| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Jumaat, 29 April 2011

Ranking Komuniti gempakZ berdasarkan Alexa.com


Hai! Kawan-kawan...
Petang ini Mr.PiNGu ingin berkongsi sedikit apa itu Alexa.com. Mungkin ramai diantara anda yang sudah sedia maklum tentang laman web ini. Ringkasnya, Alexa.com merupakan laman web yang boleh digunakan untuk mengetahui Kedudukan sesuatu laman web di peringkat dunia / sesebuah negara. Alexa akan mengira traffic sesuatu website dalam tempoh 1 bulan dan 3 bulan. Ranking ditentukan berdasarkan traffic selamat 3 bulan. Namun begitu, Alexa sangat rajin kerana hampir setiap hari lama web ini akan update Raking terkini website kita.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jom Solat Jumaat! Masjid Sultan Ismail UTM

Memandangkan hari ini hari jumaat dimana sebentar lagi nak pergi solat jumaat dan Mr.PiNGu selaku seorang insan yang beragama Islam, Mr.PiNGU ingin berkongsi keindahan sebuah masjid yang menjdi tempat Mr.PiNGU solat jumaat kebiasaannya. Inilah Masjid Sultan Ismail UTM. Terletak di tengah-tegah pusat pentadbiran UTM merupakah satu lokasi yang sangat strategik selari dengan slogan UTM iaitu "Kerana Tuhan untuk Manusia" Jom layan gambar-gambar dibawah:

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Nuffnang melaporkan Traffic yang teruk untuk Mr.PiNGu


Hai kengkawan!

Malam ni Pingu nak cerita sikit tentang traffic. Bagi pengusaha blog / laman web, mendapatkan traffic yang consistent adalah satu perkara yang sangat diberi perhatian. Mr.PiNGu juga salah seorang yang amat menitik beratkan traffic. Perkembangan traffic untuk Blog dan website dimonitor hampir setiap hari. Adalah menjadi kepuasan jika traffic yang kita perolehi adalah melepasi target yang disasarkan.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Khamis, 28 April 2011

Kek Secret Recipe: Mana satu pilihan dikalbu?


Seperti biasa Mr.Pingu selaku orang gila gambar suka nak mengambil gambar-gambar yang aku suka terutamanya gambar makanan yang bakal aku lahap. Ni gambar last time aku pegi secret recipe. Agak-agak korang antara dua kek tu mana yang lebih sedap? And mana yang lebih mahal?Big Grin

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

NYUM2: Restoran Saung Sunda Sawargi

Hi!
Sebagai seorang yang suka jalan-jalan cari makan, Mr.PinGu memang gemar mencuba pelbagai jenis makanan dan resepi baru dari pelbagai kedai. Hari ini Pingu nak bercerita tentang satu Restoran yang cukup unik dan special. Restoran ini dipanggil "Saung Sunda Sawargi" kitorang panggil Restoran Jawa. Lokasi Restoran ini terletak di taman impian emas tidak jauh dengan skudai parade.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 27 April 2011

Jom tingkatkan kualiti hidup sihat anda! Minum skyjuice!


Hai.. hari ni nak berceloteh tentang air putih. Ada yang panggil air masak, air jarang, air panjang umur, skyjuice dan lain-lain. Walau apa pun panggilanya, Pingu nak mengajak anda semua untuk amalkan minum air putih.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Selasa, 26 April 2011

Layan jugak main Angry Birds


Salam kawan-kawan. Kali ini Pingu nak bercerita tentang satu game yang best ni. Ia diberi nama "Angry Birds" Actually bagi pengguna i-phone memang game ni tidak asing lagi. Pingu install selepas diperkenalkan oleh my best friend yang guna i-phone juga. Kalau korang guna i-Phone, korang cari je dekat Application Store. Now dekat i-phone Pingu, I install 3 jenis game ni iaitu Angry Birds free, Angry birds season, dan Angry Birds Rio. Rio yang paling baru la. Pingu baru pasan yang Angry birds Rio ni ada main dekat wayang. Rata-rata orang kata best giler! Ni yang teruja nak menontonnya just lom ada kesempatan lagi.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Check Ranking website anda dengan Alexa.com

Salam sejahtera. Kepada korang yang ada laman web sendiri tak kira sama ada berbayar atau free macam blogspot.com, korang mesti nak tahu sebenarnya website anda tu popular ke tidak. Tinggi ke ranking anda? Ramai ke visitor? Haa.. persoalan tersebut boleh anda jawab dengan menyemaknya di laman web ini:

http://www.alexa.com

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jom Test saiz website anda

Just nak share pada korang. Korang pasti nak tau berapa loading blog atau website korang kan? Laju ke? slow ke? Disini Pingu nak kongsi dengan korang. Kalau nak check masuk disini:


Blog / website yang baik adalah yang memiliki saiz yang kecil dan pantas untuk loading. Maka, bagi yang menggunakan broadband yang slow, mereka takdelah gagal untuk akses kepada laman web anda. Sebaik-baik saiz adalah yang kurang daripada 100 kb. Lagi kecil lagi baik. Sekian sahaja~

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Kisah aku yang runsing dan berakhir dengan sebuah kejayaan


One day. di satu pagi, aku datang opis. Tiba-tiba...

