Ketika saya masih kecil, saya sering disajikan dengan kisah kanak-kanak. Diantaranya ialah kisah arnab dengan kura-kura. tentu ramai yang sudah tahu akan kisah ini. sebab ia sering diceritakan turun temurun dan telah juga dijadikan kartun kormersial di televisyen.
Kisah antara arnab dan kura-kura berkisar tentang perlumbaan, iaitu lumba lari. Kisahnya memang diketahui bahawa arnab mampu berlari pantas manakala kura-kura memang sangat perlahan. Tetapi yang tidak eloknya ialah sifat arnab yang terlalu sombong dan bongkak atas kelebihannya itu telah menghina kura-kura yang lembab. terdapat pengajaran dari cerita ini.
Permulaannya, arnab berlari dengan sangat pantas meninggalkan jauh kura-kura dibelakangnya. apabila tiba di pertengahan jalan, arnab berhenti dan berehat seketika sehingga tertidur. awalnya beliau merasakan kura-kura tidak mampu mengejarnya. Namun apa yang terjadi ialah kura-kura mampu memintasnya tatkala dia tertidur. dan akhirnya dia tidak mampu mengejar kura-kura yang sudah sangat hampir ke garisan penamat. Akhirnya kura-kura yang menang.
Dalam cerita ini, terdapat beberapa pengajaran yang dapat saya simpulkan iaitu:
1) Kita janganlah berasa sombong dan bongkak atas kelebihan yang kita ada. Jadilah manusia yang sering merendah diri.
2) Jangan sesekali menghina insan lain yang serba kekurangan kerana kelak dia mungkin akan menjadi lebih baik dari kamu kerana usaha kerasnya.
3) Jika ingin melakukan sesuatu, lakukanlah dengan tekun dan jangan leka jika sudah berjaya dipertengahan jalan kerana belum pasti kamu akan berjaya sehingga ke saat akhir.
4) Walaupun anda mungkin seorang yang tidak dikurniakan kehebatan dan bakat, anda boleh menjadi seseorang yang berjaya jika anda terus berusaha tanpa kenal penat dan jemu.
Sekian sahaja untuk kali ini~

ydgyigysiysubg stgiytga9ygyweyguysaynayyfiuewyietvyo8r8v8ebx8rwiybr8uaxinyiueybtiuytiueytiue
BalasPadam