JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Amalan Untuk Menjadi Kaya Menurut Islam

Daripada Ceramah Ustaz Syeikh Zainul Asri - Tips Nak Jadi Kaya (LINK), Berikut merupakan amalan yang boleh dilakukan untuk mengharapkan Allah mengurniakan kekayaan kepada kita. Sesungguhnya, Allah itu jua yang Maha Kaya pemilik Sekelian Alam.


Amalan Perlu dibuat setiap hari:

1) Solat Dhuha 4 Rakaat.

2) Membaca Surah Al-Waqiah (2x sehari) - Waktu Pagi dan Malam.

3) Banyakkan Berselawat... 1000x 2000x 3000x mengikut kemampuan:

          Allahumma Salli Alaa' Saiyidina Muhammad

4) Wajib hafal dan dibaca 10x lepas solat subuh dan 10x lepas seolat asar (wajib hafal tak boleh dibaca dr buku / tulisan):

          Bismillahirahmanirrahim.

          Allahumma Salli Wasallim Alaa' Saiyidina Muhammad

          Karimil a'ba 

          Wal ummahat.


Tambahan: Nak rezeki banyak melimpah ruah, Baca 3 Surah ini yang tidak mengandungi Huruf Kaf:

1) Surah "Al-Asr"

2) Surah "Liilafi Quraisy"

3) Surah "Al-Falaq"


Selamat beramal.



Rakyat Sedang Memerhati Perdana Menteri ke-10

Tahun ini menyaksikan Satu Sejarah telah Tercipta. Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang selama ini dipanggil PM tepi telah berjaya mendapat tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri ke-10. Dalam pemerintahan yang masih  baru, banyak perkara perlu beliau lakukan untuk negara kita Malaysia.

Pada masa ini, banyak mata yang memerhati kepada beliau. Segala tindak tanduk perbuatan dan apa jua perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri ke-10 menjadi perhatian oleh masyarakat negara kita di mana ramai rakyat Malaysia menantikan bahawa PM ke-10 boleh membawa satu pembaharuan yang baik kepada Senario politik negara.

PM ke-10 banyak membuat janji-janji sebelum ini. Rakyat melihat janji-janji yang pernah dibuat akan dilaksanakan terutamanya hal berkaitan dengan kebajikan Rakyat

Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu bekerja keras dan membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan dapat dilaksanakan walaupun secara perlahan dan berperingkat kerana kita percaya dan kita yakin bahawa jika pemimpin menggalas amanah dengan baik, negara kita akan menjadi lebih Makmur lebih maju dan  aman sentosa.

Rancangan All Together Now Malaysia Musim ke-2 Membuka Tirai

Actually, tertengok episod pertama All Together Now Malaysia Musim ke-2 yang menampilkan banyak penyanyi dan pelakon sebagai Juri (Seramai 50 orang). Dan peserta pembukaan, Nadeera adalah seorang bintang yang mungkin sudah dikenali oleh sebahagian besar kita kerana beliau telah banyak memasuki pertandingan-pertandingan Realiti TV (walaupun nasib belum menyebelahi beliau).

Naderaa membuat persembahan yang bagi saya sangat hebat! Pitch on point dengan dinamik sehingga ia membuatkan 48 daripada 50 juri bangun untuk memberikan markah. Namun, saya ralat dengan 2 orang Juri Kontroversi yang tidak bangun. Kalaulah 2 orang tu penyanyi hebat ok lah tapi mereka memang diketahui bukan penyanyi yang bagus. Namun, mereka tak bangun. Adakah mereka tak korek telinga ataupun? Tak tahulah.

Mungkin juga itu adalah gimik yang sengaja dibuat untuk menimbulkan kontrobesi di acara ini. Kita dan biasa dengar pasal Kontroversi untuk melariskan dan menaikkan rating program. 

Ramai juga peserta yang boleh menyanyi dengan baik untuk rancangan ini dan boleh diberikan spotlight. Semoga terus maju.

Apa-apapun Al Together Now Malaysia memang rancangan yang menghiburkan.