| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Selasa, 30 November 2010

Rugi RM300 terbeli Handphone Mainan.

MOHD. JASMI menunjukkan telefon bimbit mainan yang dibeli pada harga RM300 di Tanah Merah semalam.

Seorang mekanik kerugian RM300 apabila terbeli sebuah telefon bimbit mainan yang menggunakan jenama terkenal daripada seorang lelaki di Kampung Bukit Panau di sini kelmarin. Menurut mangsa, Mohd. Jasmi Jusuh, 35, pada hari kejadian dia dikunjungi seorang lelaki ketika menjalankan kerja di bengkel di hadapan rumahnya pada pukul 10 pagi. Katanya, seorang lagi lelaki berada di dalam kereta jenis Nissan Sunny yang diletakkan kira-kira 100 meter dari bengkelnya.

"Lelaki terbabit menawarkan sebuah telefon bimbit berjenama terkenal yang berharga ribuan ringgit di pasaran.

"Dia menawarkan telefon bimbit tersebut dengan harga RM300 sahaja tanpa pengecas bateri dengan alasan memerlukan wang segera," katanya ketika ditemui di sini semalam.

pingu: abg xtest dlu ke? motheppp


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Edisi Maut - Ikat, tikam, sembelih

SENTUL: Diikat, ditikam dan disembelih. Itulah azab ditanggung seorang lelaki yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan dengan lebih 23 kesan tikaman ditemui pada badannya di Kampung Batu, Kilometer 5, Jinjang, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, mangsa berusia 50-an ditemui orang ramai yang kebetulan melalui kawasan gelap berhampiran tangki air, di kampung berkenaan.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa dipercayai seorang India Muslim, memakai baju kemeja belang, berseluar panjang, berselipar dan berbadan agak gempal.

“Ketika ditemui, tangan mangsa dalam keadaan terikat ke belakang dengan beberapa kesan tikaman di depan dan belakang badannya.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis daerah Sentul yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai dibunuh sejam atau dua jam dengan keadaan tangannya diikat sebelum mayatnya dicampak di kawasan tangki air itu. Lebih mengerikan terdapat kesan mangsa disembelih,” katanya.
Menurutnya, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa berikutan tiada dokumen diri ditemui pada mayat berkenaan.

“Kami tidak dapat kesan lagi motif pembunuhan mangsa sama ada kerana dendam atau disamun. Oleh itu saya minta sesiapa yang mengenali mangsa atau kehilangan ahli keluarga tampil ke Balai Polis Sentul untuk memberi maklumat lanjut,” katanya.

Zakaria berkata, tiada senjata pembunuhan ditemui di tempat kejadian, malah pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain beberapa jam sebelum dicampak ke kawasan tangki air itu.

“Polis tidak menolak kemungkinan lebih dari seorang suspek terbabit. Motif masih lagi dalam siasatan dan mayat mangsa kini masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat,” katanya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

PINGU: Manusia semakin kejam!!! Binatang pun tak macam ini!!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isnin, 29 November 2010

Adi Putra bakal menjadi peguam Shah Rukh Khan?


Jika ada yang beranggapan bahawa tajuk di atas ini adalah sekadar satu 'propaganda' semata-mata , anda mungkin patut memikirkannya untuk kesekian kali. Ini kerana memang sahih Ady Putra akan menjadi peguam kepada bintang Bollywood, Dato Shah Rukh Khan (SRK) dalam filem Don 2 yang bakal dibintanginya tidak lama lagi.

"Saya terima berita ini daripada pihak ejen di Malaysia kira-kira sebulan yang lalu. Mereka telah memaklumkan kepada saya bahawa saya telah terpilih untuk membintangi filem Don 2.

"Begitupun, apa yang saya diberitahu, pemilihannya memang tidak mudah kerana pihak ejen di sini perlu menghantar klip video lakonan kami kepada pihak produksi di sana (India). Merekalah yang buat pilihan siapa pelakon yang mereka mahukan.

"Alhamdulillah, dalam ramai-ramai saya adalah di antara mereka yang terpilih. Saya diberitahu selain saya, seorang lahi pelakon Malaysia iaitu Ridzuan Hashim turut terpilih sama," katanya kepada murai.com.my.

Menurut Ady Putra lagi, dia sendiri masih kurang jelas mengapa dia dipilih serta menjadi pilihan pihak produksi filem Don 2.

"Tentu ada kriteria tertentu yang mereka inginkan dari saya. Tapi, terus-terang saya katakan, saya memang rasa tak sabar dan cukup excited bila memperolehi peluang yang seperti ini.

"Bukan saja dapat menjadi sebahagian daripada team produksi filem Don 2, tapi apa yang lebih penting lagi ialah bila dapat membintangi filem ini bersama Shah Rukh Khan. Jadi, peguam dia lagi.

