| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

+++++ JEMPUT UNTUK KLIK LIKE @ SHARE ARTIKEL~ +++++

Khamis, 25 Februari 2010

Pak Cik Nuffnang.. Maafkan diriku.. Kembalilah kepadaku



Salam semua.. Petang ni PiNgu nak berborak balik pasal Nuffnang.. Sebelum masuk ke dunia blogger, PiNGu start dengan Forum. Nak create Forum memang susah. banyak kene belajar. Lepas berjaya create forum, aku pun berkenalan dengan Dunia pengiklanan Online ni. semua pun atas info member-member forum. Thanx to them. Mula-mula aku belajar gune google adsense, satu syarikat pengiklanan terkemuka dunia. to be honest, sampai sekarang pun aku banyak lagi tak tahu pasal adsense ni. but, ok la. aku hanya tau dua benda je.. nak set google for search and google for content. dua benda ni pun da boleh menjana pendapatan pada aku and aku pun dah dapat payment pertama dari google.. sesen pun aku xgune lg.. sayang sgt2.. haha

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Asam Jawa biawak


JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.-hmetro

-----------------------------------------------
PiNGU: eii.. geli geleman aku.. sah sah lepas tu terus geli nak makan asam jawa.. apsal benda alah tu leh ada dalam asam jawa? adakah masa proses tbe-tbe biawak masuk dlm mesin??? ermm

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Adverlets



Salam semua...

Hari ni Pingu nak berborak pula pasal adverlets, salah satu program pengiklanan yang telah diketahui ramai. Actually, Pingu dah join adverlets lebih setahun dan hasilnya actually sgt mengecewakan..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Rabu, 24 Februari 2010

Lampu Jalan Menyala waktu Siang??

gambar hiasan

Salam semua...
Pagi ni PiNGu nak mengomel pasal lampu jalan yang menyala waktu siang nie. Dah seminggu ni aku pasan masa aku On the way ke Opis aku lihat ada lampu jalan disepanjang satu jalan tu menyala even matahari da naik tinggi. Ini betul-betul menyebabkan pembaziran tenaga.

Xder ke pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini. Bukan sebatang lampu tapi berpuluh batang.. Setau aku lampu jalan ni automatik akan mati kaalu dah terang atau automatik idup kalau dah gelap. So, dalam kes ni aku rasa ada something yang rosak.

Itu sahaja aku nak mengomel pada pagi ini... diharap masalah ini diselesaikan.. walaupun benda tu xder kene mengena dgn aku sbb bukan aku yang bayar bill elektrik lampu jalan tu.. tp aku ni jenis xsuke lihat pembaziran walau dalam apa jua bentuk.

sekian sahaja..

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Selasa, 23 Februari 2010

Duit Adsense... YahOooooo..


Sowi la kengkawan kalau gambo aku snap ni Nan Hadoo je.. maklumlah gune HP murah aku nie.. Pixel kecik. tp xpe.. yang penting mesej aku nak sampaikan disini.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Risiko penyakit kerana mati Pucuk



Kaum lelaki yang mula mengalami masalah mati pucuk atau menghadapi masalah ereksi, terdedah dengan serangan penyakit jantung dalam tempoh dua tahun.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Datuk Dr. Tan Hui Meng berkata, mati pucuk adalah tanda-tanda awal kepada penyakit jantung kerana saluran darah mula mengecil.

"Kajian sains yang dilakukan mendapati penghidap penyakit ini akan menghadapi masalah jantung kerana dalam tempoh dua tahun itu, saluran darah dalam tubuh badan mula tersumbat dengan kolesterol,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Kesihatan Seks Kedua di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, mereka yang menghadapi masalah mati pucuk perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin daripada pakar perubatan.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Kesihatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (Famous) itu dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan USM, Nik Abdullah Nik Mohamad yang mewakili Pengarah kampus tersebut, Profesor Datuk Mafauzy Mohamad.

Persidangan diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan profesional seperti doktor dan jururawat untuk berhadapan dengan pesakit yang menghadapi masalah seks.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Perunding Kanan Psikiatri, Jabatan Psikiatri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Hatta Sidi; Ketua Seksyen Perubatan Seks Hospital Universiti Nasional Singapura, Prof. Dr. P Ganesan Adaikan dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Profesor Madya Dr. Shiaful Bahari Ismail.

Dalam pada itu, Hui Meng berkata, kajian terbaru saintis terhadap masalah seks mendapati, 90 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh tahap kesihatan seseorang yang semakin merosot.

Katanya, selain penemuan sekumpulan saintis barat sebelum ini, kajian yang dijalankan beliau sendiri pada tahun 2006 turut mengesahkan punca tersebut.

Selama ini menurutnya, kajian dan teori berkaitan masalah seks menunjukkan 90 peratus masalah itu berpunca daripada cara pemikiran individu terbabit.

"Dalam kajian kesihatan lelaki yang dilakukan di Subang Jaya pada 2006 diketuai saya sendiri, didapati kebanyakan lelaki yang mempunyai masalah seks terdiri daripada mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan.

"Kajian itu juga menunjukkan lelaki di Lembah Klang berhadapan masalah kesihatan yang serius kerana keadaan persekitaran dan pemakanan tidak seimbang," katanya.

Menurutnya, kajian yang mengatakan masalah seks berpunca daripada cara pemikiran memang benar pada masa dahulu tetapi keadaan sekarang telah mengubahnya.

"Mungkin dulu ia memang benar tetapi kita pada hari ini, kebanyakannya mengamalkan cara hidup yang tidak sihat dan hidup dalam keadaan tertekan setiap hari," katanya.

~ Utusan Malaysia

----------------------------------------------------
PINGU: eii takutnyer... mintak dijauhkan

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ubat Kuat bagi lelaki


Adakah anda pernah nampak iklan ditepi jalan yang mempromosikan Ubat Kuat? Ada yang memberi jaminan ubat kuat tersebut mempunyai sijil kesihatan serta suci dan halal bagi orang Muslim. Pernah kah anda cuba menghubungi penjual ubat kuat tersebut?

Sebenarnya mereka bukan sahaja ingin mempromosikan ubat kuat tersebut. Ini kerana mereka juga cuba mempromosikan bisnes sampingan mereka iaitu Tukang Urut Istimewa yang diimport khusus dari negara jiran iaitu Indonesia dan juga China.

Majalah Harmoni 1-15 Jun 2009 melaporkan pada tahun 2007, tiga lelaki dari Pulau Pinang telah membeli ubat kuat yang kononnya dihasilkan daripada zakar buaya di Chow Kit dengan harga RM50 bagi 20 kapsul. Salah seorang mangsa mendakwa telah mengalami kebas dan kejang badan selepas makan dua kapsul sebelum melakukan hubungan intim dengan isterinya. Manakala, seorang lagi terpaksa dirawat di hospital selama dua hari selepas makan ubat tersebut.

