JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Filem Box Office Malaysia

Bagi peminat-peminat Filem tanahair, anda pasti ingin tahu apakah filem-filem yang paling berjaya setakat 4 januari 2011 ini? baiklah disini saya ingin membincangkan sedikit.

1) Ngangkung

[Image: NGANGKUNG.jpg]

Filem ini merupakan satu filem yang paling berjaya setakat ini. Menggunakan RM 1.82 juta sebagai kos pembikinan, Filem ini mendapat keuntungan yang besar apabila meraih kutipan sebanyak 8.12 Juta selepas ditayangkan di 59 pawagam di seluruh Malaysia. Filem ini berbentuk filem seram tetapi terselit banyak eleman Komedi. Syabas diucapkan!

2) Adnan Sempit

[Image: scene+from+adnan+sempit.jpg]

Filem ini berjaya meraih tempat kedua sebagai filem yang mempunyai kutipan tertinggi iaitu sebanyak 7.66 juta. Filem ini hanya menggunakan kos pembikinan sebanyak RM 1.50 juta. Filem ini ditayangkan di 61 Pawagam seluruh Malaysia. Genre Filem ini ialah Komedi / Drama

3) Hantu Kak Limah Balik Rumah

[Image: hantu%2Bkak%2Blimah%2Bbalik%2Brumah%2Bcopy%2Bcopy.jpg]

Ha.. ini satu Filem yang agak menarik. Menggunakan elemen Seram dan Misteri sebagai tarikan, namun filem ini penuh dengan unsur Komedi yang menghiburkan. Menggunakan 1.42 juta sebagai kos pembikinan, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak 6.89 juta. cukup hebat kerana ia hanya ditayangkan di 39 Pawagam sahaja di seluruh tanahair. Saya terfikir kenapa tidak banyak pawagam mahu menyiarkan filem ini dan saya yakin ia boleh mendapat kutipan jauh lebih tinggi dari ini jika banyak pawagam lain menyiarkanya.

4) KL Drift 2

[Image: evolusi-kl-drift2.jpg]

Umumnya saya tidak begitu mengetahui tentang filem ini kerana tidak berminat menontonya. Namun filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak 5.67 juta ringgit apabila ditayangkan di 65 panggung seluruh malaysia. Kos pembikinan filem ini hanya sebanyak RM 1.92 juta. Filem ini dikategorikan dibawah filem Aksi

5) Lagenda budak setan

Khabarnya, filem ini merupakan satu filem yang cukup menyentuh hati dan perasaan. Menggunakan genre Drama dan Cinta, filem ini berjaya meraih kutipan 4.28 juta dengan kos pembikinan 1.36 juta. Filem ini ditayangkan di 51 pawagam di negara kita.

6) Jangan Pandang Belakang Congkak

[Image: Sebalik_Tabir_Jangan_Pandang_Belakang_Congkak.jpg]

Filem ini merupakan adaptasi dari filem pertama yang mempunyai judul yang sama. disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk siri pertama maka ia diterbitkan lagi untuk kali kedua. Filem ini menggunakan kos sebanyak 1.80 juta tetapi berjaya meraih 4.23 juta ringgit apabila ditayangkan di 56 panggung di seluruh Malaysia. Filem ini dikategorikan dibawah filem Komedi dan seram.

7) Magika

[Image: OstMagika.jpg]

Merupakan satu filem dibawah KRU production yang memberikan satu dimensi baru kepada dunia perfileman negara kita. Filem ini menggunakan Konsep Muzikal dan Fantasi telah menggunakan kos yang agak besar, iaitu sebanyak 2.40 juta. Namun, filem ini mendapat kutipan yang tidak begitu tinggi iaitu sekitar 3.14 juta sahaja. Ia telah ditayangkan di 60 pawagam di seluruh Malaysia

*Kutipan terkini sehingga 4 Januari 2011
* Sumber FINAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^