| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Selasa, 29 Disember 2015

Kegunaan "Kereta" yang unik dan kreatif

Sapa kata kereta boleh digunakan sebagai kenderaan sahaja. Dengan sedikit kekreatifan, kereta terpakai yang tak mahu digunakan lagi boleh digunakan sebagai:

Buaian

Singki

Meja

Katil

Meja Snuker

Akuarium

Set memasak

Kerusi

Set tidur dengan kelengkapan televisyen

Sofa

Pelilit paip

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 20 Disember 2015

Kucing Garang

Kalau berani cubalah curi!




^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Dato Siti NUrhaliza D'Academy Asia Jakarta Indonesia

Sempat Selfie tu.. Namun, Make up Dato Siti Nurhaliza kelihatan sangat tebal. Mungkin stail Indonesia dimana make up perlu lebih tebal. hehe.. 



^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isnin, 14 Disember 2015

Keputusan Penuh Final Gegar Vaganza Musim 2

Malam ini memang dinantikan  oleh peminat2 gegar vaganza. Ramai juga buat ramalan termasuk aku. Ok la jujurnya selepas melihat kesemua persembahan, ini ramalan aku:

1- Siti Nordiana
2 - Farahdia
3 - Ezad
4 - Nassier Wahab
5 - Haiza
6 - Acong

Ok... 4 tekaan teratas aku betul. Cuma no 5 and 6 je tertukar hehe.. So, OK la kan,, hehe.. Apa-apapun semua ada kehebatan tersendiri. Puas tengok konsert Final gegar Vaganza. Aku takde astro maka  aku sanggup subscribe internet harian utk lihat daripada laman web XXX yang kongsi streaming online. Puas. ahaha..

So, tamatlah gegar vaganza musim 2. Tunggu pula musim ketiga. Hope lebih ramai yang hebat akan masuk yer!


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 13 Disember 2015

Final Gegar Vaganza: Saya Team Siti Nordiana!



Jujurnya, dulu-dulu aku tak pernah minat Siti Nordiana. Bagi aku dia penyanyi yang seperti kebanyakkan. Boleh menyanyi tapi kurang wow Factor. Tapi itu dulu.. Now, Nana improve a lot! Gegar Vaganza benar-benar buka mata dan telinga aku untuk lebih mengenali bakat besar beliau dalam bidang nyanyian. Aku yakin peminat-peminat seni suara lain pun rasa apa yang aku rasakan. Nana punya vokal sekarang memang wow! Ada kelas tersendiri. Teknik dia semakin bagus. Tak hairanlah bagi je dia lagu apa pasti dia boleh bawak dengan baik walaupun sukar mana pun lagu tu and tinggi melangit key diberikan. Ok.. Malam ni debaran sangat dinantikan..

PUTUS TERPAKSA!

Itulah salah satu daripada lagu yang bakal disampaikan oleh siti Nordiana pada malam ini. Serius aku menantikan persembahan beliau lebih daripada peserta lain. Lagu nyanyian Ziana Zain ini memang terkenal dengan kedasyatan nota tingginya dan energy yang diperlukan. Salah satu lagu kegemaran aku masa karaoke juga membuatkan aku sangat faham akan kehebatan lagu tersebut. Tak semua mampu bawak sebaik Ziana Zain pada zaman kegemilangannya. Dan setakat ini, memang Ziana Zain lah yang terbaik membawakan lagu tersebut. 

Apa-apapun Good luck buat Nana! Final Gegar Vaganza. Wish you best of luck! Kite ramalkan awak bakal juara. Insya-Allah.

By the way, jum imbas kembali senarai lagu yang dibawakan oleh Nana sepanjang penyertaannya dalam gegar Vaganza Musim ke-2:

Minggu 1: Paling Comel (lagu sendiri bersama Achik Spin)
Minggu 2: Madah Berhelah (nyanyian asal Ziana Zain)
Minggu 3: Kasihnya Laila (nyanyian asal Jinbara)
Minggu 4: Memori Berkasih - duet bersama Lan Kristal (lagu sendiri bersama Achik Spin)
Minggu 5: Nirmala (nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza)
Minggu 6: Aku Takkan Bersuara (nyanyian asal Nike Ardilla)
Minggu 7 (suku akhir): Secangkir Madu Merah (nyanyian asal Amelina & Sheeda)
Minggu 8 (separuh akhir): Mengapa (nyanyian asal Nicky Astria)
Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Putus Terpaksa (nyanyian asal Ziana Zain)
Tugasan Kedua (battle vs ?) - Awak Kat Mana (nyanyian asal Taufik Batisah)

Peserta lain pon hebat-hebat: Nassir Wahab memang Otai! Farahdia pon memang hebat Vokalnya. Acong Sweetchild Dasat! Haiza juga sangat kretif. Dari segi Vokal mungkin Nana bakal berentap dengan Ezad Lazim. Penentuannya malam ini!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 6 Disember 2015

Keputusan Muzik-muzik 30 Separuh Akhir 2015


Malam ini berlabuhnya malam penutup bagi semi-final muzik-muzik 30. Malam ini memperlihatkan banyak lagu hebat dan penyanyi hebat yang membuat persembahan. Antaranya ialah Mawi, Hazama, Tomok, Roni Hussein, Aida Jebat, Dayang Nurfaizah, Azmil Mentor Legend, Lah Ahmad, Amir Jahari dan beberapa lagi. Dicampurkan minggu sebelumnya maka genaplah 30 lagu yang telah berentap di separuh akhir juara lagu 2015.