"Setakat ini, saya masih belum memperolehi skrip dan saya pun tak tahu sama ada kemunculan saya di dalam filem ini nanti memerlukan skrip atau tidak kerana saya hanya akan terlibat dalam 2 scene saja.

"Tapi, kalau tiada dialog pun tidak apalah. Yang penting, saya masih dapat muncul dalam filem itu dan meraih pengalaman bekerja dengan produksi filem daripada Bollywood," katanya.

Jelas Ady Putra lagi, pihak ejen di Malaysia juga sudah meminta dia untuk mengunci tarikh 15 Februari hingga 16 Februari 2011 bagi dia menjayakan penggambaran 2 scene yang bakal dijayakannya dalam filem Don 2 nanti.

"Saya telah diminta untuk berbuat demikian daripada pihak ejen di Malaysia sejak seminggu yang lalu. Mereka juga beritahu kedua-dua scene itu akan dilakukan di Sungai Udang, Melaka.

"Setakat ini, penggambaran filem Don 2 sudah pun dilakukan di Berlin. Selebihnyhnya, ia akan dilakukan di Sungai Udang, Melaka serta di India sendiri," katanya.

Demi penglibatannya di dalam filem Don 2, Ady Putra juga sedang berusaha untuk menguruskan lagi badannya.

"Kalau boleh saya mahu mendapatkan bentuk rahang dan tulang pipi macam Shah Rukh Khan. Sama macam yang saya lihat dalam gambar saya bersama Shah Rukh dalam portal Murai tidak lama dulu," katanya mengangkhiri perbualan.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Mesra Qi, Yuna


TEMPOH perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan. Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu. Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya. Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu.

“Bercinta itu satu perkataan yang agak kuat sedangkan hubungan kami baru dalam peringkat awal untuk kenal antara satu sama lain.Buat masa ini saya tidak nafikan kami memang rapat, tetapi untuk mengklasifikasikan kami sebagai pasangan yang bercinta rasanya itu terlalu awal,” ucap Yuna penuh jujur.


Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu, perkenalan antara mereka terjadi apabila masing-masing terlibat dalam program terbitan TV9, Kawanku Bintang Coca-Cola. Hubungan mereka terbina selepas Qi berpisah dengan pelakon dan pengacara, Julie Woon yang pernah bergandingan dengan Qi menerusi drama bersiri, Blogger Boy.
QI mengakui akan keserasian yang wujud dalam hubungan dirinya bersama Yuna.

“Dalam program Kawanku Bintang, Qi bertindak sebagai pengacara dan saya pula sebagai juri bersama beberapa teman artis yang lain. Perkenalan kami terjalin selepas Qi berpisah dengan Julie, jadi tidak ada sebarang isu di situ,” jelas Yuna.
Pemenang Ultimate Shout! 2010 itu juga tidak menafikan ibu bapanya telah berkenalan dengan Qi dan dalam masa yang sama menegaskan hubungan mereka masih terlalu jauh untuk mencecah ke jenjang pelamin.

“Saya tidak nafikan ibu bapa saya kenal dengan Qi kerana mereka selalu berada bersama saya. Jadi, tidak secara langsung mereka kenal semua kawan saya termasuk Qi.
“Sebenarnya, siapa sahaja kawan saya, saya akan bawa jumpa ibu dan bapa saya kerana mereka ibu bapa yang berfikiran terbuka. Boleh dikatakan kawan-kawan saya merupakan kawan-kawan ibu bapa saya juga,” kata gadis berasal dari Subang, Selangor itu lagi.

Tanpa berkias, terus diajukan soalan, apakah yang menarik Yuna untuk mendampingi Qi. Kalau dilihat dengan teliti mungkin muzik yang menyatukan mereka sementelah latar belakang Qi yang merupakan bekas pemain drum band popular, OAG.

Qi setia menemani Yuna pada majlis Shout! Awards 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Jawab Yuna penuh sopan: “Saya suka dia sebab dia baik hati juga seorang lelaki yang baik. Dia seorang yang tenang serta menghormati orang di sekelilingnya. Seronoklah berkawan dengan dia.” Jelas sekali, jawapan tulus Yuna itu sudah cukup untuk membukti betapa istimewanya Qi di hati Yuna. Saat ditanya, tidak bimbangkah dia menjalin cinta dengan Qi, seorang lelaki yang berstatus selebriti sepertinya. Terdiam seketika, lalu Yuna menghamburkan kerisauan yang terbuku di hatinya.

“Siapa kata saya tidak bimbang, memang saya bimbang sebab cabarannya lebih besar. Orang pula akan perhatikan segala gerak-geri saya. Dulu semasa saya sering membuat persembahan bersama Hanafi daripada band Estranged, orang kata saya bercinta dengan dia, sedangkan kami hanya berkawan baik,” ujar gadis berusia 23 tahun itu tentang gosip cinta yang pernah melandanya suatu ketika dulu.


