JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Blog masih bersama Innity dan Nuffnang



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sangat rasanya saya tidak menulis artikel dalam blog ini atas kekangan masa. Namun, syukur Alhamdulillah, blog masih menerima pelawat setiap hari atas artikel lama-lama.

Actually, salah satu aku down sebelum ni disebabkan masalah webhosting aku yang macam haram! Hilang aku punya website sebab hosting diorang tutup. Aku pula lambat ambil tindakan menyebabkan Innity suspend akaun aku. Yelah sebulan lebih website down so Innity ambil tindakan begitu.

Namun, selepas menyelidik akan webhosting yang memiliki reputasi baik daripada ramai blogger, maka aku memilih untuk menggunakan severfreak. Yes! blogger ternama negara, denaihati pun pernah promote serverfreak so aku tak was-was untuk menggunakan khidmat daripada mereka.

Pengalaman aku masa nak recover domain aku, memang mudah. Sebab staf serverfreak memang pantas dalam membuat kerja mereka. emel-emel aku cepat sahaja dijawab dan mereka menyelesaikan masalah aku sampailah website baru aku boleh beroperasi di hosting dan domain serverfreak!

Ok.. berbalik kepada Innity, actually sehingga kini aku masih menggunakan innity. Korang boleh lihat daripada iklan yang menari-nari di blog ini. Setelah blog baru aku beroperasi semula, aku explain apa yang berlaku kepada pihak innity dan mereka dengan segera mengaktifkan semula akaun aku.

Sebenarnya, aku bersama innity sudah sangat lama. Lebih daripada 5 tahun! aku antara yang terawal discover syarikat pengiklanan ini. Walaupun masa tu trafik aku rendah je aku berjaya apply. Kini, blogger yang ada trafik yang mencukupi pun belum tentu lepas permohonan innity! Aku pula? ikutkan trafik aku jauh lebih rendah daripada requirement innity namun aku bersyukur kerana aku dikalangan yang terawal dan dapat menikmati faedah daripada pengiklanan innity.

Innity vs Nuffnang? Korang boleh google sendiri yang mana innity mostly win from every side. But blogger yang selalu menerima buffer daripada nuffnang merasakan nuffnang memberi pendapatan lebih tinggi daripada innity. pengalaman aku? Innity win!

Namun, aku masih bersama nuffnang sebab aku suka dengan statistik nuffnang mengenai trafik harian, keyword, dan juga target visitor. Namun, aku guna nuffnang sebagai replacement innity sahaja jika innity tidak memaparkan iklan mereka.

P/S: Dulu-dulu aku tak pernah merasa buffer earning now mencanak-canak nuffnang bagi aku buffer. Tapi, aku masih tak beri priority pengiklanan aku kepada nuffnang sebab bagi aku, dah cukup masa yang aku berikan sebelum ini (Agak merajuk sikit).

Tapi, kebaikan nuffnang adalah.. Mereka bayar blogger mengikut yang dijanjikan. Itu yang penting. Tak macam satu syarikat tu.. kelentong je lebih. Huhu..

Ok sekian sahaja daripada saya =) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^