JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

"Selfie" Lambang Keyakinan


Anda setuju tak? Hehe.. Saya juga penggemar Selfie.. Peduli Masyarakat nak kata apa.. =p

Selipar Keluaran China yang Berbahaya

Hai semua! Saya tak sangka bahawa pakai selipar juga boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita. Selipar sepatutnya menjadi penyelamat kepada kita jika terpijak benda-benda tajam seperti kaca namun apa terjadi jika bahan yang digunakan untuk membuat selipar tersebut berbahaya kepada kulit kita. Selipar ini dikatakan keluaran China.


2 Ekor Beruang Panda China - Malaysia


Beberapa bulan lepas, kecoh tentang Beruang Panda yang diimport daripada China. Baik yang setuju dengan kehadiran panda tersebut atas sebab-sebab tertentu dan ramai juga yang menyelar kerana kosnya yang tinggi. Walau apa-apapun, jika atas sebab hubungan diplomatik Malaysia-China, ia adalah sesuatu yang perlu. 

China merupakan kuasa besar dunia dan hubungan baik kedua-dua negara adalah perlu. Dengan kes kehilangan pesawat MH370 yang merentap hubungan dua hala kedua-dua negara. Tidak kurang juga kes penembakan jatuh Pesawat MH17 yang menggetarkan hati rayat Malaysia dan juga dunia keseluruhannya.

Saya jangka ada pihak jahat yang ingin mengganggu keharmonian hidup rakyat Malaysia yang baru sahaja menyambut kemerdekaan yang ke 57 semalam. Saya hanya mampu berdoa agar segalanya baik-baik sahaja. Janganlah negara Malaysia yang tercinta ini diganggu keamanan dan kedaulatannya.

Berbalik kepada panda. Saya tak pernah melihat rupa beruang panda secara terus tapi mereka kelihatan sangat comel. Beruang panda kini mengalami kepupusan akibat perbuatan manusia sendiri. Mungkin suatu hari nanti akan ada spesis haiwan yang lenyap daripada muka bumi ini seperti beberapa spesis haiwan lain.

by the way, apa cerita panda dua ekor tu ya? hope mereka sihat-sihat sahaja dan boleh membiak =)