JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Koleksi Baju Melayu Raya Lelaki 2015 untuk dimiliki

Koleksi Dari "Az-Zikra Unique Collection" ..;D
Stylo Habes..!
Hitam + Merah..
Kain Pon Selesa ..Harga Pon Berbaloi..! 

Ini antara ayat promosi yang dilakukan oleh seorang rakan Facebook saya tentang baju melayu moden yang agak cantik ini. Pada pandangan saya ia bukanlah satu fesyen yang melampau seperti sesetengah baju melayu raya yang dah tak serupa baju melayu pun. Inovasi yang melampau-lampau yang boleh mengubah keaslian sesuatu pakaian tu kadangkala tidak dapat diterima masyarakat umumnya.

Untuk baju Raya ini, anda boleh menghibungi pihak As-Zikra untuk mendapatkannya.




tags: baju melayu raya unik, baju melayu 2015, baju raya, koleksi baju raya menarik, koleksi baju raya lelaki, tempahan baju raya lelaki melayu, koleksi baju melayu raya moden, fesyen baju raya terkini 2015


Iklan Innity Meriah


Hi! Saya tahu ramai teruja pasal innity, lebih-lebih lagi apabila blog-blog mereka berjaya melepasi syarat memohon innity. Lebih menggembirakan apabila pemohon berjaya mendapatkan status sebagai salah seorang "Publisher" innity yang mana mereka boleh memaparkan iklan-iklan daripada innity di blog mereka.

Ramai blogger yang mengidamkan innity kerana innity merupakan syarikat pengiklanan besar yang cukup exclusive dimana tidak semua orang mampu menggunakan innity kerana syarikat ini mengenakan syarat yang sangat ketat dalam memohon. 

Blog saya bernasib baik sebab saya diperkenalkan kepada innity seudah lama, dimana pada waktu tersebut syarat untuk memohon innity hanyalah memiliki 3000 unique visitor sebulan berbanding sekarang 40,000!

Yang best tentang innity, iklan yang pelbagai jenis dengan bayaran yang cukup tinggi berbanding syarikat pengiklanan lain, alternate ad yang mana ia boleh rotate iklan dari syarikat lain jika innity tiada iklan untuk dipaparkan. dan lain-lain lagi.

Biasanya, pada awal-awal tahun, iklan yang running dalam blog sangat meriah kerana banyak syarikat yang menggunakan innity sebagai media mempromosikan produk mereka. seperti sekarang, banyak iklan yang available yang akan running dalam blog saya. Sebagai publisher, kita boleh memilih jenis iklan atau iklan yang perlu dipaparkan atau tidak di dalam blog kita. Ini kelebihan yang TIDAK ADA dalam syarikat pengiklanan lain.

Sekian sahaja. 

tag: iklan innity, syarikat pengiklanan innity, best ke innity, innity terbaik, syarikat pengiklanan terbaik, innity vs nuffnang.

Baju Raya Moden Lelaki

Baju Raya untuk lelaki umumnya dikenali sebagai baju melayu. Biasanya ada dua jenis je sama ada cekak musang atau teluk belanga. Namun, seiring dengan dunia moden, baju melayu juga telah mengalami revolusi fesyen. Tapi yang kurang enaknya, ada yang kelihatan terlalu berlebihan. Ini contoh baju melayu moden. Ada banyak lagi yang saya tak dapat nak kongsikan.

Bagi saya, dua fesyen baju melayu dibawah ni masih lagi mengekalkan ciri-ciri baju melayu yang sepatutnya. Cuma ada tambahan corak pada lengan bahu dan juga butang / kolar. Baju melayu moden ini menarik diperagakan di hari raya dan juga majlis-majlis yang sesuai.



Untuk Baju melayu dibawah ni saya tak pasti. Adakah ia merupakan rekaan moden atau rekaan zaman lampau. Sekali imbas macam zaman-zaman pendekar pula. Nampak elok diperagakan di pentas-pentas peragaan. Tapi, rasanya tidak sesuai untuk digunakan pada hari raya. Baju raya tanpa lengan ini bagi saya sesuatu yang agak janggal dalam norma masyarakat melayu kini dan juga berkurun lamanya.


Di bawah ni adalah baju melayu berbentuk jubah. Agak cantik juga. bagi saya tidak ada masalah memperagakan baju ini pada musim perayaan.


Dibawah? Ni gambar admin dan rakan-rakan semasa beraya di rumah Fahmi Mentor /Azli senario. Lihatlah baju raya kami, semua simple sahaja.


P/S: Ada fesyen baju melayu raya yang dikongsi di Facebook dah jadi Viral dan makian ramai orang. Mungkin pereka fesyen terlalu drastik mengubah baju melayu menjadi sesuatu yang cukup tidak sesuai dimata masyarakat kita.. singkat, ketat dan terlalu menunjukkan susuk tubuh. Tak kurang juga variasi warna yang terlalu melampau.

Gambar Pentas Istana Budaya

Hai! Saya sempat snap gambar pentas Istana Budaya sebelum bermula Konsert Unplugged Dato Siti Nurhaliza 2015 pada 7 April lalu. Sangat cantik!







