah jemu dengan isu ini. Akan tetapi ini merupakan isu yang serius. Mengapa merokok? Sudah pasti perokok akan sekeras-kerasnya defend tindakan mereka untuk merokok. Nampak Macho? memberi ketenangan? Hilangkan stress?? itu cuma alasan semata.

Bawang putih memiliki 1001 Khasiat



Menurut Dr Yong xiang Zhang dari University of Tokyo, Jepun, beliau menyatakan bahawa bawang putih mampu menghalang kemerosotan otak dan sistem kekebalan pada haiwan ujikajinya. Hal ini bukanlah bererti bahawa bawang putih mampu memulihkan keremajaan atau sama sekali menghalang proses penuaan. Tetapi setidak-tidanya manfaat bawang putih membantu menghalang proses penuaan.

Amazing Male Singer - Vitas (Russia)


Hye.. Malam ini saya nak ulas tentang seorang artis lelaki yang pada pendapat pingu antara paling berbakat di dunia ni. Vokal dia cukup hebat dan juga sedap didengar. Keistimewaan dia ni, dia boleh Hit note yang sangat tinggi yang seakan mustahil dicapai oleh penyanyi lelaki. Selain itu, kebolehan Vitas ini juga dalam menggunakan pelbagai jenis suara seperti Soprano, Alto dan sebagainya. Kadang2 suara dia macam bukan suara yang sepatutnya dimiliki oleh manusia.

Menariknya iPhone 4


iPhone 4 memang sudah menjadi kegilaan sebilangan penggemar telefon mudah alih dewasa ini. Yang menjadi persoalan, mengapakah iphone 4 menjadi kegemaran dan pilihan ramai? Pastinya kerana ia memiliki ciri-ciri menarik dan hebat yang tidak ada pada telefon mudah alih yang lain. Saya tidaklah memiliki iphone 4 kerana saya sudah menggunakan perkhidmatan iphone 3gs. mungkin kalau ada peluang nak upgrade ke iphone 4.. hehe.. tapi tgok juga mana tau iphone akan keluarkan versi 5 pula.. tunggu dan lihat sahaja.. heehee...

Ok disini dibincangkan tentang 2 Aplikasi yang menarik:

Penangan Facebook: Gosip Penutupan Facebook


Beberapa hari yang lepas memang kecoh dengan berita penutupan Facebook yang dijangka akan berlaku pada 15 Mac 2011. Memang bikin panik sana-sini. Walaupun sudah ada kenyatan balas yang menyatakan perkara tersebut merupakan rekaan dari pihak yang tidak bertanggungjawab, masih ramai lagi yang tidak tahu dan mempercayainya. Malahan topik berhubung penutupan facebook masih lagi rancak dibincangkan dimana-mana sahaja.

Selamat Hari Lahir ke-32 buat Datuk Siti Nurhaliza


Hai semua. Kalau korang perasan hari ni merupakan 11 januari. ha.. bagi peminat-peminat Datuk Siti Nurhaliza pasti tidak akn melepaskan peluang ini untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran dan juga memberikan hadiah. Saya hanya mampu mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau melalui blog kesayangan hamba ini. Tengok gambar tu siap 3 bijik kek saya bg.. hehhee

Dikesempatan ini saya nak mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Datuk Siti Nurhaliza. Semoga tahun ini lebih berjaya dan membawa lebih kebahgiaan. Pingu Doakan Hajat Datuk Siti untuk menimang Cahaya mata akan tercapai nanti. Sekian sahaja. ^_^

NOTE: birthday Datuk Siti ialah 11.1 = banyaknya nombor satu.. patutlah dia sentiasa No 1 di hati peminat dan juga di dalam industri hiburan tanahair hehe

Kalau Berpacaran: Suhaimi Mior Hassan - Ana Raffali - Atimet

Tentu ramai yang pernah dengar lagu Kalau berpacaran yang dinyanyikan oleh Ana Rafali dan dua orang lagi artis lain. memang menarik lagu ini dan menjadi siulan muda mudi masa kini. Kalau dilihat memang benar kenyatan M. Nasir bahawa Ana Rafali merupakan Cutting Edge kepada industri seni tanah air. Dia membawa satu pembaharuan kepada Muziknya. Tidak lagu sama. Dia membawakan elemen segar dalam Muzik. Saya juga meminati lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur yang mempunyai melodi dan Vokal yang Catchy. Walaupun lagu tersebut tidak berjaya menempah tempat di Final AJL 25.