Kenapa lelaki zaman sekarang begitu teruja untuk mendapatkan ubat kuat? Adakah mereka tidak cukup kuat sehingga perlukan sesuatu untuk menambahkan kehebatan di ranjang? Menurut Dr Ismail Tambi dalam Akhbar Kosmo, sikap kemaruk terhadap buat kuat bukan sahaja dialami oleh lelaki berusia sebaliknya, ia turut membabitkan lelaki muda termasuklah golongan remaja.

Kebanyakan lelaki mengambilnya bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri malahan dijadikan lambang kekuatan dan kekuasaan si lelaki. Ini ditambah pula dengan kegiatan seks rambang yang melibatkan golongan muda sehingga mereka berlumba-lumba mendapatkan ubat kuat yang semakin berlambak di pasaran.

Menurut pengarang Majalah Harmoni, Nurul Huda Zulkifli, ramai yang tidak mengetahui dengan mengamalkan pengambilan ubat kuat boleh mengundang padah, iaitu mati pucuk atau Disfungsi Efektif. Malahan, bagi golongan muda yang mangambilnya tidak terkecuali daripada berdepan dengan risiko mati pucuk walaupun pada usia 20an.

Kajian juga menunjukkan bahawa, masalah seksual lelaki perlukan rawatan ZAKAR terlebih dahulu, bukannya dengan memakan UBAT KUAT dan terus bersama Isteri anda!!! Dengan memakan ubat yang tidak diketahui kandungan dan bahan2 di dalamnya, boleh merosakkan sistem badan anda, terutama buah pinggang.

SO, xpayahla ambil ubat kuat.. pingu sarankan amalkan gaya hidup yang sehat, bersenam selalu, dan makan makanan yang berkhasiat =)

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Dilema dua madu

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my


Fauziah Latiff jayakan watak lebih mencabar di samping Watie dan Rosyam Nor dalam Gelora Di Hati Sara musim kedua

APABILA Suhan Movies ingin menyambung kembali kisah Gelora Di Hati Sara yang disiarkan menerusi RTM kira-kira dua tahun lalu, penyanyi Fauziah Latiff tidak berfikir panjang. Dia ingin sekali lagi menjayakan watak Sara, walaupun pada musim kedua, watak itu jauh lebih bergelora.

Peminat yang sering tertanya-tanya mengenai sambungannya, serta sambutan cukup baik diberikan ketika drama bersiri itu ditayangkan dulu membuatkan Fauziah, atau lebih mesra disapa Jee, tidak teragak-agak untuk kembali menghidupkan watak terbabit.

"Kali ini, setiap watak nyata lebih hebat konfliknya. Sara sendiri berdepan pelbagai dugaan yang dahsyat. Selepas satu, satu lagi dugaan yang harus ditempuhinya. Malah setiap kali dugaan datang, ia lebih buruk daripada sebelumnya," cerita Jee memberikan sedikit gambaran mengenai watak yang dilakonkannya.

Bukan saja berhadapan masalah dengan suaminya, Asrul (Rosyam Nor), di rumah, malah dia juga perlu menangani kerenah yang ditimbulkan madunya (Watie) yang kembali diserang penyakit lama. Sara juga menghadapi ancaman di tempat kerja, selain musibah dilanggar kereta. Semua itu dapat disaksikan menerusi Gelora Di Hati Sara musim kedua.

Kata Jee, walaupun drama itu antara pengalaman awalnya beraksi di depan kamera sebagai pelakon, dia sedaya upaya menunaikan tanggungjawab diberikan dengan sebaik mungkin.

"Jika dilihat kepada barisan pelakonnya, semua adalah bintang yang cukup berpengalaman. Saya pula masih begitu baru dalam bidang ini. Masih banyak ilmu lakonan perlu saya pelajari dan tentu sekali, sewaktu membintangi drama ini, banyak kesilapan saya lakukan.

"Namun, saya cukup beruntung apabila kesemua pelakon lebih senior tidak kedekut ilmu. Mereka banyak membantu saya mendapatkan rentak lakonan lebih baik, apatah lagi apabila kali ini drama itu bersiaran selama sejam setiap episod. Ia sebuah kerja yang agak sukar, tetapi menjadi lebih mudah dengan sokongan semua pihak. Saya cukup menghargai bantuan mereka," ujarnya.

Drama yang mula menjalani penggambaran pada 10 November 2009 dan berakhir pada 5 Februari lalu itu turut dibintangi Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill, Dian P Ramlee dan Balkisy.

Kata Jee, selain daripada Gelora Di Hati Sara, dia sebenarnya turut menerima tawaran berlakon daripada produser lain. Sayangnya, sebahagian daripada tawaran itu tidak dapat diterima, dek percanggahan jadual kerja.

"Saya juga kenalah betul-betul melihat di mana kemampuan saya. Takkan saya ingin terima sesebuah watak yang tidak termampu dilakukan oleh pelakon kurang berpengalaman seperti saya.

“Saya menjayakan projek Gelora Di Hati Sara musim kedua ini kerana saya sudah terbabit dengan projek pertama dulu. Paling tidak, sedikit keyakinan sudah pun diperoleh," kata Jee.

Ujarnya, peminat memang ingin melihat dia berlakon dengan lebih giat lagi, tetapi Jee lebih suka mengambil sikap tidak tergesa-gesa. Tegasnya, lakonan bukan bidang yang boleh dibuat secara main-main.

Sementara itu, saat menyentuh karier muziknya, penyanyi ini memberitahu lagu barunya, Ku Di Sini yang dicipta Ross Ariffin dan lirik hasil tangan sendiri, bakal dijadikan lagu tema drama bersiri berkenaan.

"Selain daripada menghiasi drama Gelora Di Hati Sara 2, lagu ini juga akan menjadi single terbaru saya. Kini kami berusaha menyudahkan proses mastering, supaya peminat dapat mendengarnya dengan kadar segera," kata Jee yang tidak mahu terburu-buru muncul dengan album baru.

Jee menambah, dia sentiasa membuka mata dan memasang telinga sekiranya ada lagu yang bagus dihasilkan mana-mana komposer, yang sesuai dinyanyikannya.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Bella ikut teman lelaki ke Lombok balik dengan bantuan Pemuda Umno



KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan dilarikan ke kampung teman lelakinya di Lombok, Jawa Tengah, pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella dijangka pulang ke tanah air, petang ini.

Dia yang membintangi beberapa drama tempatan termasuk Gerak Khas, Ke Syurga Cinta dan Renjis dijadualkan tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) Sepang kira-kira jam 4 petang ini dengan menaiki pesawat AirAsia dari Surabaya.

