JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Perbandingan Kehidupan di Malaysia dan United Kingdom

Salam sejahtera semua. Kalau kita tanya kepada pelajar-pelajar kita di malaysia, mesti ramai yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Baguskah disana? Baiklah. Pada kali ini, saya akan berkongsi sedikit info yang saya dapat daripada seorang rakan saya yang pernah 3 kali menetap di United Kingdom atas urusan pembelajaran. Dan saya cukup tertarik apabila dia membuat perbandingan antara kehidupan malaysia dan United Kingdon dimana pada hemat saya memang sangat banyak berbeza. Anda baca, anda nilaikan sendiri~


CERITA DARI RAKAN PINGU:
Pengalaman dan pengamatan ketika berpeluang tinggal di UK pada 3 dekad terakhir (84-86, 91-95 dan 2009/2010). Nilai murni dalam kehidupan ini adalah untuk saya jadikan tauladan dan amalan;

1. Di UK bila kita ke pejabat2 atau kaunter2 awam kita akan disambut dgn senyuman dan kata2 "how can I help you sir". Kalau di Malaysia kita disambut dgn muka yang masam.

2. Kalau kita memandu di UK dan ingin keluar dari simpang, peluang utk diberi laluan ialah 100%. Kalau di Msia peluang diberi laluan ialah hampir 0%.

3. Pemandu di UK sentiasa menggunakan lampu isyarat bila hendak masuk/keluar simpang dan menukar lorong di lebuhraya. Di Malaysia mungkin pemandu tidak sedar wujudnya lampu isyarat dalam kenderaan mereka.

4. Tiada rumah yang memasang grill di UK (menunjukkan kejadian pecah rumah amat minima). Di Msia walau dipasang grill yang mahal2 rumah2 masih senang dipecah masuk.

5. Di UK kalau mengisi minyak di stesen minyak, isi dulu baru bayar. Di Msia, bayar dulu baru isi (kalau Msia ikut stye UK mungkin byk stesen minyak yang bangkrap)

6. Di UK anak2 ke sekolah (primary dan high school) cuma membawa lunch box dan pencil box. Di Msia anak2 kecil sudah diajar cara komando dgn membawa beg yang berkilo2 beratnya.

7. Di UK kenaikan harga minyak tidak menyebabkan kenaikan harga barang yang mendadak. Di Msia harga minyak naik 5 sen, harga barang2 naik 50 sen.

Namun dgn kehadiran ramai orang asing (terutamanya dari Pakistan dan Eastern Europe) kehidupan di UK sudah tidak seindah dan setenang dulu . Mungkin ada lagi nilai2 baik yang boleh ditambah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^