| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Selasa, 16 Mac 2010

Alahai Anak KucingKu Sayang

PiNGu tengah sedih actually.. anak kuceng kesayangan ada empat ekor.. tapi sekor hilang dikuatiri terjatuh diatas jalan raya dan dilenyek kenderaan lalu lalang. Kisahnya begini:

Ada la kawan nie dia gi opis.. dia xpasan yang ada anak kuceng masuk di bahagian enjin keretanya... lalu dia bawak la anak kuceng tu bersiar2... jauh la jugak perjalanan tu.. masa dah sampai umah kami terdengar bunyi ana kucing.. cari punya cari rupanya dia duduk bahagian enjin kereta.. mmg kami terkujat kejap.. bayangkanle kalau dia jatuh mmg maut la.. tp bila check hanya ada 2 ekor je kuceng kat situ.. and seko lagi xikut naik kete.. selamat la.. but seekor lagi hilang begitu sahaja.. PinGu suspek ada 3 ekor ikut bersiar2 dgn kereta kawanku itu but sekor terjatuh di jalan raya and dilenyek.. lebih-lebih lagi aku nampak seolah2 bangkai dilenyek sampai lumah On Da Way aku nak ke opis.. aku suspek tu kuceng aku yg ilang tu. huhu sedih sgt..   

so, moralnya, korang kene pastikan anak kuceng korang xmelepak dekat bahagian enjin kereta sebelum korang berjalan.. ni bukan kes pertama tapi dah banyak kali.. huhu..

sekian sahaja..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Selasa, 9 Mac 2010

Avatar Tewas

Juri Anugerah Academy ke-82 mengangkat filem The Hurt Locker arahan Kathryn Bigelow yang juga bekas isteri James Cameron

KEJUTAN tercipta pada Anugerah Academy ke-82 yang berlangsung di Los Angeles semalam apabila calon pilihan, Avatar, tewas di tangan filem yang berkisar mengenai peperangan di Iraq, The Hurt Locker.

Filem terbabit bukan saja dinobatkan Filem Terbaik, malah pengarahnya, Kathryn Bigelow, turut menaiki pentas sebagai Pengarah Terbaik, mengetepikan bekas suami yang juga pengarah Avatar, James Cameron.

Bukan sekadar dua trofi pada anugerah perfileman paling berprestij di dunia itu yang dimenangi, sebaliknya The Hurt Locker juga membawa pulang empat lagi anugerah pada malam bersejarah berkenaan.

Bigelow sendiri pastinya insan paling gembira apabila dia muncul sutradara wanita pertama dalam sejarah penganjuran Anugerah Academy, yang diumumkan pemenang trofi tertinggi dalam bidang pengarahan.

"Tidak ada kata untuk saya menggambarkan perasaan saya ketika ini. Ia detik yang hanya datang sekali seumur hidup. Keadaan ini cukup luar biasa untuk berada dalam kelompok calon akhir yang rata-rata terdiri daripada pembikin filem yang hebat. Mereka memberikan ilham kepada saya untuk menghasilkan filem dan saya mengagumi mereka, dengan sebahagiannya sejak berdekad lama," kata Bigelow.

Cameron yang dikahwininya pada 1989 hingga 1991 ditempatkan betul-betul di belakang Bigelow pada anugerah terbabit, dan nyata amat gembira serta turut berdiri memberikan penghormatan apabila bekas isterinya itu diumumkan pemenang trofi utama itu.

Bukan hanya Bigelow yang muncul pemenang kali pertama pada acara itu, apabila empat trofi kategori lakonan turut dimenangi oleh pelakon yang belum pernah menggenggam Oscar sebelum ini.

Sandra Bullock membuktikan kejelitaannya seiring dengan bakat apabila mengungguli kategori Pelakon Wanita Terbaik hasil persembahannya dalam The Blind Side, manakala Jeff Bridges berseronok dengan trofi Pelakon Lelaki Terbaik, menerusi filem Crazy Heart.

Aktres kulit hitam, Mo’Nique, mengetepikan calon lebih terkenal untuk menggenggam trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, sementara Christoph Waltz menerima trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, sebagaimana yang diramalkan banyak pihak.

Kemenangan pada edisi ke-82 ini tentunya begitu bermakna buat aktor veteran, Bridges, yang pernah dicalonkan sebanyak empat kali bagi memenangi trofi lakonan sepanjang 38 tahun lalu. Namun, empat kali itu jugalah dia pulang kehampaan.

