JoM! "LIKE"

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Terry diberi 'cuti' selesai skandal hubungan sulit

LIVERPOOL: Penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins mengesahkan John Terry dibenar untuk tidak beraksi ketika Chelsea menenyang Cardiff bagi saingan pusingan kelima Piala FA, Sabtu ini.

Terry dilucutkan sebagai kapten England minggu lalu selepas dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita rakannya dalam skuad England dan bekas pemain Chelsea,

Wayne Bridge.

Laporan akhbar memetik, pemain pertahanan Blues itu diberi pelepasan untuk bersama isterinya, Toni, yang kini berada di Dubai pada hujung minggu ini bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

Wilkins berkata, Terry dan pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti sudah membincangkan hasrat untuk 'berehat' sementara.

“Dia tidak akan bermain hujung minggu ini. Carlo beri kebenaran untuknya 'bercuti'.

"Dia akan kembali semula dan bersiap sedia untuk perlawanan menentang Wolves, 20 Februari ini," katanya.

Awal pagi tadi, Terry bermain penuh untuk 90 minit sebelum Chelsea tumpas 1-2 kepada Everton di Goodison Park. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^