Ramai yang pernah mengadu mengalami pelbagai kejadian aneh dan misteri di sekitar Kulim Hi-Tech. Ad yang jumpe wanita berbaju putih rambut panjang, pontianak naik kereta, wanita cantik misteri dan macam-macam lagi. Bagi yang mengalaminya pasti akan mengalami satu pengalaman yang mungkin tidak akan dapat dilupakannya. Disebabkan perkara ini, ia dapat menarik perhatian seorang wartawan untuk menyiasat sekitar tempat terbabit dan inilah keratan berita yang telah dilaporkan:
Berita Penuh:
Seorang penduduk mahu dikenali sebagai Ghani berkata, sebelum kawasan berkenaan dibangunkan, terdapat beberapa rumah ibadat dan kubur dalam ladang terbabit. Kebanyakan tempat dipercayai didiami makhluk halus.
Seorang pengawal keselamatan, Hamid Ismail 62, berkata, dia pernah ternampak lembaga menyerupai seorang perempuan yang memakai baju kebaya biru di tingkat tiga di bangunan tempat dia bertugas.
Menurutnya, dia tergamam apabila melihat lembaga itu dan mengarahkan nya turun ke tingkat bawah bangunan. Apabila tiba ditingkat bawah, dia menunjukkan jalan keluar kepada lembaga itu dan mengiringinya. Lembaga itu kemudiannya berjalan menghala ke bekas lombong yang terletak bersebelahan bangunan di mana dia bekerja.
“Cukuplah hantar saya di sini. Itulah yang dikatakan lembaga itu kepada saya. Saya tergamam dan memaklumkan kepada beberapa pengawal keselamatan lain, tetapi tidak ada siapa percaya,” katanya.
Sementara itu, Rosli Hashim yang bertugas sebagai pengawal keselamatan hampir setahun di Kulim Hi-Tech berkata, dia pernah terserempak dengan lembaga putih berambut panjang, duduk di sebelahnya ketika sedang berehat di dalam kereta.
Terbaru, seorang wanita berusia 20-an yang baru pulang kerja kira-kira jam 2.45 pagi, terkejut apabila ternampak hantu pocong duduk di kerusi belakang sebuah kereta Kancil yang lalu di jalan raya. Misteri hantu pocong masih kuat diperkatakan sehinggalah Sinar Harian sendiri pergi ke lokasi di mana kejadian aneh itu sering berlaku.
Kira- kira jam 11.45 malam, wartawan Sinar Harian bersama seorang rakan pergi menemui beberapa saksi yang pernah berjumpa dengan lembaga di sekitar kawasan berkenaan. Sinar Harian kemudiannya pergi kekawasan lombong di mana seorang wanita berbaju kebaya biru dikatakan pernah kelihatan.
Kira-kira jam 12.35 pagi, dengan menggunakan bumbung kereta sebagai tripod, pocong tadi berjaya dirakamkan dengan lebih jelas. Sinar Harian mengesahkan misteri penemuan pocong di Kulim Hi-Tech adalah benar, sepertimana yang diceritakan orang ramai.
:o uik.. pasai sweet2 ke?? seramnye nmpk dlm kete.. pic yg pingu ltk ni pic ape?? sbb nad nmpk antu katk je.. kuikuikui... :D
BalasPadamhahaa xde apa pun gambar kulim high tech jee
BalasPadam