Usaha untuk membawanya pulang atas inisiatif Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dengan kerjasama Wisma Putra.

Bagaimanapun, kepulangannya tidak akan ditemani suaminya, Hafiz Sukma, 26, sebaliknya diiringi Penolong Pengarah Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Mohd Fadzil Abd Rahman yang menyelaras misi membawa pulang gadis itu.

Sebaik tiba, Bella akan dipertemukan dengan bapanya, Yunan Mat Ayat, 77, yang kini uzur, termasuk menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak anak perempuannya itu dilarikan ke Indonesia.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, ketika diminta mengulas kejayaan itu, berkata pihaknya berharap ia kes terakhir membabitkan gadis atau wanita tempatan dilarikan warga asing.

"Pada usia 15 tahun, Bella sepatutnya belajar, bukan berkahwin dan berkeluarga. Ini diharap menjadi pengajaran kepada gadis dan wanita kita supaya tidak mudah terpedaya dengan janji manis warga asing.

"Kita berharap kes ini yang terakhir. Semoga tiada lagi seumpamanya selepas ini hingga sanggup meninggalkan keluarga dan memperjudikan masa depan kerana termakan pujuk rayu lelaki asing," katanya di sini, semalam.

Bella dilarikan Hafiz ke Lombok pada 7 Ogos lalu sebelum dipaksa bernikah dengannya. Bapanya membuat laporan polis pada hari sama selepas Bella yang keluar dengan berpakaian sekolah tidak pulang ke rumah.

Yunan juga meminta bantuan pelbagai pihak termasuk Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno selepas menerima panggilan telefon pada 23 Oktober tahun lalu daripada anak perempuannya yang memberitahu dia berada di Lombok.

Khairun berkata, pihaknya mendapat kerjasama Jabatan Imigresen Indonesia di Mataram yang mengeluarkan perintah tahanan rumah terhadap Bella kerana memasuki negara itu secara haram sebelum menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

"Kami berterima kasih di atas tindakan pantas Jabatan Imigresen Indonesia, sekali gus mempermudahkan usaha membawanya pulang kerana sebelum itu banyak halangan, termasuk daripada keluarga suaminya.

"Kes Bella dipandang serius kerana di bawah umur, malah perbuatan melarikannya boleh dianggap kesalahan menculik," katanya.

-----------------------------------------------------------
PINGU: Muda-muda dah kawen.. 15 tahun?? MMmm

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Wanita kuasai sektor awam




KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya, kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) diisi oleh wanita.

Ahmad Shah berkata, perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Ketika dihubungi Berita Harian pula, Ahmad Shah mendakwa nisbah kakitangan awam wanita meningkat dengan ketara sejak awal 2000, malah sudah mencecah 70 peratus dalam bidang tertentu seperti perguruan dan peningkatan itu turut berlaku dalam kumpulan sokongan.

Beliau berkata, antara faktor utama menyumbang kepada senario itu ialah sistem pengambilan kakitangan awam berasaskan pemprograman komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik sehingga menyebabkan kebanyakan calon lelaki tersingkir pada saringan pertama lagi.

"Fenomena ini menggusarkan kerana ia boleh mengakibatkan kepincangan sistem penyampaian kerajaan dalam jangka panjang. Ini berikutan fitrah wanita yang mempunyai kekangan tersendiri, seperti mengambil cuti panjang selama berbulan-bulan selepas bersalin.

"Apabila wanita terbabit memegang kuasa pada peringkat pembuat keputusan, maka banyak keputusan penting akan tertangguh sehingga menyebabkan pelaksnaaan pelbagai urusan tergendala," katanya.

Ahmad Shah menegaskan, isu berkenaan dibangkitkan bukan atas faktor diskriminasi gender, malah Cuepacs tidak mempertikaikan keupayaan atau kebolehan wanita, tetapi bersandarkan kebimbangan kesan fenomena sedemikian untuk jangka panjang.

Katanya, Cuepacs menerima aduan daripada orang ramai yang mengakui lebih selesa berurusan dengan penjawat lelaki kerana mereka lebih kreatif dan fleksibel, iaitu tidak terlalu terikat dengan kerenah birokrasi, sekali gus memudahkan penyelesaian suatu urusan atau masalah dengan lebih pantas.

"Dalam keadaan lain pula, sikap semula jadi wanita yang penyayang ada kala menjadi halangan kepada mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu, khususnya pengetua wanita dalam menangani isu disiplin pelajar lelaki kerana tidak wujud perasaan `gerun' kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar.

"Merit kelulusan akademik tidak semestinya menentukan bahawa perkhidmatan mereka akan lebih baik berbanding penjawat lelaki.

"Sebaliknya, `sentuhan langsung' dengan panel penilai mesti diwujudkan dari peringkat saringan pertama lagi di mana pelbagai kriteria penting harus dititikberatkan seperti tahap kecerdasan minda, keupayaan menyelesaikan masalah, kebijaksaan membuat pertimbangan, tahap ketahanan mental dan keluasan pengetahuan am setiap calon," katanya.

kredit: bharian.com.my

---------------------------------------------------
PINGU: bila pompuan dah ramai sgt mmg susah la.. lebih2 lagi emosi pompuan lagi kuat.. mmg kadangkala keputusan dibuat atas dasar emosi.. tak semua tapi sebahagianya.. jgn marah ya!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Kahwin dengan wanita Indonesia bayar RM170,000

JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.

Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.

Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post.

Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.

Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop.

Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan.

Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.

Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri.

Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai.

Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan.

Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah. - Agensi

>>
kredit bharian.com.my

--------------------------------------------------------------------------------------------------
PiNGu: alah.. xpayah la kawen dengan wanita Indonesia kalau xder duit.. mahai tu 170 ribu.. kawenla dgn rakyat tempatan sahaja.. MmmmMm

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Macam-macam: Lelaki pandang payu dara dulu

Macam-macam: Lelaki pandang payu dara dulu


GLASGOW: Separuh daripada lelaki di Britain mengaku dalam satu tinjauan bahawa mereka selalu memandang payu dara wanita sebelum melihat wajahnya, lapor akhbar The Scotsman.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Isnin, 22 Februari 2010


Salam semua..

