Mahmud al-Mabhuh
Rejim Benjamin Netanyahu dituduh bunuh pemimpin Hamas
DUBAI: Dubai akan mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu jika rejim Zionis itu disahkan terbabit dalam pembunuhan anggota kanan pergerakan Hamas di emiriah berkenaan.
Ketua polis Dubai, Dhahi Khalfan berkata agensi risikan Israel, Mossad mungkin terbabit dalam pembunuhan 20 Januari lalu terhadap Mahmud al-Mabhuh, pengasas sayap tentera pergerakan Hamas Palestin, di sebuah bilik hotel mewah.
Netanyahu akan menjadi orang pertama dikehendaki bagi keadilan berikutan beliau adalah orang yang menandatangani keputusan membunuh Mahmud di Dubai," kata akhbar The National yang memetik Khalfan.
"Kami akan mengeluarkan satu waran tangkap terhadap beliau," kata akhbar berbahasa Inggeris yang diterbitkan di Abu Dhabi.
Ia memetik Khalfan sebagai berkata, Mahmud dibunuh menggunakan 'kaedah Mossad' tetapi beliau tidak memberi penerangan lanjut.
Ketua polis itu berkata, Mossad menjalankan operasi yang menggunakan kaedah hampir sama sebelum ini seperti yang digunakan dalam pembunuhan terbaru.
Akhbar itu memetik sumber polis sebagai berkata, Mahmud tiba di Dubai pada 19 Januari lalu jam 3.15 petang dan mati dalam masa lima jam.
Pembunuh berada di negara itu kurang 24 jam sebelum pembunuhan dan meninggalkan mayat mangsa yang ditemui di bilik hotel mewah Al Bustan Rotana berhampiran lapangan terbang.
Mahmud terbabit dalam pembelian senjata bagi Briged Ezzedine al-Qassam, sayap bersenjata Hamas yang mentadbir Gaza.
Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pemimpin Hamas dibunuh dalam apa yang disifatkan Israel sebagai taktik pembunuhan tepat. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana melawat BLOG Komuniti gempakZ. Jom Komen! Untuk mendapatkan "Notification" terhadap topik ini "klik" Subscribe by email.. TQ ^_^