Salam sejahtera.. topik kali ini adalah berkenaan gula-gula. Gula-gula? Wooow… sweet… manis…. Macam-macam lagilah. Kalau beri kepada kanak-kanak memang mereka suka. Orang dewasa pun ramai gemarkan gula-gula begitu jugak Pingu. Gula-gula boleh dihasilkan dengan pelbagai jenis, bungkusan, dan juga perasa. Ada manis, masam, masin, dan juga pahit. Gula-gula terhasil dalam pelbagai jenis warna yang menarik. Namun begitu, baguskah gula-gula ini dimakan?
Pingu ada pendapat tersendiri tentang gula-gula ini. Umum diketahui bahawa gula-gula biasa dihasilkan dengan kandungan gula yang agak tinggi. Maksudnya, mengambil gula-gula pada kadar yang banyak tidak elok untuk kesihatan anda. Akan tetapi tahukah anda bahawa kemanisan yang ada pada gula-gula itu boleh digunakan untuk mengubati penyakit mengantuk terutamanya semasa mendengar ceramah yang membosankan? Hal ini kerana kandungan gula pada gula-gula akan digunakan sebagai sumber tenaga untuk otak anda. Justeru, dalam banyak ceramah yang saya hadiri, seringkali disediakan gula-gula dan Pingu gemar sekali gula-gula yang ada elemen “mint” atau sejuk / segar. Terasa nyaman je apabila menikmatinya.
Tahukah anda bahawa gula-gula juga digunakan oleh seseorang perokok untuk mengurangkan keinginan dan ketagihan merokok? Apabila seseorang itu terasa untuk merokok, mereka akan mengambil gula-gula. Walaupun tidak dapat menghilangkan ketagihan merokok sekurang-kurangnya perokok dapat mengurangkan bilangan rokok yang mereka ambil sehari. Bagus kan?
Untuk kanak-kanak, awas! Sila limitkan kadar pengambilan gula-gula kerana ia akan mendorong ke arah pembentukan karies gigi. Nasihatkan anak-anak atau adik-adik anda supaya menggosok gigi setelah mereka mengambil gula-gula pada satu kuantiti tertentu.
Kesimpulanya, gula-gula bukan hanya memberi akibat buruk seperti yang diwar-warkan namun ia juga boleh memberi kesan yang baik bergantung kepada bagaimana kita mengambilnya. Sekian sahaja daripada Pingu. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^