Ramai yang takut kalau badan mereka jadi besar.. boyot dan seumpamanya. Justeru, adalah penting untuk menjaga kesihatan anda disamping mengambil makanan yang bersesuaian. Ok hari ni nak bercakap tentang diet. bg someone yang merasakan badan mereka dah besar and nak kuruskan badan, disarankan mengambil makanan kurang dari 1000 Kalori sehari. Jadi disini pingu nak berkongsi sedikit makanan harian dan jumlah kalori terlibat untuk penduan anda semua:

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160

JUMLAH KALORI DALAM LAUK-PAUK
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalo

SUKA MAKAN MAKANAN SEGERA..HAH..KIRA KALORI..
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

JOM KIRA KALORI DALAM KUIH-MUIH..
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

JUMLAH KALORI DALAM BUAH-BUAHAN
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

JUMLAH KALORI DALAM MINUMAN..
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal

kredit: blog kak muna


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Mengantuk.. ZZz


Hye kawan2.. erm.. Pingu tergerak nak bukak topik ni sebab selalu mengalami perkara ini.. Sindrom mengantuk diwaktu siang. Lebih-lebih lagi masa bekerja. Adeh! kenapa asyik rasa mengantuk saje ek? nak kata tido xcukup, malam hari tido awal jugak. Rasanya tido awal atau lambat lebih kurang je. Hasilnya mengantuk disiang hari. Lebih-lebih lagi selepas makan tengahari. Adakah tips-tips yang boleh menghilangkan rasa mengantuk ni? Kalau ada bolehlah Kongsi bersama ye.

tqVM

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Unknown Talent

td ada kawan pingu bg link satu video ni.. katanya dr someone yg minat menyanyi (dia bukan artis yer.. boleh tahan gak dia nyanyi.. Ni I bg satu je link video dia.. nak lbh cark kat youtube banyak video dia.. hehe

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Google Buzz

Hye semua.. Pingu nak bincang sket pasal satu aplikasi baru yang disediakan oleh google, iaitu google buzz. Dikatakan satu aplikasi baru yang hebat dan memudahkan perkongsian maklumat dgn rakan2 dgn pantas. boleh kata nak menyaingi facebook la. carik-carik info pasal google buzz td and terjumpe la satu video ni:



ok.. semalam pi kat satu blog tu dia kata kalau pasang google buzz kat blog bleh meningkatkan traffic kita. so, pingu follow la instruction dia utk pasang google buzz di blog and juga forum pingu. hope ia berkesan menarik traffic blog pingu =)

sekian untuk hari ini. diharap anda pun try gunekan aplikasi google buzz ni okay?

letak facebook like button lg best.. nak tau masuk la link dibawah dan try:

link
.......

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

InSan Moody


Hye semua.. Tghari nie pingu nak bercerita atau berceloteh sket tentang insan2 yang "moody" ni. Ye la kita faham la semua orang ada masalah masing-masing kan? hidup memang banyak cabaran. But, kena pandai-pandai la handle emosi anda tu.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ahad, 21 Februari 2010

Naruto

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO



^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Nuffnang dalam Gerhana?



Haha saje je bagi tajuk yang gempakz sket.. haha.. actually masa aku pi blogwalking sana sini ramai gak mengeluh kata Nuffnang tdo.. mmg dia tdo.. aku pun akui.. susah nak nampak nuffnag ni run kat blog kita.. But actually nuffnang still Run but ada masa-masa tertentu yang kita pun xtahu.. kalau nasib kita baik kita jumpe la nuff tu.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Remaja Sesudah Akhil Baligh

Remaja Selepas Akil Baligh

APABILA anak remaja anda mencecah akil baligh, mereka akan lebih terdedah kepada pengaruh-pengaruh luar untuk membantu mereka mengekalkan kehidupan sosial mereka. Oleh hal yang demikian itu, mereka akan lebih terdorong untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh orang lain seperti merokok dan minum minuman keras.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Hasil Jahitan / Sulaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Thanks for visiting my iGLoO

Pingu selalu kagum dengan hasil seni sulaman, jahitan atau rekaan batik.. kepada pereka yang berbakat tu diucapkan tahniah and semoga terus berkarya. ketelitian seni yang dihasilkan benar-benar mengujakan. Kat sini nak tunjuk sket hasil-hasil sulaman manik...

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

40 Orang Terkaya di Malaysia

Menurut majalah Malaysian Business, keluaran 16-28 Februari 2007, berikut adalah 40 orang terkaya di Malaysia:

1. Robert Kuok Hock Nien, Pengerusi Kuok Group & Kerry Group, RM 32.40b
2. T. Ananda Krishnan, Pengasas, Usaha Tegas Sdn Bhd, RM 19.72b
3. Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Group, RM 10.3b
4. Tan Sri Lim Goh Tong, Pengasas & Presiden Kehormat Seumur Hidup, Genting Group, RM 9.67b
5. Tan Sri Teh Hong Piow, Pengerusi Public Bank Bhd, RM 7.55b
6. Tan Sri Lee Shin Cheng, Pengerusi Eksekutif IOI Group, RM 6.62b
7. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, Pengasas Yayasan AlBukhary, RM 4.29b
8. Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi Eksekutif Genting Group, RM 2.60b
9. Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Eksekutif Rimbunan Hijau Group, RM 2.42b
10. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, Pengerusi Eksekutif, YTL Corp., RM 1.55b

11. Datuk Seri Dr Lim Wee-Chai, Pengerusi Eksekutif Top Glove Corp. Bhd., RM 1.16b
12. Tan Sri Vincent Tan Chee Youn, Pengerusi Berjaya Group, RM 1.12b
13. Datuk Yaw Teck Seng @ Hiew Teck Seng, Pengasas Samling Group, RM 1.08b
14. Datuk Lee Yeow Chor, Pengarah Eksekutif, IOI Group, RM 1.03b
15. Lee Yeow Seng, Pemegang saham, IOI Corp Bhd, RM 1.02b
16. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, Pengarah Urusan, YTL Corp Bhd, RM 936.84m
17. Datuk Yeoh Seok Hong, Pengarah, YTL Corp Bhd, RM 837.69m
18. Datuk Yeoh Seok Kian, Timb. Pengarah Urusan, YTL Corp. Bhd, RM 836.34m
19. Datuk Michael Yeoh Sock Siong, Pengarah, YTL Corp. Bhd RM 832.88
20. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, Pengarah YTL Corp. Bhd, RM 819.61m

21. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, Pengerusi Sunway Group, RM 686.54m
22. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Eksekutif Amcorp Group Bhd, RM 656.20m
23. Datuk Mokhzani Mahathir, Pengerusi Bukan Eksekutif, Kencana Petroleum Bhd, RM 654.9m
24. Tan Sri Kua Sian Kooi, Pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, RM 617.35m
25. Datuk Abdul Hamed Sepawi, Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holding, Bhd RM 606.4m
26. Tong Kooi Ong, Timb Pengerusi Eksekutif, Nexnews Bhd, RM 576.83m
27. Puan Sri Chong Chook Yew, Pengerusi, Selangor Properties Bhd, RM 562.50m
28. Datuk Tony Fernandes, CEO, Air Asia Bhd, RM 483.54m
29. Tunku Datuk Ya’acob Tunku Abdullah, Deputy Chairman MAA Holdings Bhd, RM 475.05
30. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, Pengarah Bukan Eksekutif, Gamuda Bhd, RM 469.29m