Persembahan pembukaan malam ini adalah daripada Tomok menerusi lagu Assalamualaikum yang asalnya dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Mungkin atas sebab kesihatan Faizal Tahir tidak menyanyikan sendiri lagu ini. Pada pendengaran saya kurang sedikit sengatannya.

Persembahan vokal yang menarik pada malam ini antaranya daripada Azmil Mentor Legend, Lah Ahmad, Roni Hussein dan Dayang Nurfaizah. Mawi juga tidak kurang hebatnya.

Persembahan daripada kumpulan Forteen secara keseluruhannya agak baik. Amir Jahari pula dilihat menyanyi dengan santai kerana key lagu yang sederhana. Persembahan penutup oleh Aida Jebat cukup menarik dan comel sekali.

Pada minggu-minggu sebelumnya, banyak lagu menarik telah didendangkan seperti Syurga (Alyah),  Knok knok (Elizabeth Tan), sampai mati (hazami), dan banyak lagi.

Atas keputusan juri yang diketuai oleh Datuk Mohzani Ismail, 12 lagu dipilih untuk ke Pentas Final Muzik-muzik 30. Keputusan penuh adalah seperti dibawah:
1- Hazama - Sampai Mati (Omar K & Audi Mok)
2- Akim & The Majistret - Potret
3- Tomok - Assalamualaikum
4- Drama Band - Dengarkanlah
5- Caliph buskers - Hanya Namamu
6- Elizabeth Tan - Knok knok
7- Bunkface - Malam ini kita punya
8- Noh Salleh - Angin Kencang
9- Kaka & Justhin - Bukan hal aku
10- Black - Mana Mungkin
11- Stacy & Altimet - Not for sell
12- Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah.


Tahniah kepada semua yang terpilih. Semoga dapat buat yang terbaik untuk final nanti. Kombinasi lagu terbaik dan artis yang berjaya membawakan lagu tersebut telah diketahui. Nantikan Final nanti.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 2 Disember 2015

Ulasan Datuk Khalid Jiwa berhubung Keguguran anak sulongnya bersama Dato Siti Nurhaliza

Berikut merupakan kenyataan Datuk K berhubung kes keguguran kandungan DCT beberapa hari lepas. Info daripada Facebook Rizal Hakim:

Datuk K
"Ketika doktor memberitahu berita berkenaan, reaksi wajah Siti nampak sedih, namun beliau tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung itu sudah tiada. Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut."
“Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.
“Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,”
“Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti,”

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Selasa, 1 Disember 2015

Dato Siti Nurhaliza Keguguran setelah hamil anak pertama

Sebelum ini telah ada desas desus mengatakan Dato Siti Nurhaliza telah hamil anak pertama. Namun, beliau tidak mengiakan dan juga tidak menafikan. Maka, ramai mengatakan ia berita benar. Namun, kegembiraan tersebut tidak lama kerana beliau hanya mampu mempertahankan kandungan tersebut selama 2 bulan. Sungguh pilu hati beliau dan juga peminat-peminatnya yang sudah sekian lama menanti.

Namun, jika dilihat daripada posting DCT di instagram beliau, melihatkan kematangan dan juga kesabaran insan kesayangan ramai ini. Semoga beliau akan dikurniakan zuriat selepas ni. InsyaAllah.


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Pendapatan Innity bulan lepas Lumayan?

Buka akaun innity harini terkejut beruk.. Mana taknya amount yang tidak pernah aku dapat. Aku sempat print screen.. seperti dibawah:


Namun begitu, aku takde lah nak happy-happy sangat. Sebab nilai ni tak betul pun. Mungkin website innity rosak so dia paparkan nilai sebanyak ini. Trafik aku merudum sejak masalah webhosting tempohari memang sedikit la aku dapat setiap bulan. 

Apa-apapun Innity, TQ la sebab buat jantung aku berdegup kencang sebentar tadi. Haha..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 25 November 2015

Jawapan Hebat Dato Siti Nurhaliza untuk Haters

Biasalah kalau jadi artis, pasti ada orang yang tidak suka dan akan sentiasa mencari salah orang atau membuat isu. Cemburu mungkin atau tidak senang dengan kejayaan / kebahagiaan orang. Perkara ini turut dirasai oleh dato Siti Nurhaliza. Disebabkan beliau memang dididik dengan sifat lemah lembut dan berbudi bahasa, kita tak pernah lihat beliau berkasar walaupun seteruk mana kecaman buat beliau. Di bawah ni contoh jawapan paling win lah untuk salah seorang haters beliau. Bravo!