Syabas diucapkan kepada Ana Rafali. U will gain Fan yang ramai selepas ini~

Layanz Video nyanyian beliau:


LIRIK: Kalau Berpacaran
lagu oleh Suhaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Atimet)

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

Yeah

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

Sanggar Bayu - Datuk Siti Nurhaliza Naik kerusi kupu-kupu

Tadi masa jalan-jalan terjumpa video persembahan Siti menyanyikan lagu bertajuk Sangar Bayu dari Album pertama beliau. Cukup menarik bila dia menaiki kerusi yang ada sayap kupu-kupu. Boleh berkepak lak tu. Terasa nak duduk jugak kat atas kerusi tu. Siti look very sweet buat persembahan camni. Lagu ni one of my Fav dalam album beliau.

Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-16 Siti menjadi penyanyi dan nama beliau sentiasa gah dan berada diatas. Tidak ada lagi artis yang mempu bertahan selama beliau dan tiada yang mampu menggugat kedudukan beliau. itulah hebatnya insan bernama Datuk Siti Nurhaliza. Semoga beliau sentiasa successs~

Video Nyanyian Beliau:

Mengapa Yuna tidak menang AJL 25?


Salam. Still mood nak mengomel pasal AJL 25. Kali ini nak mencoret sedikit tentang Yuna. Basically Yuna merupakan my first choice untuk menjuarai AJL 25 berdasarkan performance beliau yang cukup meremangkan bulu roma dari kaca televisyen. Sangat-sangat hebat! Dia merupakan pembuka tirai AJL yang sangat-sangat baik. Saya menjangkakan beliau akan menjadi juara kerana persona yang dibawakanya. Lagu yang dinyanyikan cukup bermakna dan Vokal memukau. namun begitu mengapa dia tidak menang? Disini saya Coretkan sedikit sebanyak apa yang saya fikirkan dan juga apa yang dikomen oleh rakan-rakan saya. layanzzz..

Mulai Tahun ini Hari Raya akan Berbeza tanpamu..

Salam.. haha.. tetibe je kan aku bukak topik pasal Hari Raya. Sedangkan baru bulan satu. hari Raya puasa pun lambat lagi. Raya Haji pun baru berlalu tak berapa lama.. tapi mengapakah aku nak bukak Topik ini? Hehe.. jeng jeng jeng... Kisahnya begini.

M.Nasir Jawab: Kemenangan Ana Rafali


Hye semua... Pingu nak juga ulas satu topik yang meletup sana sini. Apa lagi bukan tentang AJL 25 malam tadi tumpuannya kepada kemenangan Ana Rafali, iaitu seorang pendatang baru dalam Industri Muzik tanah air yang bagaikan tidak ramai yang menyedarinya.

Malam tadi memperlihatkan Ana Rafali sebagai pemenang utama Anugerah tersebut. Saya pasti hampir keseluruhan penonton terkejut dan juga terkedu. Saya difahamkan Ana Rafali merupakan satu-satunya pemenang yang kene "BOOOOOO" sepanjang Anugerah juara lagu berlangsung. Ada juga yang gagal mengawal emosi sehingga membaling kerusi. Sangat memalukan kerana Hal ini berlaku. Pada pendapat saya, Ana Rafali layak menjadi juara, walaupun saya tidak pernah menjangka dia akan membawa balik apa-apa kemenangan pada malam tersebut. Ini kerana saya tidak pernah membuka mata saya untuk melihat bakat dia. Sekarang barulah saya sedar betapa berbakatnya gadis kecil bernama Ana Rafali ini.

Dari segi lagu, melodi lagu ini simple tetapi cukup indah dan lirik lagu ini cukup kuat. Saya berani katakan lirik lagu ini benar-benar menggunakan high level dalam bahasa melayu. Maknanya cukup mendalam dan dilontarkan secara sangat jujur dan ikhlas. Ana Rafali berada pada landasan yang betul dalam membikin lagu ini. Mungkin bezanya Ana Rafali tidaklah memiliki pesona seperti Yuna. itu sebabnya bakatnya tidak disedari ramai pihak.

Dalam sidang media selepas itu, M. Nasir selaku ketua juri telah menjawab tentang kemenangan yang diberikan kepada ana Rafali. Beliau menjelaskan:

"lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali merupakan cutting edge untuk perkembangan industri muzik, kemenangannya satu titik pembaharuan. Liriknya jujur, satu ekspresi daripada Ana Raffali selaku pencipta lagu tersebut."