31. Datuk Tan Chin Nam, Pengasas Tan & Tan, RM 463m
32. Tan Sri Hamdan Mohamad, Presiden/CEO Ranhill Bhd, RM 437.8m
33. Tan Sri Rozali Ismail, Pengasas/Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings RM 432.48m
34. Datuk Lee Hau Hian, Pengarah Urusan Batu Kawan Bhd, RM 432m
35. Datuk Seri Lee Oi Hian, Pengerusi Bukan Eksekutif, Batu Kawan Bhd, RM 438.81m
36. Datuk Lee Soon Hian, Pengarah Bukan Eksekutif, Batu Kawan Bhd, RM 425.07m
37. Ong Leong Huat, CEO, OSK Holdings Bhd, RM 423.31m
38. Datuk Shaari Ismail, Pengarah Eksekutif, Puncak Niaga Holdings Bhd, RM 411.53m
39. Datuk Tan Heng Chew, Pengerusi Tan Chong Motor Holdings Bhd, RM 406.11m
40. Kamarudin Meranun, Pengarah Eksekutif, Air Asia Bhd, RM 400.99m

--------------------------------------

gituewlah senarainya.. adeh.. bilalah aku nak jd kaya nie.. iklan nuffnang yg ciput pun xmo keluar.. huhuhu.......

berusahalah kita mengumpul harta untuk masa depan.. hehe

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

PERGH: Pengaruh Paypall - Mantapslah!


Haha.. mantapslah pakcik nie.. xder duit mintak derma.. yg xtahan suh transfer ke akaun Paypall lg.. haha.. celik IT gak.. wakaka.... ^_^

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Analisis Kes Liwat Dr Seri Anwar

Ada kawan pass video ni tadi berhubung analisis kes liwat Dr Seri Anwar Ibrahim. korang tgok dan Nilaikan sendiri dengan akal fikiran yang waras.. orite.. peace!


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Derma Darah


OK.. hari ni Pingu nak bukak Topik derma darah. To be honest la, Pingu mmg takut doktor amek darah. huhu.. seram sejuk rasanya. Pengalam derma darah? actually baru sekali seumur hidup ni. masa tu tahun 2002 tak silap masa belajar kat Matrikulasi. ada kawan tu memang rajin derma darah. dia ajak temankan dia derma darah kat dewan kolej. masa tu ada kempen derma darah la. Niat dihati nak teman je. akhirnya dipujuk2 akhirnya pingu pun akur dan ikut sekali derma darah. Masa mula-mula tu dia akan test darah kita. dia cucuk jarum kat hujung jari dan ambil darah.. eiiaww.... mmg ngeri la.. huhu even xderla sakit sgt. huhu bila dia check.. oh! Darah pingu rupanya jenis O.

Sebenarnya memang jenis darah O ni ramai di dunia. lebih kurang 55% keseluruhannya berbanding A, B, AB. So, saya tergolong dalam kumpulan penderma Universal.. huhu.. so, mmg patutla menderma nih.

Orite, masa menderma tu.. satu pengalaman xdapat dilupakan.. huhu...
Mula je dia cucuk jarum kat tangan tu.. huhu terus je darah memancut2 sehingga hampir penuh beg plastik. Nasib pingu xpengsan. Ok je.. stabil la. But saat paling ngeri tu masa dia nak cabut jarum tu dari tangan pingu.. merasa sgt2 ngilunya. ye la bayangkan lubang jarum tu besar untuk ambil darah.. huhu.. semenjak dari tu rasa ngeri nak derma darah lagi..

but pada kawan2 digalakkan derma darah sebab ramai lagi insan yang memerlukan.. but Pingu tak tahulah bila lagi ada keberanian selepas ini.. huhu.. still tak dapat lupakan pengalaman pertama.. huhu

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Mafia Wars


Hye kawan2.. Pingu nak tanya apasal la kawan-kawan suke main Game mafia wars? games ni ada kat Facebook.. ada kawan bukak Facebooki sbb nak main game ni. best sgt ke? sapa-sapa peminat mafia wars leh tak ceritakan apa yang bestnyer game ni.. huhu...

Pingu xmain sb tgok layout Mafia wars pun cam xder yg menarik pun..MMMmmMm


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Guinea PiG

walaupun ada perkataan pig di hujungnya, anda jangan salah faham. binatang ini bukanlah salah satu daripada spesis babi.. pingu selalu nampak haiwan ni kat shopping2 kompleks yang ada jual pet. mmg comey... tp xpernah teringin nak beli.. hehe.. ok ni ha gambar dia.. selamat mencuci mata.. lalallaa


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Kahwin di Usia MUda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO!


Tadi pingu gi jalan2 kat sekitar shopping complex membeli belah sedikit. ada satu yang menarik perhatian pingu. Pingu terlihat satu pasangan suami isteri yang cukup muda. rasanya awal 20 an.. mereka dah ada anak berusia dalam setahun lebih ke dua tahun. mmg comel sgt mereka berpimpin tgn.. anak kat tengah... sambil jalan bersama.

Lihat kepada mereka tu rasanya mereka memang pasangan bahagia dan romantis. So, rasanya kahwin muda bukanlah satu masalah. terpulang pada diri sendiri yang mengemudinya. kalau cukup bersedia maka better Bina Masjid kan.

apa pula kata anda.. ada komen? silakan hehe

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jumaat, 19 Februari 2010

Ikan Haruan

Seperti kita sedia maklum Haruan adalah spesis ikan berharga. Harganya kini mencecah RM14.00 sekilo,

Di antara khasiatnya adalah seperti berikut:

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

hybrid Proton


This is the first picture of a hybrid Proton concept that has been designed by the Italdesign Giugiaro studio and is said to preview a production model.

The four-seat, five-door hatchback is 3550mm in length, but Giugiaro says it is "set to revolutionise traditional segmentation in the car market" and "was developed with the aim of optimising the available onboard space and car access ergonomics".

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Terry diberi 'cuti' selesai skandal hubungan sulit

LIVERPOOL: Penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins mengesahkan John Terry dibenar untuk tidak beraksi ketika Chelsea menenyang Cardiff bagi saingan pusingan kelima Piala FA, Sabtu ini.

Terry dilucutkan sebagai kapten England minggu lalu selepas dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita rakannya dalam skuad England dan bekas pemain Chelsea,

Wayne Bridge.

Laporan akhbar memetik, pemain pertahanan Blues itu diberi pelepasan untuk bersama isterinya, Toni, yang kini berada di Dubai pada hujung minggu ini bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Wilkins berkata, Terry dan pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sudah membincangkan hasrat untuk 'berehat' sementara.