^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Senarai Finalis Mister Planet Malaysia 2016

Admin kongsikan senarai Finalis Mr Planet Malaysia 2016. Nak mintak korang Vote lah Mohamad Ikhwan Ibrahim daripada Johor. Member Admin tu. Baik orangnya, manis and bergaya. Vote jangan tak vote. Nak vote kat mana? Masuk sini: VOTE-IKHWAN


Amacam? Handsome tak? Setakat ni beliau leading meninggalkan jauh peserta lain utk peserta popular di media sosial facebook Mister Planet Malaysia. Tapi, banyak lagi kategori yang dipertandingkan. Sebagai sahabat, mempromosikan beliau itu satu usaha. So, good luck ikhwan! Do the best! Now admin share peserta-peserta daripada negeri lain. 16 orang kesemuanya.
















P/S: Comelnya yang dari perak tu ahahaha


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jumaat, 13 November 2015

Dato Siti Nurhaliza hamil 6-8 minggu

Sejak beberapa tahun lepas kecoh dah berita Dato Siti Nurhaliza hamil. Namun, semuanya tidak benar. Kemudian berita berkenaan kehamilan beliau sepi beberapa ketika. Kini, muncul lagi berita bahawa Dato Siti Hamil 6-8 minggu. Entah betul entah tidak namun diharap berita kali ini betul. Saya yakin seluruh peminat Dato Siti menantikan kemunculan putera / puteri sulong penyanyi No-1 Negara ini. Semoga berita baik akan menanti kita tunggu sahaja ya!


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 11 November 2015

Blog masih bersama Innity dan Nuffnang



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sangat rasanya saya tidak menulis artikel dalam blog ini atas kekangan masa. Namun, syukur Alhamdulillah, blog masih menerima pelawat setiap hari atas artikel lama-lama.

Actually, salah satu aku down sebelum ni disebabkan masalah webhosting aku yang macam haram! Hilang aku punya website sebab hosting diorang tutup. Aku pula lambat ambil tindakan menyebabkan Innity suspend akaun aku. Yelah sebulan lebih website down so Innity ambil tindakan begitu.

Namun, selepas menyelidik akan webhosting yang memiliki reputasi baik daripada ramai blogger, maka aku memilih untuk menggunakan severfreak. Yes! blogger ternama negara, denaihati pun pernah promote serverfreak so aku tak was-was untuk menggunakan khidmat daripada mereka.

Pengalaman aku masa nak recover domain aku, memang mudah. Sebab staf serverfreak memang pantas dalam membuat kerja mereka. emel-emel aku cepat sahaja dijawab dan mereka menyelesaikan masalah aku sampailah website baru aku boleh beroperasi di hosting dan domain serverfreak!

Ok.. berbalik kepada Innity, actually sehingga kini aku masih menggunakan innity. Korang boleh lihat daripada iklan yang menari-nari di blog ini. Setelah blog baru aku beroperasi semula, aku explain apa yang berlaku kepada pihak innity dan mereka dengan segera mengaktifkan semula akaun aku.

Sebenarnya, aku bersama innity sudah sangat lama. Lebih daripada 5 tahun! aku antara yang terawal discover syarikat pengiklanan ini. Walaupun masa tu trafik aku rendah je aku berjaya apply. Kini, blogger yang ada trafik yang mencukupi pun belum tentu lepas permohonan innity! Aku pula? ikutkan trafik aku jauh lebih rendah daripada requirement innity namun aku bersyukur kerana aku dikalangan yang terawal dan dapat menikmati faedah daripada pengiklanan innity.

Innity vs Nuffnang? Korang boleh google sendiri yang mana innity mostly win from every side. But blogger yang selalu menerima buffer daripada nuffnang merasakan nuffnang memberi pendapatan lebih tinggi daripada innity. pengalaman aku? Innity win!

Namun, aku masih bersama innity sebab aku suka dengan statistik nuffnang mengenai trafik harian, keyword, dan juga target visitor. Namun, aku guna nuffnang sebagai replacement innity sahaja jika innity tidak memaparkan iklan mereka.

P/S: Dulu-dulu aku tak pernah merasa buffer earning now mencanak-canak nuffnang bagi aku buffer. Tapi, aku masih tak beri priority pengiklanan aku kepada nuffnang sebab bagi aku, dah cukup masa yang aku berikan sebelum ini (Agak merajuk sikit).

Tapi, kebaikan nuffnang adalah.. Mereka bayar blogger mengikut yang dijanjikan. Itu yang penting. Tak macam satu syarikat tu.. kelentong je lebih. Huhu..

Ok sekian sahaja daripada saya =) 

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Khamis, 14 Mei 2015

Myvi Kuning Langgar Penunggang Motorsikal di Putrajaya

Print Screen daripada video berdurasi 3 saat semasa kemalangan berlaku.




Maklumat Kenderaan:









^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Drama Hati Wanita Mendapat Komen Negatif




^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search