Kebimbangan Yuna itu juga menyebabkan dia enggan mengembar-gemburkan kisah peribadinya dan jika boleh mahu disoal hanya tentang kerjayanya sahaja. Katanya dia tidak mahu lari daripada landasan yang telah dirancangnya.


“Saya takut orang akan hilang fokus terhadap muzik saya dan lebih mahu ambil tahu tentang kisah peribadi. Sebenarnya cerita peribadi tidak penting dan saya lebih suka kalau orang tanya tentang kerjaya saya. Buat masa sekarang, Qi pun sibuk dengan kerja dia, begitu juga saya.


“Masing-masing mahu stabilkan kerjaya dulu, baru kami boleh bercerita lanjut mengenai kisah peribadi,” tutur Yuna yang mengakui dia seorang fokus dan gila terhadap kerjanya.


Mahu mendapat kepastian, Kosmo! mendapatkan pula jawapan daripada mulut Qi sendiri. Dia yang ditemui pada parti usai Shout! Awards 2010 bersikap cukup profesional dan terbuka dalam memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Yuna.

“Saya dan Yuna mula rapat semenjak kami sama-sama terlibat dalam program Kawanku Bintang Coca-Cola. Dalam program tersebut, saya pengacara program tersebut. Yuna pula bertindak sebagai juri program,” kata Qi yang pernah mengacara Destinasi Budget. Qi yang berusia 32 tahun itu juga mengakui bahawa dia sememangnya sudah lama meminati lagu-lagu nyanyian Yuna dan sentiasa menyokong kerjayanya.

“Sekarang masih terlalu awal untuk saya katakan yang hubungan kami sudah sampai ke tahap bercinta. Namun, saya juga tidak menafikan bahawa hubungan kami buat masa ini memang rapat. Malah, terdapat keserasian dalam perhubungan kami,” tambahnya yang mula dikenali dengan program Field Trip USA! terbitan 8TV.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 21 November 2010

Mangga Ads mula menunjukkan hasil

Salam. eh! dah nak subuh.. tak pe sementara menunggu masuk waktu Subuh, pingu nak bukak satu entry pasal mangga ADS. sebelum ni try pasang atas jemputan sahabat. try la dgn syarikat baru ni yang agak pelik sedikit cara dia present dia nyer dashboard. aku takle paham camne dia kira. Klik ada kira ke tak.. tiap2 ari aku bukak dash board sbb nak tgok bilangan impression and earning.. selama dua minggu earning 0 harini baru dia mula memaparkan nilai..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Sabtu, 20 November 2010

Camne nak dapat Buffer Nuffnang?

Salam semua.. macam mana nak dapat buffer nuffnang?? to be honest sepanjang 3 tahun setia dengan nuffnang ni, I xpernah dapat buffer.. jeles gak dengan orang yang xsudah2 dapat buffer yang bukan sikit. even kawan saya yang baru join pun leh dapat buffer.. huhu.. ok td wat blog walking jap terjumpe entry pasal ni. sorang mamat tu dapat tips dari orang nuffnag sendiri. antara tips tersebut seperti yang diceritakan adalah seperti dibawah:

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Remy Ishak jadi Duta Produk Dashing dibayar ratusan Ribu?


Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. ye kan? nak cerita sikit tentang Remy Ishak yang pernah naik disebabkan lakonan mantapnya dalam Drama Nurkasih. baru-baru ini pingu terlihat iklan TV Dashing yang run kira-kira seminit di kaca TV. Gempakz seh! ingatkan iklan dr oversea. rupanya Iklan Malaysia tu! taraf-taraf iklan luar. Remy Ishak Looked stunning dgn aksi-aksi terjun bangunan tu. wah! kelas betul. Katanya Remy Ishak dibayar ratusan Ribu untuk iklan tersebut! Rezeki kamu.

yang penting Remy Ishak bekerja secara professional, bersih dari Gosip liar yang kurang enak. dia memang layak di panggil Hero Pujaan Malaya masakini. makan hati la Farid kamil, Rosyam Noor dan Aaron Aziz ahakss..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isu Mykad - Mengapakah senang rosak?