“Dia tidak akan bermain hujung minggu ini. Carlo beri kebenaran untuknya 'bercuti'.

"Dia akan kembali semula dan bersiap sedia untuk perlawanan menentang Wolves, 20 Februari ini," katanya.

Awal pagi tadi, Terry bermain penuh untuk 90 minit sebelum Chelsea tumpas 1-2 kepada Everton di Goodison Park. - AFP

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Beautiful Costume of Sasuke

Sasuke............................. hehe.. canteq costume ditujukkan.. haha

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

ABP 2009 - Fasha Sanda Tiada Tempat Dihat Peminat


Fasha Sandha

Undian untuk Scha Al Yahya, Fahrin Ahmad semakin meningkat

SEJAK terpalit dengan pelbagai kontroversi, ramai yang berpendapat bahawa Fasha Sandha tidak lagi popular apatah lagi dia bagaikan ‘digam’ media. Tetapi apabila namanya tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, ramai yang agak terkejut. Namun setelah hampir empat minggu undian berjalan, jumlah undi terhadapnya nyata tidak langsung memberangsangkan berbanding pada minggu pertama.

Malah, undi terhadap calon Pelakon TV Wanita Popular ini adalah paling corot berbanding keseluruhan artis Top5 yang lain. Barangkali, impak pelbagai kontroversi yang melanda diri akhirnya mula memberi kesan. Pelakon cantik Rozita Che Wan juga mengalami nasib yang sama. Sejak undian terbuka, peminat hiburan bagaikan tidak nampak kehadiran aktres bermata galak dan bijak bergaya ini.

Undian paling memberangsangkan dalam kategori ini milik Scha Al Yahya. Wataknya sebagai Dania dalam drama bersiri popular Awan Dania begitu melekat di hati peminat. Jika undian sebegini berterusan, tidak mustahil trofi kategori ini bakal milik bekas teman wanita Fahrin Ahmad ini.

Bercakap mengenai Fahrin, berita baik mengenai calon kategori Pelakon TV Lelaki Popular ini adalah undian terhadapnya naik mendadak minggu ini dan jauh meninggalkan Fizo Omar. Tetapi saingan masih lagi milik Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Impak drama bersiri Nur Kasih begitu kuat sehingga sukar untuk calon lain mengatasinya. Malah Aaron Aziz yang tinggi undiannya dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular juga sukar untuk menyaingi pasangan ‘adik beradik’ ini.

Undian untuk calon lain dalam kategori ini seperti Afdlin Shauki dan Zul Huzaimy juga semakin baik. Tetapi saingan sengit masih milik wajah eksklusif Astro, Aaron dan cikgu baru Akademi Fantasia musim kelapan, Que Haidar.


DARI kiri, Faizal Tahir, Mawi, Liyana Jasmay dan Aizat.

Bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular pula, Diana Danielle dan Sharifah Amani belum mampu menarik perhatian pengundi. Undian mereka paling bawah berbanding Lisa Surihani yang semakin naik jumlah undiannya. Malah, aktres yang kononnya menjadi rebutan production house tetapi sukar dimiliki kerana menjadi milik Astro dan Metrowealth ini, menjadi saingan kuat kepada Maya Karin.

Minggu ini juga menyaksikan peningkatan jumlah undi yang semakin baik untuk Liyana Jasmay. Malah sejak beberapa hari ini undiannya dilihat begitu konsisten.

Dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular, setakat ini Aznil Nawawi bagaikan tiada tandingan. Malah Ally Iskandar dan Faizal Ismail yang membantu melonjakkan rating Anugerah Juara Lagu ke-24 tidak mampu mengatasi Aznil. Dalam kategori wanita pula, jika minggu lalu ia menjadi milik Sarimah Ibrahim, yang kini diamanahkan untuk mengacarakan AF8 tetapi kini Fara Fauzana mula menunjukkan taringnya sedangkan Raja Azura semakin ketinggalan.

Begitu juga dalam kategori Penyampai Radio Wanita Popular, undian Fara mula mengatasi Linda Onn. Namun undian untuk penyampai radio XFM, Nana kurang memberangsangkan langsung. Untuk kategori lelaki pula, undian terhadap Faizal pula semakin baik. Malah jika berterusan, barangkali ia boleh terus kekal menjadi milik FBI. Tetapi perlu diingatkan bahawa peminat masih ada lebih kurang sebulan lagi untuk mengundi calon favourite mereka.


DARI kiri, Afdlin Shauki, Scha Al Yahya, Aznil dan Sarimah Ibrahim.

Sekali lagi diingatkan, pilihlah calon PILIHAN SENDIRI dan bukan PILIHAN MAJORITI.

Dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular pula, undian terhadap Aizat dan Faizal Tahir semakin meningkat dan mungkin tidak lagi memberi laluan mudah untuk penyandang tahun lalu, Mawi. Bangkitlah peminat Mawi kerana jika undian sebegini berterusan, Mawi akan terus tersingkir dan hilang ‘World’nya. Undian untuk Akim dan Adam pula semakin menurun. Barangkali benarlah kata sesetengah pemerhati dunia muzik, ia bakal menjadi milik Aizat dan tidak mustahil juga Faizal Tahir. Atau Mawi sebagai juara bertahan.

Usah lagi berteka-teki mengenai kategori Penyanyi Wanita Popular kerana Siti Nurhaliza boleh dikatakan tiada saingan langsung. Mana perginya peminat Stacy yang khabarnya begitu beriya-iya mahu menggempur undian ABPBH kali ini? Undian ke atas Yuna pula tidak langsung meninggalkan impak walaupun dikatakan sudah menarik perhatian syarikat rakaman luar negara. Itu memang berita baik tetapi yang tidak baiknya adalah Yuna tidak dapat menyertai promosi jelajah ABPBH yang akan bermula 5 Mac ini. Malah, Yuna juga tidak akan bersama-sama pada malam kemuncak 4 April ini di Arena Of Stars, Genting Highlands.

INFO: Berikut adalah undian dalam kategori lain (sehingga 15 Februari):
# Penyanyi Duo/Kumpulan Popular - saingan di antara Black Meet Uncle Hussain dan Adam & Stacy.

# Penyanyi Nasyid Popular - saingan di antara Rabbani dan Hijjaz.

# Artis Komedi Lelaki Popular - saingan di antara Nabil dan Afdlin Shauki.

# Artis Komedi Wanita Popular - saingan di antara Kenchana dan Noorkhiriah.

# Artis Baru Lelaki Popular - saingan di antara Hafiz dan Black (Mentor).

# Artis Baru Wanita Popular - saingan Tiz Zaqyah dan Isma.
#

Kredit: Berita Harian

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Susan Boyle

I am Speechless tgok performance makcik nie.. she's really amazing~ true talent

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Pencalonan AIM17 bermula

Pencalonan AIM17 bermula

AIZAT ungguli kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik pada AIM 16 lalu.