Pada 1972, Bridges dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki menerusi filem The Last Picture Show, manakala tiga tahun kemudian, dia dicalonkan dalam kategori sama menerusi filem Thunderbolt and Lightfoot. Pencalonan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pertama pernah diterimanya pada 1985 menerusi filem Starman. Pada 2001 pula, sekali lagi Bridges dicalonkan bagi kategori pembantu menerusi The Contender.

Sebelum menjulang Oscar, Bridges terlebih dulu memenangi kategori sama pada empat anugerah lain - Broadcast Film Critics Association Awards, Golden Globes, Los Angeles Film Critics Association Awards dan Screen Actors Guild Award.

Dalam Crazy Heart, aktor berusia 60 tahun ini beraksi sebagai penyanyi country yang cuba membuang tabiat buruknya selepas berkenalan dengan seorang wartawan wanita muda, lakonan Maggie Gyllenhaal.

Bagi Bridges, kejayaan itu adalah hasil dorongan kedua-dua ibu bapanya, penulis puisi, Dorothy Bridges dan pelakon Lloyd Bridges.

Manakala Bullock yang sememangnya menjadi pelakon kesayangan ramai belum pernah dicalonkan sebelum ini. Namun, wataknya sebagai wanita kaya yang membantu kanak-kanak jalanan, Michael Oher, muncul jaguh sukan bola sepak Amerika memberikannya peluang merasai kegemilangan Oscar.

Jika ditakdirkan dia tidak memenangi trofi kebanggaan itu semalam, Bullock sebenarnya sudah pun menggenggam sebuah trofi lain. Cuma, pada Anugerah Golden Raspberry, dia diumumkan Pelakon Wanita Terburuk menerusi lakonannya dalam All About Steve.

Lakonan mantapnya sebagai Leigh Anne Touhy yang kuat semangat dalam The Blind Side tentu sekali memperluaskan pengaruh aktres ini, yang sebelum ini cukup gah menguasai filem bercorak komedi romantik. Kini, namanya sebaris dengan pelakon wanita lain yang sering kali disenaraikan untuk Oscar.

Bullock mencipta nama menerusi beberapa filem popular seperti Speed, While You Were Sleeping, Miss Congeniality dan The Proposal. Lakonannya sebagai seorang ibu dari Tennessee yang mengambil anak angkat miskin dalam filem terbarunya itu nyata membuktikan betapa pelakon ini turut dikurniakan bakat lakonan bukan sedikit.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Samseng Jalanan masuk panggung

Farid kamil

BARU saja hendak menunjukkan kreativiti dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari sewaktu menuntut di institusi pengajian tinggi, tiba-tiba dia mendapat perkhabaran filem pertama arahannya itu bakal diharamkan. Semuanya kerana beberapa adegan yang dianggap keterlaluan.

Tidak mahu filemnya itu terperap begitu saja, Farid Kamil dan penerbit filem V3:Samseng Jalanan, MIG Production membuat rayuan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). Selepas bertolak ansur terhadap beberapa perkara, akhirnya filem itu lulus untuk ditayangkan kepada umum. .

Demi filem pertamanya itu, Farid sanggup berbuat apa saja. Ketika majlis pratonton filem ini yang berlangsung di Mutiara Damansara, baru-baru ini Farid mendedahkan bahawa filem V3:Samseng Jalanan ini ada kaitan dengan kehidupannya sebelum bergelar pelakon.

“Saya boleh anggap filem ini adalah luahan rasa seorang Mat Rempit. Saya pernah melalui pengalaman berlumba haram 15 tahun lalu

“Tapi apabila saya mengatakan ia adalah filem luahan rasa seorang mat rempit tidak bermakna saya mengangkat mereka sebagai wira.

“Apa yang saya gambarkan dalam filem ini adalah gambaran sebenar kehidupan mereka. Dialog yang dilafazkan watak sudah memadai untuk menggambarkan luahan hati mat rempit. Filem ini dibuat mengambil inspirasi Osman Ali ketika mengarah Anak Halal,” kata Farid.

Tidak dinafikan, sepanjang menanti filem ini untuk diluluskan, Farid tak senang duduk diam. Debaran menjadi sahabat setianya. Ternyata penantian memang satu penyiksaan buatnya. Namun berkat kesabaran, akhirnya filem yang menampilkan lakonan mantap Farid sendiri bersama pelakon lain seperti Aqasha, Intan Ladyana dan Lisa Surihani diluluskan LPF dengan klasifikasi 18PL.