Izham Omar pula yang merupakan orang kuat media prima mengatakan:

"orang ramai harus menghormati keputusan para juri kerana mereka lebih berpengalaman, dan tahu selok-belok dunia seni ini."

Ana Rafali yang merupakan penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik lagu tersebut menjelaskan bahawa:

"saya memang berharap lagu Tolong Ingatkan Aku menang di AJL 25, dan merasakan lagu itu dicipta pada landasan yang telus dan betul."

Saya pasti Ana Rafali juga tidak menyangka kemenangannya pada malam tersebut walaupun dia cukup berharap. Apa-apapun tahniah yer buat Ana Rafali. Saya sudahi coretan saya dengan lirik lagu Ana Rafali- Tolong ingatkan aku.. mari kita sama-sama menghayatinya.

Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Ulang Chorus

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Tahniah Ana Rafali: Juara Anugerah Juara Lagu 25


Tahniah buat Ana Rafali kerana menjadi pemenang pertama Anugerah juara lagu ke-25 pada malam tadi. Walaupun saya tidak menjangka beliau akan memenangi sebarang anugerah malam ini, namun tekaan saya meleset. Saya menjangkakan Yuna melalui Cinta sempurna akan menjulang Trofi juara kerana lagunya yang cukup hebat dan persembahan memukau. Namun Rezeki tidak berpihak buat Yuna. Diharap Yuna bertabah.

Buat Ana Rafali, Tahniah untuk anda. Saya yakin anda sendiri sukar mempercayai kemenangan anda tetapi itulah yang telah tersurat dan telah menjadi kenyatan. Teruskan berkarya dengan hasil seni sendiri tanpa terikut-ikut artis lain.

Saya juga berasa sangat kagum kerana anda sanggup meluangkan masa membuat persembahan percuma dalam majlis perkahwinan bekas housemate sy yang merupakan kawan kamu satu sekolah sedangkan waktu itu kamu sedang sibuk dengan separuh Akhir AJL. Mungkin itu rezeki buat kamu kerana kamu bermurah hati.

Kemenangan kamu kerana kekuatan lagu kamu itu sendiri. personally saya juga meminati lagu Tolong ingatkan aku itu dan sedar keunikan lagu tersebut. walaupun persembahan anda agak sedikit goyah namun Juri menilai kualiti lagu yang kamu sampaikan itu. Apa-apapun syabas buat anda. jadikan kemenangan ini sebagai satu Motivasi untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang~

Lagi Gosip pasal Facebook: Facebook shut down hoax spreads like fire


Haha.. jumpa lagi gosip pasal "Facebook will be Closed" hehe.. kali ini menidakkan kenyatan yang tersebar dengan pesat itu.. Ok nak kongsi sedikit disini. Dan jika ia benar.. legalah kita kan.. hehee.. bg yang mencintai laman web Facebook ni la.. kehkehkehh... ^_^

Facebook Competitor


Hai semua.. memandangkan telah tersebarnya Gosip bahawa Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, dan jika ia benar, maka dimanakah tempat lain yang best untuk kita melepak? aku ada search pasal competitor untuk Facebook ni. ada banyak. tapi macam tak familiar je. dalam list tu yang aku pernahla aktif cuma Tagged and Friendster. Ades. Still aku tak berapa minat dua benda tersebut. Aku rasa masih tiada satu social networking yang setanding dengan apa yang ada pada facebook. Mesra pengguna, applikasi menarik, selesa melayarinya. ada chatting, aplikasi games dan sebagainya. erm.. korang ada tak jumpa apa-apa social networking yang best? kalau ada bolehla suggest pada saya~

But still, I hope Facebook tidak tutup.. please.. please.. please.. huhu
I Love Facebook so much~

Facebook akan ditutup selepas 15 Mac 2011??

Facebook akan ditutup dan tiada lagi selepas 15 Mac tahun ini. Benarkah? arghh aku harap ia tidak benar. Tapi apakan daya kalu pemilik Facebook sendiri yang nak tutup. Dia kata sangat tertekan menguruskan Facebook ini. huhu.. apa yang terjadi pada kita yang dah menjadikan facebook sebagai ruang untuk beramah mesra dengan kawan-kawan baru? apakah akan terjadi pada kita? argh.. xdapat kubayangkan.. huhu... Oklah berita penuh boleh lihat dibawah:


PALO ALTO, CA, 8 Jan 2011 –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news.

“What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana. “My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”

However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief.

“I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit. “Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.”

Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise. Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations. He says he will stand by his decision to give Facebook the axe.

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th. After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.

Benci + Gaduh? Humban je dari tingkat 10!


Ni satu kes bodoh punya orang! Dah takde persefahaman, gaduh, boleh pulak senang-senang dia humban kak janda tu dari tingkat 10 apartment! Sah sah la Kojol tang tu jugak! Kejadian ini berlaku di Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana. Manusia bila dah tiada pertimbangan macam ni lah. Menantilah kamu ditali gantung! Ok ini berita penuhnya:

BERITA PENUH:

AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi. Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis. Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.

Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami. Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan. Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yangdikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan,beliau bagaimana pun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.

Aplikasi "ON GAMES" "ON LOVE" "ON blah blah"

AKu nak mengatakan aku hangin sangat dengan benda ini. Ramai dah terkena. Kat mana-mana ada benda ni diiklankan.. kat surat khabar, di radio, di televisyen lagilah banyak. Iklan memang menarik! Tapi awas! Sekali anda terpedaya untuk menggerakkan jari anda menekan SMS seperti yang diminta, bersedialah untuk mengalami kehilangan kredit sms anda atau peningkatan bil anda secara mendadak kalau pakai line... Melainkan anda tahu nak STOP benda ini.

Kemalangan Oh Kemalangan Jalanraya..




Kemalangan... satu yang sering kita dengar almost everyday. mengapakah kemalangan seringkali berlaku dan berlaku? kalau kita selidik banyak faktor. Salah satunya adalah sikap manusia sendiri yang memandu sangat berbahaya. Saya juga seorang pemandu dan saya kerap juga jumpa pemandu yang tidak berhemah. Mementingkan diri sendiri dan memandu seolah2 jalan raya tu dia yang punya. Akibatnya, kemalangan, kehilangan nyawa, kerosakan harta benda berlaku dan ini membawa kepada kerugian yang sangat banyak kepada negara kita. Justeru jadilah pemandu yang berhemah dan mematuhi peraturan di jalan raya~

sekian sahaja

Filem Box Office Malaysia

Bagi peminat-peminat Filem tanahair, anda pasti ingin tahu apakah filem-filem yang paling berjaya setakat 4 januari 2011 ini? baiklah disini saya ingin membincangkan sedikit.

1) Ngangkung

[Image: NGANGKUNG.jpg]

Filem ini merupakan satu filem yang paling berjaya setakat ini. Menggunakan RM 1.82 juta sebagai kos pembikinan, Filem ini mendapat keuntungan yang besar apabila meraih kutipan sebanyak 8.12 Juta selepas ditayangkan di 59 pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini berbentuk filem seram tetapi terselit banyak eleman Komedi. Syabas diucapkan!

2) Adnan Sempit

[Image: scene+from+adnan+sempit.jpg]

Filem ini berjaya meraih tempat kedua sebagai filem yang mempunyai kutipan tertinggi iaitu sebanyak 7.66 juta. Filem ini hanya menggunakan kos pembikinan sebanyak RM 1.50 juta. Filem ini ditayangkan di 61 Pawagam seluruh Malaysia. Genre Filem ini ialah Komedi / Drama

3) Hantu Kak Limah Balik Rumah

[Image: hantu%2Bkak%2Blimah%2Bbalik%2Brumah%2Bcopy%2Bcopy.jpg]

Ha.. ini satu Filem yang agak menarik. Menggunakan elemen Seram dan Misteri sebagai tarikan, namun filem ini penuh dengan unsur Komedi yang menghiburkan. Menggunakan 1.42 juta sebagai kos pembikinan, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak 6.89 juta. cukup hebat kerana ia hanya ditayangkan di 39 Pawagam sahaja di seluruh tanahair. Saya terfikir kenapa tidak banyak pawagam mahu menyiarkan filem ini dan saya yakin ia boleh mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari ini jika banyak pawagam lain menyiarkanya.

4) KL Drift 2

[Image: evolusi-kl-drift2.jpg]

Umumnya saya tidak begitu mengetahui tentang filem ini kerana tidak berminat menontonya. Namun filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 5.67 juta ringgit apabila ditayangkan di 65 panggung seluruh malaysia. Kos pembikinan filem ini hanya sebanyak RM 1.92 juta. Filem ini dikategorikan dibawah filem Aksi

5) Lagenda budak setan

Khabarnya, filem ini merupakan satu filem yang cukup menyentuh hati dan perasaan. Menggunakan genre Drama dan Cinta, filem ini berjaya meraih kutipan 4.28 juta dengan kos pembikinan 1.36 juta. Filem ini ditayangkan di 51 pawagam di negara kita.