"OH! What the... mengapakah ofisku kosong? Mana pergi staf2 ofis ni? Cemerlang sungguh mengosongkan ofis begitu sahaja!"

Aku mengomel sendirian apabila tiba di ofis yang kosong itu. Jam menunjukkan pukul 9 pagi.

"Ops... aku ni cemerlang gak la sebab datang lewat.. ahaks... tapikan.. mana member-member ofisku ini?"

Aku terus mengelamun.. Memikirkan hal ini. Erm.. mungkin semua ambil cuti agaknya. Tak mengapalah. Baik aku risaukan hal aku. Banyak lagi kerja tertangguh. Argh.. hal persidangan.. AKu telah dilantik menjadi orang yang ditugaskan untuk in-Charge bahagian Sponsor. Ikut dari perbincangan, aku perlu dapatkan dalam RM 20,000 untuk support program tersebut.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Mesti Baca: Kisah Satu Malaysia

Salam semua.. Malam ini sebelum tidur, Pingu nak membawakan anda kepada satu kisah yang baru sahaja berlaku petang tadi. Dibawah ini dilakonkan semula babak-babak sebelum peristiwa dan babak-babak perbualan antara Pingu dan jejaka berbangsa Cina terbabit..

Jam menunjukkan pukul 4.30 pm.. di Ofisku..

Pai: Boss! oi jom la aku follow ko ke rumah. Aku nak tolong ko set-up barang tu. Tengok jalan ke tidak.

Pingu: Ok. no hal. tapi sempat ke? Aku ada kelas tuisyen la pukul 5 suku ni. Macam biasalah hari Isnin kan. Huhu.. tapi kalu cepat aku rasa bolehla. Ko tolongla set up aku bersiap je.

Pai: OK set..

Petang itu, Pai, rakan rapatku di ofis ingin menunjukkan aku satu alat yang membolehkan aku akses wifii sekitar ranges 2 km (Katanya). Alat tersebut mampu mendapatkan passwords wireless yang secure. Kira alat ni seperti "tumpang guna" guna talian wifii mereka la. (sedapkan ayat sket) Big Grin

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isnin, 25 April 2011

Ayuh Pelajar-pelajar tingkatkan disiplin diri anda


Salam. Pingu hari ni nak mengomel pasal sikap pelajar. ACtually Pingu mengajar di sebuah pusat Tuisyen di JB. Pusat Tuisyen tu pun da glemer sebab pernah masuk Surat Khabar (Termasuk Cikgunya juga macam I ni Big Grin)

Ok.. Straight to the main topic. Actually Pingu sangatlah kecewa dengan sikap pelajar yang belajar sambil lewa sahaja. Walaupun hanya mengajar di pusat tuisyen ini secara sambilan namun sebagai guru, kita mahukan pelajar kita mendapat yang terbaik dan berharap akan kejayaan anak didik mereka didalam peperiksaan. Namun apa yang anda lihat realiti kehidupan pelajar-pelajar kita sekarang!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Makan Malam di Restoran Tengku Impian Skudai Johor Bahru


Hai! Saje nak menepek gambar menu dinner aku satu malam tu. Aku ni memang dah jadi tabiat suka snap gambar guna iphone aku. Nak nak gambar makanan.. wakaka.. sebelum selamat jd santapan aku amek gambar dulu jadikan kenang-kenangan.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Petronas Syntium 1000 pilihan Mr.PinGu


Hai.. Nak memperkenalkan minyak hitam pilihan kanda.. opss.. sesuai ke gambar diatas tu? Actually gambar tu Pingu snap kat kedai kereta. Masa ni nak servis kereta + tukar minyak itam. Ada banyak pilihan disana. Ada yang murah dan yang mahal. Yang pasti, pilihan dihati adalah Petronas Syntium 1000. Nape aku guna minyak jenis ini?

Sebabnya full Synthetic. Dia akan mencairkan minyak korang dan menyebabkan pemanduan anda lebih lancar, menjimatkan petrol dan cukup selesa la pendek kata. Harga dia dalam RM 180+. Sebelum ni aku guna minyak jenis sama tp syntium 800 bawah RM 100. memang berbeza dengan yang ni. Mahal sikit takpe janji best. Minyak hitam ni perlu tukar setiap 10,000 Km. Ok la tu. Aku guna dekat 6 bulan baru samapi 10 k. sebab aku jarang jalan jauh.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Pastikan pakaian anda sesuai dengan majlis

Salam semua... Morning. Apa khabar? hari ini nak borak pasal pakaian. Actually, korang patutnya kene belajar cara berfesyen / memakai pakaian. Jangan main belasah je.. Kena sesuai dengan tema / majlis yang korang nak hadiri.. Contohnya macam kat bawah ni. Tak ke haru? =D

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jumaat, 22 April 2011

Sanji, Luffy, Zorro dan Copper masa pameran projek Sarjana Muda?