“Walaupun dipotong sebanyak 20 peratus kerana ia membabitkan adegan mat rempit seperti mengangkat tayar depan dan belakang serta babak mereka melepaskan diri dari sekatan polis, namun saya puas hati kerana ia tidak mencacatkan plot ceritanya.

“Pun begitu, sebagai pengarah baru, karya saya ini masih banyak kelemahan terutama dari aspek penceritaan dan perkembangan karakter,” jelas Farid yang bercadang untuk mengarahkan filem berkonsepkan aksi selepas ini.

Dengan kos sebanyak RM1.8 juta, filem V3:Samseng Jalanan ini mengisahkan Rudy (lakonan Farid) bersama rakannya, Brett/Black (Bront) berdepan masalah selepas dua rakan mereka yang membawa bungkusan dadah maut dalam nahas jalan raya. Apabila Rudy bersama Brett diburu polis, mereka melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di ibu negara itu, Rudy berhasrat mengubah hidupnya. Namun, kehadirannya disedari Garing (Aqasha) yang mengajaknya berlumba.

Dalam satu perlumbaan yang membabitkan wang pertaruhan sebanyak RM10,000, Rudy diburu Garing selepas dia tewas dalam perlumbaan itu. Untuk mendapatkan kembali, Garing menculik Lisa (Intan) yang berkenalan dengan Rudy di bandar.

Filem rempit terakhir

BUKAN merajuk atau beremosi apabila David Teo memberitahu bahawa filem V3:Samseng Jalanan adalah filem terakhir yang mengisahkan mat rempit, Sebaliknya keputusan itu dibuat berdasarkan garis panduan baru yang dikeluarkan oleh LPF.

“Ini bermakna filem V3:Samseng Jalanan adalah filem terakhir kami yang memaparkan aksi Mat Rempit. Saya hanya akan kembali menerbitkan filem seperti ini jika syarat atau garis panduan itu dilonggarkan. Saya tidak mahu menanggung risiko jika terus menghasilkan filem seperti ini supaya kejadian yang sama tidak berulang. Mujurlah pihak LPF meluluskan juga filem ini,” tegas David.

Mengulas hasil kerja anak didiknya itu, David melahirkan rasa puas hati dengan apa yang diberikan oleh Farid.

“Saya sangat berpuas hati dengan kualiti sistem bunyi dalam filem ini yang menggunakan Dolby Digital Surround EX. Berdasarkan hasil kerjanya itu, saya juga sudah memintanya mengarahkan sebuah lagi filem pada April depan,” katanya.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Memang rezeki Kecik


Idlan

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jumaat, 5 Mac 2010

Bapa Haresvarren Dakwa Iri Hati Punca Anak Dibunuh Kejam

PETALING JAYA: Bapa kepada mangsa dera, K. Haresvarren, 18 bulan yang meninggal dunia dipercayai didera, mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada perasaan iri hati terhadap kebahagiaan keluarganya.

S. Karigalan, 42, berkata ini kerana suspek tidak mempunyai anak selain isteri suspek sering meminta untuk menjaga anaknya itu.

"Saya berharap agar pihak polis dapat menyiasat perkara ini secepat mungkin dan menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas pembunuh anak saya," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira yang berlaku antara pukul 10 dan 12 tengah malam di Kayu Ara, Damansara itu, Haresvarren meninggal dunia selepas mengalami keretakan pada tulang rusuk selain hatinya pecah serta lebam-lebam di seluruh badan dipercayai akibat didera.

Karigalan yang juga seorang penerbit filem berkata ketika kejadian dia berada di ibu negara kerana terbabit dalam satu penggambaran dan hanya mengetahui perkara itu kira-kira pukul 10 malam selepas dihubungi rakan isterinya. Isterinya, K. Thilagavathy, 23, pula berkata dia keluar membeli barangan keperluan dan anak lelaki mereka itu ditinggalkan bersama isteri suspek yang juga bekas pengasuh Haresvarren.

"Saya menelefon bekas pengasuh saya untuk melihat keadaan anak saya di situ dan saya mengesyaki ada sesuatu yang berlaku selepas pengasuh saya itu tidak menjawab panggilan saya," katanya.

Dia yang curiga sesuatu berlaku ke atas anaknya itu bergegas ke rumah bekas pengasuhnya dan mendapati Haresvarren sudah tidak bermaya sebelum menghantarnya ke klinik berhampiran.

Haresvarren disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam tadi dan polis percaya kanak-kanak malang itu telah dipijak.Ini adalah kejadian kedua melibatkan kematian kanak-kanak akibat didera dalam tempoh seminggu.

