JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Cabaran Bermalam Di Rumah Hantu


Bermalam di Rumah Berhantu... Ada Berani? Hahahaha..

Den pun takde masalah asalkan den ada pc dengan  internet yang laju. Bleh la layan apa-apa yang patut hehehe..

Nama-nama canggih yang diberikan kepada anak-anak anda menghasilkan

Sekarang ini dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nampaknya trend memberikan nama-nama yang canggih kepada anak-anak mereka semakin menjadi-jadi. Ia bukanlah satu kesalahan asalkan nama tersebut mempunyai nama yang baik. Tapi, anda pernah terfikir tak bahawasanya suatu hari nanti anak-anak anda akan menjadi seorang nenek dan terhasillah nenek-nenek yang mempunyai nama yang canggih. Tiada lagi Temah, Melur, Joyah, dan seumpanya mungkin diganti dengan nama Intan Merlisa Syakinah, Puteri Elisya Edazora dan lain-lain. hehe kelakar  tapi inilah realitinya =)


Ulasan Album Dato Siti Nurhaliza - Fragmen


Seperti yang pernah diulas sebelum ini, Album ini memang baik dan berbaloi dimiliki. 9 Buah lagu masing-masing ada ceritanya tersendiri:

1) Aku
2) Jaga Dia Untukkku
3) Mula dan Akhir
4) Kau Sangat Bererti
5) Sanubari
6) Terbaik Bagimu
7) Membunuh Benci
8) Warna Dunia
9) Lebih Indah


Semoga Datuk Siti akan menghasilkan album yang berkualiti pada masa akan datang

Gluta King Advanced: Kulit Gebu Putih Sihat


Ramai yang inginkan Kulit yang cantik gebu dan Sihat. Aku pun macam tu juga. Aku sebelum ni banyak nampak orang mempromosikan kehebatan Gluta King ni. Lama-kelamaan aku tergerak nak mencuba. So, aku pun orderlah daripada seorang rakan facebook aku. Harga sebotol masa tu RM 130.

Aku pun start ambil gluta king ni 1-2 biji sehari bergantung kepada aku sempat ambil atau tidak. Sometimes aku tak ambil langsung dalam sehari. Walaupun tidak berapa konsisten mengambil produk ni, namun aku sangat terkejut kerana ia sangat berhasil.

Aku dapat rasakan kulit pipi aku lebih gebu daripada biasa sehinggalah aku suka nak usap-uspa pipi aku sendiri. Haha. AKu tak tipu namun ini hakikatnya. Kalau tak percaya cubalah ambil sebotol. Mungkin disebabkan produk ini selain mengandungi Glutatione, ia mengandungi pelbagai bahan lain termasuk kologen.

So, aku syorkan korang ambil produk ini kalau korang mampu kerana ia baik untuk kulit anda.

Sekian sahaja testimoni saya tentang produk GlutaKing Advanced.

Zen Zyker - Pemenang Mr. Malaysia Planet


First time aku lihat gambar mamat ni aku rasa dia ni mesti orang Filipina. Biasalah orang Malaysia ni ramai yang memiliki rupa paras melayu yang biasa. Yang satu ni memang nampak benar macam bukan melayu. Mata dia agak sepet-sepet disambil bulu kening tebal. Lepas tu kulit memang putih melepak. Licin gitu. Kawan-kawan aku pun kata dia ni mungkin buat profile fake just untuk popular di facebook.

Namun, tekaan aku dan kawan-kawan ternyata salah kerana beliau ni memang wujud dan dia orang Melayu! Zen Zyker ni berasal daripada Kelantan. Tidak hairan sebab orang Kelantan yang aku kenal banyak yang berdarah campuran dengan Siam, Arab dan bangsa lain. Justeru ramai juga antara orang-orang Kelantan yang memiliki paras rupa yang menarik. Aku pernah pergi Kelantan aku tau.

Berbalik kepada Zen Zyker, beliau merupakan salah seorang Finalis Mr. Malaysia Planet. Tidak silap aku untuk tahun 2013. Walaupun beliau hanya merangkul Naib Juara, Namun beliau telah diberi penghormatan untuk mewakili Malaysia. Atas sebab-sebab peribadi, beliau menarik diri. Aku kenali beliau di Facebook sebelum dia join Mr. Malaysia Planet itu sebab aku curiga tentang profile facebooknya.

Itulah serba sedikit tentang beliau. Tidak silap aku, beliau bekerja di bahagian Perubatan/Klinikal. Sambil itu, beliau juga ada join Business. Aku pun ada beli barang dengan dia. Aku beli pelebat kening dan gluta King. Pelebat kening tu aku pun jarang pakai. Tak jugak lebat haha. Glutaking tu bagus weh boleh lembutkan kulit. tak Caya try la. 

Cara Mencuci Buah Pinggang Dengan Berkesan dan Murah

Orang yang sihat selalu lupa yang nikmat sihat tu sangat berharga sehinggalah mereka ditimpa kesakitan. Kalau sakit biasa seperti demam dan selesema tu tidaklah kisah sangat namun apa yang terjadi jika organ penting seperti jantung dan buah pinggang mengalami masalah? Pastinya anda akan kehilangan sebahagian besar nikmat hidup anda. 

Kali ini saya nak bercerita tentang buah pinggang. Saya ada seorang datuk saudara yang mengalami kerosakan buah pinggang dan terpaksa membuat dialisis buah pinggang setiap minggu sejak beberapa tahun yang lalu. Salah satu tabiat beliau yang mungkin mendorong kepada kerosakan buah pinggang ialah dengan mengamalkan makan jeruk-jeruk secara kerap. 

