JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Kes Saman Petronas: Kerajaan Pusat mohon jadi Defendan


Kerajaan Kelantan telah memfailkan saman kepada syarikat minyak Petronas kerana gagal menepati perjanjian pemberian Royalti minyak kepada kerajan negeri. Yang menjadi pokok persoalan dan tanda tanya ialah tentang langkah kerajaan Persekutuan yang mahu mencelah dan seterusnya menjadi defendan kedua dalam kes saman tersebut.

Menurut Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, permohonan kerajaan Pusat memohon untuk mencelah dalam kes itu akan didengar pada 27 Januari ini di Mahkamah Tinggi Perdagangan.

Katanya:

"Kita bantah permohonan itu. Biasanya defendan pohon untuk dikeluarkan tetapi dalam kes ini pihak yang tidak dijadikan defendan mahu (jadi defendan) pula," kata Husam.

Husam berkata demikian dalam majlis perhimpunan bersama bloggers anjuran kerajaan negeri Kelantan. Turut sama adalah Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan para exco Kelantan yang lain.

Kerajaan negeri Kelantan telah menyaman Petronas kerana tidak memenuhi perjanjian yang dibuatnya untuk memberikan royalti minyak 5 peratus kepada kerajaan negeri. Ia difailkan di Mahkamah Perdagangan atas dasar Petronas telah gagal memenuhi perjanjian yang ditandatangani itu.

Dalam Hal ini, seharusnya Petronas menunaikan janji mereka kerana sumber minyak tersebut berada di dalam Negeri Kelantan. Adakah kerana Campur tangan pihak lain? Sama-sam kita natikan.

Pingu: Harga petrol yang semakin naik cukup membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah. bagi yang berpendapatan sederhana juga turut terasa kesannya. Isi minyak RM 50 dulu boleh tahan 7 hari sekarang 5 hari sahaja ~_~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^