Pada Khamis lepas Syafiah Humairah Sahari, 3, maut dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya di padang bola berhampiran rumah mereka di Taman Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.- BERNAMA

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 3 Mac 2010

Shila Dianak Tirikan Stesen Radio?



Penyanyi cantik dan berbakat seperti Shila pun mengeluh lagu Bebaskan daripada album baru tidak ke udara

KALAU mahu ikutkan bakat dan populariti, ternyata penyanyi remaja ini memiliki kedua-duanya. Siapa yang tak kenal anak gadis kepada penyanyi dan pengacara ND Lala ini. Aksi lincahnya di pentas serta suaranya yang tersendiri membuatkan nama Siti Nurshaila Amir Hamzah atau Shila begitu cepat terpahat dalam ingatan peminat setianya.

Namun, entah di mana silapnya, suara Shila hanya laku di pentas pertunjukan dan kaca televisyen tetapi tidak di radio. Sejak meluncurkan album terbarunya berjudul Bebaskan Oktober lalu, amat sukar untuk mendengar lagu nyanyian Shila berkumandang di udara. Kalau hendak diikutkan, ada antara lagu yang dimuatkan dalam album itu kebanyakannya hebat belaka kerana dicipta komposer terkenal tanah air.

Bayangkan selepas segala usaha dan penat lelah ditumpahkan untuk album sulungnya, tiba-tiba ia bagai tak dihargai oleh sesetengah stesen radio dan membiarkan album itu terperap begitu saja. Saat diajukan pertanyaan ini kepada Shila, penyanyi ini mengakui dia sendiri begitu kecewa dengan situasi itu.

'Saya tidak tahu di mana silapnya'

“Saya sendiri tak tahu mengapa ada stesen radio tidak mahu memutarkan lagu saya. Rasanya album itu sudah diberikan awal kepada mereka, tapi sehingga kini, saya sendiri tak tahu apakah statusnya. Bukan saya saja yang perasan akan hal itu tetapi juga peminat. Kalau hendak kata lagu saya tidak menepati cita rasa ramai, itu perkara subjektif.


BERSAMA Gary promosi iklan minuman Tinge.

“Itulah kadang-kadang saya sendiri hairan dengan sikap sesetengah stesen radio ini. Apabila kita buat pembaharuan, mereka kata lagu kita tak sesuai dengan kumpulan pendengar sasaran mereka, tetapi kalau muzik kita masih di takuk lama, kita pula dikatakan tidak inovatif. Ini yang membuatkan saya tertanya-tanya apakah yang mereka mahukan sebenarnya,” kata Shila ketika ditemui sewaktu sesi penggambaran iklan minuman Tinge, di Shah Alam baru-baru ini.

Shila dipilih menjadi wajah baru iklan minuman itu bersama penyanyi terkenal Taiwan, Gary Chow menggantikan Marsha dan pemenang Malaysian Idol musim kedua, Daniel Lee.

Ditanya apakah ini juga ada kemungkinan dengan kurangnya promosi mengenai album itu membuatkan kebanyakan stesen radio terlepas pandang mengenai album itu, Shila menafikan perkara itu.

“Shila tak rasa promosi mengenai album ini kurang kerana setahu Shila, pihak syarikat rakaman sudah pun menghantar single Shila untuk diputarkan. Bagaimanapun, Shila akui, kesibukan Shila dengan pelbagai projek membuatkan jadual promosi Shila agak terbatas. Mungkin selepas Shila selesai semua perkara, barulah Shila akan beri tumpuan sepenuhnya terhadap album ini,” kata Shila yang mengakui puas hati dengan penerbitan album solonya itu.

Kata Shila lagi, sebagai penyanyi adalah penting jika lagu mereka diputarkan di radio kerana itulah salah satu cara untuk peminat mereka tahu bahawa artis mereka masih lagi aktif dalam bidang seni.

“Apabila perkara ini berterusan, nampaknya dakwaan berlakunya anak tiri membabitkan artis tempatan memang berlaku dan saya harap stesen radio dapat mempertimbangkan luahan saya ini.Kalau benar lagu saya mempunyai masalah untuk diputarkan, harap dapat dimaklumkan kerana kalau berdiam diri saja, ia tak akan menguntungkan sesiapa,” tegas Shila yang semakin popular dengan lagu Ada Saja ini.

