Hai.. hari ni nak berceloteh tentang air putih. Ada yang panggil air masak, air jarang, air panjang umur, skyjuice dan lain-lain. Walau apa pun panggilanya, Pingu nak mengajak anda semua untuk amalkan minum air putih.
Tahukah anda? tubuh kita terdiri daripada hampir 70% air? Ya! itu hakikatnya. Tubuh kita sangat memerlukan air untuk menjalankan sistem-sistem dalaman tubuh kita. Dikatakan, tubuh setiap manusia memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. ya, 8 gelas. Sila check balik diri anda. Sudahkan anda menikmati 8 gelas air sehari?
Seelok-eloknya, amalkan air mineral yang memilliki garam galian yang baik. Elakkan untuk mengambil banyak minuman manis dan berkarbonat kerana ia akan memudaratkan diri anda dalam jangka masa yang panjang. Nanti belum berusia sudah dapat kencing manis, diabetes dan lain-lain lagi.
Pengambilan air putih yang mencukupi dapat menyihatkan tubuh kita disamping dapat mengelakkan tubuh kita terhidrat. Tahukah anda bahawa setiap kali kita bernafas, kita akan menghembuskan sukatan air tertentu (dalam bentuk wap)? Justeru untuk mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh anda, anda perlulah mengambil kuantiti air yang mencukupi.
Sentiasa ingatkan diri anda untuk mengambil air putih! Letakkan beerapa botol air mineral yang tersedia untuk diminum di atas meja pejabat dan juga rumah anda. Pastikan bekalan air putih sentiasa tersedia dikala anda berasa haus. Minum air putih juga tidak perlu tunggu anda haus kerana jika anda berasa haus itu bermakna kuantiti air putih dalam tubuh anda sudah berada pada tahap berjaga-jaga.
Ingat! Pengambilan air putih yang mencukupi akan membantu anda hidup dengan lebih sihat, cergas dan bertenaga. Pengambilan air yang cukup akan turut membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh sekaligus membantu diri kita untuk mengelakkan rasa mengantuk yang teruk. Air putih yang mencukupi juga membantu peti suara kita untuk sentiasa dalam keadaan lembab dan sihat. So, suara juga boleh jadi best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^