6) Jangan Pandang Belakang Congkak

[Image: Sebalik_Tabir_Jangan_Pandang_Belakang_Congkak.jpg]

Filem ini merupakan adaptasi dari filem pertama yang mempunyai judul yang sama. disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk siri pertama maka ia diterbitkan lagi untuk kali kedua. Filem ini menggunakan kos sebanyak 1.80 juta tetapi berjaya meraih 4.23 juta ringgit apabila ditayangkan di 56 panggung di seluruh Malaysia. Filem ini dikategorikan dibawah filem Komedi dan seram.

7) Magika

[Image: OstMagika.jpg]

Merupakan satu filem dibawah KRU production yang memberikan satu dimensi baru kepada dunia perfileman negara kita. Filem ini menggunakan Konsep Muzikal dan Fantasi telah menggunakan kos yang agak besar, iaitu sebanyak 2.40 juta. Namun, filem ini mendapat kutipan yang tidak begitu tinggi iaitu sekitar 3.14 juta sahaja. Ia telah ditayangkan di 60 pawagam di seluruh Malaysia

*Kutipan terkini sehingga 4 Januari 2011
* Sumber FINAS

Filem Seram: Karak arahan Yusri KRU



Wow.... Satu Citer seram bakal lagi menghantui pawagam berhampiran anda! Filem dibawah KRU Production ini akan memaparkan satu cerita yang dikatakan menceritakan kisah benar (sebahagianya ditambah untuk menambah perisa). Seperti yang kita tahu lebuh raya karak merupakan kawasan yang sangat kerap berlaku kemalangan maut even tanpa sebab yang pasti. So, kalau anda berani jomla terjah wayang nanti..

antara pelakon:

-shira aiyob
-shahir
-syakila
-sorang gi x tau sape...

Kung Fu Panda 2 - The Kaboom Of Doom




Wow.. Kungfu Panda kembali.. mesti syokk kalau pergi tengok nanti.. Ok disini disertakan sedikit preview tentang rancangan ini ~

Po (Jack Black) is currently living his dream after becoming The Dragon Warrior, guarding the Valley of Peace together with his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five – Tigress (Angelina Jolie), Crane (David Cross), Mantis (Seth Rogen), Viper (Lucy Liu) and Monkey (Jackie Chan). But Po’s new lifestyle is endangered by the introduction of a formidable villain, that plans try using a mysterious, unstoppable weapon to crush China as well as Kung Fu. It’s up to Po and The Furious Five to travel throughout China to handle this danger and take care of it. But exactly how could Po get rid of a weapon that may prevent kung fu? He has to search his past and reveal the secrets of his mysterious origins; only after that is he going to have the ability to uncover the power that he needs to be successful.

The release date of Kung Fu Panda 2: Kaboom of Doom has been arranged for May 26, 2011( MAS) ,MAY 27 ( USA)

Here is the list of the characters and their voice actors.
- Jack Black as Master Po, a Giant Panda
- Jackie Chan as Master Monkey, a Golden Langur
- David Cross as Master Crane, a Red-crowned Crane
- Angelina Jolie as Master Tigress, a South China Tiger
- Lucy Liu as Master Viper, a Green Tree Viper
- Seth Rogen as Master Mantis, a Chinese Mantis
- Dustin Hoffman as Master Shifu, a Red Panda
- Jean-Claude Van Damme as Master Croc, a Crocodile
- Victor Garber as Master Thundering Rhino, a Rhinoceros
- James Woods as Master Skunkman, a Skunk
- Gary Oldman as Lord Shen, a Peacock
- Michelle Yeoh as the Soothsayer, a Goat

Kung Fu Panda 2 is a forthcoming animation movie and the sequel to the 2008 movie, Kung Fu Panda. It is planned to be in 3-D and is going to be directed by Jennifer Yuh Nelson, along with the majority of the main cast coming back, together with several fresh characters. The movie is planned to be released on May 26, 2011 and was at first intended to be called Kung Fu Panda 2: Pandamonium. Kung Fu Panda 2 The Kaboom of Doom is Jennifer Yuh Nelson’s first major film as director, but she is absolutely no newbie. Her years experience of creating animations guarantees the sequel’s quality, apart from she was the head of story on the first Kung Fu Panda film.

>>>> TGOK JGN TAK TGOK!