Lebih popular sebagai duta

BIARPUN lagunya jarang diputarkan di corong radio, namun survival Shila dalam dunia seni tetap ampuh apabila dia sering menjadi pilihan untuk menjadi jurucakap produk. Sebelum ini Shila pernah menjadi jurucakap aiskrim Walls. Kemudian dia dan Dafi terpilih sebagai duta minuman Coca Cola dan sempat muncul dalam sebuah iklan. Terbaru, Shila dipilih menghiasi wajah minuman Tinge keluaran Spitzer.

Ternyata, Shila begitu laku sebagai duta produk dan apakah ini ibarat satu rahmat di sebalik duka buat penyanyi itu. Menurut Shila, dia tidak kisah dikatakan sedemikian, malahan bersyukur dan menganggap itu semua rezeki buatnya.

“Mungkin imej remaja saya membuatkan ramai pihak berminat untuk menjadikan saya jurucakap mereka. Apapun, saya mengucapkan terima kasih pada pihak 8 Unit kerana mencadangkan nama saya kepada pihak Spitzer.Seronok kerana rezeki saya tak putus-putus. Selepas tamat kontrak dengan Coca Cola, saya terus dilamar untuk menjadi jurucakap minuman berperisa ini. Lagipun Shila memang suka dengan minuman ini sebelum Shila menjadi jurucakapnya lagi,”kata Shila.

Bercerita pengalaman menjayakan penggambaran iklan itu, Shila berkata dia begitu seronok kerana berpeluang bekerjasama dengan seorang penyanyi seperti Gary.

“Ketika di awal pertemuan, Gary kelihatan malu-malu, tetapi tidak lama kemudian, barulah kami rasa serasi. Setakat ini Shila memang rasa seronok sangat menjayakan iklan ini kerana ia jelas menggambarkan cita rasa seorang remaja seperti Shila dan Gary pun memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran iklan ini,” ujar Shila yang bergaya ranggi petang itu.

Sebagai jurucakap, wajah Shila dan Gary akan tertera dalam botol minuman itu dalam enam bentuk yang berlainan. Tinge mempunyai dua perisa iaitu Lemon dan juga Fruit Passion.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Catcheye - New advertisement style .. Register now


Hai kawan2..daripada korang on9 je, hasil pon xde, mesti BOSAN kan???
mule2 mmg xcaye bnde ni,tp y not kite try kn sbb die XPERLU MODAL pn.XPERLU MODAL..

haaaa, nie die...sambil on9, sambil cari duit.. beri saya masa 5 minit je boleh? mari sertai saya di catcheyes
jom..

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia, apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat disini,

ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

katakan anda menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh RM11x10=RM110 jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..

banyak tu .. awak tak nak ke? ayohlah sertai saya..benda ni 100% percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..benda free xkan tak boleh ajak..

untuk maklumat awak,keahlian catcheye telah mencecah 46,723 orang sekarang.. jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan..

Cara nak register:

http://www.catcheye.com.my/?r=65117

2.klik join catcheye now

3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan ini selepas cukup RM50)

4.Isi jawapan:

soalan 1 jawapan A (atas sekali),
soalan 2 jawapan B (yang tengah),
soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)

5.klik agree and proceed..
Ok siap!
kemudian apa perlu buat?

1.klik sign in

2.lepas sign in klik reward panel

3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.

4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.

5.postkan risalah saya ni di buletin facebook atau myspace & emailkan kepada kawan2.

6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level 1.

percayalah!sebab benda ni 100% percuma REZEKI TUHAN YG BG..TP KITE KNE USAHA JGAK KN??
TGGU APE LG?? J0MLA J0IN.. =)
klik, klik, klik

*x berminat pn try je…anggap je main2 mne tau ade rezeki FREE JE...XTIPU... =)

try je la klik...TRY ! TRY! Mana tahu rezeki anda!
http://www.catcheye.com.my/?r=65117


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Selasa, 2 Mac 2010

Mee Bandung Muar, Paling sedap?


Hye semua.. Pagi ni pingu nak berceloteh sikit tentang makanan. Ok. Menu hari ini ialah mee bandung. kalau sebut je mee bandung, orang akan terbayangkan mee bandung Muar. Katanya Mee bandung paling sedap ni terdapat kat muar. aku tak pastilah sebab aku tak pernah lagi makan mee bandung seluruh Malaysia. But personally memang aku pernah makan mee bandung Muar. memang sedap weh.. Kuah dia berasa. But nak kata tempat lain kurang sedap tak juga. As long as orang tu pandai masak mee bandung yang special aku rasa leh jadi sedap gak.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search