Salam. Semalam Pingu telah ditugaskan untuk menjadi penilai projek tahun akhir program Sarjana muda dari sebuah Universiti. Ini kali pertama Pingu jadi Panel PSM sejak mula jadi staf akademik di Universiti tersebut. Walaupun tiada pengalaman akan tetapi saya cuba buat yang terbaik dan menilai berdasarkan pengetahuan yang saya ada. Sebanyak 8 projek telah saya nilai bersama 3 org panel yang lain yang datang daripada industri dan juga wakil universiti luar. 3 jam juga masa diambil dalam sesi penilaian tersebut (Termasuk sesi pembentangan pelajar, soal jawab dan pemberian markah). Agak letih namun ada satu perkara yang menarik perhatian saya.

Salah seorang pelajar telah meletakkan watak utama kartun bersiri "One Piece" diatas meja beliau. Semasa menilai saya agak tergangu sedikit dengan kecomelan patung kertas tersebut. Memang cantik dan saya tak tahu adakah beliau yang buat sendiri ataupun beli siap2 di kedai kerana saya tidak pernah lihat ada menjual patung bentuk kertas tersebut. Sempat juga saya snap gambar.

Ketepikan patung kertas itu, saya sungguh kagum dengan pelajar ini kerana dapat mempamerkan persembahan projek yang bertenaga dan juga meyakinkan. Saya rasa seronok mendengar presentation pelajar terbabit. Penuh confident, semangat, lantang bersuara dan juga menjawab segala persoalan dengan yakin. Maka, layak baginya mendapat markah tinggi dalam presentation tersebut. walhal bukanlah kerana saya terpengaruh dengan patung kertas tersebut.. hehe sekian sahaja~

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Aku, imageshack dan katak..

Salam semua. Malam ni Pingu nak mengomel pasal satu webhosting yang dinamakan imageshack (http://imageshack.us). Sebelum ini, Pingu paling suka guna imageshack sebab tak perlu sesusah nak register bagai untuk upload gambar. 

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Selasa, 19 April 2011

Tiba -Tiba malam ini jadi rajin

Hai selamat malam apa khabar semua? sihat? erm... Saya sihat je.. Tp sangat buzy lately. Ada program besar yang bakal berlangsung. Huhu.. by the way baru je siap membasuh baju, mengemas rumah dan membersihkan kereta. Tetiba pula jadi rajin malam ini. Hiuu.. kan bagus kalau tiap2 hari macam ini. Hari ini saya perlu tidur awal kerana esok hari yang paling penting. Program besar akan berlangsung pada hari Rabu so esok persiapan terakhir akan dilakukan. Hopefully segalanya berjalan lancar~

Kepada kawan-kawan blogger semoga terus ceria dan majulah Blog untuk negara!~ ^_^

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 10 April 2011

Selamat Hari Minggu

Salam semua.. anda sihat? lama betul rasanya Pingu tak updates blog. entahla rasa macam malas nak menulis. Bila tengok rakan-rakan blog gigih updates banyak topik sehari rasa jeles gak. Sebab diri ini masih tiada mood nak menulis. Iyelah kalau ada benda menarik dalam kepala otak ni boleh juga dikongsikan bersama. 

Biasanya hari minggu ni korang buat apa? Kalau pingu biasa waktu-waktu ni sedang membute! hahaa tapi hari ni rasa nak elak membuta di pagi minggu so cuci-cuci muka sket bagi segar and terus buka PC online.. hehe.. itulah keje den sekarang. Biasa bukak Facebook and also porem. Blog den ni macam semakin bersawang la. Ntah ada visitor entah idak. Wallahualam.

Bila den tgok blog-blog rakan laris macam goreng pisang den jeles gak weh! iyelah blog den ni kalau nak dapatkan komen susah benor. tu yang semangat den nak menulis menjadi luntur.. hiuuu.. Tapi den akan pastikan den updates sesuatu walaupun sedang buzy. Sebab den xmo blog den akan didiami momok.. den takutttzzz..

Baiklah.. sekian sahaja untuk pagi ini. Salam Ceria semua~!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isnin, 4 April 2011

Video lucah kononnya "Datuk Seri Anuar Ibrahim" dah tersebar di Youtube

Salam sejahtera. Isu tersebarnya video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kecoh dikatakan disana sini. Tiba-tiba sahaja perkara ini berbangkit oleh dalang yang dikenali sebagai Datuk T. So, diluar sana macam-macam ulasan dari rakyat jelata yang saya dengar. sebahagian mengiakan dan percaya kebenaran video tersebut and sebahagian lagi menafikan (walhal tiada antara mereka pernah melihat video tersebut apabila ditanya.. memang kelakar). Itu semua andaian sahaja.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search