EHEHE: Aku suka makan Coklat!

Hai... Pingu nak bercerita pasal Coklat pula pagi ni. Entahla lately suka pula makan coklat. Sebelum ni memang sangat-sangat jarang beli coklat sebab harganya yang mahal. Tapi beberapa hari lepas tergerak nak beli coklat yang harganya boleh tahan. So, apa yang boleh disimpulkan adalah memakan coklat memberikan satu perasan yang menyenangkan dan membahagiakan. I think I fall in love with Coklat! hahaa... Orang ramai kata makan coklat selalu boleh menggemukkan. Tapi tidak tahulah akan kebenaran fakta tersebut. Disini ada sedikit Fakta tentang coklat yang ingin dikongsi bersama~

tahukah anda? Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

secara ringkasnya:

Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-

* Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
* Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
* Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga

Maka coklat boleh menyumbangkan:-

* 15% Lemak
* 6% Protein
* 17% Karbohidrat
* 15% Tenaga
* ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

Cantiknya Noorkumalasari

Lama tak dengar cerita pasal adik kak Nita ni. masih lagi menawan... Lihat gambar terbaru beliau~






Kredit to GLAM magazine

Cipta Hujan Ditengah Gurun?


Bila Manusia dah dikurniakan kebijaksana macam-macam mereka nak buat. terkini nak cipta hujan pulak ditengah gurun.. Possiblekah? ok Baca berita penuh dibawah:

Macao, China: Lawatan yang mengagumkan

Pada bulan oktober yang lepas, saya berpeluang melawat Macao, China kerana menghadiri perbentangan kertas kerja dalam International conference for wireless communication. Lawatan selama enam hari disana cukup indah kerana dapat melihat budaya kehidupan dan juga teknologi mereka. Disini saya nak berkongsi sedikit tentang pemandangan menarik di sana.



Kisah Arnab dengan kura-kura


Ketika saya masih kecil, saya sering disajikan dengan kisah kanak-kanak. Diantaranya ialah kisah arnab dengan kura-kura. tentu ramai yang sudah tahu akan kisah ini. sebab ia sering diceritakan turun temurun dan telah juga dijadikan kartun kormersial di televisyen.

Contohilah Sang Semut


Semut merupakan serangga yang kecil dan kelihatan lemah. tetapi kalau anda berfikir dan merenung akan perilaku semut, anda akan melihat bahawa semut merupakan satu contoh hidupan yang cukup bermotivasi dan berdisiplin. Semut sangat rajin. setiap hari mereka akan bekerja mengumpul makanan. Mereka juga memiliki sifat kerjasama yang tinggi. Semut juga kalau berjalan mereka ada laluan tersendiri yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. setiap kali bertembung dengan rakannya, semut akan berhenti sekejap seolah2 bersalaman. mereka memiliki sifat setiakawan yang tinggi. Semut juga tidak akan mengkhianati rakan-rakanya. kalu ada antara kawan-kawan mereka yang mati, mereka akan beramai-ramai mengankat bangkai rakan mereka ke suatu tempat.

Justeru, perhatikan semut. Fikir-fikirkanlah akan kebaikan semut. Semoga kita akan mengambil iktibar dari keajaiban ciptaan Allah ini.

Wassalam

Kegemaranku: Coklat Indulgence Secret Recipe


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO

Korang penggemar secret recipe tak? Pingu ni memang suke gler dengan menu-menu kat secret recipe. walaupun harganya mahal tapi puashati. sejak kawan ajak sekitar tahun lepas sejak itulah saya belajar makan kat tempat ini. Ok untuk hari ni nak cerita pasal Coklat Indulgence.

Maiza Ex-wife Ustaz Akhil Hayy kemalangan


Tadi baca kat metro yang Miaza ex-wife Ustaz Akhil Hayy telah kemalangan jalan raya. Kereta merah yang dipandunya telah remuk. Mujur dia selamat dan hanya patah tangan. Maiza yang mengadung telah pengsan selepas kemalangan tersebut. Namun keadaannya dikatakan telah stabil dan kandunganya selamat.

Justeru hati-hati ketika memandu.. salam tahun baru 2011 semua~

PiNGU: Maiza ni tak semena-mena glamor. Selalu gak kuar cerita pasal dia ni walaupun dia bukan artis.. just bekas Isteri artis. Dah tu dia pulak murah rezeki. Banyak dapat tawaran jadi duta produk. maklumlah orangnya lawa. Dapat juga kahwin dengan suami muda.