Saya juga baru mendapat tahu seorang kawan baik saya juga mengalami kerosakan buah pinggang! maka, ia merupakan satu petanda buah pinggang boleh mengalami kerosakan walaupun pada usia muda.

Buah pinggang berfungsi sebagai sistem kumuhan badan dan merupakan satu komponen organ tubuh yang sangat penting. Maka, adalah penting untuk kita pastikan buah pinggang kita sentiasa berfungsi dengan baik. Salah satu cara yang murah dan berkesan untuk "mencuci" buah pinggang adalah dengan mengamalkan minum air rebusan daun sup. Baca artikel dibawah:


Tip Meningkat Trafik Blog: Hit Bermusim


Hi! Sekarang aku nak tunjuk hit blog aku sepanjang bulan puasa. Korang pun faham-faham sahaja menjelang bulan ramadan, ramai yang sudah memikirkan persiapan hari raya. Salah satunya tentang persiapan untuk baju melayu atau baju raya. Justeru, saya menulis beberapa topik berkenaan baju raya dan hasilnya, saya mendapat trafik yang cukup banyak setiap hari berkenaan baju raya.

Trafik ini saya gelarkan trafik bermusim. Kalau anda nak dapat banyak trafik bermusim, anda kena menulis topik yang relevan dengan keadaan semasa, seperti hari raya, deepavali, tahun baru cina, hari kebangsaan, krismas dan sebagainya. 

Selamat mencuba!

Ikan Duyong Paling Hodoh

Kalau sebut je ikan duyong pastinya anda terfikir ia merupakan wanita jelita separuh badan yang selebihnya ikan. Tapi, kalau lihat "ikan duyong" dibawah ini, perspektif anda tentang kejelitaan ikan duyong mungkin berubah.. hehe


Kucing Yang Paling Jelita

Jangan fikir manusia bernama perempuan je boleh dipanggil jelita. Kucing pun boleh juga. Tengokla betapa jelitanya kucing ini. Geram tengok! Don't you see how sexy this cat is? gerammm..


Cara Mendapat Trafik Blog yang Tinggi


Ini salah satu trafik Blog gempakz.org dalam satu bulan tertentu. Daripada gambar, trafik daripada pelawat unik lebih kurang 29 ribu manakala impression 62 ribu. Banyak ke?

Bagi sesetengah blogger, trafik seperti ini tinggi manakala bagi mereka yang dah berjaya, amat kecil jumlah ini. Trafik blog saya ni sebenarnya mengalami perubahan turun naik juga berdasarkan tahap kerajinan saya menulis dan mempromosikan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Namun begitu, jika saya tidak menulis dalam satu jangka masa yang agak lama, blog saya masih mendapat trafik yang agak baik. Trafik diatas adalah hasil dimana saya sudah tidak menulis pada satu jangka waktu yang panjang. Saya pernah mendapat trafik dua kali ganda lebih banyak daripada ini.

Justeru, cara untuk mendapat trafik yang baik adalah dengan menulis artikel yang berkualiti yang releven sepanjang masa. Maksud saya yang akan sentiasa dicari oleh orang. Selain itu, kena juga pandai main SEO untuk memudahkan carian engine listkan blog anda di page-page terawal.

Anda juga boleh mendapat trafik yang tinggi jika anda mengejar topik bermusim atau isu-isu semasa yang hangat diperkatakan. Sebabnya, ramai orang akan mencari maklumat tersebut. Semakin awal anda menulis semakin tinggilah trafik yang akan anda perolehi kerana kurang persaingan daripada penulis blog yang lain.

Kepada pengikut gempakz.org, mungkin anda perasan yang saya kembali menggunakan blogspot untuk menulis. Mengapa? Jawapan saya adalah kerana hosting berbayar yang saya gunakan sudah hampir tidak dapat menampung bandwidth bulanan yang tinggi disebabkan ramai pelawat blog wordpress saya. Namun begitu, saya tetap tidak akan hilang trafik walaupun menggunakan blogspot kerana saya sy menggunakan domain nama yang saya beli (gempakz.org).

Ada orang bertanya: Pentingkah trafik blog yang tinggi? Jawapannya, penting jika anda ingin mempromosikan produk anda ataupun anda berminat nak menambah pendapatan menggunakan blog anda hasil daripada paparan iklan blog. (contoh: nuffnang, innity, adverlets, manggad dan sebagainya). Tengtang pengkilanan blog saya akan cerita lain masa (hakikatnya saya pernah tulis sebelum ini).

Rekaan Rumah Cantik Moden Unik Seram


Rumah yang unik moden menarik memang menjadi dambaan setiap insan. Tapi, kalau rumah secantik itu dibina di kawasan yang cukup berbahaya seperti gambar diatas, adakah anda masih mahu menduduki rumah tersebut? Saya sendiri seram lihat rumah tersebut. Rasa macam nak bunoh diri pun ada tidur di bilik bawah tu. View memang cantik tapi apa yang akan berlaku jika rumah tersebut gagal dari segi kekukuhan binaan?

Gambar Kek Hari Lahir Cantik


Hi! Sambutan Hari Jadi atau hari Ulang Tahun Kelahiran adalah tidak lengkap tanpa disertakan dengan sebiji kek. Disini saya kongsi gambar kek yang dibuat oleh seorang rakan facebook saya. Yang pasti kek yang dihasilkan sangat cantik dan harganya berpatutan. Percaya tak yang kek ini dibuat oleh seorang lelaki yang hensem lagi macho. Beliau bernama Isaac Olswen. Nama ala-ala mat saleh ni merupakan nama sebenar beliau. Dan beliau seorang jejaka melayu kacukan berasal dari Kelantan =)