Salam semua. 11 Jan lalu baru berlalu ulangtahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza yang ke-32. Sedar tidak sedar sudah separuh dari usianya telah digunakan untuk menceburi diri dalam bidang seni yang sangat dicintainya iaitu bermula pada usia 16 tahun.
Pelbagai kisah suka duka, kejayaan dan segalanya telah diharungi oleh gadis manis ini. Seawal kemunculanya, dia kekal sopan dan meningkat naik dengan imej yang cukup bersih. Sekalipun tidak pernah keluar ayat-ayat yang menunjukkan dirinya gah atau mendabik dada. Tuturnya penuh sopan dan berhati-hati. Itulah yang membuatkan gadis ini sangat istimewa di hati peminat-peminatnya.
Baru-baru ini, berlangsung Majlis sambutan Hari lahir beliau yang ke-32 bersama suami tercinta dan sebilangan keluarga dan peminatnya. Dengar-dengar, Datuk Siti telah dihadiahkan sebuah Kondominum di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang harganya mencecah belasan Juta Ringgit. Alangkah bertuahnya gadis bernama Datuk Siti Nurhaliza. Sedikitpun tidak pernah dia meminta kemewahan seperti itu, baginya, cukuplah dihadiahkan barang keperluan harian secukupnya. Dan dia tidak pernah menunjuk-nunjuk tentang pemberian tersebut dan lebih bersifat rendah diri dan low profile. Begitulah sifat yang sepatutnya dijadikan contoh oleh semua insan yang lain. Biar dimana tingginya kamu berada, lihatlah tanah yang sentiasa dipijak..
Sekian sahaja celoteh pingu untuk malam ini.
kalau tak menunjuk camne hang tau dia dapat hadiah kondo.. mongek jer arr.. kalau tak menunjuk takkan ada orang yang tau pung hadiah pe dia dapat...
BalasPadamSalam.. Mungkin anda silap faham.. Saya dapat tahu dr satu lamn web tu menceritakan dan bukan Siti yang memberitahu dia dihadiahkan kondo.. Even Datuk K pun xpernah buat kenyatan dia bg hadiah bunglow pada Siti. Tapi Siti memang insan dikenali. Dia sorok macam mana pun orang dapat tau. Katanya ada pihak yang tahu akan pemilikan kondo itu kepada Datuk Siti maka dia sebarkan berita tersebut.
BalasPadamBegitu juga kalu hal xelok, kalau sorok macam manapun pasti orang dapat tau. my 6sense. peace ~
Kalau anda tak bersetuju dengan saya tidak mengapa. sebab masing-masing dikurniakan akal untuk berfikir~ Always think positive is better.