JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Sanji, Luffy, Zorro dan Copper masa pameran projek Sarjana Muda?

Salam. Semalam Pingu telah ditugaskan untuk menjadi penilai projek tahun akhir program Sarjana muda dari sebuah Universiti. Ini kali pertama Pingu jadi Panel PSM sejak mula jadi staf akademik di Universiti tersebut. Walaupun tiada pengalaman akan tetapi saya cuba buat yang terbaik dan menilai berdasarkan pengetahuan yang saya ada. Sebanyak 8 projek telah saya nilai bersama 3 org panel yang lain yang datang daripada industri dan juga wakil universiti luar. 3 jam juga masa diambil dalam sesi penilaian tersebut (Termasuk sesi pembentangan pelajar, soal jawab dan pemberian markah). Agak letih namun ada satu perkara yang menarik perhatian saya.

Salah seorang pelajar telah meletakkan watak utama kartun bersiri "One Piece" diatas meja beliau. Semasa menilai saya agak tergangu sedikit dengan kecomelan patung kertas tersebut. Memang cantik dan saya tak tahu adakah beliau yang buat sendiri ataupun beli siap2 di kedai kerana saya tidak pernah lihat ada menjual patung bentuk kertas tersebut. Sempat juga saya snap gambar.

Ketepikan patung kertas itu, saya sungguh kagum dengan pelajar ini kerana dapat mempamerkan persembahan projek yang bertenaga dan juga meyakinkan. Saya rasa seronok mendengar presentation pelajar terbabit. Penuh confident, semangat, lantang bersuara dan juga menjawab segala persoalan dengan yakin. Maka, layak baginya mendapat markah tinggi dalam presentation tersebut. walhal bukanlah kerana saya terpengaruh dengan patung kertas tersebut.. hehe sekian sahaja~

1 ulasan:

  1. pelajar tersebut seorang lelaki. of course lelaki ni mmg berani hehe.. but dia mg bagus la.. =)

    BalasPadam

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^