JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Baju Raya Moden Lelaki

Baju Raya untuk lelaki umumnya dikenali sebagai baju melayu. Biasanya ada dua jenis je sama ada cekak musang atau teluk belanga. Namun, seiring dengan dunia moden, baju melayu juga telah mengalami revolusi fesyen. Tapi yang kurang enaknya, ada yang kelihatan terlalu berlebihan. Ini contoh baju melayu moden. Ada banyak lagi yang saya tak dapat nak kongsikan.

Bagi saya, dua fesyen baju melayu dibawah ni masih lagi mengekalkan ciri-ciri baju melayu yang sepatutnya. Cuma ada tambahan corak pada lengan bahu dan juga butang / kolar. Baju melayu moden ini menarik diperagakan di hari raya dan juga majlis-majlis yang sesuai.



Untuk Baju melayu dibawah ni saya tak pasti. Adakah ia merupakan rekaan moden atau rekaan zaman lampau. Sekali imbas macam zaman-zaman pendekar pula. Nampak elok diperagakan di pentas-pentas peragaan. Tapi, rasanya tidak sesuai untuk digunakan pada hari raya. Baju raya tanpa lengan ini bagi saya sesuatu yang agak janggal dalam norma masyarakat melayu kini dan juga berkurun lamanya.


Di bawah ni adalah baju melayu berbentuk jubah. Agak cantik juga. bagi saya tidak ada masalah memperagakan baju ini pada musim perayaan.


Dibawah? Ni gambar admin dan rakan-rakan semasa beraya di rumah Fahmi Mentor /Azli senario. Lihatlah baju raya kami, semua simple sahaja.


P/S: Ada fesyen baju melayu raya yang dikongsi di Facebook dah jadi Viral dan makian ramai orang. Mungkin pereka fesyen terlalu drastik mengubah baju melayu menjadi sesuatu yang cukup tidak sesuai dimata masyarakat kita.. singkat, ketat dan terlalu menunjukkan susuk tubuh. Tak kurang juga variasi warna yang terlalu melampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^