Salam.. hari ini pingu nak mengomel pasal mykad. seperti yang kita tahu mykad ni merupakan satu benda yang dikatakan nyawa bagi setiap individu di Malaysia. Ketiadaan Mykad menyebabkan anda mungkin dituduh warga asing! Persoalan yang cuba dibangkitkan disini ialah mengapa mykad mudah rosak?
ramai orang komplen Mykad yang mereka miliki mula menunjukkan tanda-tanda kemusnahan. sebagai cth mula patah. sedikit-sedikit patah akhirnya menjadi banyak. Kemudian gambar dan tulisan mulai kabur. mengapakah ini terjadi. sebelum ini sibuk diwar-warkan tentang keistimewaan mykad ni ang berbunyi seperti ini:
"Antara ciri keselamatan MyKad yang diuar-uarkan oleh kerajaan dan syarikat yang membekalkan kad tersebut adalah ia tahan lasak, mudah dibawa, boleh menyimpan pelbagai maklumat diri dan bank serta tidak mudah untuk dipalsukan. Kesemua ciri yang dimaklumkan tersebut menjadikan Malaysia antara sebuah negara yang pesat membangun, yang mula menggunakan cip pengenalan diri yang berteknologi tinggi dan tahan lasak untuk kemudahan rakyatnya."
Hakikatnya adakah benar seperti yang diwar-warkan itu? pada pendapat saya, bahan yang digunakan untuk membuat mykad perlulah dikaji akan kekuatannya dan ketahanannya. agar kadar kebarangkalian rosak pd usia yang baru xberlaku.. sekian sahaja!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^