Babi bertukar jadi beruang panda


Ini lawak. Cuma bahasa dia guna tu loghat Sabah. Mungkin sukar sikit nak faham. Tapi kalau baca boleh agak makna suatu-suatu perkataan tu kan. Layankan je...

Saudara Baru (Adam Corrie) berjaya tarik 15 orang bukan Islam memeluk Islam

Malu saya dengan saudara baru ni kerana beliau lebih berjaya dalam dakwahnya berbanding saya yang sudah sedia Islam sejak dahulu. Mungkin kita sebagai umat Islam tidak memperdulikan akan dakwah. Sedangkan Dakwah amat ditekankan dalam Islam untuk mengajak seberapa ramai bukan Islam mengenali Ajaran Ad-din daripada Tuhan pencipta sekalian alam. Semoga kisah Adam Corrie yang merupakan seorang pelakon terkenal ini memberikan inspirasi kepada kita untuk menjalankan aktiviti dakwah.





PETALING JAYA: Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia berjaya menarik kira-kira 15 individu bukan Islam untuk memeluk agama itu sejak dia bergelar mualaf pada Julai 2007.

“Alhamdulillah, setakat ini ada sudah 15 orang saya berjaya bantu untuk memeluk agama Islam. Ramai terbuka hati menerusi dakwah yang saya lakukan di laman sosial Facebook dan Instagram”.

“Saya selalu memuat naik status tentang Islam, ia hanya status yang mudah dan semua umat Islam tahu, seperti potongan ayat-ayat Al-Quran yang memberi makna tentang kebaikan dan Islam itu mudah”.

“Daripada situ ramai yang bukan beragama Islam memberi mesej secara peribadi bertanyakan lebih lanjut tentang Islam,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Adam, dia juga pernah mendapat mesej daripada seorang lelaki India yang menetap di Australia yang ingin mengetahui beberapa perkara tentang Islam.

Katanya, lelaki tersebut pulang ke Malaysia untuk melafazkan syahadah dan menganggap ayat-ayat yang saya muat naik itu memberi inspirasi kepadanya untuk memeluk agama Islam.

“Sehinggalah dia minta bantuan saya untuk menghubungi pihak tertentu bagi memeluk Islam. Selalunya, saya akan bawa mereka ke Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) atau seorang ustaz untuk mengetahui lebih lanjut serta cara untuk mengucap syahadah,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, dia dalam proses menjalankan projek ibadah umrah bersama golongan mualaf yang tidak berkemampuan.

Katanya, projek yang sudah diusahakan selama dua tahun itu akhirnya bakal dilaksanakan pada 10 Jun depan bersama 25 jemaah dari Perkim.

“Projek ini sudah dua tahun saya usahakan, namun banyak sangat rintangan terutama dalam hal dana dan penaja. Dulu saya pernah kena tipu juga, mereka kata ingin taja 40 jemaah, namun akhirnya diam tanpa sebarang mesej.

“Kali ini, pelakon Adi Putra banyak menolong cari dana dan penaja untuk 25 jemaah, Insya-Allah jika tiada halangan kami akan berangkat menunaikan umrah pada 10 hingga 21 Jun depan,” ujarnya.


Lelaki Dirogol Lelaki??

Banyak dah member share benda ni. Dah macam Viral di Facebook. Katanya lelaki juga perlu jaga pakaian agar tidak terlalu seksi.. Terdapat kes dimana lelaki juga telah menjadi mangsa rogol lelaki berbadan Sado secara bergilir-gilir. Seram siot!


Resit GST terbaik

GST setakat perlaksanaannya ni aku nampak lebih banyak bawak beban pada pengguna. Barang murah yang dijanjikan tak nampak sangat, hanya terikat pada sesetengah barang yang bukanlah barang keperluan utama. Namun, barang-barang harian, makanan dan selainnya naik. Mungkin sesetengah peniaga menggunakan GST sebagai alasan menaikkan harga barang. Ada juga yang menaikkan harga dengan alasan kos bahan mentah naik. 

Apa-apapun GST setakat ini menyebabkan kuasa membeli rakyat termiskin khususnya menurun. Kasihanlah kami.. Tapi, ada juga peniaga yang sangat ikhlas. Tengok resit dibawah, siap mention GST tu haram. Tiada cas tambahan dilakukan.


Google Malaysia Kena Godam (Hacked)

Kadangkala aku tak tahu apa misi atau faedah Hacker ni untuk hacked pelbagai website. Terbaru, saya difahamkan google Malaysia kena hacked. Saya terus sahaja buka website google Malaysia. Memang betul kena hacked.. Tak percaya, masuk sini >> GOOGLE MALAYSIA <<

Anda akan dapat paparan seperti dibawah:


Harapan saya agar Google Malaysia pulih seperti sediakala secepat yang mungkin.

Sekian sahaja.


Kereta Rumput

Kretif! Terfikir bagaimana mereka menanam rumput di sekeliling kereta itu.. Rumput hidup OK!~