ACARA gilang gemilang lagi berprestij dunia muzik tempatan, Anugerah Industri Muzik edisi yang ke-17 (AIM 17) kembali menggegarkan. Dengan malam kemuncak majlis penganugerahan, AIM17 terus merealisasikan keunggulan kualiti industri muzik tempatan.

Edisi kali ini, AIM mempertandingkan 29 buah kategori dengan beberapa penambahan dan perubahan.

Antaranya termasuk mengiktiraf artis yang telah merakam lima buah lagu sebagai sebuah album serta melayakkan mereka untuk bertanding pada kategori yang disediakan.

Penambahan dan perubahan yang dilakukan oleh Persatuan Malaysia Industri Malaysia (RIM) sejajar dengan senario semasa.

Ini memandangkan sudah tidak banyak lagi pihak yang menerbitkan sebuah album penuh berikutan penjualan album yang lembap.

Biar pelaksanaan perubahan ini bukan sesuatu yang baru memandangkan ia telah dilaksanakan sejak AIM 16 lepas namun perubahan ini diharap membantu menggalakkan lebih banyak penyertaan pencalonan.

Sementelah sejak kebelakangan ini corak industri muzik kita lebih banyak tertumpu kepada pembikinan dan penjualan album single atau EP.

Justeru, dalam usaha mengekalkan prestij, RIM turut membuka pintu kepada EP untuk bertanding dalam beberapa kategori.

Ini termasuk Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki, Wanita dan Berkumpulan), Artis Baru Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik.

Selain daripada itu, seperti yang diumumkan mulai AIM 16 lalu, bukan hanya album yang dijual di kedai layak bertanding malah penyertaan turut dibuka kepada lagu-lagu penuh yang dijual secara muat turun diinternet.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, apalah sebuah majlis penganugerah andai tiada sebuah persembahan hiburan.

Mengiktiraf dan meraikan bakat-bakat serta penggiat seni muzik kita sama ada di depan mahupun belakang tabir, sudah tentu kehebatan persembahan artis menjadi agenda penting untuk dipersembahkan kepada khalayak.

AIM 17 yang bakal berlangsung April tahun depan sudah pun mula mengedarkan borang pencalonan kepada semua ahli-ahli yang berdaftar dengan RIM.

Masih mengekalkan format lama, album atau EP yang layak dipertandingkan pada AIM 17 adalah album / EP yang dipasarkan dari 1Disember 2009 hingga 31 Disember 2009.

Tarikh tutup penghantaran borang pencalonan AIM 17 ini adalah pada 8 Januari 2010 sebelum pukul 4 petang.

Bagi syarikat rakaman dan rumah produksi yang berminat untuk mencalonkan album / EP mereka bagi AIM 17 tetapi tidak mendapat borang pencalonan, atau untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai AIM 17 bolehlah menghubungi pihak RIM di talian 03- 6207 2900 atau Persatuan Akademi industri Muzik Malaysia di talian 03-40445388.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Ujibakat AF8

Musim Akademi Fantasia kini kembali. Kali ini Akademi Fantasia sudah sampai ke musim yang ke lapan. Maklumat ringkas tentang ujibakat Akademi Fantasia 8 ada aku coretkan di bawah. Nak tahu lebih lebih lanjut sama ada juri yang terlibat, memuat turun borang ujibakat ataupun apa sahaja layarilah laman web rasmi Akademi Fantasia..

Jadual Ujibakat Akademi Fantasia 8

1. Kuala Lumpur - Stadium Nasional Bukit Jalil (9 & 10 Jan 2010)
2. Johor - The Zon, Johor Bahru (16 & 17 Jan 2010)
3. Pulau Pinang - Redbox Gurney, Plaza Gurney (16 & 17 Jan 2010)
4. Sabah - Hotel Promenade, Kota Kinabalu (22 – 24 Jan 2010)
5. Sarawak - Hotel Merdeka Palace, Kuching (23 & 24 Jan 2010)
6. Kuala Lumpur - Stadium Nasional Bukit Jalil (30 & 31 Jan 2010)

Waktu Pendaftaran - 9am hingga 1ptg

Sesi Ujibakat - 9am hingga 5pm

Umur - Antara 18 hingga 45 tahun pada 9 Januari 2010.

Terbuka
untuk semua warganegara Malaysia dan Singapura termasuk mana-mana artis
yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan.

Bawa bersama salinan kad pengenalan serta 2 keping gambar berukuran 4R

Lagu-lagu ujibakat untuk peserta lelaki

1. Situasi – Bunkface
2. Hujan – Sudirman
3. Ada Untukmu – Nubhan
4. Berdendang Dalam Tangisan – Jamal Abdillah
5. Fikirlah – Aizat
6. I’m Yours – Jason Mraz

Lagu-lagu ujibakat untuk peserta wanita

1. Gagap – Stacey
2. Jika Kau Ubah Fikiran – Mila
3. Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah
4. Dan Sebenarnya – Yuna
5. Di Taman Teman – Siti Nurhaliza
6. When You’re Gone – Avril Lavigne

Untuk maklumat lanjut layari http://www.astro.com.my/akademifantasia/

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Wall Street: Money Never Sleeps

SYNOPSIS

Michael Douglas and Shia LaBeouf star in Oliver Stone’s "Wall Street 2." Douglas is back in his Oscar®-winning role as Gordon Gekko, whose iconic "Greed is good" mantra and daring corporate raids made him a rock star of financial titans. Emerging from a lengthy prison stint, Gekko finds himself on the outside of a world he once dominated. He now has to play catch-up and redefine himself in a different era. He has to become relevant again. But a young, idealistic investment banker (LaBeouf) learns the hard way that Gekko is still a master manipulator – and if there’s one place where you can redefine yourself, one place where your relevance is a deal away, it’s Wall Street.


^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jangan membuka AIB orang lain

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* **

Cubakita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.

Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami."

Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padangpasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.

Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."

Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi...asqinaa. .."

Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian..."

Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."

Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.

Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."

Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menetes, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."

Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."

Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun.."

Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."

Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"

Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Jual Beli melalui eBAY

dr posting sorang reseller eBAY:

Quote:
sy sebagai seorang 'seller' di ebay dan juga lelong.com.my..meh nak citer mcmana cara2 nak beli brg di Ebay

-pertama sekali mesti tgk profile seller tersebut..tgk dia punya feedback..kalau byk yg bg -ve tu...baik ler tak yah nak beli..kat dalam feedback yg pembeli kasi tu,kita boleh gak tgk brg apa yg diorng dah beli n harganya..kalau semua feedback memuji2 jer seller tu..pastu feedback semua +ve,kira genuine seller ler ...