Salam.. hari ini pingu nak mengomel pasal mykad. seperti yang kita tahu mykad ni merupakan satu benda yang dikatakan nyawa bagi setiap individu di Malaysia. Ketiadaan Mykad menyebabkan anda mungkin dituduh warga asing! Persoalan yang cuba dibangkitkan disini ialah mengapa mykad mudah rosak?

ramai orang komplen Mykad yang mereka miliki mula menunjukkan tanda-tanda kemusnahan. sebagai cth mula patah. sedikit-sedikit patah akhirnya menjadi banyak. Kemudian gambar dan tulisan mulai kabur. mengapakah ini terjadi. sebelum ini sibuk diwar-warkan tentang keistimewaan mykad ni ang berbunyi seperti ini:

"Antara ciri keselamatan MyKad yang diuar-uarkan oleh kerajaan dan syarikat yang membekalkan kad tersebut adalah ia tahan lasak, mudah dibawa, boleh menyimpan pelbagai maklumat diri dan bank serta tidak mudah untuk dipalsukan. Kesemua ciri yang dimaklumkan tersebut menjadikan Malaysia antara sebuah negara yang pesat membangun, yang mula menggunakan cip pengenalan diri yang berteknologi tinggi dan tahan lasak untuk kemudahan rakyatnya."

Hakikatnya adakah benar seperti yang diwar-warkan itu? pada pendapat saya, bahan yang digunakan untuk membuat mykad perlulah dikaji akan kekuatannya dan ketahanannya. agar kadar kebarangkalian rosak pd usia yang baru xberlaku.. sekian sahaja!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jumaat, 19 November 2010

Black Mentor mahu sasa uols!


I terbaca Gosip tadi uols katanya Black mahu kelihatan sasa ketika membuat persembahan pentas. Kelass.. hehee.. dia harap dia menjadi lebih sasa sebab katanya ramai yang asyik bertanya kenapa dia kurus sangat: Rimas agaknya dengan pertanyaan tersebut. Even dia dikatakan kuat bersukan tp otot tak naik-naik. hehe .. nasib badan..

Ok seperti yang kebanyakkan kita tahu Black berjaya menempa nama dalam anugerah juara lagu kerana dua lagu nyanyiannya berjaya ke Final dalam saringan kedua dimana dia berada dalam Top 6.. harapan cerah la untuk sangkut. Hope dia berjaya.. BTW I sangat suka lagu Black feat meet uncle hussain bertajuk Drama King tu. tapi pelik la mana Vokalis kumpulan itu>? takkan Black kene nyanyi sorang2 erm... apa2pun good luck utk Black~

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Dah nama Student Belajarlah Rajin-Rajin!


Salam.. Hari ini Pingu nak mengomel la pasal sikap sorang student yang tak mahu bersyukur! As warga pendidik aku sangat faham akan situasi mahasiswa-mahasiswa di kampus. Aku tau la korang tu jenis belajar ke tidak dari attendent list, coursework, asigment, ujian dan Final exam. Tahun ni aku diamanahkan mengajar satu Subjek di Fakulti Kejuruteraan ***** di Universiti aku bekerja. As tenaga pengajar aku seboleh-bolehnya mahu semua pelajar aku cemerlang. Aku mengajar sebaik mungkin dan aku telah memberi yang terbaik untuk pelajar-pelajarku..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Khamis, 18 November 2010

Earning Adverlets da cukup RM 50


Hai semua! Hari ini pingu nak bercerita pasal earning adverlets yang dah cukup RM 50. Bayangkanlah selama 3 tahun rasanya dah pasang adverlets ( Pasang pastu bukak pastu pasang balik) akhirnya hari ini cukuplah ia RM 50. Aku rasa agak tidak berbaloi la even iklan dia selalu keluar tp earning naik cam siput la... huhu.. berbanding nuffnang yang aku dah dapat beratus begitu juga innity.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isnin, 15 November 2010

Wanita dan Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!


Malam ni nak buka satu Topik. actually pingu baru je putus cinta.. sedeh gak.. sebab sayang sangat kat dia.. kenapalah tiba2 dia meninggalkan pingu. BTW pingu melayannya setulus hati.. xde masalah pun.. tiba2 dia kata dia tak mampu mencintai diri ini sepenuh hati dan dia harap ada insan lain yang akan mencintai diri ini sepenuhnya. memang sedeh sbb kene tinggal begitu sahaja.. hati masih berdarah.. and actually masih memikirkan apakah kurangnya diri ini and apakah yang wanita ini mahukan dlm percintaan.. buntuku memikirkannya.. ada yg boleh bantu bg pendapat tak? huhu




^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 14 November 2010

Buffer Nuffnang

Gambar hiasan

salam semua.. lama pingu xupdates blog ni.. macam majuk sikit.. td ronda2 blog rakan2 ramai bercerita pasal buffer earning dr nuffnang.. jujurnya, saya dh join nuffnang more than 3 years tp sekalipun xpernah dapat buffer.. sedangkan kawan sy baru je join dlm beberapa bulan itupun sbb sy yang perkenalkan.. then minggu ni dia dapat Buffer dr iklan nikon DCLR.. actually sgt2 jeles... napelah nuffnang xpernah bg buffer kat saya.. nak nanges.. nak nanges.. huhu

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search