Menurut Dr Yong xiang Zhang dari University of Tokyo, Jepun, beliau menyatakan bahawa bawang putih mampu menghalang kemerosotan otak dan sistem kekebalan pada haiwan ujikajinya. Hal ini bukanlah bererti bahawa bawang putih mampu memulihkan keremajaan atau sama sekali menghalang proses penuaan. Tetapi setidak-tidanya manfaat bawang putih membantu menghalang proses penuaan.
Di samping itu, menurut pemerhatian Memorial Sloan Kettering Cancer Center, bahan kimia SAMC yang terdapat pada bawang putih dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Dengan mengambil bawang putih, risiko terkena kanser dapat dikurangkan.
Kadar kolesterol yang tinggi biasanya menjadi petunjuk akan proses penuaan. Bawang putih yang diambil secara rutin dalam jangka waktu tertentu dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Zat anti-kolesterol dalam bawang putih yang bernama ajoene membantu mencegah penggumpalan darah.
Dr. Gilles Fillion dari Institute Pasteur di Perancis menjangkakan, bawang putih dapat membantu meredakan stress, kecemasan, dan kemurungan. Tentunya dengan kesan yang lebih lembut. Ia menemui bahwa bawang putih bermanfaat untuk membantu melepaskan serotonin, iaitu bahan kimia yang terlibat dalam pengaturan proses-proses hati dan tingkah laku termasuk kecemasan, murung, rasa sakit, agresi, stress, kurang tidur dan ingatan. Kadar serotonin yang tinggi dalam otak cenderung berfungsi sebagai ubat penenang yang menenteramkan Anda, memudahkan tidur, dan meringankan kemurungan. Bawang putih juga membantu menormalkan sistem serotonin tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^