-kalau di Ebay ni,transaction tak berapa nak secure sgt berbanding di lelong.com.my. sebabnya semua org boleh register free dan dalam byk2 ebay pulak..ebay m'sia jer yang listing nya free..so ramai lah jugak kaki2 penipu kat luar sana suka jual brg kat dlm ebay m'sia..kalau ebay lain,setiap brg yg nak dijual kene byr fees.so..susah sikit ler nak kene tipu..

-kalau nak beli kat luar (international),better bayar guna PayPal..hanya PayPal sj yg secure.kalau org tu suruh guna Western Union..jgn lah guna..itu nampak sgt penipu..kalau nak buat wire transfer pun boleh,tapi chrage dia mahal..better guna PayPal..

-melalui pengalaman sy,kaki penipu kat luar sana byk 'nigerian' dan 'africanas'.so better elak berurusan dgn diorang..

-setiap kali nak log in Ebay,make sure masuk sendiri www.ebay.com, atau sentiasa tgk URL betul..jgn guna link yg sampai kat dalm email..semua tu byk yg penipu..diorang create satu link,yg bila kita klik sebijik mcm dlm ebay (cuma URL jer yg lain,tp biasa org selalu tak perasan benda ni),then bila kita login diorng dah amik password kita..so berhati2 lah..

tu jer pesanan2 yg berguna utk pengguna baru di Ebay


Quote:
lupa pulak nak cerita pasal tax..

biasanya brg2 komunikasi especialy yg wireless cth: handphone, buletooth, walkie talket etc.. brg2 ni akan dikenakan tax.custom tax biasa 10% + 5%..

Cth: kalau beli handphone harga RM 500 tax kene byr 10% dari 500 pastu (550) + lagi 5% dari 550 tu..ni br custom tax jer..

bila brg sangkut dekat kastam,kastam akan keluarkan surat,bw surat tu gi sirim ambil import permit..kene byr tax utk brg import,byr lg utk sirim test brg..ni yg mahal sikit dalm RM70 lebih, pastu ada ler lagi prosedur dia yg kene ikut..bila dah setle semua di sirim,bw permit n semua dokumen gi kastam semula,bila custom tax dah setle baru boleh brg clear..sgt leceh prosedur..

kalau tak silap beli handphone byran kasar : sirim + custom tax ada dalam rm200 lbh..

ini cth utk personal use.. kalo beli brg mcm sy nak berniaga,tax n charge sirim kira lain pula..tak sama mcm tu..



^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Bayi Hamil


BEIJING - Doktor-doktor di China terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalam perut seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak perempuan tersebut, Kang Mengru mengejutkan petugas-petugas perubatan apabila perutnya beransur-ansur menjadi besar.

Beberapa doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencari punca perut kanak-kanak itu membesar dan menemui satu janin di
dalam perut Mengru.

Mereka percaya janin itu ialah kembar parasit iaitu kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.

Kanak-kanak itu kini menunggu untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin itu. - Agensi

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Dubai Mahu menangkap Pemimpin Israel

Mahmud al-Mabhuh

Rejim Benjamin Netanyahu dituduh bunuh pemimpin Hamas

DUBAI: Dubai akan mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu jika rejim Zionis itu disahkan terbabit dalam pembunuhan anggota kanan pergerakan Hamas di emiriah berkenaan.

Ketua polis Dubai, Dhahi Khalfan berkata agensi risikan Israel, Mossad mungkin terbabit dalam pembunuhan 20 Januari lalu terhadap Mahmud al-Mabhuh, pengasas sayap tentera pergerakan Hamas Palestin, di sebuah bilik hotel mewah.

Netanyahu akan menjadi orang pertama dikehendaki bagi keadilan berikutan beliau adalah orang yang menandatangani keputusan membunuh Mahmud di Dubai," kata akhbar The National yang memetik Khalfan.

"Kami akan mengeluarkan satu waran tangkap terhadap beliau," kata akhbar berbahasa Inggeris yang diterbitkan di Abu Dhabi.

Ia memetik Khalfan sebagai berkata, Mahmud dibunuh menggunakan 'kaedah Mossad' tetapi beliau tidak memberi penerangan lanjut.

Ketua polis itu berkata, Mossad menjalankan operasi yang menggunakan kaedah hampir sama sebelum ini seperti yang digunakan dalam pembunuhan terbaru.

Akhbar itu memetik sumber polis sebagai berkata, Mahmud tiba di Dubai pada 19 Januari lalu jam 3.15 petang dan mati dalam masa lima jam.

Pembunuh berada di negara itu kurang 24 jam sebelum pembunuhan dan meninggalkan mayat mangsa yang ditemui di bilik hotel mewah Al Bustan Rotana berhampiran lapangan terbang.

Mahmud terbabit dalam pembelian senjata bagi Briged Ezzedine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas yang mentadbir Gaza.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pemimpin Hamas dibunuh dalam apa yang disifatkan Israel sebagai taktik pembunuhan tepat. - AFP

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Pesanan Buat Wanita

"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia ... Lihat seterusnya..sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...asalkan cinta Ilahi mengiringi"

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Lelaki tak Kenal Isteri mereka

Laki 'tak kenal' bini depa!!!!
Ramai suami 'tak kenal' pasangan

Kajian dapati lelaki tidak tahu saiz baju, warna mata

LONDON: Berjuta-juta lelaki tidak tahu saiz baju isteri mereka, minyak wangi kegemaran malah warna asal rambut pasangan sendiri, menurut satu kajian terbaru.

Penyelidik mendedahkan, enam daripada 10 suami percaya bahawa mereka memahami pasangan luar dan dalam, tetapi sebenarnya langsung tidak mengetahui.

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Luahkan Sebelum Terlambat ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. WeLCoMe to my iGLoO

Jom Baca~
Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka. Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.

Adam rasa, dia suka Adam tak? Tanya Farah. Adam tak pasti, tetapi mungkin juga, jawab Adam. Adakah Adam pasti dia belum berpunya? Tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: Belum.

Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Adam, ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. Perlukah saya membelinya sejambak bunga? Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga! Bunga apa yang patut Adam berikan? bergantung, kepada apa? Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada. Adam tak kisah tentang duit.

Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya. Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan? Ya. Kenapa Adam tidak memberikannya sendiri. tak boleh. Kenapa pula? Adam takut dia tidak sukakan Adam. Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa pendapat Farah.

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini. Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan `go for it

lol!

^ ^ ^ ^ ^ ^ ^ ^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KOMEN PENGUNJUNG

Recent Comments Widget
Search